Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

NASIB SYED SADDIQ DITENTUKAN ESOK

Nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atau kekal bersalah atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) akan diputuskan Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.

Prosiding akan didengar di hadapan panel tiga hakim, dengan pihak pembelaan diketuai peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Syed Saddiq, 33, selaku perayu memulakan hujahan terhadap sabitan dan hukuman.

Ia kemudiannya diikuti hujahan daripada pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin selaku responden.

Beliau juga merupakan Ketua Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini mahkamah menetapkan hujahan bagi kedua-dua pihak, dijalankan selama dua hari iaitu 19 dan 20 Mac.

Syed Saddiq memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November tahun lepas.

Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas mendapati ahli politik itu bersalah atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Menerusi penghakiman setebal 22 muka surat, mahkamah menolak pembelaan Syed Saddiq sambil menyifatkan keterangannya `tidak masuk akal’.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dilupuskan di Mahkamah Rayuan.

Susulan itu, Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes itu serta mengetepikan hukuman terbabit.

Syed Saddiq berkata, hakim bicara terkhilaf dari segi undang-undang apabila mensabitkannya atas empat kes itu.

Katanya, hakim gagal untuk mengambil kira, memahami intipati dan kehendak Seksyen 405 Kanun Keseksaan, maka perbuatan perayu seperti tertera dalam pertuduhan pertama tidak terjumlah kepada kesalahan di bawah seksyen terbabit.

Akibat kegagalan ini katanya, hakim terkhilaf dalam menyamakan pengeluaran dengan perbelanjaan wang.

Prosiding rayuan ini merupakan peringkat kedua pengadilan, yang mana sekiranya dia didapati kekal bersalah, Syed Saddiq masih boleh membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun jika panel hakim mendapati anak kelahiran Johor itu tidak mengetepikan Mahkamah Tinggi, maka dia akan dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Penolong Bendahari Armada ketika itu, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dana Armada berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Pertuduhan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh didenda.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Bekas Presiden Muda itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.

Sumber – https://www.sinarharian.com.my/article/718328/berita/semasa/rayuan-syed-saddiq-jel-tujuh-tahun-dua-sebatan-denda-rm10-juta-esok

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

21 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
19 March 2025 12:12 am

Doa orang ramai mengiringimu @syedsaddiq.” – Bella Astilah

Oleh Adha Ghazali
Mac 18, 2025 @ 11:06pm

Foto dimuat naik Bella di platform X bersama ciapan khusus buat Syed Saddiq sempena hari penentuan bagi Ahli Parlimen Muar itu esok.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1374139/doa-orang-ramai-mengiringimu-syedsaddiq-bella-astilah

1000053235
Anonymous
Anonymous
19 March 2025 12:14 am
Reply to  Anonymous

♥️DOA BUAT KEKASIH❤️

💐🌹🥀🌺🌷🪷🌸💮🏵️🪻🌻🌼🍂🍁🍄
Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahgia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Anonymous
Anonymous
19 March 2025 12:15 am
Reply to  Anonymous

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara

Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

1000053236
Anonymous
Anonymous
19 March 2025 12:37 am
Reply to  Anonymous

HA HA..NETIZEN WAYAR DEKAT NAK PUTUS🤣

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
“BASS” gah bagaikan gunung berapi meletus
Restu dri netizen beribu-ribu..bukannya ratus
Pada diri Bella, keresahan di hatinya tercetus
Buat kekasih, mmg nya tidak lupa doa diutus
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲
Kah kaahh kaaahhhh kaaaahhhh kaaaahhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

1000052939
Anonymous
Anonymous
18 March 2025 10:56 pm

ESOK ADALAH HARI PENENTUAN…😥

https://vt.tiktok.com/ZSMT57276/

ADA LEBIH DARI 4,300 NETIZEN TAMPIL BERDOA UTK YB SYED SADDIQ..🤲😢

1000053227
Anonymous
Anonymous
18 March 2025 10:57 pm
Reply to  Anonymous

HA HA…”ESOK MENJADI HARI PENENTUAN”😢

😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥
Mmg pertuduhan kt YB, penuh dgn keraguan!
Para netizen terus brdoa dgn penuh kepiluan
Adakah dia akn ikut PMX punya arah haluan?
Apakah dia kelak akn jdi PM bekas banduan?
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
Kah kaahh kaaahhhh kaaaahhhh kaaaahhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

1000004924
Anonymous
Anonymous
18 March 2025 11:20 pm
Reply to  Anonymous

HA HA…BESOK, HARI TIMBANGAN NERACA😢

😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥
Keresahan, di hati para netizen..kita dpt baca
Terasa spt darah dlm badan tinggal secamca
Tapi YB tak usah risau atau tenggelam punca
Sbb ‘Bella suka langit’, diterima segala cuaca
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

🤏🤏🤏🤏🤏🤏🤏🤏🤏🤏🤏🤏🤏🤏🤏
Kah kaahh kaaahhhh kaaaahhhh kaaaahhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

https://vt.tiktok.com/ZSMTuYqyR/

1000053231
Anonymous
Anonymous
18 March 2025 11:36 pm
Reply to  Anonymous

HA HA..KALAU BOLEH NETIZEN NAK JAMIN😥

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
‘BASS’ kpd netizen dah jadi mcm dgn vitamin
Smua berharap, agar depa ke jinjang pelamin
Para netizen terus berdoa kpd Rabbal alamin
Doa mintak² YB menang mai kita pakat amin
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲🤲
Kah kaahh kaaahhhh kaaaahhhh kaaaahhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

1000012971
Anonymous
Anonymous
18 March 2025 10:32 pm

“DALAM PERTEMUAN INI KITA TERPERANGKAP SUDAH..”♥️😂

https://vt.tiktok.com/ZSMTfByFE/

(JERAT PERCINTAAN – SITI NURHALIZA)❤️🤣

1000053223
Anonymous
Anonymous
18 March 2025 10:33 pm
Reply to  Anonymous

💐🌹🥀🌺🌷🪷🌸💮🏵️🪻🌻🌼🍂🍁🍄
Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan

Aku telah jadi lupa
Siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaanmu

Tapi pabila aku sedar diri
Siapakah aku ini
Aku bertanya sendiri
Apakah akan terjadi

Anonymous
Anonymous
18 March 2025 10:33 pm
Reply to  Anonymous

Ohh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita
Untuk berkorban
Demi pertahankan
Kebahagiaan

Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Dimanakah akhirnya
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Anonymous
Anonymous
18 March 2025 10:24 pm

SEKALI AKU MENYUKAI LANGIT, MAKA AKU AKAN TERIMA SEGALA CUACANYA..” – BELLA ASTILLAH🌹😂

https://vt.tiktok.com/ZSMTrd51f/

ADA LEBIH DARI 5,100 NETIZEN TAMPIL MERESTUI PASANGAN INI..🤣

1000053215
Anonymous
Anonymous
18 March 2025 10:25 pm
Reply to  Anonymous

HA HA…BGAI PUTERA RAJA & PUTERI RATU🤣

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Kisah BASS, bikin netizen mcm masuk hantu
Dgn selebriti lain, tk pernah jadi smpai begitu
Moga pasangan syurga ini kelak akn bersatu
Dlm video ni lbih 5 ribu tampil memberi restu
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
Kah kaahh kaaahhhh kaaaahhhh kaaaahhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

1000053129
Anonymous
Anonymous
18 March 2025 10:26 pm
Reply to  Anonymous

HA HA..UNTUK BASS, SELAMAT MAJU JAYA🤣

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
YB S.Saddiq kini, semakin tampan & bergaya
Bella pula sgt jelita, wajah penuh seri cahaya
Pasangan ni terus dpt restu dari warga maya
Tentu ramai pakai Primavalet nanti hari Raya
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaahhhh kaaaahhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

1000052611
Anonymous
Anonymous
18 March 2025 10:13 pm

Mat Sagon PAS Pasir Mas Fadzli Shaari bila nak tunggang isu Addendum, monyok terduduk kena tibai diPMX.

Kalu dok puashati, kau pegi mengadap AsSultan Kelantan le.

Muka darat, pala kot sendat Kopiah Putih maseh angau gaji buta dan Vellfire 33 bulan macam Boss dia!

KAU KUAT NGANJING YA. KO BELUM LAGI DOK DALAM WALAU SEHARI.

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/kau-kuat-nganjing-ya-ko-belum-lagi-dok.html

 
AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, March 18, 2025
Share

Anonymous
Anonymous
18 March 2025 10:12 pm

Susulan terbongkar kes SPRM siasat Mail Bera PM9 dengan rampadan RM170 juta dan jingling Emas dosage Housse, Edisi Siasat suara propaganda PN bangkitkan isu 14 MP UMNO dah bersedia nak lompat keluar Kerajaan Perpaduan.

Ada kaitan Langkah Malaysia Reset PN ko nak guling PMX?

DATUK AZHAR JAWAB ISU DAKWAAN 14 MP UMNO NAK LOMPAT ?

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/datuk-azhar-jawab-isu-dakwaan-14-mp.html

AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, March 18, 2025
Share

Anonymous
Anonymous
18 March 2025 10:15 pm
Reply to  Anonymous

Rampasan duit cash RM170 juta dan jongkong2 Emas disafe house kepunyaan pegawai2 Mail Blur PM9?

Keluarga Malaysia koyak rabak!

Anonymous
Anonymous
18 March 2025 8:05 pm

❤️BASS – FANTASIA MUSIM CINTA❤️

https://vt.tiktok.com/ZSMT8549P/

1000053207
Anonymous
Anonymous
18 March 2025 8:06 pm
Reply to  Anonymous

💐🌹🥀🌺🌷🪷🌸💮🏵️🪻🌻🌼🍂🍁🍄
Ku genggam awan kelabu
Ku gapai langit yg biru
Arah kita kian bersatu
Tinggalkan lagu rindumu

Langkah kita makin hampir
Ku tahu kau menunggu ku
Di hujung titik menantilah aku…
Alam mimpi

Bulan bintang sang suria
Bagai saksi janji kita
Meniti hari-hari
Yang indah ini

Anonymous
Anonymous
18 March 2025 8:06 pm
Reply to  Anonymous

Gunung akan ku daki
Lautan aku renangi
Demi memburu
Mimpi yg pasti…

Pintu kini telah terbuka
Kita pun langkah bersama
Fantasi mimpi berakhir
Cinta pun… berpadu

Hari hari yg berlalu
Menjelma bukan lah mimpi lagi
Umpama sungai dan tebing
Seiring sehati dan sejiwa
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Anonymous
Anonymous
18 March 2025 7:41 pm

KHAS BUAT YB SYED SADDIQ:😆

BIAR APA PUN YG AKAN TERJADI, TAK PERLU RISAU YB. SEBAB:😅
____________________________________
SEKALI AKU MENYUKAI LANGIT, MAKA AKU AKAN TERIMA SEGALA CUACANYA..” – BELLA ASTILLAH😂

https://vt.tiktok.com/ZSMTrd51f/
____________________________________

HA HA HA.. ❤️”BASS”❤️.. SO SWEET..🌹

1000053204
21
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x