Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

UMNO KE ARAH JUARAI PENYATUAN MELAYU

Isu perlunya penyatuan Melayu, terutama melibatkan UMNO dan PAS, selama ini hanya sering dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh.

Bahkan kerana gesaan penyatuan Melayu yang digesanya itu tidak dipersetujui oleh UMNO, itulah yang menyebabkan beliau meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Dr Akmal berpendirian beliau wajar meletakkan jawatan kerana suara akar umbi yang cuba diketengahkannya melalui konvensyen khas pada 3 Januari tidak mendapat tempat di hati UMNO.

Tetapi berdasarkan ucapan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dalam penggulungan PAU2025 semalam, adalah jelas isu penyatuan Melayu itu tidak ditolak oleh UMNO.

Bahkan melalui beberapa pengumuman yang dibuat oleh Ahmad Zahid semalam, penyatuan Melayu yang cuba diterokainya adalah lebih luas lagi dan tidak semata-mata melibatkan UMNO dan PAS saja.

Pertama, beliau mengemukakan usul pembentukan satu gabungan besar kerjasama atau “kolaborasi agung” bagi menyatukan semua parti Melayu dan Islam di negara ini.

“Saya mohon persetujuan sidang perwakilan sekalian untuk kita membentuk grand collaboration atau kolaborasi agung bagi menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di negara ini untuk berada di bawah satu gabungan.

“Yang saya bayangkan memang ada yang merisik dan meminang, dengan ini risikan dan pinangan itu diterima dengan rasminya, dengan syarat tidak mengganggu-gugat kerajaan perpaduan yang ada dan kita mahu supaya grand collaboration itu dapat benar-benar menyatukan roh dan perjuangan parti-parti Melayu- Islam dalam kerangka yang lebih besar,” katanya.

“Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) jangan risau, saya tidak akan ada agenda untuk tepuk atap atau mahu menggugat kerajaan perpaduan tapi semata-mata bertujuan untuk menterjemahkan keikhlasan UMNO untuk merangkul semua parti-parti Melayu-Islam berada dalam satu bumbung demi kepentingan dan agenda Melayu-Islam,” katanya lagi.

Ahmad Zahid berkata, pada peringkat awal ini perbincangan mengenai kerjasama agung itu akan melibatkan 10 pemimpin utama pelbagai parti politik.

Dalam waktu yang sama, sambil menolak kolaborasi agung itu untuk mengambil alih peranan payung besar yang diusahakan Tun Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri itu juga mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan PAS dan Bersatu tidak lama sebelum ini.

Kedua, mengumumkan penubuhan Musyawarah Nasional bagi mengurus selia dan membincang agenda politik Melayu yang menyentuh soal kedudukan agama Islam, politik, ekonomi, pendidikan, perpaduan dan masa depan anak-anak bangsa.

Beliau juga memohon persetujuan perwakilan PAU2025 untuk melantik bekas Menteri Besar Johor, Ghani Othman sebagai Pengerusi Musyawarah Nasional itu.

Ketiga, dalam ucapan awal penggulungan semalam, Ahmad Zahid turut mengumumkan penubuhan Majlis Perundingan Ummah yang penubuhannya dipersetujui dan mendapat restu daripada kabinet.

Katanya, kabinet juga bersetuju untuk melantiknya sebagai pengerusi majlis tersebut.

“Dulu sewaktu saya menjadi Timbalan Perdana Menteri (kali pertama), saya telah menubuhkan Majlis Perundingan Islam yang menyatukan pelbagai NGO, parti politik ke dalamnya untuk membincangkan tentang agenda-agenda Islam.

“Kabinet (kali ini) telah meluluskan penubuhan Majlis Perundingan Ummah dan saya selaku pengerusinya akan mewujudkan 11 kluster.

“Ia akan mengumpulkan para pemikir strategik, ulama, ahli akademik, pemimpin, NGO, tokoh korporat, wakil kerajaan serta tokoh-tokoh politik rentas kepartian bagi membincangkan isu-isu penting yang berkaitan dengan ummah Islam di Malaysia,” tambahnya lagi.

Ahmad Zahid mengumumkan Majlis Perundingan Ummah  itu akan dilancarkan penubuhannya secara rasmi pada bulan depan.

Selain tiga perkara di atas, Ahmad ketika merasmikan PAU2025 telah mengumumkan penubuhan Rumah Bangsa sebagai platform  bagi menerima penyertaan secara beramai-ramai mana-mana pertubuhan parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO) Melayu atau individu termasuk ahli profesional untuk menyertai UMNO.

Rumah Bangsa akan dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin yang juga merupakan Menteri Pertahanan.

Walaupun sebelum ini Ahmad Zahid mengumumkan UMNO akan kekal bersama kerajaan perpaduan sehingga habis penggal, tidak diragui lagi semua pengumuman berkaitan Melayu/Islam yang dibuatnya semalam adalah sebagai persediaan untuk menghadapi PRU16 akan datang.

Sama ada semua pendekatan yang cuba dilakukannya itu akan berjaya atau tidak, atau adakah parti-parti Melayu dan NGO Melayu/Islam sedia menyertainya, hakikatnya Ahmad Zahid sedang berusaha meletakkan dirinya sebagai juara penyatuan Melayu.

Tentunya harapan beliau juga ialah agar UMNO pada PRU16 nanti mampu menang lebih daripada 26 kerusi Parlimen.

Dalam keadaan orang Melayu berpecah dan tercari-cari hala tuju, setidak-tidaknya usaha Ahmad Zahid menggerakkan penyatuan Melayu dalam skala yang lebih besar dan menyeluruh ini memang wajar diberi pujian. – ShahbudinHusin 18Januari2026.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

3 responses to “UMNO KE ARAH JUARAI PENYATUAN MELAYU”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Lagi Melayu Isle gocoh Melayu Isle!

    Wan Saiful demands RM10mil from Bersatu leader over Jana Wibawa remarks

    16 MINS AGO
    FMT Reporters
    Share
    The Tasek Gelugor MP also wants an apology from party information chief Tun Faisal Ismail Aziz over an alleged defamatory statement on a podcast.

    freemalaysiatoday.com

    Wan Saiful Wan Jan (left) claimed that Tun Faisal Ismail Aziz had defamed him on a podcast called ‘The Tiger Shoiw’ last October.
    PETALING JAYA: Tasek Gelugor MP Wan Saiful Wan Jan has demanded RM10 million from Bersatu information chief Tun Faisal Ismail Aziz over alleged defamatory remarks made on a podcast.
    The remarks against him were related to the Jana Wibawa programme, Wan Saiful said in a statement on Facebook today.

    He said the remarks were made on an Oct 31, 2025 podcast called the “The Tiger Show”, which was aired on YouTube.

    Wan Saiful said his lawyers sent Tun Faisal a letter of demand dated Dec 3, 2025, asking for a full retraction, and a written and video apology on terms to be set by him.

    MORE TO COME

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Teori Einstein bakal berulang, UMNO ulangi pilih jalan sesat DAP DAP DAP yang sama!

    Joceline Tan dari Surat Khabar Parti Cukong MCA, Sunday Star memberi amaran UMNO maseh mengulangi blunder2 Bossku masa PRU13
    dan PRU14 salah bacaan politik hingga terus hilang kuasa!

    Di PRU 13 dan PRU 14, UMNO silap besar mengenai tidak mengaku kesalahan Kleptokrasi 1MDB Bossku dan fokus 100% kepada fobia DAP dan fobia PMX DAP DAP DAP!

    ” Differing signal-signal from UMNO top guns

    The UMNO president and his fiery Youth chief do not seem to be on the same page about where the party should be heading”.

    Ikut Teori Einstein, jika buat pilihan sama yang blunder DAP DAP DAP, maka keputusan gagal pun sah akan berulang lagi berganda!

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Penganalis Politik beri amaran Akmal tidak menjadi Himpunan Ummah ala Muktamar PAS!

    Hanya jadi sessi hina dan fitnah PMX/DAP berbakul2, misi Tebuk Atap PMX, meraikan Melayu Isle yang Sakaw dan Curi duit Rakyat dan angan2 jadi Kerajaan dapat kuasa semula untuk Melayu Isle lagi Sakaw dan Curi duit Rakyat!

    Dan cita2 kahwin dgn Cina2 Amoi untuk
    tambah undi!

    Himpunan ummah Pemuda Umno perlu elak bincang retorik lama

    58 MINS AGO
    Chia Wan Rou
    Share

    Penganalisis Syaza Shukri berkata Pemuda Umno selaku penganjur perlu bincang pembaharuan baharu dan isu seperti kesan rasuah.

    Pemuda Umno akan mengadakan Himpunan Tekad Ummah yang menghimpunkan parti politik Melayu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik. (Gambar Facebook)
    PETALING JAYA: Himpunan Tekad Ummah dirancang Pemuda Umno perlu mengelak retorik dikitar semula tanpa ada tawaran pembaharuan nyata untuk orang Melayu dan Islam, kata penganalisis.
    Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata usaha penyatuan ummah meski dilihat positif tetapi perbincangan agenda besar yang memberi kesan kepada negara sangat kurang.

    Syaza Shukri.
    Syaza Shukri.
    “Adakah mereka akan membincangkan macam mana rasuah telah memberi kesan negatif kepada umat Islam?

    “Saya tidak nampak apa pembaharuan boleh dibawa kerana perbincangannya kurang berasaskan data, tetapi lebih kepada retorik berterusan,” katanya kepada FMT.

    Khamis lalu, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata sayap itu akan menganjurkan Himpunan Tekad Ummah selepas Perhimpunan Agung Umno 2025, yang menghimpunkan parti politik Melayu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik Melayu.

    Menurutnya, himpunan itu bertujuan membincangkan kepentingan agama dan bangsa, serta menolak dakwaan ia bersifat kebencian terhadap kaum lain.

    Akmal turut menyatakan kesediaan memimpin usaha itu demi penyatuan ummah.

    Syaza bagaimanapun meragui hasrat memmipin usaha itu sama ada ia lebih kepada agenda politik selain telah ramai pemimpin menyuarakan kesediaan sama.

    “Sekarang ramai pemimpin Melayu yang mahu dilihat sebagai penyatu ummah.

    “Lama-kelamaan saya risau akan ada perbalahan dan perpecahan baharu mengenai siapa yang sebenarnya akan memimpin agenda Melayu ini,” katanya.

    Zaharuddin Sani Ahmad Sabri
    Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.
    Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri pula berharap himpunan itu akan menjadi platform tidak produktif tanpa dokumen cadangan, rangka tindakan dan mekanisme pemantauan jelas.

    “Tanpa itu, himpunan itu sekadar pentas retorik yang mengukuhkan sentimen tanpa menyelesaikan masalah struktur yang mendasari ketidakpuasan,” kata penganalisis dari Global Asia Consulting itu.

    Zaharuddin turut menyaran Akmal mengemukakan cadangan dasar boleh diukur dan lebih inklusif bagi membuktikan keikhlasan agenda tersebut.

    “Beliau harus menjemput wakil bukan Melayu sebagai pemerhati dan paling penting mengelakkan retorik boleh menghasut sentimen kaum.

    “Sebaliknya beri fokus kepada penyelesaian ekonomi serta institusi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x