Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa kewajiban menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihan raya perlu diberi keutamaan sekiranya bertembung dengan ibadah haji.
Beliau berkata, pandangan itu merupakan ijtihad yang diterima dalam kalangan para ulama dan bukan perkara baharu dalam perbahasan fiqh Islam.
Menurutnya, pandangan tersebut turut disuarakan oleh Allahyarham bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga bekas Mursyidul Am Pas, apabila menyarankan supaya ibadah haji ditangguhkan ke tahun berikutnya jika bertembung dengan pilihan raya.
“Siapa pun yang ada ilmu agama tahu bahawa kewajiban menunaikan ibadah haji, sama ada secara segera atau boleh ditangguhkan, adalah perkara khilaf. Maka pandangan ulama untuk mendahulukan kewajiban mengundi adalah ijtihad yang diterima.
“Almarhum ayahanda Tuan Guru adalah antara ulama yang menyarankan ibadah haji dibawa ke depan jika bertembung dengan pilihan raya. Mengundi adalah kewajiban penting umat Islam dalam menjaga agama dan negara,” katanya dalam catatan di Facebook pada Isnin.
Nik Abduh yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok turut mengingatkan umat Islam agar tidak memandang remeh tanggungjawab mengundi yang dianggap sebagai fardu kifayah dalam konteks mempertahankan pemerintahan yang adil dan berlandaskan syariat.
“Sukalah musuh-musuh agama, tidak kira kafir atau munafik, jika mengundi diletakkan pada darjat kedua, apatah lagi ketiga, oleh umat Islam sendiri.
“Kekalkan dalam benak fikir anda bahawa mengundi dalam pilihan raya adalah wajib. Ini saya tulis secara ringkas,” katanya.
Media sebelum ini pernah melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz pada 2012 yang menyokong langkah penyokong Pas membatalkan niat menunaikan haji jika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan pada musim haji tahun tersebut.
Allahyarham ketika itu menegaskan bahawa Islam tidak mewajibkan seseorang menunaikan haji hanya kerana namanya telah tersenarai sebagai jemaah haji oleh Lembaga Tabung Haji.
“Malah, Nabi Muhammad SAW sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10 Hijrah, sedangkan ayat mengenai wajib haji diturunkan pada tahun keenam,” katanya seperti dilaporkan media.
*TERBUKTI NEGERI² KERAJAAN PAS YANG DI TADBIR OLEH LEBAI² PIMPINAN PAS SECARA SENYAP² TELAH MENGGADAI RIBUAN EKAR TANAH MILIK RAKYAT NEGERI DAN MENGKHIANATI HARTA KANUN TANAH NEGARA KEPADA WARGA ASING DARI NEGARA CINA.. MOHON SPRM, PERDANA MENTERI ANWAR IBRAHIM ARAHKAN SEMUA PIHAK BERKUASA KHASNYA SPRM LAKUKAN SIASATAN RAPI TERPERINCI DALAM ISSUES INI, DAN TANGKAP SEMUA PENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA TANPA RAGU PILIH BULU DAN PILIH KASIH.. KOMPOM AKTIVITI RASUAH DAN GANGSTERISMA UJUD DALAM TRANSAKSI PENGGADAIAN HARTA NEGARA MILIK RAKYAT MALAYSIA INI.*
*🤔adaOtakPk🚘0k✍️*
*#pasbknutkdislmtkntpiutkdiharamkn*
Selagi boleh putar…putar lah Budin. Yang nak menjawab dalam kubur kelak bukannya orang lain…diri kita sendiri juga. Dalam apa jua tindakan, kena tengok keadaan la Budin. Takkan tu pun bangang. Nabi tangguh haji tahun tersebut untuk mengelakkan peperangan dan pertumpahan darah kerana puak Mushrikin tidak membenarkan orang Islam memasuki Mekah…lalu diusahakan perbincangan politik yang berkesudahan dengan termetrainya Perjanjian Hudaibiyah dan umat Islam dapat menunaikan haji di tahun berikutnya secara aman. Kepala bana apanya nak disamakan dengan PRK Air Kuning. Adakah dengan kekalahan calun PAS yang beragama Islam kepada calun PAS UMNO yang juga beragama Islam akan menyebabkan Islam di Malaysia… Read more »