Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mempersoalkan mengapa kerajaan ingin merombak semula dan mengolah draf Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat, bulan depan.
Rafizi yang meletak jawatan berkuat kuasa 17 Jun lalu meminta penjelasan sama ada rombakan berkenaan dibuat secara tergesa-gesa kerana tiada masa untuk merujuk semula kepada agensi dan pakar-pakar.
โKenapa isu โmerombak semula draf RMK13โ ini timbul di saat akhir sedangkan tiada isu โrombakan semulaโ yang dibangkitkan sepanjang saya dan Kementerian Ekonomi membentangkan
intipati RMK13 sebelum ini?,โ katanya dalam kenyataan.
Rafizi meletak jawatan menteri ekonomi selepas gagal pertahan timbalan presiden PKR kepada Nuru Izzah Anwar ada pemilihan, bulan lalu.
Ahli Parlimen Pandan itu mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar berhubung persetujuan Jemaah Menteri bersetuju Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan mengambil alih tugas dan fungsi portfolio ekonomi berkuat kuasa serta-merta.
โTugas utama beliau adalah mengolah dan merombak semula intipati naskah RMK13 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai ini, dengan mengambil kira maklumat tambahan dikemukakan kementerian serta pandangan dan ulasan diberikan Jemaah Menteri.โ
Rafizi berkata draf asal RMK13 yang dibangunkan sejak September 2024 melalui proses panjang dan teliti kerana menjadi dokumen penting dan menjadi gam mengikat dasar, program serta sasaran dalam tempoh lima tahun.
โKerajaan bertukar ganti, tetapi setiap kerajaan yang mengambil alih perlu berpandukan gagasan Rancangan Malaysia, kecuali kerajaan itu kembali ke Parlimen untuk meminda RMK yang telah diluluskan Parlimen.
โSebab itu prosesnya adalah panjang dan tidak bersifat politik,โ katanya yang turut menjelaskan pembangunan dokumen itu bermula dari bawah dan dapatan dari semua pemegang taruh,โ katanya.
Menurutnya, pada masa sama proses โtop downโ iaitu pembangunan dasar utama yang dikira berani dan radikal berjalan serentak melibatkan Kementerian Ekonomi dan pakar-pakar.nullnullnull
Rafizi berkata beliau membentangkan cadangan dasar berani dan radikal kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebayak dua kali antara Februari hingga April tahun ini, selain dibentangkan
kepada Jemaah Menteri Khas untuk mencapai kompromi dan kata sepakat.
Beliau turut mendakwa penyediaan draf RMK13 itu bakal mencatat sejarah kerana lebih pantas iaitu kurang setahun dari persidangan permulaan hingga pembentangan.
โSebelum ini, masa yang diambil untuk menyediakan RMK ialah antara setahun setengah ke dua tahun. Selain jadual masa yang lebih singkat, saya juga membuat keputusan agar RMK13 dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam tanpa menggunakan perunding luar.
โPandangan itu berasaskan kepakaran dan pemahaman yang ada di kalangan penjawat awam,โ katanya sambil mendakwa kenyataan untuk merombak semula itu mendatangkan kebimbangan di kalangan penjawat awam dan penganalisis pasaran.
Leave a Reply