Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

PESAWAH GESA KERAJAAN TURUN HARGA BENIH PADI

Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) menggesa Bahagian Padi dan Beras di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengeluarkan arahan untuk menurunkan harga benih padi bagi musim 1/2025 ini.

Pengerusinya, Abdul Rashid Yob berkata harga kawalan benih ketika ini adalah RM58 untuk satu beg (20kg) yang ditetapkan pada Mac 2024 ketika harga padi semasa yang ditawarkan kilang mencapai RM1,800 setan.

Katanya, alasan kenaikan harga benih pada ketika itu adalah kerana mengikut harga belian padi.

“Bagaimanapun, penurunan harga belian padi pada tuaian yang lepas iaitu sekitar RM1,500 setan menjadikan harga benih semasa tidak lagi munasabah.

“Susulan penurunan harga tawaran padi itu sepatutnya harga benih padi diturunkan kepada RM35 seperti sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya memaklumkan perkara itu dalam satu surat kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu pada Februari lalu tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan.

Katanya, pesawah kini berdepan tekanan akibat kenaikan kos sara hidup dan penghapusan subsidi diesel menyebabkan kos operasi pertanian meningkat mendadak, sekaligus menjejaskan pendapatan bersih pesawah.

“Penurunan harga benih padi adalah langkah penting untuk memastikan kebajikan pesawah terus terpelihara.

“Ia akan membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh pesawah dan memberi impak positif kepada pendapatan mereka,” katanya.

Rashid berkata pesawah adalah tulang belakang pengeluaran makanan negara dan sokongan yang sewajarnya, termasuk penurunan harga benih adalah penting untuk memastikan pesawah terus dapat menghasilkan padi bagi memenuhi keperluan rakyat.

“Kami percaya bahawa tindakan segera oleh ketua pengarah Bahagian Padi dan Beras dalam mengeluarkan arahan penurunan harga benih padi akan memberi kelegaan kepada pesawah.

“Kami juga berharap agar kementerian dapat mempertimbangkan gesaan ini dengan serius dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya,” katanya.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/04/12/pesawah-gesa-kerajaan-turun-harga-benih-padi/

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

3 responses to “PESAWAH GESA KERAJAAN TURUN HARGA BENIH PADI”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Sindrom arwah dari PAS, cakap tak serupa bikin.
    Fatwa terpilih ikut nafsu PAS. Songkrang DAP tak boleh, Songkrang PAS boleh.
    Dua2 nak tarik pelancungan dan undi kaum Siam.

    Sindrom arwah dari PAS, cakap tak serupa bikin.

    Nasib baik PMX tunjuk contoh terbaik amalan Islam di Masjid Bukit Mertajam.

    ‘Islam Hebat Kerana Tunjuk Contoh Yang Baik, Bukan Maki Dan Hina Orang’ – PM Anwar
    https://i0.wp.com/harapanmadani.com/wp-content/uploads/2025/04/IMG_9232.jpeg?fit=1536%2C1024&ssl=1

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Semula Masjid Jamek Cherok Tokun Bawah pada 12 April 2025.

    BUKIT MERTAJAM, 12 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam untuk terus menunjukkan contoh dan teladan yang baik tanpa melakukan penghinaan terhadap kaum lain.
    Anwar berkata, sikap terpuji itu sekali gus akan membuatkan Islam dipandang mulia dan dihormati semua pihak.

    Katanya, salah satu tempat yang boleh dijadikan contoh adalah institusi masjid yang dibina dengan penuh ketakwaan kepada Allah SWT serta nilai-nilai murni yang membawa kepada kesejahteraan masyarakat.
    “Islam ini hebat kerana contoh kita, Islam hebat bukan kerana kita maki orang dan Islam hebat bukan kerana kita hina kaum lain.
    “Tetapi, Islam itu hebat kerana dia tengok contoh kita itu baik, masjid kita paling bersih, masjid kita paling indah, kariah kita paling baik peribadinya, anak-anak anak kita itu cukup terlatih dan cukup disiplin.

    “Oleh kerana itu yang akan menyebabkan orang hormat kita dan bukan kerana angkuh, bukan kerana bengis kita atau bukan kerana kita memilih untuk menghina yang lain,” katanya.
    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pembinaan Semula Masjid Cherok Tokun Bawah di sini, hari ini.
    Pembinaan semula masjid berusia 30 tahun di kampung halaman Perdana Menteri itu dijangka siap pada Februari 2027 dengan kos RM15 juta.
    Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohamad Abdul Hamid.
    Anwar juga mahu semua pihak supaya terus memainkan peranan dalam menjaga institusi masjid dan zakat supaya bantuan dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

    “Ia adalah dengan memainkan peranan dalam memastikan semua nilai-nilai baik diterapkan dalam pentadbiran negara tidak terbabit dengan kesalahan rasuah.
    ‘Ular sawa kalau dah makan, dia duduk diam (berhenti) tak usik apa-apa dah. Tapi manusia, dia rasuah dan tamak haloba mana dia nak diam.
    “Atas sebab itu kita nak jadikan kerajaan MADANI ini perubahan yang sebaiknya,” katanya.
    Tegasnya, kepercayaan rakyat yang memberi mandat untuk memimpin harus dibalas dengan amanah, kejujuran dan kesederhanaan bukan dengan menindas atau menyeleweng harta.
    “Kalau kita diberi amanah, itu tanggungjawab, bukan lesen untuk ambil kesempatan. Kita jangan jadi tamak hingga hilang arah, hilang akhlak. Kekayaan sebenar bukan pada harta, tetapi pada integriti dan taqwa.
    “Jangan lupa kuasa dan jawatan adalah sementara dan akhirnya manusia akan kembali kepada fitrah Allah untuk dipersoal tentang segala tanggungjawab yang telah diamanahkan,” katanya.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Saturday, April 12, 2025

    Share

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Referendum Rakyat tolak PN, kalah PRK berturut2.
    Anuar Musa, Muallap PAS yang disayangi Hadi dah 4 kali kecundang PRK berturut2 kepada Kerajaan Perpaduan maseh degil dgn msg sama PRK sbg referendum Rakyat untuk PN ambil alih Putrajaya.
    Tak kecuali jugak diPRK Ayer Kuning, tema Fitnah ini.

    Mcm mana guna alasan referendum Rakyat kalu keputusan PRK asyik kalah teruk.

    Sebenarnya referendum Rakyat tolak Anuar Musa dan PN kerana dia lah Broker Menara KL dibawah PN yang hendak Sakaw RM500,00O setahun selama 15 tahun dan dia jugak Menteri PN yang lelong Tanah Kg Baru kepada pemaju hanya RM400 kps semasa Abah PM8 PN.

    Itu antara sedikit kes Sakaw PN yang bertimbun.

    Karikatur sindir Anwar, Loke hanya mesej dari rakyat, kata Annuar
    Faiz Zainudin

    12 Apr 2025, 09:13 PM
    Timbalan pengarah pilihanraya PAS berkata karikatur itu tidak menyalahi undang-undang dan bukan provokasi.2
    SHARES

    2

    0

    0

    0

    Total Views:909
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F04%2Fffa26299-17-prk-ayer-kuning-120425.webp&w=3840&q=75
    Sepanduk dibawa penyokong Perikatan Nasional dilihat memaparkan karikatur pemimpin kerajaan perpaduan dengan tulisan antaranya ‘nilai ringgit merosot’, peningkatan cukai’ dan ‘Shut up’.
    TAPAH: Karikatur pemimpin kerajaan perpaduan yang dibawa penyokong Perikatan Nasional (PN) pada penamaan calon PRK Ayer Kuning pagi tadi hanyalah salah satu cara menyampaikan mesej dan meluahkan rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan.Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Annuar Musa berkata penggunaan karikatur itu juga tidak menyalahi undang-undang dan bukannya satu bentuk provokasi.

    “Masing-masing ada cara dan pendekatan untuk memberi mesej kepada kerajaan selagi ia tidak menyalahi peraturan.
    “Barisan Nasional (BN) juga ada cara mereka. Pada saya ini proses demokrasi dan biarkanlah ia berjalan,” katanya ketika ditemui dalam satu program kempen di sini.

    ADVERTISEMENT

    https://content1.avplayer.com/5b59760c073ef46a2e6b8f13/videos/67a34fcf3c55f497a409428f/629e26c7-f4ec-4eec-994e-339a9733f534.webphttps://content1.avplayer.com/5b59760c073ef46a2e6b8f13/videos/67a34fcf3c55f497a409428f/629e26c7-f4ec-4eec-994e-339a9733f534.webp

    Annuar turut mengingatkan DAP bahawa parti itu juga ketika menjadi pembangkang pernah menggunakan karikatur terhadap beberapa pemimpin termasuk bekas bekas perdana menteri, Najib Razak.
    “Saya nampak karikatur PN ini lebih harmoni dan tiada provokasi, semua berjalan dengan baik dalam menyampaikan mesej,” katanya.
    Terdahulu, Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming kesal dengan tindakan PN menggunakan karikatur seolah-olah menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook itu yang dianggapnya tidak wajar dan mencerminkan pendekatan politik sangat tidak matang.
    Katanya, sindiran melalui karikatur seperti itu adalah berniat jahat dan tidak membawa sebarang nilai tambah kepada pembangunan negara, malah cuba memesongkan tumpuan daripada isu sebenar.
    Sepanduk dibawa penyokong PN itu dilihat memaparkan karikatur pemimpin tersebut dengan tulisan antaranya ‘nilai ringgit merosot’, ‘peningkatan cukai’, ‘penghapusan subsidi’ dan ‘shut up’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x