Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

ZAHID HAMIDI BOHONG, SAYA SUDAH LAMA BUAT SURAT AKUAN SETUJU PINDAH MILIK – TUN M

𝗣𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗨𝗠𝗡𝗢

  1. Saya terbaca beberapa laporan yang mengatakan bahawa saya enggan tandatangan surat perlepasan tanggungjawab sebagai pemegang amanah sebuah aset pemegang kepunyaaan UMNO.
  2. Yang tuduh saya ialah Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid dan selepas itu disambut pula oleh speaker DUN Johor Puad Zarkashi.
  3. Saya tak tahu apa nak kata pasal tahap pemikiran mereka ini.
  4. Pertamanya, mereka ni tak baca ke saman pemula yang UMNO failkan oleh Setiausaha Kerja nya Mohd Sumali. Saman itu namakan Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sebagai defendan dan bukan saya.
  5. Keduanya, dalam afidavit sokongan kepada saman yang difailkan oleh UMNO dinyatakan bahawa permohonan kebenaran untuk pindah milik tanah bertarikh 27 Oktober 2015 telah ada surat akuan yang ditandatangani oleh keempat-empat pemegang amanah termasuklah saya.
  6. Kemudiannya, pada 28 Disember 2015, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa Jawatankuasa Kerja tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah meluluskan kebenaran pindah milik daripada pemegang-pemegang amanah tersebut kepada UMNO.
  7. Bagaimanapun proses pindah milik itu terbantut pada Mei 2017 kerana terdapat nama dalam geran hartanah tidak sama seperti dalam kad pengenalan.
  8. Jelas tidak timbul saya tidak mahu lepas harta UMNO. Saya telah buat akuan bersetuju pada tahun 2015 lagi.
  9. Selain itu saman ini terhadap Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan tiada kaitan dengan saya.
  10. Sebelum ini saya sudah buat saman fitnah terhadap Zahid kerana berbohong untuk nak burukkan nama saya. Sekarang Puad Zarkashi turut serta.
  11. Tak malukah berbohong dan fitnah tak berhenti-henti.
  12. Tapi kalau fitnah ini kerana tidak faham, mungkin ahli UMNO perlu fikir semula sama ada kaki bohong layak terus jadi Presiden ataupun Speaker DUN, Johor.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 April 2025

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments

Warning: file_put_contents(/home/shahbudindotcom/public_html/wp-content/uploads/wpdiscuz/cache/users/dfc49575c181332cd0bb529cf004fbc8): Failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/shahbudindotcom/public_html/wp-content/plugins/wpdiscuz/utils/class.WpdiscuzCache.php on line 165
Anonymous
Anonymous
16 April 2025 4:36 pm

comment image

MENIPU DAPAT TAULIAH

 
Ya Allah dia bukan isu ada tauliah atau tiada tauliah tapi isu menipu untuk dapat tauliah ..

comment image

comment image

comment image

comment image

Sini Pak Ya cerita ..

Pertama kita persoalkan kenapa calon PAS mendapat tauliah sedangkan beliau adalah ahli politik ..

Perhatikan dalam borang permohonan untuk mendapat tauliah perlu dinyatakan dan ditanda apakah status politik pemohon ..

Adakah calon PAS menipu tidak istihar status politik semasa dalam borang permohonan ?? ini pertanyaan netizen ..

Kedua adalah beliau memegang jawatan politik sejak 2015 hingga kini dan aktif dalam parti politik PAS ..

Tetapi masalahnya beliau adalah guru tauliah sejak 2012 hinggalah kini,sini jelas adakah beliau tidak istihar status politik beliau ??

Bukan isu calon PAS ada tauliah atau tak,tapi isu menyorok dan menipu status politik untuk mendapat tauliah dari jabatan agama islam Negeri Perak ..

Cc credit Ikhwan Razak budak ni yang dapat maklumat dari penyokong PAS sendiri ..

AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 16, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
16 April 2025 4:49 pm
Reply to  Anonymous

Ahmad Fadzli fatwa jangan undi Calon PAS kerana menipu tauliah agama! Mat Sagon Darat PAS Pasir Mas, Ahmad Fadzli terperangkap dengan permainan persepsi ciptaan sendiri! Ahmad Fadzli mula persoalkan kelayakan Calon BN aktif politik sedangkan Penjawat Awam kerana Fadzli buta huruf mengenai Perkeliling Kerajaan mengenai Gred Jawatan Penjawat Awam yang dibenarkan aktif politik. Ropanya terbalik pulak hasilnya, kerana menipu tidak istihar aktif politik PAS, Calon PAS telah langgar syarat tauliah agama oleh AsSultan Perak. Cara sendiri, Ahmad Fadzli telah beri fatwa kerana menipu, jangan undi Calon PAS PRK Ayer Kuning! Isunya bukan soal ada tauliah atau tidak tetapi soal menipu… Read more »

Anonymous
Anonymous
16 April 2025 2:52 pm

Beza darah Arab Badawi tinggi darjat dari India Kerala! KENANGAN PAK LAH KETIKA MEMERINTAH Ariff Jamil   Gambar lama ini bukan sekadar nostalgia tetapi lambang sebuah persahabatan yang jujur, tulus dan penuh keikhlasan.  Antara Dato Seri Diraja Anwar Ibrahim dan Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi ada satu ikatan luar biasa umpama abang dan adik dlm sebuah perjuangan besar yang sama meskipun kemudian mereka mengambil laluan yg berbeza. Pak Lah seorang negarawan yg tenang, berjiwa lembut dan mendalam dalam pemikiran. Anwar Ibrahim , pejuang muda yg lantang dan penuh tenaga. Mereka mungkin berbeza dari satu sudut namun mereka berkongsi nadi perjuangan… Read more »

Anonymous
Anonymous
16 April 2025 12:14 pm

SIAPA BAPAK PENYESAT

comment image

 
AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 16, 2025

Share

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x