Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

PEMIMPIN BOLEH LUPA ATAU BUAT-BUAT LUPA, TAPI JANGAN LUPA – RAKYAT TIDAK LUPA

Walau apa pun hujah cuba dikemukakan, suntikan dana kerajaan sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah satu bentuk bailout atau langkah penyelamatan.

Dalam pemfailan di Bursa Malaysia pada Selasa, Sapura Energy mengumumkan telah menerima RM1.1 bilion daripada Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH) – syarikat tujuan khas di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan sebagai pelaburan kepada Sapura Energy.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Zamri Jusoh, dana itu akan digunakan bagi melangsaikan hutang syarikat kepada lebih 2,000 vendornya, yang majoritinya merupakan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Vendor kami kebanyakannya adalah perusahaan kecil dan sederhana yang mengalami kesulitan kewangan yang ketara semasa dan selepas pandemik Covid-19. 

“Sentiasa menjadi hasrat kami untuk menyelesaikan sepenuhnya hutang tertunggak kepada mereka.

“Kami amat berterima kasih kepada MDH kerana menyediakan pembiayaan ini, yang akan membolehkan kami memenuhi komitmen kepada vendor Malaysia kami,” kata Zamri dalam kenyataan di Bursa Malaysia.

Berdasarkan pengakuan di atas, tidak diragukan lagi suntikan dana RM1.1 bilion itu adalah untuk menyelamatkan Sapura Energy daripada beban hutang tertunggak yang tidak mampu mereka selesaikan dengan keupayaan sendiri.

Meskipun RM1.1 bilion itu disebut sebagai pelaburan, tetapi dengan kerajaan melabur dalam syarikat yang sedang berdepan masalah hutang, itulah dinamakan bailout.

Kenapa tidak melabur dalam syarikat-syarikat yang lain yang prestasi mengurus hutangnya lebih baik?

Apa yang berlaku ini nyata 100 peratus bertentangan dengan suara-suara lantang Anwar Ibrahim dan PH ketika mereka berada sebagai  pembangkang sebelum ini.

Anwar dan Rafizi Ramli khususnya, adalah antara watak utama dalam PH ketika berada dalam pembangkang yang sentiasa menentang keras dan bersuara nyaring terhadap tindakan bailout yang dilakukan kerajan.

Malah Anwar paling kerap menyerang Tun Mahathir Mohamad atas dakwaan banyak menggunakan dana awam untuk menyelamatkan syarikat-syarikat tertentu.

Tiga tahun lalu pula, ketika Anwar sebagai Ketua Pembangkang berdebat dengan Najib Razak, beliau mengkritik cadangan kerajaan untuk bailout atau menyelamatkan Sapura Energy yang dikelilingi hutang.

Beliau berhujah bahawa sebarang perbincangan mengenai pakej penyelamatan hanya boleh dilakukan selepas audit forensik ke atas Sapura dijalankan bagi menentukan sama ada syarikat itu – yang menerima banyak pelaburan daripada Permodalan Nasional Berhad – telah diurus dengan baik atau mungkin disalah urus.

Sekarang apa cer?

Adakah audit forensik telah dilakukan keatas Sapura Energy sebelum dana RM1.1 bilion diberikan?

Bagaimana rakyat mahu meyakini jika seseorang pemimpin itu cakapnya lain ketika belum ada kuasa dan bertindak lain setelah menggengam kuasa?

Ini pula bukanlah kali pertama pemimpin semasa yang ada kuasa mempamerkan aksi cakap lain dan buat lain sejak menjadi kerajaan.

Sudah lupakah mereka dengan apa yang diperjuangkan dan kata-kata berapi yang kerap dilontarkan sebelum ini?

Pemimpin memang boleh lupa, sengaja lupa atau buat-buat lupa, tapi jangan lupa – rakyat tidak lupa. – ShahbudinHusin 12Mac2025.

4.5 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

7 responses to “PEMIMPIN BOLEH LUPA ATAU BUAT-BUAT LUPA, TAPI JANGAN LUPA – RAKYAT TIDAK LUPA”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Rais masa jadi Menteri dulu pun dok sibuk kempen MM2H baik utk negara bawak masuk pelaburan terus dari luar.
    Sekarang Rais berkokok nada lain macam dok hentam PMX kerana dah tadak jawatan dan masyuk pun lama pokai semenjak Atok kencingkan semua orang letak jawatan PM7 Kerajaan PH tahun 2019.

    İni lah sindrom UMNO pencen yang maseh berharap perhatian dan buah sepak türün bergolek dari langit.

    Rais nak Make Malaysia Great Again bersama Atok ko, he he.

    Don’t spread false narratives about MM2H programme, Rais told
    Chia Wan Rou

    13 Mar 2025, 12:11 PM
    The MM2H Consultants Association clarifies that participants do not obtain permanent residency under the programme.1
    SHARES

    1

    0

    0

    0

    Total Views: 394
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2025%2F03%2F44eac49f-rais-yatim-resize-fmt-130325.webp&w=3840&q=75
    Former minister Rais Yatim had sarcastically congratulated Chinese nationals for ‘becoming permanent residents’ under the MM2H programme.
    PETALING JAYA: The MM2H Consultants Association has hit out at former minister Rais Yatim over his remarks on the Malaysia My Second Home (MM2H) programme, saying they could mislead the people about the initiative.Rais had sarcastically congratulated Chinese nationals for “becoming permanent residents” under the MM2H programme in a Facebook post last Thursday.

    The association’s president, Anthony Liew, said that MM2H participants do not obtain permanent residency under the programme.
    “They are simply MM2H pass holders, and many do not actually reside in Malaysia,” Liew told FMT.
    Rais, in his social media post, was responding to a news report stating that over 22,000 MM2H applications had been approved since 2015, with Chinese nationals comprising the largest group of applicants.
    MM2H is a programme for wealthy foreigners who may obtain long-stay visas of up to 15 years in return for financial and property investments ranging from US$150,000 to US$2 million.
    Launched in 2002, the programme has remained in place under seven prime ministers, including during Rais’s tenure in government.
    Liew said that MM2H participants residing in Malaysia must go through a renewal process.

    ADVERTISING

    He added that some participants continue to run businesses in their home countries while sending their children to school in Malaysia.
    “Such remarks are irresponsible and could create misunderstandings, giving the programme a negative image,” he said.
    On Saturday, tourism, arts and culture minister Tiong King Sing voiced concern that misleading narratives surrounding the MM2H programme could spark tensions. He also stressed that the MM2H programme is open to applicants from around the world.
    On Tuesday, real estate technology agency IQI said the revamped MM2H programme had led to RM455.8 million in fixed deposits placed in local banks since June 2024.
    Citing official data, IQI said this followed 782 approvals under the latest iteration of MM2H, introduced in mid-2024.
    IQI group CEO Kashif Ansari said the majority of the 53,000 current MM2H pass holders are from China (24,765), followed by Australia (9,265), South Korea (4,940), Japan (4,733), Bangladesh (3,604), and the UK (2,234).
    There are fewer than 1,000 pass holders from the US, Singapore, Taiwan, and India.

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Sdr Budin…

    Please look at the broader perspective and try to be objective in your assessment on this issue.
    Kalau MADANON tak buat apa-apa….nanti hangpa kata tengok tu…bukannya nak bantu syarikat Melayu yang dalam kesusahan. Ini mesti takutkan tekanan DAP ni. Hangpa tu bukankah geng busuk perut.

    Bila Madanon cuba menyelamatkan syraikat bumiputera (yang lebih penting bukan Sapura, tapi berpuluh-puluh vendor lain yang mungkin gulung tikar jika tiada dapat bayaran)….dah hangpa kata Bang Non cakap tak serupa bikin….amalkan bailing out pulak. Hangpa bukankah geng busuk perut!

    Tengok keadaan la geng busuk hati oiii….Yang penting pastikan Pihak Pengurusan Atasan SAPURA tidak lagi terlibat dengan sebarang salah laku, penyelewengan, dan ketidakcekapan pengurusan supaya syarikat itu mampu bangun semula dan mampu bayar balik dana kerajaan yang dipinjamkan..

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Beza Atok dan PMX.

      Dulu Atok guna Dana MISC bail-out syarikat persenderian anak dia Mirzan dan partner-partner bukan Melayu dari bangkrupsi.

      PNB buat pelaburan tambahan dalam Sapura kerana PNB adalah pemegang saham milik Kerajaan terbesar dalam Sapura.

    2. Anonymous Avatar
      Anonymous

      BEZA NAJIB DAN ANWAR ISU SAPURA. 

       
      Aman Muhammad

      Antara perkara yang membezakan PM6 dan PMX dalam isu Sapura ni ialah audit forensik dan penstrukturan semula Sapura.

      PM6 mahu bail out Sapura tanpa audit forensik dan penstruktiran semula Sapura.

      Manakala PMX telah buat audit forensik Sapura pada tahun 2024 dan penstrukturan semula sedang dijalankan.

      🙂

      https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhukBtKSd6eG1mQW5eAZ1N8ywr-jDN1BQSjgZNJLQD4QX7O59zmNtaRXCa6yskB1VpuutiJjisv5tVtiz91cp_z4AsElOEuOC5uxSmPyaF0wkzoDalG4cr0SoV1AuwhHUxhuzSJ26vQ76HNG8NboK6k3eEcmORXzA9_s_d3rLraDKCSb5fWYhGK_7UMsKc/s280/FB_IMG_1741835411855.jpg

      AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, March 13, 2025

      Share

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    URA: Nak emosi guna modal lain, pleaseMohsin Abdullah

    13 Mar 2025, 07:00 AM
    Jika sesiapa mahu mengkritik URA silakan tetapi tampilkan hujah bijak berdasarkan fakta, bukannya emosi.2
    SHARES

    1

    1

    0

    0

    Total Views: 75
    https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F05%2Fa8fd859b-mohsin-abdullah-columnist-100524-1.webp&w=640&q=75
    Saya setuju dengan matlamat Akta Pembaharuan Semula Bandar atau Urban Renewal Act. Singkatnya URA yakni bagi membolehkan pembangunan semula kawasan perumahan lama dan usang di kawasan bandar.

    Dalam pada itu saya juga setuju sesiapa yang nampak akan kelemahan dan kepincangannya, lalu menegur dan mengkritik. Malah mereka wajib tegur dan kritik bermatlamatkan pembaikan. Apa jua perundangan, rancangan mahupun cadangan tentu ada kelemahan meskipun bertujuan baik. Begitu juga URA.
    Lantas saya setuju dengan teguran wartawan veteran Andrew Sia menerusi kolumnya di Malaysiakini. Kata Sia, kebimbangan utama membabitkan orang miskin. Kata kuncinya orang miskin.

    ADVERTISEMENT

    https://content1.avplayer.com/5b59760c073ef46a2e6b8f13/videos/67a34fcf3c55f497a409428f/629e26c7-f4ec-4eec-994e-339a9733f534.webphttps://content1.avplayer.com/5b59760c073ef46a2e6b8f13/videos/67a34fcf3c55f497a409428f/629e26c7-f4ec-4eec-994e-339a9733f534.webp

    Sebagai contoh, beliau menggunakan kawasan rumah pangsa kos rendah yang berharga RM200,000 seunit. Kawasan dibangunkan semula untuk pembinaan condo baru yang fancy. Ertinya rumah pangsa lama dirobohkan. “Ya penghuni diberi pampasan atas ‘kehilangan’ rumah pangsa mereka. Katalah RM220,000. Tetapi tidak akan mampu beli kondo baru yang didirikan berharga RM600,000 atau lebih,” kata Sia.
    Kesudahannya, kata beliau, mereka berpindah kemungkinan jauh dari pusat bandaraya mencari kawasan perumahan murah sesuai dengan kemampuan. Lalu mereka terpaksa menempuh perjalanan jauh dan memakan masa lama setiap hari apabila berulang alik ke tempat kerja.
    URA ialah satu isu yang kompleks. Ada juga kebimbangan tentang ambang persetujuan yang mahu diturunkan daripada 100% kepada 80%. Dalam lain perkataan, peratusan untuk membangunkan semula perumahan lama dikurangkan bergantung usia dan keadaan perumahan.
    Juga kebimbangan URA akan jadi pro pemaju, bukan rakyat. Semua kebimbangan sudah dapat perhatian kerjaan yang bertindak memberi penjelasan dan jaminan apa yang dibimbangi tidak akan terjadi. Tidak perlu saya huraikan penjelasan dan jaminan berkenaan.
    Namun dinyatakan URA masih dalam peringkat perancangan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan masih mengumpul maklum balas daripada pihak berkepentingan.
    Yang ingin saya ketengahkan ialah teguran Sia bahawa cara URA dilaksanakan boleh menimbulkan masalah seperti yang ditulis tadi, yakni pushing out poorer people. Beliau menyarankan penambahbaikan. Dalam konteks ini saya ulangi kata kunci ‘orang miskin’.
    Malangnya Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man tidak mahu menggunakan kata kunci itu yakni ‘orang miskin’ secara am, sebaliknya memilih untuk sebut bangsa. Beliau menyifatkan URA sebagai “taktik halus mengusir Melayu dan India miskin dari kawasan bandar”.
    Mengapa sebut bangsa? Bukankah elok jika kata ‘orang miskin’ tanpa ambil kira bangsa mereka? Miskin ialah miskin. Benar ada orang Melayu dan India miskin tetapi orang miskin termasuk juga orang Cina. Jika mahu juga sebut bangsa mengapa tidak sebut Cina juga? Atau adakah timbalan presiden PAS yakin semua orang Cina towkay yang kaya raya?

    Bagi saya Tuan Ibrahim menyebut ‘orang India’ untuk mengiringi ‘orang Melayu’ ialah untuk elak dituduh bersifat perkauman. Namun dengan tidak memasukkan orang Cina dalam senarai orang miskin bukankah itu menunjukkan elemen perkauman?
    Sebelum ini PAS ketika membantah cadangan sesetengah pihak supaya pilihan raya tempatan atau local council elections diadakan, ia juga menggunakan sentimen perkauman. Tuan Ibrahim menyifatkan pilihan raya itu bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan dikuasai “hanya satu kaum”. Beliau tidak sebut apa kaum yang dimaksudkan tetapi rasanya umum boleh agak kaum apa. Presiden PAS pula pernah terus terang kata orang Cina akan menguasai pihak berkuasa tempatan jika pilihan raya berkenaan diadakan.
    Pada hemat saya jika PAS atau sesiapa yang mahu membantah dan mengkritik URA silakan tetapi tampilkan hujah bijak berdasarkan fakta, bukannya emosi. Senaraikan kelemahan dan beri cadangan pembaikan atau alternatif. Jangan tiup sentimen perkauman.
    Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad turut membantah dan turut main sentimen bangsa. Beliau mendakwa orang Melayu akan jadi seperti Melayu Singapura yang diusir daripada perkampungan mereka untuk beri laluan kepada projek pembangunan.
    Panjang lebar dakwaannya. Cukup saya katakan intipati dakwaan ialah perkampungan orang Melayu Singapura ditiadakan dan mereka terpinggir dan tenggelam di lautan orang bukan Melayu.
    Saya beritahu dakwaan Mahathir kepada kawan lama, seorang Melayu rakyat Malaysia tetapi duduk di Singapura bertahun-tahun lamanya. Apabila beliau kembali ke Malaysia beberapa tahun lalu, isterinya (Melayu Singapura) ikut serta tetapi masih warga Singapura. Beliau menasihati anak-anaknya supaya terus tinggal di Singapura sebagai warga republik itu.
    Setelah baca dakwaan Mahathir kawan saya mengulas. Juga Panjang lebar. Saya tidak hurai satu persatu. Kesimpulan ulasannya ialah apa yang Mahathir cakap mengenai Melayu Singapura adalah “tidak betul bro”.

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Dulu Anwar kritik bail-out, tapi sekarang Anwar pula bail-out? Apa cerita? 
     

    Dulu Anwar kritik bail-out, tapi sekarang Anwar pula bail-out? Apa cerita? 

    Ini perbezaan bail-out 2025 berbanding bail-out 2018.

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDelcxd9zCJtm1mic4MepFXxjpXqIdBQxFJ0drfNdPOriL2x_6mAozmx9ba4QUz3-LPb_g3N7PCXT8B6VLUTLjSF-C3IOr6fVkDBqDv0SIr7T8nuMbtdb1XT4de-6XtMvvRUWapTP0aKDK5e7Y-VD4GDs3msmbQpHAPFpBhXYPwunZAI7A-X6oCdzO-dg/s280/FB_IMG_1741776683351.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitmLjao0T0h6_1zPxz2m0ZuX_IphE4cmdt8uvYwsCiN31qT4Na_VpWgBCnDN5awuyQenTK0KyYUqYr_I4ZLkxJoX51BWrHIzsE2MhxffPn8LZaG5vnUepVI6kp8nl_wL9HZfrhffYWwxX3Qu-GHa2QzIJAsRskOWw1RGG7-yALQfboco1G8n84J1xP-tA/s280/FB_IMG_1741776687796.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3AGso5dgdk4lDNN7v1959SgQ1PC5ssrBA_DRKZilM5VmfghEaCdHWZXvEhLci7ze06RT1EDxO2gfvjsTF7MgVUe-GpsgI6CH1FKvq0Suwp7oaS5WBhF6FsMp8quLRFRnM35uk7xRhd_v2sTmpP1mc_1IWn7IEHz8jAkZcp-v4hhefHz04KMEQEF1lqNI/s280/FB_IMG_1741776694665.jpg

    Tahun 2018, Kerajaan bail-out RM4 bilion kepada Sapura. Tanpa sebarang syarat.

    Apa berlaku? Sapura masih rugi tapi pengurusan tertinggi dibayar RM80 juta untuk tahun 2018.

    Ini yang dikritik Anwar. Bagi duit kepada Sapura kononnya untuk “selamatkan Sapura”. Akhirnya, tokoh elit diselamatkan. 

    Boleh tengok sendiri kritikan Anwar ketika berdebat dengan Najib dulu. Konsisten. Rujuk minit 18:46 hingga 19:42 (https://www.youtube.com/live/AxMTQvfTpRA?si=7B4-RbhAxmXd8TsJ)

    Sebab itu, bail-out tahun 2025 berbeza. Bail-out kali ini digunakan secara eksklusif HANYA untuk bayar hutang Sapura kepada vendors.

    Sapura rugi, vendors tak dapat duit. Jadi Kerajaan suntik dana HANYA untuk Sapura bayar duit kepada vendors yang Sapura berhutang.

    Jadi apa beza bail-out zaman Anwar dengan sebelumnya? 

    Sebelum ini, suntik dana kepada Sapura, Sapura boleh guna ikut kepala mereka. Termasuklah bayar gaji tinggi kepada CEO.

    Sekarang? Hanya untuk bayar hutang kepada vendors sahaja.

    Ini konsisten dengan hujah Anwar ketika berdebat. Tapi malangnya ramai yang baca headline je tanpa betul-betul research. Kalau kata tak bijak, marah pulak. Huhu.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, March 12, 2025

    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Bailout Sapura, Anwar tiru cadangan Najib? Nak ulas sesuatu kena faham konteks dan isu.

       Bailout Sapura, Anwar tiru cadangan Najib? 

      Nak ulas sesuatu kena faham konteks dan isu.

      Tahun 2022 

      Dalam Debat, Najib cadang supaya Petronas bailout Sapura secara membeli saham tanpa apa-apa syarat tapi Anwar suruh buat audit forensik dahulu dan sentuh tentang elaun pengurusan yang tinggi walapun syarikat kerugian. Anwar kata dari guna duit Petronas, baik pengurusan Sapura di susun semula dan di betulkan segala salah urus. 

      Bulan Mei tahun yang sama, Sapura Energy Berhad (SEB) diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 sebab: 

      https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjUjCRNk7LDOcsR-OB_xmvgqnf3z96wYjzqzCrstYdP-QBq317-bD2ovzTSf8hZMIScfqG_gr-EEUR30iTAzJNCcZNrPghB-BxHvF3dQbbFYLTLb_90N4YSgFOlkW0lCNbaE0nGgsY865TktxZHB_3wZuA8okDR4PBk58jAr_IsP_iD1DU2pzRfdVPOhY/s280/FB_IMG_1741775876203.jpg

      https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5JtGNnJDExxTd_jYdsGl_uKuwb51eaxNpvlsH3wTmUxycDTD47EDgTpb6HWo0vQ8sIBtkXwQHtp-ggICpfRldAOmqaV6_Z8mscY1GHQpdUk_idLTniuRAHT6MrbrYcEm6Iw7hCEWNt8gka6IQxG20LJtEcaWCKRxPCDZo-y3drbehwpbdZQl6g-aor38/s280/FB_IMG_1741775880732.jpg

      Kerugian kewangan yang besar – Syarikat melaporkan kerugian melebihi RM8.9 bilion bagi tahun kewangan 2022.

      Beban hutang yang tinggi – SEB bergelut dengan pinjaman sebanyak RM10.3 bilion dan menghadapi masalah kecairan.

      https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2N_VYTdoADxbeRtARDRCUniBp9E0PgZDP8tih1Y3Hz4oeQIbmYrrlV430SQeAYROII4hWud1ZTK9GRrr2BkNEOr2M5s0jecMZjrVN53q7JMNPK42ZdUBrji5zoIiOPqtZYlZjN1n4od_B7tSWz0ETJKGh6UK0DxMjEoL2ItXyVJ08DfQfK9id3U6A17g/s280/FB_IMG_1741775885490.jpg

      https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-_1lccuZ5q3QCKwiusuPitKWj9GVOrcl3eDPj6yLm53w3rOpVM8rizOeNl8Xo9fvLfD0tM4rkRhfEQLP2oWrZmeevHh8cWK8UTeM0svgIcwgaFn8ddz2wumOm3CscKp_H1IcNX15PiB4934nhB_wOxjEle384OpqO6se-kBS0Gte43HTw4r5CzpYgBS0/s320/FB_IMG_1741775890357.jpg

      Lebihan kos projek dan kelewatan pembayaran – Syarikat mengalami kelewatan pembayaran daripada pelanggan serta peningkatan kos projek.

      Gagal membayar pinjaman – SEB gagal membayar semula hutang berjumlah RM10 bilion pada Disember 2021.

      Tahun 2024

      https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhl5Hkc8_9w-81hA-DhBSOAIV1339ZVrlpJl2wrXDC1BkfAor3NRV74j1-WuGFef0OydoxkGJNuoL5EXX0C0XH19g0HblljWFGzfZnywfS5HQ4LX4lp4MjMlUeqWdy9adhZTZFdD7SigoEDP2FXd03akDNiPSYhaJzouobB029MpKHKKrQZLU3THc2756o/s320/FB_IMG_1741775895438.jpg

      https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAXIeC_AlcWDB-kH5urlhs8L6IxdLd1vTtEdiDUef1_RRFpZoijua1ivKEe0vnWrvFTWrWD-lkGvM79dVGMPtwW1QGoH2S_uJCT9zbjqxiwnemxXH8w7fDtG5w1ntddCwitoOfUdnNCcBoITRHsHhpv_Ww3e5lQfhKiFCxeBNI57He3t0GMSDBe1wE2tI/s320/FB_IMG_1741775902608.jpg

      Untuk audit forensik, pada sebenarnya telah di buat untuk tahun kewangan 2024 oleh auditor bebas Ernest & Young yang mengatakan “Our opinion is not qualified” 

      Ini bermaksud EY telah memberikan pendapat audit tanpa syarat (unqualified audit opinion), menunjukkan bahawa penyata kewangan Sapura Energy dibentangkan secara adil dan mematuhi piawaian perakaunan.

      “In respect of this matter” → Merujuk kepada isu tertentu (kemungkinan berkaitan dengan ketidakpastian kelangsungan operasi atau tekanan kewangan).

      Walaupun terdapat kebimbangan kewangan, ia tidak memerlukan pendapat audit bersyarat (qualified opinion), yang akan menunjukkan kesilapan material atau ketidakpatuhan terhadap piawaian perakaunan.

      Mengapa Ini Penting untuk Sapura Energy?
      Tanda Positif → Walaupun menghadapi cabaran kewangan, laporan kewangan syarikat adalah tepat dan telus.

      Keyakinan Pelabur → Pemegang kepentingan boleh bergantung kepada penyata kewangan dalam membuat keputusan.

      Tiada Isu Perakaunan yang Serius → Walaupun Sapura Energy menghadapi risiko kewangan, ia tidak dituduh melakukan pelaporan kewangan yang tidak betul.

      Tahun 2025 

      MOF buat SPV dan suntik 1.1 billion kepada Sapura Energy Berhad (SEB). Adakah suntikan dana tanpa syarat?

      Tidak, suntikan secara eksklusif untuk menyelesaikan liabiliti yang terhutang oleh SEB kepada penyedia perkhidmatan Malaysia dalam sektor minyak dan gas, yang kebanyakannya terdiri daripada 2000 vendor tempatan (perusahaan kecil dan sederhana (PKS)). 

      Pelan Utama dari Keluar PN17:

      Penyusunan Semula Hutang – Kebanyakan syarikat berunding dengan pemiutang untuk mengurangkan atau melanjutkan tempoh pembayaran pinjaman.

      Penstrukturan Semula Perniagaan – Syarikat mengubah fokus kepada operasi yang lebih menguntungkan atau mampan.

      Pelaburan Strategik – Sesetengah syarikat menerima suntikan modal daripada entiti berkaitan kerajaan (GLC) atau pelabur utama.

      Pengurangan Kos Operasi – Langkah pemotongan kos dan peningkatan kecekapan memainkan peranan penting dalam pemulihan.

      Bagi Sapura Energy, rancangan penyusunan semula hutang serta suntikan modal RM1.1 bilion boleh membantu syarikat untuk keluar dari status PN17 dengan berjaya.

      Bulan Jan 2025 hari itu pun Sapura Energy telah dapat CEO yang baru https://sapuraenergy.com/director/muhammad-zamri-jusoh/

      Jadi kata-kata Anwar yang dulu masih lagi tepat bila audit telah di lakukan, masalah pengurusan telah di selesaikan dengan pengurusan baharu, dan suntikan 1.1billion tadi di gunakan untuk bayar hutang Sapura tertunggak pada vendor.

      Ini juga akan membolehkan Sapura keluar dari PN17. ( Contoh salah satu syarikat yang berjaya keluar dari PN17 adalah AirAsiaX)

      Langkah ini adalah cara terbaik untuk elakkan 2000 vendor tadi tidak mendapat bayaran dan akan menyebabkan rantaian ekonomi yang tidak menentu.

      Kesimpulanya, Anwar tidak meniru plan bailout Najib sebab ada konsidi prasyarat dan ia bukan cek kosong. Nampak sama tapi tak serupa. 

      MMMS

      AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, March 12, 2025

      Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x