Hari ini berakhirnya suatu perjalanan diri ini berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Ekonomi (SUSK). Umum sedia maklum YB Datoโ Seri Rafizi Ramli telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuatkuasa 17 Jun 2025.
Dengan peletakan jawatan tersebut, saudara Rafizi (beliau lebih mesra disapa sebegini) akan meneruskan khidmatnya sebagai Ahli Parlimen Pandan sehingga tempoh penggal Parlimen kelima belas.
Sejak awal kemunculan sebagai SUSK Menteri Ekonomi, ramai tertanya-tanya bagaimana saya dilantik untuk berkhidmat sebagai SUSK kepada saudara Rafizi.
Sepanjang perkhidmatan saya sebagai penjawat awam, tidak pernah terlintas di fikiran, apatah lagi berhasrat untuk bertugas kepada mana-mana menteri.
Saya sentiasa menafsirkan pegawai yang berkhidmat di Pejabat Menteri ini mempunyai โligaโ yang tersendiri kerana mereka lebih terlatih serta berpengalaman dalam perjalanan urus tadbir pejabat menteri itu sendiri.
Izinkan saya menyingkap secebis dua kenangan hampir 2 tahun 6 bulan bertugas sebagai SUSK kepada saudara Rafizi dari satu sisi yang berbeza. Pastinya saya tidak menyentuh perkembangan mutakhir ini, terutamanya perihal yang melibatkan sensitiviti politik.
Cukuplah sekadar saya ceritakan pengalaman berkhidmat kepada seorang insan yang mencuri tumpuan ramai di persada politik tanah air.
Selepas Pilihanraya Umum ke-15 pada tahun 2022, saya telah menerima panggilan daripada saudara Rafizi sendiri, di mana beliau telah memulakan tugas sebagai Menteri Ekonomi.

Pada ketika itu, saya masih bertugas sebagai Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sudah tentu saya amat terkejut apabila mendapat panggilan itu, di mana kali terakhir kami berurusan secara rasmi adalah pada tahun 2014.
Saya bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat (PDTHL) dari tahun 2010 sehingga 2014. Saudara Rafizi telah mula dipilih sebagai Ahli Parlimen Pandan pada tahun 2013.
Saya telah mengenali beliau sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen Pandan lagi di mana beliau turut serta di dalam program-program yang dianjurkan PDTHL di kawasan Parlimen Pandan. Untuk makluman, kawasan pentadbiran Parlimen Pandan terletak di dalam daerah Hulu Langat.
Apabila ditawarkan untuk menjadi SUSK, saya telah memohon masa selama tiga hari untuk berfikir sebelum membuat apa-apa keputusan. Selepas tiga hari berlalu, saya tidak memberi apa-apa respon terhadap tawaran beliau sehinggalah Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi yang juga mantan ketua saya di Pentadbiran SUK Selangor menghubungi saya dan memberi masa 3 jam untuk membuat keputusan segera.
Setelah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak serta memikirkan segala pilihan sedalam-dalamnya, saya telah menghubungi saudara Rafizi dan menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran beliau secara bersyarat.
Saya memohon pertimbangan beliau untuk memulakan tugas pada 1 Januari 2023 kerana ingin mengambil cuti rehat yang panjang bagi meluangkan masa bersama keluarga sebelum memulakan tugas di Pejabat Menteri Ekonomi.
Jawapan saudara Rafizi ketika itu sangat menyenangkan.. โ๐๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐ป๐ด ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ผ๐ ๐ป๐ฎ๐ธ ๐น๐ฎ๐ฝ๐ผ๐ฟ ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ ๐ฏ๐ถ๐น๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ถ๐น๐ฎ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐บ๐๐น๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐ด๐ฎ๐. ๐๐๐๐ถ๐น๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ฝ๐๐ฎ๐๐ป๐๐ฎ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐น๐๐บ ๐ฏ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ธ ๐๐๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐น ๐บ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ป๐๐ถ ๐๐ผ๐ ๐ฏ๐ถ๐น๐ฎ ๐บ๐ฎ๐๐๐ธ ๐ป๐ฎ๐ป๐๐ถโ.
Semasa melapor diri pada 2 Januari 2023, arahan pertama saudara Rafizi cukup ringkas dan mudah, โ๐๐ผ๐ ๐ฏ๐ฒ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ๐ป๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฎ๐น๐ถ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ถ๐ป๐ด ๐ท๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐ฏ๐ฒ๐ด ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ, ๐ท๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐น๐ถ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ป๐ฎ๐ธ ๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ ๐ต๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ.
๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฒ๐๐ฝ๐ฒ๐ฐ๐ถ๐ฎ๐น๐น๐ ๐๐ผ๐ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ ๐ฃ๐ง๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐ฏ๐ฒ๐ด ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ, ๐ณ๐ถ๐ธ๐ถ๐ฟ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ป๐ฎ๐ธ ๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฝ๐ฎ. ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฎ๐๐ถ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐๐ถ๐ ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐๐ฎ๐ต ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ.
๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐น๐ ๐บ๐ฒ๐บ๐ถ๐ธ๐ถ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฟ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ต ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ป๐ฎ๐ถ ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐๐ผ๐ธ๐ผ๐น ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ฝ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐ณ๐ผ๐ธ๐๐ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐๐ด๐ฎ๐ ๐ต๐ฎ๐ธ๐ถ๐ธ๐ถ ๐๐ฒ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ป. ๐ง๐๐ป๐ท๐๐ธ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ถ๐๐ฎ ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ฑ๐ฏ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป. ๐ช๐ฒ๐ฒ๐ธ๐ฒ๐ป๐ฑ ๐ถ๐ ๐๐ผ๐๐ฟ ๐๐ถ๐บ๐ฒ ๐๐ถ๐๐ต ๐๐ผ๐๐ฟ ๐ณ๐ฎ๐บ๐ถ๐น๐.
๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป, ๐๐ผ๐ ๐๐ฎ๐ธ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐ฏ๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ฝ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธโ.
Arahan awal itu sangat memudahkan saya dan para pegawai Kementerian Ekonomi (KE) menyelaraskan tindakan-tindakan yang perlu dibuat. Di awal pentadbiran saudara Rafizi di KE, beberapa kertas penting dan slide presentation disediakan sendiri oleh beliau sehingga menimbulkan kegelisahan dan rasa serba salah di kalangan pegawai KE.
Selain itu, pegawai tidak perlu menyediakan nota percakapan dan memberi โbriefingโ kepada menteri sebelum menghadiri sesuatu mesyuarat. Cukup sekadar menghantar dokumen rujukan sehari sebelum mesyuarat sekiranya ia tidak boleh diakses melalui sistem mesyuarat.
Pegawai juga boleh menghantar soft copy secara PDF sahaja kepada beliau bagi membolehkan beliau merujuk dokumen tersebut melalui iPad yang sentiasa bersama beliau. Tujuan beliau hanyalah semata-mata untuk memudahkan para pegawai serta mengelakkan masa terbazir semata-mata untuk โbriefโ menteri sahaja. Semoleknya masa tersebut digunakan untuk menyiapkan tugasan hakiki pegawai yang lebih utama.
Pada kaca mata saudara Rafizi, pegawai-pegawai kementerian tidak perlu membazirkan masa melayan menteri. Contohnya, beliau tidak mahu tradisi pegawai beramai-ramai menyambut kehadiran menteri di lapangan terbang serta hotel ketika program-program anjuran kementerian.
Beliau telah mengarahkan agar tiada lagi sambutan karpet merah sekiranya program tersebut melibatkan beliau sebagai VVIP utama. Namun, adakalanya pegawai masih menyediakan juga karpet merah kerana telah terbiasa dengan persediaan protokol majlis rasmi kerajaan.
Saya dan pegawai lain di Pejabat Menteri Ekonomi sangat jarang mengiringi beliau ke mesyuarat yang hanya melibatkan menteri kerana beliau sememangnya tidak gemar norma tersebut dilazimi.
Bagi beliau, masa yang ada perlu digunakan sebaiknya untuk para pegawai menyiapkan tugasan hakiki. Ayat beliau yang amat saya ingati, โ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐ฝ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ-๐ฝ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ถ-๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ถ ๐ป๐ฎ๐ธ ๐๐๐ป๐ท๐๐ธ ๐ฎ๐ธ๐ ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ถ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐น๐ฒ๐๐ฎ๐ธ ๐ฑ๐ผ๐ธ๐๐บ๐ฒ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐บ๐ฒ๐ท๐ฎ ๐บ๐ฒ๐๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐, ๐ฎ๐ธ๐ ๐ฝ๐๐ป ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ถ ๐๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฑ๐ผ๐ธ๐๐บ๐ฒ๐ป ๐๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ. ๐๐ฎ๐ถ๐ธ ๐ธ๐ฎ๐ ๐ฏ๐๐ฎ๐ ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ ๐น๐ฎ๐ถ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐น๐ฎ๐ด๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ถ๐ป๐ด ๐ฑ๐ถ ๐ผ๐ณ๐ณ๐ถ๐ฐ๐ฒโ.
Malah, sekiranya terlibat dengan lawatan rasmi ke luar negara, beliau sebolehnya mengelakkan untuk membawa pegawai dari pejabatnya beramai-ramai. Cukup sekadar seorang dua pegawai Kementerian untuk hadir sama.
Sekiranya pegawai Pejabat Menteri turut menjadi rombongan, mereka perlu memberi nilai tambah semasa lawatan tersebut yang boleh memberi kesan positif kepada negara hasil daripada lawatan tersebut. Bukanlah sekadar penumpang yang โmakan anginโ semata-mata.
โ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฟ ๐ฝ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ป๐ฎ๐ธ ๐ฐ๐ต๐ฒ๐ฐ๐ธ-๐ถ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ด ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ถ๐น๐ถ๐ธ ๐ต๐ผ๐๐ฒ๐น ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ, ๐ฎ๐ธ๐ ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ด๐ถ ๐๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ. ๐๐๐ธ๐๐ฝ ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐ธ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐๐ฟ๐๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ ๐น๐๐ฎ๐ฟ ๐ป๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฝ๐๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐๐ฒ๐ฑ๐๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฏ๐ฎ๐ป๐๐ ๐ฎ๐ธ๐.
โ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ธ ๐ธ๐ถ๐๐ฎ ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ท๐ถ๐บ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป ๐น๐๐ฎ๐ฟ ๐ป๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐ถ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ถ-๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ถ ๐ธ๐ฒ ๐น๐๐ฎ๐ฟ ๐ป๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎโ, tegas Saudara Rafizi.
Sepanjang menjadi SUSK, kebanyakan hujung minggu saya adalah bersama keluarga kecuali jika ada program rasmi yang tidak dapat dielakkan.
Saudara Rafizi seboleh-bolehnya tidak mahu mengambil masa cuti pegawai-pegawai KE di hujung minggu, cukup sekadar memanfaatkan 5 hari bekerja untuk menyelesaikan tugasan kementerian.
Saya juga seboleh mungkin mengelak untuk menghubungi beliau semasa cuti kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang amat penting yang memerlukan keputusan segera.
Beliau juga jarang menghubungi saya ketika weekend atau cuti kerana prinsip beliau amat jelas beliau tidak akan mencuri masa pegawai bersama family.
Malah, ketika beliau mengalami serangan jantung ketika hujung minggu pun beliau menguruskan sendiri urusan kemasukan ke hospital dan hanya menghubungi saya setelah hari bekerja untuk datang bagi urusan-urusan berkaitan dengan โadmissionโ tersebut.
Apabila ditanya kenapa tak hubungi sahaja saya untuk urusan kemasukan hospital itu, beliau berkata, โ๐๐ฒ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต๐ป๐๐ฎ ๐ ๐๐ฎ๐ธ ๐บ๐ฎ๐ต๐ ๐ด๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ผ๐ ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ณ๐ฎ๐บ๐ถ๐น๐ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฐ๐๐๐ถ, ๐บ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐ ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐๐ฟ๐๐, ๐ ๐๐ฟ๐๐ ๐๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถโ.
Itulah sifat luhur beliau sebagai seorang bos yang tidak mahu menyusahkan pegawai.
Sepanjang berkhidmat bersama saudara Rafizi, saya tidak pernah mencampuri atau turut serta dalam program politik.
Pengasingan tugasan rasmi kerajaan politik telah dipisahkan dengan arahan jelas saudara Rafizi kepada pegawai-pegawainya. Beliau juga begitu tidak menggunakan kemudahan Kementerian untuk urusan politik beliau.
Semasa berkempen Pilihan Raya Umum di lima negeri pada tahun 2023, beliau langsung tidak menggunakan kemudahan kereta rasmi kerajaan dan segala bayaran kerja lebih masa pemandu serta Pengawal Pengiring Menteri dibayar menggunakan perbelanjaan poket beliau sendiri.
Itulah secebis kisah di sebalik tabir sepanjang perkhidmatan saya sebagai SUSK Menteri Ekonomi. Ada lagi sebahagiannya yang saya simpan sebagai kenang-kenangan sendiri.
Mungkin juga saya akan ceritakan semasa saya bersara sebagai pegawai Kerajaan kelak. Rasanya, tidak perlu saya ceritakan dasar-dasar baharu yang telah dibawa oleh saudara Rafizi sebagai Menteri Ekonomi kerana ia telah diulas oleh pihak Kementerian serta pelbagai pihak yang terlibat secara langsung.
Semoga perkongsian cebisan pengalaman selama 2 tahun 6 bulan ini memberi perspektif yang tersendiri terhadap budaya dan cara kerja saudara Rafizi yang boleh diteladani oleh seluruh penjawat awam.
Buat YB Saudara Rafizi Ramli, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas peluang yang diberikan selama ini.
Ternyata saudara seorang ketua yang mudah diurus, tidak banyak kerenah serta tidak mementingkan kemewahan dalam sambutan sebagai menteri. Cukup sekadar diberikan kemudahan yang diperlukan sahaja.
Saya doakan agar YB terus diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, dilindungi, sentiasa diberkati Ilahi, serta dimakbulkan setiap impian dan doa saudara. Pastinya warga kerja Kementerian Ekonomi akan merindui kepimpinan YB yang hadir dengan santun, hemah, cekap dan pintar dalam menggarap idea-idea baru.
Tidak dilupakan juga, keputusan-keputusan tuntas dan jelas daripada saudara yang memudahkan urusan Kementerian demi memastikan setiap program yang dirancang memberi impak yang positif kepada rakyat dan negara.
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
MOHD RASHIDI RUSLAN.
Leave a Reply