Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

APABILA MENTERI KENA KETAWA…

Saya tidak pasti apa sebab sebenar mengapa berita mengenai seorang menteri yang beroleh gelaran Datuk baru-baru ini dberi emoji ketawa oleh sejumlah besar netizen di negara ini.

Dalam beberapa portal berita yang menyiarkan berita nengenai menteri berkenaan menerima gelaran Datuk itu didapati majoriti netizen memberi emoji ketawa kepadanya.

Lebih sadis, sebuah agensi di bawah menteri berkenaan sendiri yang menyiarkan ucapan tahniah kepada menteri tersebut turut dihujani emoji ketawa yang lebih ramai juga.

Kenapa sampai begitu sekali tanpa simpatinya sikap netizen kepada menteri berkenaan dan apa yang lawaknya apabila seorang menteri diberi gelaran Datuk?

Apakah berita itu lebih menggelikan hati netizen daripada menonton acara lawak jenaka?

Sebelum ini, ada juga beberapa menteri di bawah kerajaan madani menerima gelaran Datuk dan apabila beritanya disiarkan secara meluas di media, tidak pula didapati mereka itu diberi kebanjiran emoji ketawa yang begitu ramai.

Bahkan,  bersama menteri berkenaan diberi gelaran Datuk baru-baru ini, seorang menteri yang lain turut menerima gelaran juga, namun netizen nampaknya aman dan tenang-tenang saja.

Mengapakah hanya menteri berkenaan saja diberi kebanjiran emoji ketawa?

Sebelum-sebelum ini jika diperhati, tindakan netizen mengkritik dan mempersenda menteri bukanlah sesuatu yang asing sebenarnya.

Misalnya, Najib Razak pernah dipersenda dan diketawakan kerana mengatakan harga kangkung sudah turun harga.

Beliau dipersenda dan diketawakan lantaran kangkung bukanlah makanan keperluan bagi rakyat negara ini.

Seorang  menteri di era BN turut menjadi bahan persendaan dan ketawa netizen kerana mencadangkan agar rakyat memilih makan daging atau ikan berikutan kenaikan harga ayam ketika itu.

Menteri itu dipersenda dan dikrtiik hebat kerana ideanya itu dianggap songsang kerana harga daging dan ikan sebenarnya lebih mahal berbanding ayam.

Begitu pun, sama seperti Najib, menteri berkenaan tidak pula dihadiahkan kebanjiran emoji ketawa sebagaimana diterima menteri yang menerima gelaran Datuk baru-baru ini.

Mungkin antara sebabnya ialah kerana ketika itu perkembangan media sosial tidak semoden seperti sekarang ini.

Sekarang ini, kalau malas menulis sesuatu komen, tersedia emoji suka, ketawa, marah, terkejut, sedih dan sebagainya untuk netizen menzahirkan perasaan mereka.

Beberapa hari saya berfikir dan cuba bercakap dengan sejumlah kenalan berkenaan nasib menteri berkenaan, tetapi tiada seorang pun yang didapati memberi jawapan yang sama.

Semuanya memberi jawapan yang berbeza berdasarkan andaian masing-masing.

Ertinya, ada pelbagai sebab mengapa netizen dilihat cenderung menghadiahkan emoji ketawa kepada menteri berkenaan yang kini sudah bergelar Datuk dalam sebutan namanya.

Saya yakin menteri berkenaan sudah tentu boleh menilai sendiri mengapa netizen, setelah PH menjadi kerajaan sekarang dan beliau pula berjawatan menteri, selain lebih cenderung memberinya emoji ketawa, juga dilihat paling kerap dikritik dan dilibas balik atas beberapa kenyataannya kepada media.

Cumanya, dalam mengekang emosi yang mungkin terganggu berdepan emoji ketawa ini, menteri berkenaan kena ingat satu perkara – beliau sekarang menjadi wakil rakyat di kawasan Parlimen di mana dua orang menteri pernah kalah ketika bertanding sebelum ini.

Janganlah kerana kebanjiran emoji ketawa itu menjadikan beliau menjadi menteri yang ketiga ditimpa nasib yang sama. – ShahbudinHusin 10Mac2025.

3 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

7 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
11 March 2025 3:44 pm

Emoji yang menganjing emosi
sampai Menteri jadi DJ tinggalkan kerusi

1644501793677
Anonymous
Anonymous
11 March 2025 1:04 pm

Pundek betul la…apasal tak cakap siapa menteri tu. Kalau takut nak letak nama tak usah tulis la ngok! Kalau kau tulis benda yang betul kenapa takut nak berterus terang!

Anonymous
Anonymous
11 March 2025 12:48 pm

Monday, March 10, 2025MACC to record statements from 23 more witnesses in Ismail Sabri alleged money laundering probe https://www.malaymail.com/theme_malaymail/images/logo.svg MACC to record statements from 23 more witnesses in Ismail Sabri alleged money laundering probe &w=1000&q=100&f=jpg&t=6 The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is set to record statements from 23 new witnesses as part of its investigation into corruption and money laundering cases linked to former Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. — Picture by Hari Anggara Monday, 10 Mar 2025 6:12 PM MYT KUALA LUMPUR, March 10 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is set to record statements from 23 new… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 March 2025 12:53 pm
Reply to  Anonymous

İni cadangan mudah dari smart alec bagaimana Mail Bera boleh buat baik ‘do good’ dengan duit sakaw RM170 juta.

Lupakan nak Tebuk Atap PN dan nak joli sakan perabih berah Keluarga Malaysia, tabur sahaja balık duit sakaw kepada yang berhak, Rakyat Malaysia.

Tak perlu banyak MC sakit!

Tuesday, March 11, 2025Urging Ismail Sabri to Do the Right Thing

comment image

Urging Ismail Sabri to Do the Right Thing

10 Mar 2025 • 7:30 PM MYT

comment image
Mihar Dias
A behaviourist by training, a consultant and executive coach by profession

comment image
Image Credit: Malay Mail

Former Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob is unwell—again. We wish him a speedy recovery, of course. https://newswav.com/A2503_GyNdYU?s=A_dMVOiPz&language=en

After all, carrying the weight of RM177,000,000 must be exhausting, especially when the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is eagerly awaiting a little heart-to-heart chat. https://newswav.com/A2503_GyNdYU?s=A_dMVOiPz&language=en

The stress of recalling every sen’s origin must be quite the burden.

But fear not! There’s a simple remedy that could work wonders. Imagine if, in a moment of divine clarity, he decided to distribute that RM177,000,000 equally among Malaysia’s 33,000,000 citizens. A quick calculation—clicks calculator—yields a life-changing sum of… RM5.36 per person!

Alright, so it will not eradicate poverty. But hey, it might just cover a teh tarik and a roti canai at the mamak stalls. And who would say no to a free meal, courtesy of a former prime minister?

But let’s think bigger. What if he donated it all—not just to the people, but to the needy, the homeless and the orphans?

Surely, that would secure him a far more comfortable future, on earth and the hereafter.

After all, Ramadan and Syawal are the best months for charity. Maybe this “hidden” money was revealed to test our faith. Could it be the long-awaited rahmat of Lailatul Qadar? A reward for patience, or a lesson in divine irony?

And let’s not forget the hereafter. Generosity could ensure Ismail’s name is remembered for good—just like certain past leaders who suddenly discovered the joys of charity when they needed divine (and judicial) forgiveness.

After all, Allah is Most Forgiving. And so, it seems, are some governments. We pray (and perhaps prat!) that someone finds both good health and a good deal—preferably one that doesn’t require an MC extension.

Now, where do we queue for our RM5.36 duit raya? God bless you!
KTemoc at 6:55 am

Share

Anonymous
Anonymous
11 March 2025 9:37 am

Berlapang dadalah, MuhyiddinHishamuddin Aun – 11 Mar 2025, 08:00 AM Pengerusi PN patut fikirkan keperluan Ahli Parlimen pembangkang dapatkan peruntukan demi manfaat rakyat daripada pentingkan ego sendiri.3 SHARES 1 1 1 0 Total Views: 627 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F7094bfa6-hishamuddin-aun-columnist-220424-1.webp&w=640&q=75 Dari PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei hingga PRK Mahkota pada 28 Sept tahun lalu, penolakan total Muhyiddin Yassin terhadap memorandum persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkaitan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang kekal konsisten tanpa sedikit pun bertolak-ansur. Melebihi syarat-syarat yang terkandung di dalamnya – atau ia sekadar dijadikan alasan — pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu terus mempersoalkan keikhlasan kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim dalam menawarkan… Read more »

Anonymous
Anonymous
10 March 2025 10:28 pm

Budin terpaksa hadam nganjing Walaun PN yang teramat kecewa Kerajaan Perpaduan dan PMX masih kekal lebih separuh penggal 24 bulan! Ketawa nganjing Walaun2 PN kerana rasa kecewa teramat yang Kerajaan Perpaduan dan PMX masih kekal selepas melepasi separuh penggal 24 bulan jadi Kerajaan mengatasi tempoh 22 bulan Atok PM7, 18 bulan Abah PM8 dan 15 bulan Mail Bera PM9. Jauh berbeza dengan ketawa Rakyat Malaysia bila Hadi diberi pingat Tan Sri semasa Kerajaan PN kerana jadi Duta Khas Timur Tengah dengan Gaji Buta! Lebih parah Rakyat Malaysia ketawa bila kedua2 PM PN ditangkap tangan berjeluk dgn ratusan duit Sakaw Dari… Read more »

Anonymous
Anonymous
11 March 2025 5:24 am
Reply to  Anonymous

KEH.. KEH.. KEH… HIDUP MALAYU…. KITA SAKAW MASA ADA KUASA. 
 
comment image
AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, March 10, 2025
Share

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x