Rafizi Ramli akhirnya meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, susulan gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR kepada Nurul Izzah Anwar, baru-baru ini.
Perletakan jawatan Rafizi ini menepati jangkaan yang ditulis semalam bahawa beliau akan berbuat demikian selepas berakhirnya Sidang Kemuncak Asean.
Dalam satu kenyataan, Rafizi berkata, perletakan jawatannya berkuat kuasa 17 Jun ini, iaitu kurang dua minggu dari sekarang.
โPeletakan jawatan ini akan berkuat kuasa pada 17 Jun 2025 dan bermula hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025,โ katanya.
Perletakan jawatan ini hadir selepas kekalahannya dalam pemilihan PKR 23 Mei lalu โ yang menurut Menteri Ekonomi itu – isyarat jelas bahawa beliau tidak lagi mempunyai mandat politik untuk terus menterjemahkan agenda parti dalam pentadbiran kerajaan.
โSaya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat.
โKekalahan saya dalam pemilihan PKR baru-baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan,” katanya.
Berikut adalah kenyataan penuh Rafizi berkaitan perletakan jawatannya:-
๐๐ฆ๐ฏ๐บ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข
๐ฎ๐ด ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ฃ๐๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐
Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada YAB Perdana Menteri. ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฒ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ถ๐ป๐ถ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ญ๐ณ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.
Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepada saya sepanjang saya di sini. Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan.
Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam.
Amanah terakhir saya sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya.
RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri.
Akhir sekali, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pihak media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi.
Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
28 Mei 2025
Dengan perletakan jawatan ini, Rafizi terbukti seorang pemimpin yang berpegang kepada janji dan tidak memungkiri apa yang pernah dijanjikannya.
Tahniah dan syabas kepada Rafizi kerana bersikap jantan, walaupun dengan meletakkan jawatan sebelum tempoh 3 tahun berkhidmat ini bermakna beliau tidak menerima apa-apa pencen atas perkhidmatannya sebagai menteri selama ini.
Inilah pemimpin yang berprinsip dan berpegang pada janji, meski dalam sehari dua ini juga ramai penyokongnya meminta agar beliau terus kekal sebagai menteri.
Menurut para penyokongnya itu, Rafizi perlu terus kekal dalam kabinet sehingga PRU16 akan datang, meski tiada apa-apa jawatan dalam parti.
Dengan tegas berpegang kepada janji, sekali lagi dikalungkan ucapan syabas dan tahniah kepada Rafizi. – ShahbudinHusin 28Mei2025.
Leave a Reply