Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

BERSIH GESA DIBEZAKAN URUSAN RASMI DAN PROGRAM PARTI

Pemantau pilihan raya, Bersih mengingatkan bahawa kerajaan perlu memisahkan dengan jelas urusan rasmi dan aktiviti parti politik, khususnya semasa tempoh kempen pilihan raya.

Menurut Bersih, walaupun perdana menteri menjelaskan bahawa dia dan menteri kabinet berhak menggunakan aset kerajaan termasuk kenderaan rasmi dan pengiring keselamatan bagi tujuan keselamatan dan tugasan rasmi, kenyataan bahawa tiada aset kerajaan digunakan dalam kempen Pilihan Raya Umum Sabah tidak selari dengan pemerhatian mereka.

“Sepanjang tempoh kempen, program kerajaan seperti Jualan Ehsan Rakyat diadakan di kawasan pilihan raya, memberi manfaat material kepada pengundi dan mencipta persepsi kelebihan bagi pihak pemerintah.

“Beberapa pengumuman peruntukan juga dibuat selepas pembubaran Dewan Undangan Sabah, yang jelas mempunyai implikasi politik seperti pengumuman peruntukan RM 62.76 juta bagi pelaksanaan 18 projek infrastruktur di Tawau oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada 8 Oktober 2025

“Amalan sebegini melemahkan prinsip gelanggang pilihan raya yang adil,” kata Bersih dalam kenyataan.

Semalam Anwar menegaskan bahawa tiada aset kerajaan digunakan dalam sebarang program semasa kempen PRN Sabah.

Anwar berkata penggunaan kemudahan rasmi seperti kereta hanya dilakukan atas faktor keselamatan.

“Tiada program di Sabah itu program kerajaan. Semua kempen saya dijalankan atas nama parti, dan perkara ini sudah dijawab di Parlimen. Kalau begitu, saya hendak guna kenderaan mana? Kenderaan kerajaan diberikan kelonggaran.

“Perdana Menteri mesti menggunakan pasukan keselamatan dan kenderaan rasmi dalam apa jua program atas pertimbangan keselamatan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

PM tanggung kos tambang kelas pertama

Bersih bagaimanapun menegaskan bahawa walaupun pengiring keselamatan diperlukan bagi perdana menteri dan menteri kritikal seperti Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri, ia tidak boleh menjadi alasan untuk menggunakan jentera kerajaan bagi tujuan kempen.

“Kami mencadangkan agar parti politik atau gabungan perdana menteri menanggung kos tambang kelas pertama bagi perjalanan beliau dan rombongannya semasa menghadiri acara parti.

“Perkara ini pernah dilakukan oleh perdana menteri YAB Dr Mahathir Mohammad yang menyewa helikopter untuk berkempen di PRK Cameron Highland pada tahun 2019. Bersih berpandangan bahawa pemisahan antara urusan kerajaan dan urusan parti perlu jelas.

“Ini merupakan amalan terbaik antarabangsa seperti di dalam Perkara 11 Bangkok Declaration on Free and Fair Elections dan Perkara 4(1) Inter-Parliamentary Union (IPU) Declaration yang mengusulkan supaya ada pemisahan sumber parti dan kerajaan yang jelas ketika kempen pilihan raya,” katanya.

Gabungan itu turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri Undang-Undang untuk segera meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya bagi memperkukuh garis panduan dan menguatkuasakan pemisahan jelas antara urusan rasmi kerajaan dan aktiviti parti politik.

“Kami sudah pun mempunyai cadangan RUU Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk menjadi panduan kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) bagi meminda Akta ini,” tambahnya.

Selain itu, Bersih menegaskan bahawa kerajaan perlu menghentikan semua program yang memberi manfaat material kepada pengundi sepanjang tempoh kempen, kecuali perkhidmatan kritikal.

“Sebarang salah laku kerajaan dalam menggunakan sumber kerajaan untuk berkempen atau penggunaan rasuah politik ketika berkempen boleh dilaporkan kepada Bersih melalui pemantau.org,” menurut kenyataan itu.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/761133

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

3 responses to “BERSIH GESA DIBEZAKAN URUSAN RASMI DAN PROGRAM PARTI”

  1.  Avatar
    Anonymous

    SALAM RAKAN BLOG,😊

    KLAU ADA KELAPANGAN, BOLEH LAH TONTON HERO KITA MUNCUL DLM VIDEO POSCAST INI👇:😆
    ____________________________________
    INI PERJANJIAN JUAL NEGARA!😩
    (THE ZAID IBRAHIM POSCAST)

    https://youtu.be/Y8lp9kfyKvM?si=uqa68wIcOGaDxlMt

    PODCAST INI HANYA MELIBATKAN DUA ORG JER IAITU DATO’ ZAID IBRAHIM, MANTAN MENTERI UNDANG² DAN PENULIS POLITIK TANAHAIR YG TIDAK ASING LAGI BAGI RAKYAT, EN SHAHBUDIN HASHIM, TUAN PUNYA BLOG INI..👍😅
    ____________________________________

    HA HA NEGARA KITA INI DH KENA GADAI😥

    😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩
    Naper dgn US itu PMX biar kita jadi keldai?
    Negara dipajak kat US, spt org pajak kedai
    Zaid tibai PMX bagai taufan yg membadai
    Bg Budin pulak, tampil basuh PMX & sidai!
    👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
    Benda dh terlanjur..bukan lagi andai-andai
    Akibat nya nanti negara kita akan tersadai
    Anwar tak bleh pakai le sbb dia tak pandai
    Sbb tu le Rangsi kata Anwar chai mei dhai
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

    👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎
    Kah kaahh kaaahhh kaaahhhh kaaaahhhh
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    KAH KAH KAH
    ____________________________________

    HA HA KEBENARAN BG BUDIN NK TEGAK😆

    😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
    Bg Budin tampil sebagai PN pnya tonggak
    Dia tibai PMX tu ‘direct’ & tak teragak-agak
    Tapi gaya penuh sopan, tdak riak berlagak
    Padan le dgn org nya pun tampan & segak
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

    👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
    Kah kaahh kaaahhh kaaahhhh kaaaahhhh
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    KAH KAH KAH
    ____________________________________

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

  2.  Avatar
    Anonymous

    ANWAR JAWAB ISU ADUN SABAH MINTA RASUAH DAN KATA DIA DAH TEGUR KERAS S/U DIA; BETUL KE PANONSONIC?😅
    (PAPA BERRY STUDIOS)

    https://youtu.be/0BqX8lDF6n8?si=OyJ9VvqMLhZVZjOs

    TAK MUSTAHIL ADA SENARIO YG BEGINI ANTARA S/U DAN BOSS👇:😂
    ____________________________________
    S/U:
    “Mintak maaflah Boss, pasal isu I tolong rekomen tender KKM tu.. I tau, nama Madani jadi buruk dan terjejas teruk.. tapi boss, tak kan I tak nak tolong kroni pulak..”

    BOSS:
    “Hang ni, tak habih² bagi aku jadi gabra.. dah lah isu rasuah ADUN Sabah tu pun aku tak larat nak tepih dah…dia mai pulak dgn isu I abuse government property.. ni hang buat taik pulak dgn isu rasuah kontrak KKM.. Tapi tak apalah, aku tau la nak bagi settle..”

    S/U:
    “Settle mcm mana tu Boss? Saya tak dikena tindakan ker Boss?”

    BOSS:
    “Nak cari malu ka, amik tindakan kat hang.. nanti riuh sakan la puak² walaun tu caci cerca kita klau I punya S/U kena tindakan kes rasuah.. Ni nak kena buat mcm tarik benang dlm tepung la.. Biasa la tolong kroni tu, I sendiri pun dok buat, tapi kita kena pandai² la berlakon..”

    S/U:
    “Jadi I ni kira lepas lah yer Boss?”

    BOSS:
    “Tak bulih la nak lepaih lagu tu saja.. Nanti puak² walaun kutuk kita pulak, depa kata kita double standard lah, lindungi rasuah lah.. Tak apalah, you jgn risau, you tak kena apa² aihh.. Cuma I nak bagi tau dlm Parlimen dan juga kat press yg I dah bagi a very harsh warning kat you, boleh tak?”

    S/U:
    “Boleh sgt lah tu, boss.. Thanks a lot lah Boss.. You’re a very nice boss indeed and in need..”
    ____________________________________

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

  3.  Avatar
    Anonymous

    INI PETIKAN SATU PERENGGAN DARI TULISAN BG BUDIN:😄
    ____________________________________
    Bersih bagaimanapun menegaskan bahawa walaupun pengiring keselamatan diperlukan bagi perdana menteri dan menteri kritikal seperti Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri, ia tidak boleh menjadi alasan untuk menggunakan jentera kerajaan bagi tujuan kempen.
    ____________________________________

    HA HA MADANON SPT BULAN GERHANA😆

    😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩😩
    Reformasi yg dilaung² mmg tak da makna
    Utk parti dia digunakan rakyat punya dana
    Pehal diguna aset kjaan, kempen sini sana
    Rakyat tanggung parti dia kira mcm mana?
    🫵🫵🫵🫵🫵🫵🫵🫵🫵🫵🫵🫵🫵🫵
    Begini kah, tatakelola yg konon nya dibina?
    Sdg dirinya itu msih lagi dgn sikap durjana
    Elok sgt lah, ‘chai mei dai’ Rangsi caci hina
    Dlm BM, Anwar tk bleh pakai atau tk guna!
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

    👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎
    Kah kaahh kaaahhh kaaahhhh kaaaahhhh
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    KAH KAH KAH
    ____________________________________

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x