Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

TUN M – ZAHID HAMIDI AMBIL LANGKAH TERPUJI

Tun Mahathir Mohamad dan Ahmad Zahid Hamidi mengambil lamgkah terpuji apabila masing-masing setuju untuk menyelesaikan secara baik saman firnah antara satu sama lain yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Berikutan penyelesaian itu, Tun Mahathir menarik balik saman yang difailkan terhadap Ahmad Zahid yang pada 2017 telah mengeluarkan kenyataan  nama penuh bekas Perdana Menteri itu ialah “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” yang mana kenyataan itu didakwa berunsur fitnah terhadap beliau.

Sementara itu, Ahmad Zahid pula setuju menarik balik saman fitnah terhadap Tun Mahathir berhubung dakwaan beliau pernah memohon bantuan bekas Perdana Menteri itu untuk ‘menggugurkan’ pertuduhan rasuah yang dihadapi.

Pada masa sama, Ahmad Zahid juga bersetuju untuk menarik balik permohonan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap  Tun Mahathir.

Tiada sebarang perintah kos dikeluarkan mahkamah dan peguam kedua-dua belah pihak menyatakan keputusan penyelesaian itu dibuat demi kepentingan rakyat dan keharmonian negara.

Dengan tercapainya penyelesaian itu, tiada apa-apa lagi sebarang tuntutan tertunggak antara kedua mereka.

Meskipun bersetuju menyelesaikan kes mahkamah antara dua pihak yang bertelagah adalah langkah terpuji, tetapi masih ramai yang menimbulkan tanda-tanya.

Kata mereka, kenapa baru sekarang mereka setuju untuk menyelesaikannya?

Kata yang lain pula, disebabkan dalam perbicaraan sebelum ini terlihat potensi yang cerah untuk Tun Mahathir memenangi saman yang difailkannya itu, maka bukankah lebih baik jika saman itu diteruskan bagi membersihkan namanya?

Walaupun pelbagai andaian boleh dibuat dan tiada siapa boleh menahan sesiapa daripada terus berandaian, tetapi yang nyata, baik Tun Mahathir mahupun Ahmad Zahid, kedua-duanya adalah pemimpin yang berjiwa besar.

Dengan jiwa besar merekalah tercapainya penyelesaian tersebut.

Dalam keadaan semasa, sementara Ahmad Zahid adalah Presiden UMNO dan Pengerusi BN, Tun Mahathir pula ialah Penasihat SG4 iatu empat negeri yang ditadbir oleh Pas.

Mana tahu dengan selesainya saman fitnah antara kedua mereka itu, jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka dalam politik negara selepas ini, ia akan memudahkan lagi jalan untuk UMNO dan Pas saling bekerjasama.

Kan?

Dan tak bolehkah sama-sama kita aminkan? – ShahbudinHusin 22July2025.

4 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

One response to “TUN M – ZAHID HAMIDI AMBIL LANGKAH TERPUJI”

  1.  Avatar
    Anonymous

    INI PETIKAN TIGA PERENGGAN TERAKHIR DARI TULISAN BG BUDIN:😂
    ____________________________________
    Mana tahu dengan selesainya saman fitnah antara kedua mereka itu, jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka dalam politik negara selepas ini, ia akan memudahkan lagi jalan untuk UMNO dan Pas saling bekerjasama.

    Kan?

    Dan tak bolehkah sama-sama kita aminkan?
    ____________________________________

    HA HA..BG BUDIN NI MCM BAGI VITAMIN🤣

    😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
    🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲
    Mari kita berdo’a, kpd Allah Rabbal ‘alamin
    Moga Pas-Umno akn naik ‘jinjang pelamin’
    Jika benar terjadi kita ucap syukur & amin
    Baru ler kesejhteraan Melayu akn terjamin
    👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

    👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
    Kah kaahh kaaahhh kaaahhhh kaaaahhhh
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    KAH KAH KAH

    ____________________________________

    🤣😂😅😆😄😃😀🤣😂😅😆😄😃😀
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x