Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

MEMANG PATUT NAJIB BERASA KECEWA

Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang membenarkan permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan kewujudan titah adendum yang membenarkan Najib Razak diberi tahanan rumah, bekas Perdana Menteri itu dilaporkan kecewa dengan perkembangan yang berlaku.

Rayuan Peguam Negara itu kemudiannya ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Persekutuan selama dua hari, bermula 1 Julai akan datang.

Kekecewaan Najib itu dimaklumkan oleh ketua pasukan pembelaan Najib, Muhammad Shafee Abdullah ketika bercakap dengan pemberita di perkarangan mahkamah.

“Dia (Najib) kecewa dalam erti kata bahawa ini akan melambatkan lagi proses mahkamah. Sebab ia dah berlarutan selama setahun empat bulan.

“Kita pun dah tahu dan amat jelas bahawa Yang di-Pertuan Agong ke-16 (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) iaitu Sultan Pahang telah pun memgesahkan memang ada titah adendum yang membolehkan Najib menjalani hukuman penjara di rumah itu,” kata Shafee lagi.

Kekecewaan Najib sebagaimana disampaikan Shafee itu memang ada asasnya, tetapi dirasakan kekecewaan itu bukan sangat kerana keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan Peguam Negara tersebut.

Sebaliknya, kekecewaan Najib difahami lebih disebabkan tindakan Peguam Negara mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan titah adendum itu wujud dan semakan kehakiman sepatutnya boleh terus didengar berdasarkan keputusan tersebut.

Tambahan lagi,  ketika perbicaraan di Mahkamah Rayuan sebelum ini, selain kewujudan titah adendum itu disahkan wujud melalui sepucuk surat daripada Istana Pahang, pihak pendakwa pula langsung tidak membantah mengenai wujudnya titah adendum berkenaan.

Tindakan Pejabat Peguam Negara atau pendakwa yang langsung tidak membuat cabaran itu telah membuatkan hakim Mahkamah Rayuan  berasa terganggu lantaran menurut hakim berkenaan lagi, mahkamah telah bersedia untuk mendengarnya.

Dalam hal ini, kenapa pula setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusannya, baru pihak Peguam Negara mahu merayu?

Maka, kekecewaan Najib memang berasas dengan mengambil kira Jabatan Peguam Negara adalah jabatan yang terletak di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

Lagi pun, jika kita masih ingat, Azalina Othman Said (sekarang berjawatan Menteri dalam hal ehwal undang-undang dan reformasi institusi) pernah berucap dalam perjumpaan membela Najib di Dewan Merdeka, WTCKL ada menyebut lebih kurang – Peguam Negara adalah lantikan Perdana Menteri dan mesti ikut cakap Perdana Menteri.

Kekecewaan kedua Najib tentunya ialah terhadap UMNO yang sekarang nampaknya makin menyepi daripada membela dirinya.

Sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO yang pernah disanjung dan dicium tangannya oleh sebahagian besar pemimpin UMNO ketika beliau berkuasa dulu, Najib tentu saja amat terluka dengan apa yang diperlakukan kepadanya kini.

Yang nyata, bagaimana UMNO membela Najib amat jauh berbeza dengan bagaimana PKR membela Anwar Ibrahim ketika beliau di dalam penjara dulu.

Lebih mengecewakan Najib tentunya kerana pemimpin yang menjadi Presiden UMNO sekarang adalah sahabat yang lama bersamanya dan pernah menjadi Setiausaha Politiknya selama beberapa tahun.

Walaupun ketika Najib berkuasa, saya banyak mengkritik beliau melalui tulisan dan buku, namun saya turut simpati dengan apa yang dialaminya kini.

Cuma, saya masih tertanya-tanya – sampai bila Najib mahu terus berasa kecewa dan dikecewakan sebegini rupa? – ShahbudinHusin 29April2025.

1 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

4 responses to “MEMANG PATUT NAJIB BERASA KECEWA”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Parti Cukong MCA geng SD10 BN yang sokong PN sama2 H2O, Mail Bera.
    Apa yg nak kecewa? Join je PN duk betentap dgn GELAKAN kerusi Cina, dua2 tak relevan kena reject

    UMNO dah kautim dengan PH/DAP dah swing undi Cina!

    Kalu ada tak tambah, tadak tak küre pung UMNO dan Kerajaan Perpaduan.

    Akar umbi MCA kecewa ‘terjerat’ politik Umno, kata bekas naib presiden
    2 HOURS AGO

    Share
    Bekas naib presiden MCA mendakwa timbul rasa tidak puas hati dalam parti dengan akar umbi mempersoalkan masa depannya dalam Barisan Nasional (BN) kerana ‘terjerat’ politik Umno sejak ‘sekian lama’.

    Laporan Lanjut:
    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/04/29/akar-umbi-mca-kecewa-diperdaya-umno-kata-bekas-naib-presiden

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Budin….

    Hang ampu la penyangak tu lebih2…mana tau dia bagi sedikit habuan kat hang duit yang disamun dulu tu….boleh bagi anak bini makan duit haram tu. ..

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    İni muka Mamak Pemuda PAS Selangor yang nak cari gaduh dgn Singapura.
    Tak ingat diMuktamar PAS baru, ada cadangan konon luar kotak dari Pemuda PAS Selangor suruh Lobai kahwin Amoi2 DAP melepak utk tambah undi.

    Kalu mari dari Mamak mulut cebol ni tengok muka memang kemaruk.

    Rakyat dok predict bukan Amoi yang undi PAS tapi terbalik Lobal2 ni pulak yang undi DAP kerana ketakutan tak dapat ration kemaruk!

    Semua jenih Mat Qazaf Aloq Setaq Afnan yang beranak ramai, overdose kemaruk.

    KENYATAAN PALING KIOK

    Alif Jamil 

    Ini kenyataan paling bebal selepas PAS diaibkan dgn kekalahan besar ditinggalkan hampir 5000 undi di PRK Ayer Kuning.

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgblkWoWbCLDKYrgPJgLcOsE9jLG19aOHjQSOka68zUOXxD7kj4hPJ2B89MfuwUSLqXQ7wJ4cyM_Dpx0YFfXo9LmMxALPZHxVSAsywGPxsp7QDhIRtwX-TpPGvpHcTMyqdnCRuaW-vaJDw6CcinATsiUfQE8J90WSqdBD99o0YZ9vgZg5vNvC1P52dv_V0/s320/FB_IMG_1745899041213.jpg

    Dalam PRK yg hanya mencatat 58% keluar mengundi, dengan ramai perantau tak balik mengundi, calon Perpaduan masih berjaya belasah PAS sampai KO. 

    Tapi PAS cuba spin konon rakyat tolak kerajaan walhal fakta dimedan sebenar menceritakan kisah yg sangat memalukan untuk PAS. 

    PAS di tempat tercorot di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM). 

    Di PDM Banir Utara, Kampung Coldstream dan Ayer Kuning Selatan , calon PSM di tempat kedua manakala PAS jatuh ke tempat ketiga dgn undi tercorot. 

    PAS hilang 2 kubu kuat mereka. 
    Masa PRU15, PAS menang besar di 3 PDM tapi PRK kalini PAS hanya berjaya survive 1 PDM saja.

    2 PDM lain? Ghuyub, lesap tanpa batu nisan. 

    Tambah lagi, undi PAS merosot lebih 800 undi sedangkan Perpaduan hanya alami penurunan turnout biasa kesan biasa dari PRK dan ia bukan disebabkan gelombang penolakan seperti yg PAS duk syok sendiri dakwa.

    Hakikatnya, realiti harini rakyat sudah muak dgn retorik Perikatan Nasional terutama PAS tak serik menunggang agama tanpa rasa malu, menghalalkan fitnah dan Qazaf dan menjadikan pentas politik sebagai medan perkauman dan kebencian melampau. 

    Dari kempen berisi idea, PAS pilih modal politik maki hamun, caci-maki dan tunggang isu babi untuk raih undi murahan.

    PAS bukan saja gagal menunjukkan kematangan politik tapi mereka gagal menjaga akhlak Islam yg mereka laungkan selama ini. 

    Spinlah berjela mana pun, ceramahlah berjuta patah perkataan pun. 

    Tapi realitinya, rakyat di Ayer Kuning sudah menghantar mesej keras kepada Perikatan Nasional bahawa politik ekstrimism, perkauman dan fitnah itu sudah mula ditolak dan sedang terkubur dgn sendirinya. 

    Sebab itulah Gelombang Hijau ini hanyalah gelombang hangat² tahi ayam saja. 

    Dan harini Gelombang Hijau itu dah mula hanyut bersama najis khinzir. 

    Yang tinggal hanyalah geng berkokok dipentas syok sendiri tanpa sedar rakyat sudah jauh meninggalkan mereka.

    Dan amatlah merugikan bagi sekutu² PAS-PN seperti Gerakan Tanah Air dan PEJUANG yg berkempen untuk memenangkan PAS kerana kononnya mahu menumpang populariti undi melayu daripada PAS yg akhirnya sedang mula hanyut bersama najis khinzir. 

    Perikatan Nasional dan sekutu sepatutnya kena sedar bahawa zaman harini adalah zaman kemajuan teknologi maklumat. 

    Rakyat boleh akses segala maklumat hanya dgn jaringan internet sahaja. 

    Jadi amat malang dan bebal jika mereka masih kekal dgn gaya politik murahan yg sama. 

    Teruskan berkhayal , PN akan jadi aset besar yg boleh menyumbang kemenangan kpd PH-BN pada PRU akan datang.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, April 29, 2025

    Share

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Masa jadi Menteri PN, dia paling haprak tak perform, hanya perderah solo award 5G kpd DNB/Ericsson.
    Sampai bini pung bawak masuk mtg Kementerian, Sakaw berjemaah anak beranak le.
    Sekarang kemain lagi byk komen dasar2 PMX termasuk inisiyatif ceasefire Myanmar oleh PMX. Dia jadi Menteri Luar dulu main teloq je ikut Atok.

    Beri semua pelajar peluang maksimum potensi, kata Saifuddin
    Beri semua pelajar peluang maksimum potensi, kata Saifuddin

    1 HOUR AGO

    Danish Raja Reza

    Share
    Bekas timbalan menteri pengajian tinggi Saifuddin Abdullah berkata pendemokrasian ilmu bermakna memastikan peluang sama rata, bukan hasil serupa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x