Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

PELUANG TIDAK DATANG DUA KALI, PRU16 MASA TERBAIK PAS PIMPIN NEGARA

Selepas beberapa pemimpin PAS menyuarakan perlunya parti itu mengetuai PN dan menamakan calon Perdana Menteri, perkara itu hari ini disambut positif oleh Haji Hadi Awang sendiri.

Ketika berucap merasmikan Muktamar Agung PAS di Kedah, Haji Hadi berkata, sudah tiba masanya parti Islam itu memimpin PN dan negara.

Beliau berkata, PAS sudah bersedia memimpin masyarakat majmuk Malaysia dan menegaskan bahawa Islam adalah penyelesaian kepada masalah negara.

“PAS bersedia memimpin Malaysia yang bermasyarakat majmuk, berpegang pada keluhuran Perlembagaan Persekutuan dengan pentafsiran Islam yang sebenar (al-din) tanpa meminggirkan hak dan kepentingan kaum lain.

“Percayalah bahawa hanya Islam yang sempurna, adil, dan rahmat dapat menyatukan masyarakat majmuk dengan harmoni dan selamat,” katanya di hadapan para perwakilan serta hadirin di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar.

Presiden PAS itu berikrar pihaknya akan terus mempertahankan hak bukan Islam di negara ini sekiranya diberi peluang untuk memerintah negara.

Beliau berkata, PAS berpegang pada prinsip Islam bahawa tiada paksaan dalam beragama serta mengutamakan keamanan dan persaudaraan.

“Islam mewajibkan pemerintah untuk bersikap adil kepada semua. Islam mengizinkan penganut agama lain melaksanakan apa-apa yang diizinkan oleh agama mereka, dengan sempadan menjaga sensitiviti umat Islam; dan Islam menyuruh umatnya menjaga sensitiviti penganut bukan Islam, sehingga termasuk dalam perkara akidah ketuhanan,” katanya lagi.

Selain yakin PAS bersama PN dapat mengambil alih pentadbiran negara selepas PRU16 akan datang, Haji Hadi turut berkeyakinan dapat menawan tiga lagi negeri iaitu Selangor, Perak dan juga Pahang.

“Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis yang dikuasai PAS dan PN adalah ‘Negeri Pangkalan’ yang wajib dipertahankan dan dilaksanakan agenda Islam mengikut bidang kuasa negeri.

“Kemenangan seterusnya akan disumbangkan di Pahang, Perak, dan Selangor, sekali gus memperkukuh kerusi PAS dan PN di peringkat Parlimen,” tegas Haji Hadi lagi.

Dalam menuju PRU16 akan datang, keyakinan seperti yang ditunjukkan Haji Hadi inilah yang diperlukan dalam perjuangan untuk menggapai kemenangan.

Dipercayai selepas ini, ahli dan penyokong PAS akan lebih bersemangat lagi sehinggalah tibanya tarikh PRU16 diadakan.

PRU16 sesungguhnya adalah peluang terbaik untuk PAS membuktikan kemampuannya mentadbir Malaysia dan menyelesaikan masalah negara berpandukan ajaran serta pedoman Islam.

Setelah berjaya mentadbir empat negeri, PAS tidak harus melepaskan peluangnya untuk memimpin Malaysia pula.

Bersama ketegasan mahu memimpin PN dan meletakkan calon Perdana Menteri, diharapkan PAS kekal konsisten dan tidak berganjak walau seinci pun daripada pendirian tersebut.

Jika sebelum ini semua parti utama telah berpeluang menduduki kerusi Perdana Menteri, PRU16 adalah masa terbaik untuk PAS mengambil gilirannya.

Peluang ini tidak harus dilepaskan kerana ia tidak datang dua kali ke ribaan PAS.

Lagi pula, sepertimana ditegaskan Mursyidul Am Pas, Haji Hashim Jasin, parti itu “ada tiga empat lori” pemimpin yang layak untuk diketengah sebagai calon Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 15Sept2025.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

2 responses to “PELUANG TIDAK DATANG DUA KALI, PRU16 MASA TERBAIK PAS PIMPIN NEGARA”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    PELUANG TIDAK DATANG DUA KALI, PRU16 MASA TERBAIK PAS PIMPIN NEGARA
    15 September 2025

    Budin, kau pun dah sah terlena penyakit 3B PN jugak Bebal, Bengong dan Bahalol.

    Allah sudah bagi peluang kepada PAS sudah lama terhidang le, solo jaga 4 negeri SG hampir 3 penggal!

    Hadi sendiri pernah jadi MB Terengganu satu penggal!

    Apa hasilnya? Paling hampeh.

    Kalu sudah cfm gagal dengan 4 SG, apa harapan PAS akan berjaya dengan Putrajaya?

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    PAUK LEBAI PAS ANGGAP JUAL BELI TANAH DI KAMPUNG BARU MACAM NIKAH CERAI
    Che Ibrahim

    Puak ni dia ingat apa yang mereka lakukan tahun 2021 dulu (rampas tanah Kg Sungai Baru) serupa nikah jah la, tak setuju boleh cerai… Peduli apa kepada kesannya.

    malaysiakini
    terkini untuk anda
    DEWAN
    シDEMIINADAC
    YB DATO’ SRI USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
    Timbalan Presiden PAS
    DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA KALS KE-66
    m<
    BERITA Kg Sg Baru: 'Kalaupun kerajaan dulu luluskan, kerajaan sekarang boleh batalkan'
    Pasukan Malaysiakini Diterbitkan: Sep 13, 2025 6:13 PM •
    Dikemaskini: 9:24 PM

    APA AKAN BERLAKU JIKA KERAJAAN MADANI
    BATALKAN WARTA MBILAN
    ?
    KG SUNGAI BARU (2021)? Penduduk asal tidak akan dapat
    rumah baru selama-lamanya. Penduduk asal akan dihalau
    dari rumah transit Penduduk asal kena pulangkan semula wang pampasan oleh
    pemaju Kerajaan terpaksa habiskan beratus juta wang rakyat untuk
    bayar ganti rugi kepada pemaju Keyakinan pelabur terhadap
    negara akan jatuh INIKAH YANG BAKAL
    PM PAS MAHU?

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, September 15, 2025
    Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x