Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

DUN SABAH BUBAR, MASA UNTUK PENGUNDI PILIH KERAJAAN BARU

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor hari ini (6 Oktober) mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, membuka laluan untuk pilihan raya negeri ke-17.

Pengumuman dibuat semasa majlis bersama wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Menara Kinabalu, pusat pentadbiran kerajaan negeri, sebentar tadi.

Keputusan itu diumumkan Hajiji Noor selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat kerajaan di tempat sama awal petang ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri Joachim Gunsalam yang juga pemangku presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) serta anggota kabinet negeri.

Presiden parti komponen GRS turut hadir, iaitu Pandikar Amin Mulia (Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu/Usno), Chin Su Phin (Parti Liberal Demokratik/LDP), Liew Yun Fa (Parti Harapan Rakyat Sabah) dan Anifah Aman (Parti Cinta Sabah/PCS).

Turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Ewon Benedick yang juga presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), serta pengerusi DAP negeri Phoong Jin Zhe.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi dilantik.

Pada PRN lalu, GRS yang ketika itu berada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan BN, serta PBS, membentuk kerajaan dengan penguasaan 41 daripada 73 kerusi.

Parti Warisan mempunyai 23 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) dengan sembilan kerusi.

Sementara itu, Hajiji Noor memohon mandat baru daripada rakyat Sabah dalam pilihan raya negeri tidak lama lagi atas alasan “kerja kita belum selesai”.

“Cabaran baru menuntut penyelesaian yang berani, dan kita bersedia membawa Sabah ke lembaran seterusnya.

“Dengan pembubaran ini, kami memohon mandat baharu daripada rakyat untuk meneruskan usaha yang telah kami mulakan – membina Sabah yang lebih kukuh, lebih makmur dan bersatu untuk semua,” katanya yang juga Pengerusi GRS.

Dengan pembubaran itu, Hajiji Noor berkata pihaknya telah memberikan kuasa kepada rakyat Sabah untuk menggunakan hak demokrasi mereka dalam  menentukan pemimpin negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Keputusan ini mencerminkan komitmen kami terhadap demokrasi dan proses perlembagaan,” katanya.

Beliau juga berkata, sepanjang lima tahun lalu, mereka telah bekerja dengan gigih untuk membawa perubahan dan pertumbuhan kepada Sabah. 

Katanya, melalui Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, pihaknya telah menetapkan Sabah pada landasan transformasi yang jelas sejak menerajui negeri ini pada pada September 2020.

Hajiji juga berkata mereka telah mengambil langkah berani dan bertanggungjawab untuk menangani isu lama yang diwarisi terutamanya berkaitan bekalan air dan elektrik serta infrastruktur kritikal. 

“Tindakan konkrit dan beberapa projek besar sedang dijalankan untuk menyelesaikan cabaran yang diwarisi ini yang telah membebankan rakyat sejak sekian lama. 

“Beberapa inisiatif telah disiapkan, sementara sebahagian yang lain sedang berjalan untuk disiapkan,” katanya.

Berdasarkan undang-undang, PRN harus diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

2 responses to “DUN SABAH BUBAR, MASA UNTUK PENGUNDI PILIH KERAJAAN BARU”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Walaun2 yg wala totok kpd Hadi membabi buto, ramai dah kena igat!

    Padan muka, laju Pengarah CID baru kerja.

    Tunggu guna Ops Lallang pulak igat Bos2 yg hasut Walaun2. Sama spt zaman PM4.

    Baru aman politik dan ekonomi Malaysia!

    7 men arrested over seditious, threatening posts on TikTok, FB

    1 HOUR AGO
    FMT Reporters
    Share
    Six of these cases involved TikTok postings or comments aimed at the government and national leaders.

    m kumar
    Bukit Aman CID director M Kumar said all seven suspects have been remanded for one to three days to assist in the investigations.
    PETALING JAYA: Federal police have arrested seven Malaysians for allegedly posting social media posts that are seditious, insulting or threatening, with most of these cases involving national leaders.
    Bukit Aman criminal investigation department director M Kumar said the seven men have been remanded for one to three days to assist in the investigations.

    The postings were made between Sept 17 and Oct 5.

    “Checks found that one of the suspects, in his 40s, has a record for 19 narcotic offences, while another, in his 60s, had been investigated under the Peaceful Assembly Act in the past,” he said in a statement.

    Six of the cases involved social media postings or comments on TikTok aimed at the government and national leaders, with one case related to the petrol subsidy issue.

    The last case involved a Facebook post said to have been defamatory of “certain parties”.

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Dah naik gila Babi le!

    Beruk Pariah Tamil Nadu Luar Kotak tanya şoklan bodoh, mengapa dia tak kerap lagi tulis blog mengenai hal politik Malaysia?

    Budak kindergarten pun boleh jawab da, Beruk ni yg jadi Barua Atok Saka dah lebih 30 tahun duk jaja fitnah keatas PMX maseh lagi gagal nak sekat/halang PMX!

    Kerana terkangkang kena Liwat tak leh gigit PMX jadi terpaksa lah tulis benda2 boring dan mengarut spt perang Ukraine-Rusia.

    Lagi pun Bala Kifarah keatas pemfitnah spt dia, tak semena2 dia pulak boleh murtad makan Tuan kepada Atok Saka hingga jadi musuh No. 1 dia pulak selain dari PMX.

    Poetic justice!

    Lihat dibawah tengok dia tibai kaw kaw Atok Saka Kerala pulak.

    Monday, October 6, 2025

    “LIM KUAN YEW” AND DR M WERE BOTH VERY SUCCESSFUL

    Now here is the real rub – UMNO has lost the “undi ketuanan Melayu”. Look at that chart again. Those 148 seats which previously “belonged” to Umno that UMNO has lost from 1999 until 2022 were all Malay majority seats. The “ketuanan Melayu” seats. Ketuanan Melayu does not get UMNO the Malay votes anymore.

    …….

    So both Lee Kuan Yew and Dr M have something great in common. Both their policies have successfully survived through decades. The difference is Singapore has gone up, up and away.

    By Syed Akbar Ali at October 06, 2025

    TO MAKE A YEOMAN’S EFFORT.
    You may be wondering why I have not been posting much about local news or local stories lately. Well its deadly boring. The level of stupidity is becoming unbelievable.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x