Sekumpulan penduduk Taman Sri Muda hari ini nekad berangkat ke Tapah, Perak demi satu tujuan: menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, bagi menuntut penyelesaian isu banjir yang sekian lama menghantui penempatan mereka.
Keputusan itu diambil selepas mereka dimaklumkan tentang kehadiran Amirudin di Tapah hari ini sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.
Jurucakap penduduk, Umagandhan Krishnan berkata tindakan itu diambil kerana kegagalan pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) memberikan maklum balas terhadap tuntutan penyelesaian masalah banjir di kawasan mereka.
“Kita dah umumkan bahawa sekiranya tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan, kita akan adakan perhimpunan aman hari ini.
“Dan sebelum ini dia (menteri besar) sibuk, tak nak jumpa rakyat. Tak apa, kita akan pergi jumpa dia. Kita dah hubungi pegawai khas dia.
“Jadi, buat masa ini seramai 40 orang penduduk akan hantar memorandum kepada menteri besar di DUN Ayer Kuning.
“Dari 2021 hingga kini, sudah empat tahun mereka hanya berikan alasan… kita tidak mahu dengar alasan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan aman yang diadakan di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Menurut Umagandhan, seramai 40 wakil penduduk dijadualkan menaiki bas dari Taman Sri Muda tepat jam 12 tengah hari, dan dijangka tiba di Tapah sekitar jam 2 petang.
Langkah itu, katanya menyusuli tempoh tujuh hari yang diberikan kepada kerajaan negeri dan PBT minggu lalu — satu tempoh yang kini tamat tanpa tindakan tuntas.
Terdahulu, penduduk memberi amaran kegagalan pihak berkuasa bertindak akan mendorong mereka melancarkan bantahan besar-besaran.
Mereka mendakwa tiga pam air baru yang dipasang kerajaan negeri tahun lalu — di bawah projek bernilai jutaan ringgit — gagal berfungsi sewaktu diperlukan, menyebabkan kawasan mereka ditenggelami banjir sebanyak dua kali tahun ini.
Dalam sidang medianya, Umagandhan menzahirkan kegusaran yang semakin menghimpit penduduk, terutamanya apabila hujan turun dengan lebat.
Katanya, setiap kali langit mendung, mereka dihantui trauma — bukan kerana gerimis, tetapi kerana banjir yang mungkin tiba.
Namun, Umagandhan menjelaskan perjuangan mereka bukan bermotifkan politik.
“Bukan kita nak jadikan isu ini isu politik tapi orang yang kena selesaikan isu ini adalah ahli politik.
“Kita tak nak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau ahli majlis yang berucap dekat sini.
“Kita nak penyelesaian muktamad. Seringkali penyelesaian sementara sahaja (yang diambil pihak berkuasa), kita juga perlukan dana bantuan,” katanya.
Umagandhan berkata memorandum yang akan diserahkan penduduk itu menggariskan tiga tuntutan utama kepada kerajaan negeri, kerajaan pusat dan pihak berkuasa berkaitan.
“Pertama, penduduk terbabit menggesa agar kerajaan dapat memberikan penyelesaian muktamad dan kekal untuk menghentikan isu banjir di kawasan berkenaan dan bukan sekadar memberi pelbagai alasan.
“Selain itu, kami mahukan penjelasan rasmi daripada kerajaan negeri serta pusat mengenai tindakan yang telah dan akan diambil selain memberikan dana bantuan kepada mangsa banjir,” katanya.
Tuntutan ketiga, menurut Umagandhan menyentuh tentang keperluan dialog terbuka bersama kepimpinan tertinggi negeri dan persekutuan.
“Sebagai penduduk, kami kerap menjadi mangsa banjir dan tiada masa atau tenaga untuk menunggu lama supaya perkara ini diselesaikan. Kami mahu penyelesaian segera dan muktamad,” katanya.
Mereka juga mendesak agar satu sesi pertemuan bersama Menteri Besar Selangor dan menteri kabinet diadakan dalam tempoh 14 hari selepas penyerahan memorandum dibuat.
Sementara itu, suasana perhimpunan aman yang turut disertai penduduk dari Bukit Kemuning dan Batu Lapan di Shah Alam bertukar kecoh seketika sejurus Adun Kota Kemuning, S Preakas, tiba di lokasi untuk memberikan penjelasan.
Bagaimanapun, kehadirannya tidak disenangi sebahagian penduduk yang hanya mahu bertemu dengan Amirudin sendiri dan berbincang secara terus dengan menteri besar.
Namun, kekecohan itu reda selepas Preakas diberi ruang untuk menyampaikan penjelasan kepada mereka.
Ketika banjir besar Disember 2021, Taman Sri Muda antara kawasan paling parah terjejas, dengan air naik lebih tiga meter di beberapa lokasi, memaksa ribuan penduduk berpindah.
Seramai 14 nyawa terkorban dalam bencana tersebut dan bagi mereka yang masih tinggal di situ, trauma kejadian ngeri itu masih belum sembuh.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/740849
Lawak PRK peluang uji kajiLawak PRK peluang uji kaji YESTERDAY Hishamuddin Aun Share Alasan Tuan Ibrahim bahawa pengundi Ayer Kuning perlu merasa diwakili PAS menggelikan hati.https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F7094bfa6-hishamuddin-aun-columnist-220424-1.webp&w=640&q=75 Pernahkah Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat ketawa ketika berhujah di pentas ceramah? Harus tidak pernah dan kalau ada pun, mungkin terlalu jarang kerana tidak seperti Menteri Besar Kedah Sanusi Nor yang ketawa dahulu sebelum lawak disampaikannya, orang nombor dua PAS itu mengekalkan riak wajah seriusnya. Namun, kelebihan beliau ialah boleh berlawak dengan muka bersahaja hingga kerap bahan jenakanya lambat sedikit untuk sampai ke khalayak untuk mereka hanya ketawa lama kemudian. Siapa boleh lupa ‘lawak’… Read more »
PENDUDUK SRI MUDA KEJAR MB S’GOR KE AYER KUNING NAK SERAH MEMO BANJIR20 April 2025
Barua Atok, Tamrin Ghaffar nak kejar Abah Cirit Birit dan Hadi ke Ayer Kuning nak tanya dakwaan Nika Gee Siew Yew?
Baru adil, Walaun2 dapat perspektif yang imbang mengenai subahat PN tak lah bersih, perihatin dan stabil mana!
Yang terlibat rogol mabuk dari minum arak melampau, karaoke dan gaul bebas happy ending, Ketua Armada BERSATU Hilman Adham Şu Pol Jemin tak berganding bahu dengan Mat Qazaf Aloq Setaq Afnan berkempen kerana Islam dan Melayu terancam ko?
Bapak Penyakaw tak sedar yang Rakyat Malaysia tolak Muallap PAS kesayangan Hadi, Nuaq Musa Sakaw komisen buta RM500,000 untuk 15 tahun. Sama Penyakaw. Don’t take sides in KL Tower dispute, Muhyiddin urges govt Don’t take sides in KL Tower dispute, Muhyiddin urges govt 30 MINS AGO FMT Reporters Share The PN chairman urges Putrajaya to be transparent and ‘state the truth’ about the dispute, saying the government cannot be perceived to be defending one party.https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F03%2F126de043-kl-tower-fmt-resize-310325-1.webp&w=1200&q=75 Kuala Lumpur Tower is at the centre of a dispute over the management contract, resulting in its temporary closure by the government. PETALING JAYA: Perikatan Nasional… Read more »
DITEGUR
Mohd Sayuti Omar
ILUTRASI CnP. WRLR
Jabatan Kemajuan Islam dan juga Majlis Agama Islam Negeri atau individu wewenang perlu beri penjelasan lanjut berhubung kenyataan Hadi Awang berpendapat mengundi lebih utama daripada mengerjakan umrah dan Haji.
Ada nas hadith menurut Hadi ibadat itu bileh ditangguhkan, tetapi apakah nas dan dalil itu menempati maksud sebenar sebab pilihan raya yang dijalankan itu berlandaskan politik dan bukan sunnah Rasulullah Saw.
Menteri di Jabtan Perdana Menteri Datuk Mohd Naim Mokhtar atau wakilnya wajar buat kenyataan menjelaskan untuk mengelakkan kekeliruan dan salah tafsir serta apakah kedudukannya dari segi hukum syariat yang sebenarnya. Trims.
AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, April 20, 2025
Share
AIKK.. SELANGOR PUN ADA BANJIR JUGAK KER?😂
HA HA HA.. MUKA NI JUGAK YG NAK KENA PI TOLONG ESOK…🤣
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..
(100 ribu juta billiun trilliun kali..)!
🤣😂😅😆😄😃😀🤣😂😅😆😄😃😀🤣