Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

RAFIZI MAKIN SEDAR KEKALAHAN KIAN MENGHAMPIRINYA

Semakin tempoh kempen menuju detik-detik akhir sebelum pengundian pada 23 Mei ini,  Rafizi Ramli nampaknya semakin sedar ruangnya untuk memperolehi kemenangan kian tipis.

Di Sarawak semalam, penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR itu berkata, beliau sedar peluangnya untuk menang adalah amat sukar.

“Saya datang (Sarawak) bukan nak kata tolonglah bagi saya menang, itu hak masing-masing.

“Saya masuk bertanding ini seperti aksi berani mati, menang belum tentu, kalah confirm.

“Saya masuk (pemilihan ini) juga dengan menerima hakikat kalau saya menang, dunia akan kiamat,” katanya.

Sebagaimana semua orang semakin menyedari, gelombang kali ini adalah jelas memihak kepada Nurul Izzah Anwar yang mendapat sokongan meluas daripada cabang-cabang dan negeri berbanding Rafizi selaku penyandang jawatan.

Di Ipoh malam tadi pula, Rafizi seakan melepaskan segala-galanya dengan menyerang beberapa pihak yang didakwanya menyebabkan parti menjadi hiruk-pikuk seperti sekarang.

Ternampak beliau bukan lagi memikirkan soal kemenangan dalam jelajah kempennya, tapi hanya ingin melepaskan geram.

Di Johor Bahru pagi ini, Rafizi sekali lagi menegaskan kesediaanya untuk berundur daripada kabinet, sambil membayangkan tempohnya memegang jawatan Menteri Ekonomi mungkin tidak lama.

Beliau menyatakan perkara itu ketika menekankan bahawa kesinambungan sesuatu dasar tidak seharusnya bergantung kepada pentadbiran semasa atau kehendak peribadi ahli politik tertentu.

“Kehadiran saya di sini bersifat sementara, dan akhirnya akan ada menteri ekonomi lain yang menggantikan saya.

“Namun apa yang saya ingin tegaskan ialah, kesinambungan dasar tidak seharusnya bergantung kepada pentadbiran semasa atau kehendak peribadi ahli politik tertentu,” katanya ketika berucap pada Persidangan Rakan Kongsi Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), di sini, hari ini.

Dalam kedudukan PKR sebagai parti yang menunjangi kuasa, secara organiknya sokongan orang bawahan atau perwakilan akan lebih memihak kepada mereka yang berkuasa atau bakal ada kuasa.

Pemimpin yang sedang menuruni bukit atau pemimpin yang sedar tiada harapan lagi untuk ke depan tidak mungkin mampu menambah sokongan.

Meskipun pengakuan Rafizi itu mungkin mampu menarik simpati, tetapi dalam dunia politik yang bertunjangkan kuasa, mereka yang simpati kepada pemimpin yang bakal kehilangan kuasa tidak mungkin melebihi keghairahan untuk menonjolkan sokongan kepada yang akan ada kuasa.

Secara perlahan-lahan dengan pengakuan Rafizi yang membayangkan kekalahannya itu hanya memungkinkan beliau semakin kekurangan sokongan berbanding pencabarnya, Nurul Izzah. – ShahbudinHusin 19Mei2025.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

3 responses to “RAFIZI MAKIN SEDAR KEKALAHAN KIAN MENGHAMPIRINYA”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    HA HA HA.. SI SOTONG RAJA FORMULAUT CAP AYAM MENDAPAT KARMA…🤣

    🤣😂😅😆😄😃😀
    KAH KAH KAH KAH

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Reggie Jesse Rithauddin dulu adalah Walaun totok Atok dan PN, kerja duk tibai PMX 24/7 seperti sindrom Budin sekarang.

    Akhirnya, beliau ambil iktibar dari Arwah RPK apabila bertukar pendirian 360• menyokong PMX, Kerajaan Perpaduan dan UMDAP apabila sedar sendiri semua kebaikan2 kepada negara yang digarapkan oleh kepimpinan PMX.

    Berikut beliau mendedahkan faktor2 kepincangan PN termasuk PMX tiada tandingan sesiapa dalam PN.

    Sekali gus Jesse menyanggah dengan fakta semua propaganda PN yang dibawa oleh Budin dan MalaysiaNow, Kilang Fitnah PN bawah Jemin Semburit.

    Gayanya Budin baru bertemu gu ini.

    Pendedahan penuh: Sebab saya putuskan untuk tolak PN, halatuju saya menu…

    https://wrlr.blogspot.com/2025/05/pendedahan-penuh-sebab-saya-putuskan.html

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, May 19, 2025
    Share

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Budin, Barua PN dok sibuk pasal PKR tetapi BERSATU berpecah retak seribu tunggu masa nak mampus.

    Contoh Peja kena sembelih ganti dgn Radzi Jidin JQAF Tisu Lembik.

    Tapi masaalah nya, Radzi JQAF Tisu Lembik pun tunggu masa nak turun naik Mahkamah jadi Kluster Penjara kerana macai2 dia SetPol semua dah kena igat, sita harta dan didakwa Kes Sakaw, Rasuah dan AMLA curi Duit Rakyat melalui jawatan Menteri Kanan Radzi dulu.

    TAPI BAKAL KLUSTER MAHKAMAH JUGA

    BERSATU juga bagus.

    Ribut takde

    Angin takde

    Tau² dah tukar.

    Tapi disebabkan semua dalam tu baka pengkhianat so. Tukar siapa pun tetap namanya parti Pengkhianat Nasional. 🤣🤣🤣🤣🤣

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, May 19, 2025
    Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x