Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

LIMA ZON EKONOMI, JARINGAN KERETAPI ANTARA TAWARAN WARISAN UNTUK SABAH

Shafie Apdal membingkaikan misi dan visi Warisan sebagai pelan pembangunan semula jangka panjang untuk Sabah, berteraskan realisasi hak 40 peratus hasil untuk negeri itu.

Presiden Warisan itu menegaskan parti itu bukan mengugut Putrajaya untuk kewangan, namun hasil tersebut boleh menjadi pemangkin untuk apa yang disifatkannya sebagai “kemakmuran bersama”.

Dia berkata Sabah hanya boleh bergerak ke hadapan dengan ruang fiskal untuk merancang keutamannya sendiri.

Katanya, sebaik sahaja ekonomi negeri berkembang, baki hasil 60 peratus untuk kerajaan persekutuan juga akan meningkat dengan signifikan.

“Bayangkan jika 40 peratus diberi balik dan Sabah membangun. Jika hasil 60 peratus untuk persekutuan sekarang bernilai RM100 bilion, Sabah yang berkembang boleh menjadikannya RM300 bilion. Ini kemakmuran bersama, jauh lebih baik.

“Semakin Sabah membangun, semakin banyak diperoleh persekutuan,” katanya ketika bercakap dengan pemberita selepas melancarkan pelan pembangunan Warisan di Penampang, malam tadi.

Terdahulu, Shafie membentangkan manifesto Warisan di depan kira-kira 1,000 hadirin di ceramah parti itu.

Shafie berkata tawarannya adalah untuk mewujudkan kerajaan dan bersih dan berkemampuan, menyatukan orang Sabah merentasi kaum dan agama, dan menggunakan hak 40 peratus hasil sebagai asas untuk agenda pembangunan negeri.

“Kita ingin orang Sabah menentukan sendiri jenis pembangunan yang kita mahu, bukan orang lain yang paksakan ke atas kita,” katanya.

Lima zon ekonomi

Antara rancangan Warisan adalah membahagikan Sabah kepada lima zon ekonomi, dengan masing-masing dirangka berdasarkan kekuatan dan keperluan masyarakat setempat.

Bagi Zon A, meliputi Beaufort, Sipitang, Keningau, Pensiangan dan Tenom, parti itu mencadangkan kluster industri berasaskan pertanian, seperti hab memproses makanan, ladang sayuran dan program penternakan.

Di Zon B (pantai barat), Warisan mencadangkan penambahbaikan besar sistem pengangkutan, termasuk hub transit pusat di Putatan dan stesen kereta api baru di Tamparuli. Papar pula akan dijadikan bandar universiti, disokong dengan tapak industri baru dan kemudahan awam yang ditambah baik.

Zon C (utara) pula berpandukan cadangan pelabuhan laut dalam di Kudat, yang menurut Warisan akan mewujudkan laluan eksport secara terus ke Hong Kong, China dan Singapura.

Ladang kelapa dan manga, penternakan gamat dan kilang motosikal adalah antara industri untuk menyokong koridor eksport itu, kata Shafie.

Jaringan laluan kereta api

Jaringan laluan kereta api rentas negeri menjadi antara unsur paling besar dalam rancangan Warisan.

Laluan yang dicadangkan menghubungkan Sipitang, Keningau, Kudat, Sandakan dan Tawau, membolehkan petani, nelayan dan pengeluar kecil membawa hasil mereka terus ke pelabuhan tanpa bergantung kepada logistik darat yang mahal.

Kata Shafie yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, ekonomi seumpama itu tidak boleh bergerak dengan peruntukan ad hoc daripada persekutuan.

Dua empangan hidroelektrik di Kinabatangan dan Segama pula menjadi tulang belakang kepada agenda jangka panjang berhubung bekalan air dan tenaga negeri.

Shafie juga menegaskan semula komitmen Warisan untuk mewujudkan semula Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pendidikan dan Inovasi negeri.

Kedua-dua kementerian itu diwujudkan ketika dia mengetuai pentadbiran Sabah pada 2018 hinga 2020.

Katanya, kawalan negeri adalah penting bagi menangani kekurangan doktor, pakar dan guru, dan akan membolehkan Sabah untuk membangunkan sukatan mata pelajaran sendiri dan meluaskan jaringan penjagaan kesihatan.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/761554

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

5 responses to “LIMA ZON EKONOMI, JARINGAN KERETAPI ANTARA TAWARAN WARISAN UNTUK SABAH”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Berita bikin hati koyak rabak!

    Ringgit strengthens on improved market sentiment

    10 MINS AGO
    Bernama
    Share
    The US Dollar Index remained above 100 points, reflecting continued US dollar strength as the December interest rate cut expectation waned, says analyst.

    ringgit up
    KUALA LUMPUR: The ringgit rose against the US dollar today, supported by improved sentiment as diminished expectations for a December US interest rate cut alleviated pressure on emerging-market currencies.
    Bank Muamalat Malaysia Bhd’s chief economist Afzanizam Rashid said the US Dollar Index (DXY) remained above 100 points, reflecting continued strength in the US dollar as expectations for a December interest rate cut waned.

    “However, the ringgit was traded in a narrow range against the greenback today, oscillating between RM4.1393 and RM4.1508,” he told Bernama.

    At 6pm, the ringgit appreciated to 4.1370/4.1420 against the greenback, strengthening from last Friday’s close of 4.1460/4.1495.

    At the close, the ringgit was mostly traded higher against a basket of major currencies.

    ADVERTISEMENT
    Tech stock video 3 5Feb25Tech stock video 3 5Feb25

    It traded at 2.6392/2.6426 versus the yen, compared to 2.6453/2.6479 at last Friday’s close.

    The ringgit also improved against the euro to 4.7700/4.7757 from 4.7779/4.7819.

    The local currency, however, was marginally weaker against the British pound at 5.4153/5.4219, compared with 5.4143/5.4188 previously.

    The ringgit was traded higher against Asean currencies.

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Pengerusi Lajnah Khinzir PAS, Fadzli anak didik Boss dia, terduduk kena tutoh fatwa fitnah oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

    Alahai, seluroh Malaysia tahu amalan lidah bewok diturunkan dari Bapak Fitnah dah berzaman2. Siapa yg mula kafirkan UMNO dulu?

    Lebih pekdoh Fadzli gi kiro ekoq Babi dan bau taik Babi dok lesai lagi dari buang masa dan ruang dalam Dewan Rakyat!

    MEMANG FITNAH PUN

    https://wrlr.blogspot.com/2025/11/memang-fitnah-pun.html

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, November 24, 2025
    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Mana pigi Rina Harun? Dok honeymoon lagi ko?

      Lamo dok dengap suara gedebe bodo sombong keno pakoh sokmo manjang dalam Dewan Rakyat!

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    3 tahun sebagai PMX

    8 HOURS AGO
    Mohsin Abdullah
    Share

    Kawan saya simpulkan perasaan sebagai ‘love-hate dynamic’ yang mengimbangi penghargaan terhadap kestabilan yang Anwar lakukan dengan kekecewaan reformasi yang belum dilaksana.

    Mohsin Abdullah
    Hari ini tiga tahun lalu — 24 November 2022 — Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-10. “Review lah pros and cons pentadbiran Anwar,” bunyi pesanan WhatsApp kepada saya yang dihantar oleh bos lama saya.

    Saya sahut permintaan beliau. Namun mesti dijelaskan ini bukan dapatan hasil kaji selidik atau survey terperinci membabitkan ratusan malah ribuan responden seperti yang dijalankan oleh Ilham Centre atau Merdeka Centre mahupun mana-mana pollster. Ini sekadar hasil perbualan atau sembang santai bersama kawan, yang rapat dan yang tak rapat, lama dan baharu. Sebenarnya hanya enam orang. Saya kategorikan mereka kepada golongan penyokong tegar PMX, pembenci PMX, dan neutral.

    Sebelum itu ditegaskan selain mereka rata-rata penyokong mahupun musuh politik mengakui Anwar kerja keras, dan for a 78 year old man beliau sihat, cergas, bertenaga with a sharp mind. Beliau boleh ke pejabat kemudian hadir upacara rasmi, pergi ke Parlimen seterusnya ke lapangan terbang, catch a flight long or short, keluar negara dalam rangka lawatan kerja. Ini dikagumi.

    Ramai juga yang tabik Anwar kerana tidak ambil gaji bulanan. Bagi saya ini unnecessary. Gaji ialah upah bekerja. Agama pun ada menyebut bab upah. Setelah kerja ambillah gaji. Tiada dosanya. Rakyat tidak akan komplen selagi kerja dengan baik dan jujur.

    ADVERTISING

    Dua kawan saya yang pro-Anwar seperti dijangka memuji beliau. “Anwar kerja kuat. Dia bersungguh-sungguh tolong rakyat. At his age kesian aku tengok,” kata seorang daripada mereka.

    Tetapi dia marah Anwar kerana katanya “terlalu lembut. Bagi muka kat musuh dia. Dia orang ambil kesempatan. Tuduh macam-macam kat TikTok , buat protes lah. Patut guna FRU macam Mahathir dulu. Tangkap je dia orang ni. Aku nak Anwar terus jadi PM”. Seorang lagi kawan pro-Anwar kata PMX is doing a good job meskipun hadapi banyak masalah yang dicipta musuh politiknya. Pun begitu ada juga tindakan Anwar yang dia tidak senangi. Umpamanya cara PMX handle isu surat sokongan oleh polsec beliau. Namun katanya “aku tetap favour Anwar as PMX“.

    Advertisement

    Advertisement
    Jika saya simpulkan mereka lihat Anwar can do no wrong, dua kawan yang benci Anwar pula lihat everything is wrong with Anwar. Apa sahaja yang Anwar buat semuanya salah. Saya guna istilah ‘benci’, bukan ‘anti’ atau ‘tidak suka’ kerana tidak sukanya mereka terhadap Anwar capai tahap ‘kebencian’, terutama kawan yang mahu Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Yang seorang lagi dengan isterinya peminat Hamzah Zainudin, timbalan presiden Bersatu. Kedua-dua membidas, kutuk, persenda serta melecehkan Anwar di platform media sosial dan chat group WhatsApp. Apa yang group sana kata mereka akan counter.

    Membawa saya kepada dua kawan yang saya anggap neutral — berkecuali — tidak memihak. Pendapat mereka bagi saya fair tanpa emosi. Kata kawan neutral yang pertama: “We like the stability but we hate the stagnation of real reform. We like the rhetoric but we hate the reality of the cost of living.”

    Jelas kawan saya itu tidak puas hati dengan apa ‘reformasi’ yang dilaksanakan Anwar setakat ini. Kalau ada pun tidak cukup. Kata si kawan masa untuk ‘stabilkan kapal’ sudah berlalu. “The people are no longer asking you to stop the storm. But are asking you why the ship isn’t moving faster toward the destination you promised decades ago“. Kiasan menarik bercakap mengenai ketidakstabilan negara suatu masa lalu yang Anwar tenteramkan tetapi pembaharuan atau lebih tepat kejayaan yang dijanji tidak bergerak atau tidak digerakkan secepat yang diharapkan.

    Kawan saya menyimpulkan perasaannya sebagai ‘love-hate dynamic’ yang mengimbangi penghargaan terhadap kestabilan yang Anwar lakukan dengan kekecewaan reformasi yang belum (tidak?) dilaksana. “We need results in our pockets not just on paper,” katanya, lantas memberitahu Anwar tinggal dua tahun lagi untuk memperbetulkan keadaan, merujuk tamatnya mandat sebelum PRU16 diadakan.

    Saya tanya apa yang dia akan catat dalam kad laporan Anwar jika diberi kesempatan? Jawabnya ‘C’.

    Berkata pula kawan neutral kedua: “Anwar bagai seorang ‘juggler‘ menaiki basikal roda satu (ekasikal) di atas tali tegang atau tightrope. Beliau kena balance pelbagai keadaan. “Kena memastikan kerajaan perpaduan berjaya seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Lalu mesti mengimbangi semua parti pelbagai ragam yang menganggotai kerajaannya,” katanya.

    “Kena juga imbangi hubungan PH dengan Umno. Anwar terpaksa ambil kira permintaan Umno warlords yang tidak disenangi Pakatan Harapan termasuk PKR partinya sendiri. Juga kena ‘jaga hati’ PH dan penyokong bukan Melayu bukan Islam, pada masa yang sama menjuarai Islam di Malaysia dan dilihat di pentas global sebagai pemimpin Muslim sederhana,” katanya lagi.

    Kena juga jaga hati-hati blok Sabah dan Sarawak untuk menjamin sokongan meskipun berisiko dituduh seorang perdana menteri lemah, kata si kawan saya, sampil meneruskan beri pandangan “he and PH has yet to counter the Malay ultras and religious extremists in peninsular Malaysia effectively.”

    PMX juga katanya belum ‘crack the whip‘ ke atas beberapa menterinya yang dilihat ‘underperforming‘. Lantas berdasarkan itu kawan saya beri Anwar ‘C+’ untuk dicatat dalam kad laporannya.

    Namun pada sudut lain, kata kawan saya itu, langkah ‘menyelamatkan’ ekonomi dengan mengurangkan subsidi “is a painful necessity but unpopular among those dependent on it“. Tetapi katanya “signs are good that biting the bullet has shown results with account surplus for first time in years. And the appreciation of the Ringgit against a basket of currencies such as USD, Sing dollar, Rupiah, Bhat, Yen, UK pound recently shows that fiscal policies by the Madani government are working“. Namun katanya Anwar mesti menangani isu kos dan sara hidup dengan efektif.

    Walaupun beri Anwar ‘C+’, kawan saya itu kata “I don’t see any capable Malay Muslim politicians who can replace PMX for now.”

    Kesimpulannya kedua dua kawan saya yang neutral beri Anwar ‘C’. Apa makna ‘C’? Lazimnya ia dilihat pencapaian sederhana. Bagus pun tidak, tak bagus pun tidak. Boleh juga dilihat sebagai memuaskan. Tidak gagal.

    Bak kata salah seorang daripada kawan saya tadi: “Anwar you have two years left on the clock“. Ertinya kalau Anwar nak capai ‘A’ kena lakukan sesuatu dalam masa dua tahun ini. Bermula now.

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Tiap kali Budin mesti kelaut analisa politik. Tulis ikut emosi Walaun.

    Tahulah Warisan dan PN menikah haram!

    Brp byk Shafee dan Warisan nak Sakaw dari duit 40% itu?

    Dulu masa jadi Menteri KPLB diPutrajaya, masyuk jugak Sakaw Projek Air Luar Bandar Sabah peruntukan Persekutuan KPLB.

    İni kes Wira Warisan yang bakal terima hukuman Mahkamah kerana kes Sakaw semasa jadi SetPol Menteri Pelancongan bawah Atok PM7.

    Rekod Warisan cukup burok Sakaw, tak boleh dipercayai le.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x