Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

PASAL APA NAK KALUT DENGAN SERUAN TANGGUH PERGI HAJI OLEH HAJI HADI?

Ramai orang tiba-tiba rasa sensitif dan melompat dengan kenyataan Presiden Pas, Haji Hadi Awang yang menyeru umat Islam agar mendahulukan kemenangan dalam perjuangan politik berbanding menunaikan haji ke Mekah.

Walhal, apa yang dinyatakan oleh Haji Hadi itu itu adalah berdasarkan sirah perjuangan Rasulullah sendiri.

“Utamakan kemenangan politik. Nabi ketika nak tunaikan haji pun…baginda mendahulukan kemenangan politik daripada tunaikan haji dan umrah.

“(Ia) boleh ditangguh, kemenangan politik tidak boleh ditangguh,” katanya ketika berceramah di Ayer Kuning dua hari lalu.

Pendapat Haji Hadi agar umat Islam mengutamakan kemenangan politik berbanding pergi ke Mekah selain berdasarkan sejarah perjuangan Rasulullah dalam Perjanjian Hudaibiyah, ia juga pernah dipersetujui oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pada tahun 2012 sebelum ini iaitu menjelang PRU13 hendak diadakan.

Allahyarham Nik Aziz pada ketika itu bersetuju jika penyokong parti PAS membatalkan dahulu untuk menunaikan haji jika PRU13 diadakan pada musim haji.

Katanya, Nabi Muhammad sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10 hijrah sedangkan ayat mengenai wajib haji turun pada tahun ke-6 kerana ibadah itu boleh ditangguhkan pada bila-bila masa kemudiannya jika ada kepentingan lain yang lebih utama hendak didahulukan.

Dalam hal Perjanjian Hudaibiyah yang diutamakan Rasulullah itu, ia adalah perkara perkiraan politik yang perlu diutamakan yang mana ia boleh disamakan dengan PRU atau PRK pada ketika ini.

PRU hanya diadakan lima tahun sekali, manakala PRK pula bila ada sebab-sebab tertentu seperti kematian wakil rakyat dan sebagainya, sedangkan haji boleh diadakan tiap-tiap tahun dan umrah pula bila-bila masa.

Dengan itu,  apa yang peliknya dengan pendapat Haji Hadi itu, sampaikan selain orang politik PKR, Jakim dan Ikim pun turut melompat sama?

Kepada orang PKR dan penyokong kerajaan, kenapa semasa Nik Aziz setuju dengan penangguhan mengerjakan haji pada tahun 2012 dulu, semua diam saja?

Tiba-tiba nak bantah sekarang sebab apa – sebab ada ilmu atau sebab politik?

Lagi pula, walaupun Haji Hadi mengeluarkan kenyataan itu ketika berkempen di Ayer Kuning, beliau bukanlah memberi arahan, sebaliknya hanya sebagai seruan atau pendapat semata-mata.

Cuma, kalau kita sayang dan cinta kepada Rasulullah, eloklah diikut apa yang baginda pernah lakukan itu.

Selain itu, dalam konteks PRK Ayer Kuning, pengundian akan berlangsung pada 26 April manakala penerbangan pertama jemaah haji Malaysia hanya akan bermula pada 29 April.

Ertinya, seruan atau pendapat Haji Hadi itu tiada kesan pun kepada jemaah haji Ayer Kuning yang hendak pergi ke Mekah pada tahun ini.

 Makanya, pasal apa nak kalut dan melompat?

Ada elaun melompat ke? – ShahbudinHusin 21April2025.

3 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
21 April 2025 10:13 pm

SINAR akhbar pro-PN sendiri laporkan pencerobohan tanah rizab Kerajaan dinegeri PAS Kedah bawah Panglima Perang PN diAyer Kuning, Kaki Lebong No. 1 Hadi RERFORNUSI.

Bukan Lombong Emas diRaub Pahang tetapi Lombong Biji Timah diSg. Petani Kedah!

Ayuh Walaun2 Walauntit jom ramai serbu.

Jangan undi PAS Parti Auta SeMalaysia.

MANA SANUSI NAK LETAK MUKA. KA MEMANG TAK TAU MALU.

 https://wrlr.blogspot.com/2025/04/mana-sanusi-nak-letak-muka-ka-memang.html

AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, April 21, 2025
Share

Anonymous
Anonymous
21 April 2025 9:59 pm

SEOLAH LETAK KOPIAH DI KEPALA LUTUT: KENYATAAN HADI TAK KENA PADA TEMPAT.

comment image

comment image

comment image

comment image

Kenyataan Hadi akan makan diri.
Ya, tidak dinafikan tentang ibrah yang diambil dari sirah peristiwa Rasulullah SAW dihalang melaksanakan umrah hingga termeterainya perjanjian Hudaibiyah.

Menyamakan sirah Rasulullah SAW dihalang laksanakan UMRAH dengan PRK Ayer Kuning sangat tidak tepat.

Adakah Hadi gusar (sehingga keluarkan kenyataan), tentang kemungkinan ada pengundi PAS boikot tidak mahu keluar mengundi?

Ataupun Hadi risau PAS akan kehilangan sokongan lebih teruk di Ayer Kuning berbanding PRN sebelum ini?

Janganlah memperdagangkan ugama demi kepentingan sendiri. Di PRK Ayer Kuning PAS dan PN gagal seawal hari penamaan calon lagi. Selain itu penampakkan GAGAL terus kelihatan.

▪︎ GAGAL tarik sokongan dan dapat kecaman apabila naikkan sepanduk ntah apa-apa.
▪︎ GAGAL ketengahkan calon yang betul-betul berwibawa.
▪︎ GAGAL mainkan isu ladang khinzir apabila netizen naikkan semula cerita Razman ketika jadi exco tak buat apa-apa tindakan berkaitan ladang khinzir di ayer Kuning.
▪︎ GAGAL apabila pemuda PAS main sentimen cadangkan penyelesaian isu ladang babi dengan meminta orang kampung terjun sungai yang ada saliran tahi khinzir.

▪︎ GAGAL kerana jentera PAS/PN tak sepadu dan semantap gabungan jentera BN/PH.
▪︎ GAGAL tarik sokongan Melayu dan TOTAL LOST dalam strategi tarik sokongan bukan Melayu.

Dalam bab tarik sokongan bukan Melayu, Calon PAS/PN,Abdul Muhaimin Malek sedang terbelenggu dengan cabaran menarik sokongan pengundi bukan Melayu dan pengundi muda. Strategi kempen yang terlalu menumpukan kepada isu-isu nasional dan retorik agama tidak cukup untuk menyaingi pendekatan inklusif BN-PH. 

Manakala dalam bab gabungan BN-PH menunjukkan kerjasama yang mantap.Kehadiran jentera bersama dan penyelarasan kempen yang berkesan telah meningkatkan keyakinan pengundi terhadap kestabilan perpaduan yang mana pengubdi yakin akan ada kesinambungan pembangunan di Ayer Kuning selepas 24 April ini. 

Gabungan BN-PH semestinya berjaya mengekalkan sokongan pengundi bukan Melayu, yang memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan pilihan raya.

Berbalik kepada kenyataan Hadi, dek kerana gagal panaskan isu ladang babi dan gagal (seperti mana dinyatakan di perenggan ata), maka PAS tiada jalan lain selain jual dan jual agama. Kali ini jual Ibrah sirah perjanjian Hudaibiyah. 

Hudaibiyah yang saya belajar semasa di SMKA Falahiah dulu adalah perjanjian damai. Umat Islam kena sabar dan kuatkan iman, kurangkan kemarahan. Dalam sirah itu Rasulullah Saw ajar kita bagaimana urusan perjanjian dan persefahaman dengan orang bukan Islam. 

Kita di Malaysia sangat harmooni, situasi tidak sama dengan kejadian semasa perjanjian Hudaibiyah.

Mungkin Hadi ingat kenyataan-kenyataan seperti itu akan meyakinkan pengundi untuk bertukar selera dengan memilih PAS/PN pada PRK ini? Saya ingat tidak sama sekali. Ini kerana dalam satu ucapan calon Abdul Muhaimin jelas mengatakan mereka perlu menang bukan kerana kebajikan rakyat tapi hanya satu tujuan iaitu ingin menjatuhkan kerajaan negeri dan menggugat kerajaan persekutuan. 

– JK

AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, April 21, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
21 April 2025 9:08 pm

Senarai Auta PAS semasa jadi Kerajaan PN 33 bulan: a. Ternakan babi, semua ekor babi selamat semasa Razman jadi Exco Pertanian kerana Razman kata pengusaha2 babi dah buat pelaburan besar b. Hudud, Shariah dan RUU355, siapa yang desak adalah bisikan syaitan c. Nak hapus PTPTN, hanya tinggal hapus riba d. Royalti Minyak, PAS kelu bisu dan pekak badak e. Sebaliknya PAS tambah judi naik 22 kali dan perkenal arak baru Timah f. Kerajaan PN adalah PAS raikan Kerajaan Nika Gee Siew Yew PARTI AUTA SEMALAYSIA. TAK CAYA ? JOM DENGAR …LOGIK NI WOIII..BUKAN AUTA.   https://wrlr.blogspot.com/2025/04/parti-auta-semalaysia-tak-caya-jom.html AMIR Wartawan Rasmi LR… Read more »

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x