Sekurang-kurangnya dua MIC negeri telah menyuarakan penegasan perlunya parti itu segera keluar daripada BN.
Bermula dengan MIC negeri Kedah yang meluluskan usul agar parti itu bekerjasama dengan PN dan keluar meninggalkan BN, MIC Pulau Pinang pula tampil menyusul memberi sokongan.
MIC Pulau Pinang dilaporkan memberi sokongan penuh agar MIC mengambil keputusan keluar daripada BN.
Pengerusi MIC Pulau Pinang, J Dhinagaran mengesahkan kepada portal Malaysiakini bahawa pendirian itu diambil dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) negeri yang diadakan baru-baru ini.
“Sebelum ini, dalam setiap mesyuarat agung tahunan peringkat bahagian, perkara ini (tinggalkan BN) kerap dibangkitkan dan menerima sokongan daripada anggota parti.
“Ketika saya membangkitkan isu ini dalam ucapan AGM negeri, ia disokong penuh oleh lebih 600 delegasi yang hadir,” katanya.
Terdahulu, MIC Kedah meluluskan usul agar parti itu untuk bekerjasama dengan PN dalam PRU16 akan datang.
Pengerusi MIC Kedah, SK Suresh berkata, MIC tidak boleh terus berdiam diri terhadap dakwaan pengabaian hak masyarakat India โ termasuk isu pendidikan, kuil Hindu, dan pelbagai perkara lain โ sejak penubuhan kerajaan perpaduan.
Beliau juga bertegas bahawa jika tindakan mempertahankan hak masyarakat India bermakna MIC perlu keluar BN, mereka bersedia melakukannya, namun keputusan itu perlu datang daripada kepimpinan pusat.
Sebelum ini apabila Timbalan Presiden MIC, M Saravanan meluahkan kekecewaan tentang kedudukan parti itu yang tidak dipedulikan oleh kerajaan perpaduan serta menyatakan perlunya memikirkan hala tuju seterusnya, beberapa pemimpin UMNO menyifatkannya sebagai โacah-acahโ saja.
Tetapi dengan dua MIC negeri telah bersuara senada dengan apa yang diluahkan oleh Saravanan itu, ia ternyata bukan lagi sekadar โacah-acahโ, malah sesuatu yang serius.
Cuma, jangan setakat dua MIC negeri saja yang berani bersuara.
Lebih banyak MIC negeri perlu tampil bersuara dengan nada yang sama demi kepentingan masyarakat India seluruhnya serta untuk membuktikan mereka bukan jenis โmain acah-acahโ.
Dengan UMNO lebih mesra dan lebih memberi perhatian kepada DAP, MIC selain MCA, perlu sedar mereka bukan lagi keutamaan bagi BN.
Bayangkan selama puluhan tahun berkawan dengan UMNO, tidak pernah MIC dan MCA dijemput secara rasmi ke ibu pejabat UMNO, tetapi hanya tidak sampai tiga tahun bersama DAP, jempuran istimewa itu sudah pun diberikan.
Nak tunggu apq lqgi?
MIC, juga MCA perlu keluar BN dan tinggalkan kerajaan perpaduan untuk beralih kepada PN.
Hanya bersama PN ada masa depan yang lebih cerah buat kedua-dua parti itu. – ShahbudinHusin 10Ogos2025.
Leave a Reply