Sebelum ini, selepas muncul dalam podcast Keluar Sekejap, saya telah menulis dengan membuat kesimpulan bahawa Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin sebagai pemimpin yang memiliki ketokohan yang mencukupi untuk ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri mewakili PN pada PRU16 akan datang.
Dalam program tersebut, beliau terbukti mampu menjawab apa juga petanyaan dengan penuh berfakta, selari dengan logik akal serta dengan penuh meyakinkan.
Ditanya dengan soalan sukar dan dijolok dengan pertanyaan provokasi, tetapi Hamzah tampak tenang, sesekali ketawa dan tidak mudah terperangkap dalam memberi jawapan.
Tulisan berkenaan boleh dibaca di sini – https://www.facebook.com/share/16UrM8p2da/?mibextid=wwXIfr
Baru-baru ini, atas kapasiti selaku Ketua Pembangkang, beliau telah dijemput menyampaikan ucapan di ISEAS – Institut Yusuf Ishak di Singapura.
Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Larut itu membentangkan visi PN berhubung βkonsensus nasional baharuβ untuk mengatasi perpecahan politik dan sosial serta merintis jalan ke arah kemakmuran masa depan Malaysia.
Beliau mencadangkan konsensus itu dibina atas tiga teras utama β matlamat bersama, kemakmuran bersama dan tadbir urus yang penuh ihsan.
Konsensus itu juga, katanya tidak boleh terhad kepada satu kaum, satu agama atau satu wilayah, tetapi mesti menyatukan semua kelas politik, suara keagamaan, masyarakat sivil dan rakyat.
Menyentuh tentang matlamat bersama, Hamzah berkata, Malaysia mesti melangkaui era politik kelangsungan hidup dan harus menolak politik dendam serta menghidupkan semula semangat kenegaraan bersama.
Mengenai kemakmuran bersama, beliau menyatakan matlamat pembangunan Malaysia perlu ditakrif semula supaya masyarakat dapat dibentuk secara saksama dan tiada komuniti dipinggirkan.
Hamzah turut menegaskan konsensus nasional baharu itu mestilah berasaskan kepada tadbir urus penuh ihsan, berteraskan keprihatinan, nilai kemanusiaan dan bermaruah.
Beliau seterusnya menggunakan analogi kelab bolasepal untuk memudahkan lagi ideanya itu difahami.
Katanya, sesebuah pasukan itu tidak akan cemerlang sekiranya hanya memberi fokus kepada jersi yang cantik, stadium yang hebat atau kapten pasukan lebih ghairah mengejar populariti.
βApatah lagi jika seluruh pasukan lebih suka menaikkan semangat penyokong dan menjanjikan kemenangan mega, tetapi apabila permainan bermula, persembahan mereka hambar, kapten suka membolot bola kerana tidak percaya dengan pemain lain, manakala antara pemain pula suka bertelagah.
βPasukan sebegini tidak mampu membawa kelab kepada kejayaan, malah kelab akan semakin hilang sokongan peminat,β tambahnya.
Untuk memperbaiki keadaan, Hamzah menegaskan, kelab perlu membuat semua pertukaran yang perlu, termasuk kapten pasukannya sekali.
Mudah faham kan?
Tidak kira sama ada idea konsensus nasional baharu yang dicadangkan Hamzah itu mampu dilaksanakan sebelum PRU16 atau selepasnya, tetapi ia wajar diberi perhatian serius oleh semua.
Ia adalah idea untuk masa depan dan kecemerlangan Malaysia.
Lontaran ideanya itu juga memperlihatkan beliau adalah pemimpin yang sentiasa memikirkan bagaimana membawa negara ke arah yang lebih baik.
Paling penting, ideanya berhubung konsensus nasional baharu itu menambahkan satu lagi syarat kelayakan datipada segi ketokohannya sebagai calon Perdana Menteri jika ditakdirkan PN menang PRU akan datang. – ShahbudinHusin 24Mei2025.
Leave a Reply