Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

TINGGALKAN BN DAN SERTAI PN PILIHAN TERBAIK BUAT MCA

Rasa kecewa MCA terhadap UMNO dan tentang keberadaannya dalam BN nampaknya bukan lagi perkara yang boleh disembunyikan.

Kekecewaan MCA khususnya ialah kerana mereka tidak jelas mengenai nasib dan masa depan pada PRU16 akan datang.

Berbekalkan hanya memiliki dua kerusi Parlimen dan meskipun BN sebahagian daripada kerajaan perpaduan, selain tidak diberi sebarang jawatan, berapa kerusi akan ditandingi pada PRU16 nanti juga masih menjadi misteri.

Di waktu yang sama, UMNO nampaknya lebih selesa menambah-baik hubungan dengan DAP yang memiliki 40 kerusi Parlimen.

Itulah sebabnya, Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon menggesa parti itu agar menentukan masa depannya sendiri jika BN terus menangguh-nangguhkan perbincangan mengenai masa depan parti itu.

Beliau berkata, MCA telah memberi BN masa lebih dari dua tahun untuk penyusunan semula selepas PRU15, tetapi ketidakpastian yang berterusan dalam BN membuat keputusan menyebabkan ahli MCA berasa ragu-ragu dan kecewa.

“Jika BN masih gagal memberikan arah tuju yang jelas, MCA perlu mengambil inisiatif untuk menentukan haluan mereka sendiri,” katanya sepertimana dilapor Sin Chew Daily.

Sementara itu, bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker mendakwa,  timbul rasa tidak puas hati  akar umbi  yang ketara dan mempersoalkan masa depan parti itu dalam BN kerana  berasa ‘diperdaya’ UMNO  sejak sekian lama.

Beliau berkata, ahli akar umbi percaya UMNO telah meninggalkan prinsip BN untuk terus berkuasa melalui kerjasama  dengan DAP.

Katanya, parti teras BN itu telah mengetepikan tradisi gabungan untuk membuat keputusan berdasarkan konsensus dan keterangkuman, menyebabkan ahli MCA kini terpinggir dan kecewa.

Begini sajalah MCA, jangan fikir banyak atau bertangguh lagi – lebih baik keluar saja daripada BN dengan serta-merta.

Tak perlu juga mengeluh melalui media kerana dalam bentuk kerajaan perpaduan yang ada sekarang, MCA hampir tiada tempat pada PRU16 datang.

Oleh kerana DAP sudah sedia memiliki 40 kerusi Parlimen, ruang untuk MCA bertanding di kawasan bukan Melayu yang lain boleh dikira sudah tiada, kecuali  kerusi Parlimen Air Hitam dan Tanjung Piai yang memang dimenangi MCA pada PRU15 yang lepas.

Adakah MCA sedia untuk diberikan kouta bertanding dua kerusi saja?

Sudah dua tahun menanti sia-sia, takkan mahu masa terbuang lagi menunggu sesuatu yang tidak pasti?

Hakikatnya, hanya dengan keluar BN dan kemudian menyertai PN saja membolehkan MCA mempunyai ruang yang lebih terbuka untuk bertanding banyak kerusi.

Dengan menyertai PN, MCA boleh bersama dengan Gerakan dan MIPP atau Parti Rakyat India Malaysia yang sudah sedia bersama gabungan itu untuk berpakat-pakat bertanding di 40 kerusi Parlimen yang sekarang diduduki oleh DAP.

Dengan disokong oleh Bersatu dan Pas yang mempunyai sokongan yang kuat daripada pengundi Melayu iaitu sekitar 70 peratus berdasarkan keputusan PRU15 lalu, gandingan MCA/Gerakan/MIPP diyakini mampu merampas sebahagian daripada 40 kerusi yang dimenangi DAP itu.

Ia sama seperti era BN dahulu di MCA, Gerakan dan MIC ketika itu mampu menang banyak kerusi lantaran disokong oleh UMNO yang mendapat sokongan majoriti pengundi Melayu.

Untuk itu, sekali lagi disarankan agar MCA tidak bertangguh lagi dan segeralah keluar terus daripada BN –  lebih cantik jika diajak MIC sekali berbuat demikian. – ShahbudinHusin 29April2025.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

10 responses to “TINGGALKAN BN DAN SERTAI PN PILIHAN TERBAIK BUAT MCA”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    AKHIRNYA PAS BACA TALKIN UNTUK PARTI SENDIRI

    Che Ibrahim

     Talkin dan Qunut Nazilah yang dibaca oleh Pas sebagai sebahagian kempen pilihanraya adalah satu penghinaan kepada Islam. 

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHaFUuRFDFCNujGGJy6_hjRPG7xEsY5Wk-Tkaxt45fkzB-8cGXZkS5nG4dDc2Pp99d0yUsmiq5T4TXWHzd3D5MG53xU0kUEMm83PdDmAp5sj6Dc78UiM9Do2ctRwhV7olbua2AHVuSxNmhRCdzP5JbGwAImkMI4LenVX9-5zRgGKLhy41gY60ti7GNEec/s320/1000022157.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidKS3S9y9K82LzFkhhX5UVr5lV8hin1gqCBbMthoXXYRcFtOgHvBWnfQZT1qcbI8C_ACQUnDh33AoCBw4kHn0Wmlixx8kypbRutRZIiZo8xFA9MX6Sri8FuaSBTnw9lu3B-jB-0nMLrbq9rWYYzopjMqgusxQR8wUu5vnEkmZ2us7qAGyr_8tXd6M8c5Q/s280/1000022158.jpg

    Orang panggil guna Islam tak kena pada tempat.. 

    Talkin orang baca kepada si mati, tu pun selepas selesai dikuborkan. Bila talkin dijadikan “lawak politik”, maka ianya satu prnghinaan kepada amalan Islam. 

    Begitu juga Qunut Nazilah, ianya disyariatkan ketika berhadapan dengan musibah yang besar @ serangan puak bukan Islam, bukan untuk mendoa kehancuran sesama Islam kerana pilihanraya.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 30, 2025

    Share

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    RENTETAN KES REE DAN PERBICARAAN SANUSI MB KEDAH. SEMOGA KAU TERIMA PEMBALASAN .

    Sham Ghaz.

     Sanusi ‘mati kutu’ di Mahkamah Tinggi Alor Setar Isu REE (nadir bumi) dan salahguna wang MARRIS (jalan)?

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvvJVBcoNddkVTghP8oIYQr2lZRmDPbIzlyd5kWmZPjc7_Chf954CAVM-cOTjcdKjRgH8f5t78wkRTnRkGVp6JZz7Io8PaB3AuKGaK8_Cy62lg_LQ6uBqNfp_x7X13BlXh0oNeqDEeKravspkhHTRuax2h4yxi2S5zp40pQJYc__872UE8WEsj0N3qvXg/s280/1000022162.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvh9x7904uQ324ugoi71Jt2LrwtDyqLeS2AzeZ6QXLTN8lTf5VPlEScLhnwpnj6LxdqfDJRzS73NzY3KJszk4j15DKeSOWXLjCuDuynyz4V8F9LC6bWKupYy-tlm8xzUA04FrCjThMu0W1cyj8jD4eSkSR-oBAdzpzGVyMty9xth2s-A51Ozj1kXc8xTE/s280/1000022161.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQcQLtNNoA6oJCtyGRJ-huu3d43nkFnaqMMyRyptUMneEdt2ZzRC9ANOLuZkP62Z06EdhdFsc9yXvD8aCyO960TWB77Bkfb-i-w5UVFkyTrFLg5ldsQRFIe5hTjZzZUyvzoqaa3OArnXCTdXo2jHJuTaW3mh9uKAcnKfA8sUjmVseKmf5uxZw5DxgWn2k/s280/1000022160.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjo6Vl6BSCD1ApfDL3N2D2xwG1sduNvpRm36aGO_NU9yWSXcBkQNiWNGfavYS4l755Xi5RYP5_SZRytfWpba7KiCrle4CFFdxalyHMSDKrGKel9n2oN5FcUugB2ZZ5OW-FvcNnkBGhdSbFidFw0RwAV2xwDxryCpDSVZtZfBFgE51LqMr9ou2zN76gDiVQ/s320/1000022164.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBW9vr69bbSIPXBMVYDqo2QQ1iAUkspoKwroWvnf_yEBE0OPzHLK87QnYnGBh2-EDOroE5Gc2w8kDEBbDPGrZuwCMKbkVHeUEN7Wj0kwCd7gDyWOrilEcXfsKghvopd_ExSwxrPrX7Byf0KzRLbjaZryok6w2bsBYUFuNgjRT6ks9VcgDh8uvZd7oxdkU/s280/1000022159.jpg

    Semalam 28hb April 2025 dan harini perbicaraan kes berjalan, kes bersambung 11 Mei 2025.

    Sepatutnya orang yang saman senyum, ni muka masam mencuka kenapa? 

    Bagi yang follow rapat kes REE Kedah ni akan faham, berikut adalah fakta mudah hadam kes REE Kedah ni.

    1. Kecuriaan REE ini kantoi pada 26 September 2022 apabila lori yang membaws REE keluar dari Bukit Enggang, Sik, Kedah ditahan penduduk kerana kemalangan dengan penduduk kampung. Takdir Allah Swt nak tunjuk.

    2. Tangkapan pertama dengan 185 guni REE bernilai RM 3.5 juta dan serbuan kedua pada 31 Januari 2023 360 guni REE dirampas di tapak perlombongan haram.

    3. Kemudian diikuti penahanan 52 orang pelombong haram REE pada bulan Februari 2023 di Bukit Enggang, Sik, Kedah. Kes ini valid dan benar berlaku. 

    4. Ho Chu Meng salah seorang yang ditangkap adalah sub kontraktor kepada syarikat yang jv dengan Menteri Besar Kedah Incorporate (MBI Kedah) yang dipengerusikan Sanusi

    5. MBI Kedah dikompaun RM500,000 dan Mahir Binari Sdn Bhd – RM130,000 kerana melombong secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, Keda

    6. Kesalahan dibawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Galian Negeri Kedah.

    7. SPRM telah mendakwa Ceo MBI kerana minta rasuah RM4 juta dan Setiausaha Politik MB Sanusi minta RM400,000. 

    8. Sanusi mati kutu, jadi saman Saifuddin dekat Pilihanraya Negeri Kedah haritu untuk tutup mulut kerana dedahkan kecurian terancang hasil bumi Kedah.

    9. Saifuddin Nasution tak mengalah, hadap saman secara anak jantan dan berani kerana benar untuk dedahkan kecurian hasil bumi yang patut dinikmati rakyat Kedah.

    10. Kita doakan kemenangan buat Saifuddin Nasution, yang berjuang untuk rakyat Negeri Kedah. Amen 🤲🏻

    Syam Ghaz

    https://www.facebook.com/share/p/1ALbC7yGmr/?mibextid=wwXIfr

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 30, 2025

    Share

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Dia suruh Walaun2 HAHA kan PMX dan DAP masa percalonan.
    Tengok Hadi sendiri kena HAHA, Fadzli bawak balik Babi masuk gulai kawah Hadi pakat PN hirup rama2.

    HAHA = Hadi Awang

    SIBUK BAB BABI …SAMPAI UMRAH HAJI PUN KO SOH TINGGALKAN DULU.

     Jangan kita sibuk isu babi sampai lupa isu fatwa seleweng HAHA.

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6_xqu-J6U2C9ef-gKwqinHdAWxl6EiO4cQMngOjYGNtHi6KW47jBFf7z37-0leGbR32akhVV8_2TqiTZR9qUR__KLQ8zIlMSl2D55afl6zNtZdldLK9iciz90-Tkx82JoaQ4ApCWekEruo6CbyGL5upg5AYI4d3U0dcMffPB87F-T6bPVWYlFFRJ2Z1E/s280/1000022165.jpg

    Takkan la sebab nk undi tergamak suruh orang tunai Haji.. 

    Mana satu fardu ain.. mana satu fardu kifayah ni…

    Ulamak… HAHA

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 30, 2025

    Share

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Kau ni batu api jenis apa Budin …RONSON ka…..Apa pun teruskan perjuanganmu menegakkan kebenaran. Asalkan jangan jadi pembela kepada penyamun MDB sudahlah……kerana perbuatan itu memang perangai haram jadah!

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    TINGGALKAN BN DAN SERTAI PN PILIHAN TERBAIK BUAT MCA29 April 2025

    Mengapa parti Cukong MCA rasa diketepikan UMNO?

    a. Tiada peranan dan sumbangan kpd UMNO diPRK2 kerana PH/DAP yg berkerja keras utk dapatkan sokongan dan undi Cina kpd UMNO

    b. MCA dah tak relevan kerana Cina tak undi

    c. MCA dan Wee Kaa Siong tersalah betting kepada kuda PN, lihat Saha Wee dan MCA belasah PMX dan Kerajaan Perpaduan 24/7 kecuali bodek nak peruntukan UTAR dan lobi Projek2 nak akses kpd PMX kerana Wee adalah Broker Berbayar Syarikat2 Cina Komunis

    d.Senjata makan tuan, boss MCA dari SD10 BN sokong PN dah kena checkmate. Presiden Tepi dan PM Tepi PN Agenda Malaysia Reset PN dok turun naik SPRM dibawah!

    e. Jadilah MCA status spt GELAKAN hidup segan, mati tak mahu. Ada tak tambah, tadak tak kure. Kalu masuk PN pung, jadi pasu bunga herdikan Lobai2 PAS, daging Babi dalam gulai kawah Hadi sahaja.

    Siasatan SPRM ke atas Ismail Sabri: Baru sampai 15-20 peratus

    https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiYmTAHsXNn2vD44iNSQYOzvUxlDgWlRloQvDxjHaNfy_-JSHQJAa3yfL19wM4e7nhjb2EIUBllyhBocyBoOSgnxSVwpfAV9OOMhyp2ZXfnMihwi5oTYUb4ajbpqg2z2eSEcQsEloJdIVz7xM4MLLFRNpDs8DaFSkOCse0_AvsZ7IB8lcFIYfWhKjA_k2w

    K PRAGALATHApril 29, 2025
    Siasatan kes ke atas mantan perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baharu sahaja mencapai 15-20 peratus, jelas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
    Ini kerana siasatan ke atas pengisytiharan harta mengambil masa yang Panjang, kata Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki.
    “Mengisytiharkan satu hal, yang pentingnya dari segi memastikan apakah yang diisytiharkan itu benar atau tidak,” katanya ketika ditemui di satu persidangan anti-rasuah.
    Azam juga mengesahkan bahawa Ismail akan dipanggil semula untuk merekodkan kenyataan. Setakat ini Ismail sudah merekodkan kenyataannya Sembilan kali.
    Perisytiharan harta telah dilaksanakan pada 10 Feb. Siasatan dimulakan pada 19 Feb.
    Enam hari lain Ismail dipanggil untuk soal siasat dan setiap sesi mengambil masa enam jam.

     

    Ismail sedang disiasat ekoran penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas di beberapa lokasi.
     

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, April 29, 2025

    Share

  6. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Taki Loyar Lebong PAS.

    Kalu kes Mahkamah Lobai2 mesti lah Loyar Lebong PAS, Taki Black Friday yg handle.
    Loyar ni lawan budak PASTI pun dia kalah sbb bengong spt PMX selalu bekasah Loyar Kepala Korak apa tak tahu detail.

    Kang dia dgn Mezoh Minyak Masak dah malu kes Addendum, Mahkamah Persekutuan dah benarkan leave kpd AGC utk rayu didepan CJ Tun Maimun.

    Shafee yg kalah kes Bossku di3 Mahkamah berbeza berhadapan 9 Hakim berbeza, hanya boleh berharap PN Taki dan Mezoh tunggang kes Addendum.

    Kes Addendum ini seolah manipulasi Shafee amal sikap Belanda ambik tanah, bagi paha hendak betis.

    Dah dapat 50% diskaun, konar Addendum pulak diluar Lembaga Pengampunan utk tahanan rumah!

    Taki dan Mezoh boleh tunggang, punyalah bengong undang2.
    ———————————————-

    Orang menjual, kita membeli, kata Dr Zulqarnain kepada Adun Pas Sura

    https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjM8wjX5niH9phBcrBUhoFPqKDZBGKyP99IJ78V-asd8ulTl4qE_E5DmrtY8Yfmrb-_OaG3cYRZlUPxN6VkO3TEu5qSILyQ9FDqTVBg5ztfEGpcZLnbt1Rn_1N2gatU0rbHi7JcDqo5xUjvhqHUNOrqahbkGb1CnO-yuczMK32v-mUKNxSoirzZjRPT8rY

     
    K PRAGALATHApril 29, 2025
    Peguam Zulqarnain Lukman bersedia berdepan dengan tindakan saman daripada Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi, Adun Sura dari Pas di Terengganu.
    “Nampaknya Adun Sura agak emosi dengan pandangan awam.

    “Jika kita menjadi ahli parlimen atau Adun sepatutnya kita perlu lebih cool dan tidak terbawa bawa dengan komen awam.
    “Namun, jika Adun Sura hendak menjual kita sedia untuk membeli.
    Zulqarnain turut menambah bahawa Fakhruddin mungkin tidak memahami maksud istilah menghasut dalam undang-undang.
    “Sebelum itu, diharapkan YB memahami dahulu istilah menghasut dan kecenderungan menghasut. Istilah ini mempunyai maksud berbeza dalam undang-undang berkaitan akta hasutan.

    “Ada puluhan kes yang dilaporkan dalam jurnal undang-undang mengenai maksud istilah ini.
    Isu ini tercetus ekoran kenyataan Fakhruddin berkenaan orang Melayu Singapura yang memberikan gambaran bahawa Fakruddin menghasut masyarakat mengurangkan kepercayaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu.
    Pagi ini Tengku Fakhruddin berkata beliau mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.
    “Tuduhan ini bukan sahaja mencemar reputasi saya sebagai wakil rakyat, malah cuba mencetuskan persepsi buruk yang berunsur fitnah terhadap saya secara peribadi dan politik.
    “Saya sedang mengambil langkah undang-undang terhadap Zulqarnain atas kenyataan liar dan bersangka buruk ini.
    “Jangan menggunakan title ‘pakar perlembagaan’ tersebut untuk membuat sebarang tuduhan dan membawa persepsi jahat kepada seseorang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
     

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, April 29, 2025

    Share

  7. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Mat Qazaf Aloq Setaq, Afnan dok tayang motor mewah Yamaha, aritu karaoke.
    Sama perangai Boss dia, REEFORNUSI.

    Duit bersepah REE free ko? Jangan mare, tanyo ja lepas kes Mahkamah dibawah.

    Dah tercabut Kopiah Putih dua ekoq ni.

    NAK KALAH KES REE. 

     
    Sham Ghaz. 

    Sanusi nampak stress selepas keluar Mahkamah Tinggi Alor Setar Isu REE (nadir bumi) dan salahguna wang MARRIS (jalan).

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgq-6fc9u0c_mThXNh8z3LyVlIdHOXg_pVa8G7dARTPd_lkcKGfw8l6Ld24awt5GYaYd9iFPYFgu47dSJz-hmh9U836PJfETfCy0zFc85gATmiFPEGsc0pZC1bwVIrXBL3pMEK6c9sJNuhSL_2Zo_0fAkcetVUsWUMydap0v5uhjKKUe6SaQ_Kc8NIao6g/s280/FB_IMG_1745927083340.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_uBJkNzAc6-o_72wbYbwsb_a3g-oseNGxXzhXcsqLPIW0jAqFqQOqPY1FiW1iDB1MMcx5meJnaKfTV8V8P7W2BKvedNp3kJR3Z4ER018LIwBPDxY1uQ5hPX0Wv4fi2e7YOwH0gneGvZc4Bq8dVBbRZMLdPlDS1ce28XskwprRfldBFIRnicENmL6EyWg/s280/FB_IMG_1745927087176.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizkqSK3MhVnpDnOK866p91A-sJQd37zJ7-AyLM_u0NNmZJ4MX9vUmhe77YRprQSXAMeQ4R9IdiErwPwxnz6JV5N3uSO4jtw3qSmw0256SLS470JmS6fdB6fhqDc201gAHqJUzJ4X93LPwIFeWVJg2McrP69XO-wICrIt5gmMr134hKNU6iyKrC89EMDOc/s280/FB_IMG_1745927079419.jpg

    Sepatutnya orang yang saman senyum, ni muka masam mencuka kenapa? 

    Bagi yang follow rapat kes REE Kedah ni akan faham.

    1. Tangkapan pelombong haram REE telah dibuat di Bukit Enggang, Sik, Kedah. Kes ini valid dan benar benar berlaku. 

    2. Ho Chu Meng yang ditangkap adalah sub kontraktor kepada syarikat yang jv dengan Menteri Besar Kedah Incorporate yang dipengerusikan Sanusi

    3. MBI Kedah dikompaun RM500,000 dan Mahir Binari Sdn Bhd – RM130,000 kerana melombong secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, Keda

    4. Kesalahan dibawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara dikeluarkan oleh PTG Negeri Kedah.

    5. SPRM telah mendakwa Ceo MBI kerana minta rasuah RM4 juta dan Setiausaha Politik Sanusi minta RM400,000. 

    6. 

    Sanusi saman Saifuddin untuk tutup mulut kerana dedahkan kecurian terancang hasil bumi Kedah.

    6. Fakta kes ini jelas, Sanusi akan kalah. Saifuddin Nasution hero kerana berani dedahkan kecurian hasil bumi yang patut dinikmati rakyat Kedah.

    7. Kita doakan kemenangan buat Saifuddin Nasution.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, April 29, 2025

    Share

  8. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Tajuk2 bersiri berikut cfm Budin dah sakit mental dah tak boleh repair bila tengok PMX steady je!

    Takut terlampau frusto dan desperado hingga cedera kan diri je. Zero masyuk dan dapur dah lama tak berasap.

    a. MEMANG PATUT NAJIB BERASA KECEWA
    29 April 2025

    b. TINGGALKAN BN DAN SERTAI PN PILIHAN TERBAIK BUAT MCA29 April 2025

    c. Semua yang dah dan nak tunggang ngak gigit guling PMX dah lebih 24 bulan.

  9. Anonymous Avatar
    Anonymous

    TINGGALKAN BN DAN SERTAI PN PILIHAN TERBAIK BUAT MCA29 April 2025

    Join je GELAKAN jadi daging Babi dalam gulai kawah yg Hadi dok syok hirup doh cukup jumeloh.

    Jadi pasu2 bunga gok utk Lobai2 konon Cina tak esktremis sedangkan GELAKAN yg cetus 13 Mei dan MCA cauvinis dalam selimut!

  10. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Tajuk dibawah sepatut MCA jadi Cukong PN, percepatkan pecah BN.
    Tiap biji yg keluaq mulut Wee Kaa Siong adalah tibai PMX, DAP dan Kerajaan Perpaduan kecuali nak bodek duit peruntukan utk UTAR dan lobi Projek utk Syarikat2 Cina Komunis yg dia dilantik dan dibayar sbg Broker ada akses kepada PMX.

    Qiblat Wee Kaa Siong adalah Agenda Malaysia Reset PN didalangi H2O dan Presiden Tepi UMNO/PM Tepi PN Mail Bera yang dah kena checkmate SPRM!

    Ada tak tambah, tadak tak kure.

    Kerjasama PH percepat kemerosotan Umno, kata Pemuda MCA Johor
    Kerjasama PH percepat kemerosotan Umno, kata Pemuda MCA Johor

    59 MINS AGO

    FMT Reporters

    Share
    Ketua Pemudanya Heng Zhi Li berkata kerjasama itu juga boleh menyebabkan parti komponen BN tidak lagi relevan.https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F08%2Facff938c-supporters_ph_bn_fmt-140824.webp&w=1200&q=75
    Ketua Pemuda MCA Johor, Heng Zhi Li berkata Barisan Nasional tidak boleh menggadaikan prinsip, maruah, dan misi asal hanya demi kelangsungan politik jangka pendek.
    PETALING JAYA: Kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) bukan hanya mengecilkan pengaruh politik MCA, tetapi juga mempercepat kemerosotan serta menjejaskan kelangsungan Umno, kata Ketua Pemuda MCA Johor, Heng Zhi Li.
    Heng berkata jika trend ini diteruskan parti-parti komponen BN hanya menjadi pelengkap kepada kerajaan yang didominasi PH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x