Mengakui berdepan kekurangan dari segi material, parti Warisan tetap yakin mengharungi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi dengan bergerak solo dan menawarkan kelebihan lain yang mereka miliki.
Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, menegaskan keputusan tersebut di Lahad Datu, Sabah, malam tadi.
Katanya, tiada sebarang kerjasama dijalin Warisan dengan mana-mana parti untuk berdepan dengan pihak lawan apabila PRN Sabah dilangsungkan pada tahun ini.
Mohd Shafie menegaskan Warisan lebih selesa untuk bergerak sendiri berbanding menjalin kerjasama dengan parti lain, malah yakin mampu mencatat kejayaan yang diharapkan.
“Kita (Warisan) nyatakan tidak pernah ada perbincangan atau keputusan bergabung dengan mana-mana parti.
“Kita tawarkan keupayaan kita. Mungkin kita tidak banyak duit, tapi kita pemimpin orang Sabah di sini.
“Tidak kira bangsa, sama ada Kadazandusun Murut, Brunei, Kedayan, Bajau, semuanya di sini,” katanya dipetik BH Online hari ini.
Bekas Naib Presiden Umno itu dipetik sebagai berkata demikian selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf di Masjid Daerah Kecil Tungku, Lahad Datu.
Untuk rekod, Sabah bakal mengadakan PRN kali ke-17 tidak lama lagi ekoran mandat terkini yang diperolehi kerajaan berakhir pada suku ketiga tahun ini.
Kali terakhir negeri itu mengadakan PRN ialah pada 2020 dan Mohd Shafie merupakan ketua menteri ketika itu namun gagal memperoleh majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
PRN berkenaan diadakan beberapa bulan selepas kerajaan pusat yang ditadbir PH ditumbangkan melalui Langkah Sheraton.
Satu lagi parti utama di Sabah – BN – juga belum memutuskan sama ada perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak atau akan memilih langkah solo juga bagi berdepan dengan parti Gabungan Rakyat Sabah selaku kerajaan semasa.
Kata Mohd Shafie, sebagai parti berbilang kaum, Warisan yakin mampu mengulangi sejarah seperti pernah dicatat Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang pernah memenangi PRN pada 1970-an hingga 1990-an.
Dia yang juga Adun Senallang menambah, jika mendapat mandat dan membentuk kerajaan negeri selepas ini, Warisan yakin mereka mampu mengangkat Sabah ke tahap yang lebih baik.
Dewan Undangan Negeri Sabah mempunyai 73 kerusi.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/736749
TERANCAMKAH RAMADAN KALI INI? Alhamdulillah hari ini 10 Ramadan, maknanya kita telah berpuasa 1/3 drp Ramadan, ada lagi 2/3 Ramadan menjelang kita berhariraya. Setakat hari ini ambo tidak nampak apa apa yang terancam sepanjang 10 hari Ramadan ini, samada Islam itu sendiri yang terancam atau kita sebagai umat Islam yang teramcam. Kalau ada yang dia sendiri rasa teramcam,wallahu’alam. Setakat ini tidak ada masjid yang ditutup, tidak ada arahan melanggar syariat seperti mesti menjarakkan sof, bukan merapatkan sof, tidak ada sekatan untuk majlis iftor. Bazar Ramadan pun nampak ok, tidak ada yang merungut barang yang dijual tidak laku, pembeli pun tidak… Read more »
PENDEDAHAN PANAS! ISMAIL DENGAN KES RASUAHNYA APA KAITAN DENGAN PARTI PAS? Kerajaan yang mentadbir negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan bertunjangkan Barisan Nasional (BN) sebaliknya ia disokong oleh Perikatan Nasional (PN). Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan pimpinan Ismail Sabri wajar dilabel sebagai PN berpandukan kepada majoriti yang dimiliki oleh komponen parti berkenaan. “BN adalah minoriti sebaliknya PN yang dianggotai oleh Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah majoriti,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan mengatakan bahawa kerajaan Ismail Sabri adalah milik BN.… Read more »
Mael noktahkan angan angan tebuk atap hadi awang….
https://wrlr.blogspot.com/2025/03/mael-noktahkan-angan-angan-tebuk-atap.html
AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, March 09, 2025
Solo pingsan, tak solo pun tatap pingsan bah.
Tok Kerala tak suruh kao masuk Semenanjung ka pecah undi?
PANAS!! – ZAHID TIDAK DILAYAN DI TERENGGANU – APA KATA AKMAL SALEH? | DR…
Bagaimana boleh suatu majlis Ramadan dihadiri oleh TPM Zahid Hamidi bagi menyampaikan bantuan kepada peneroka FELCRA di perkarangan Masjid di terengganu tidak dibenarkan oleh kerajaan PAS?
Seorang TPM boleh dilayan sebegini rupa oleh sebuah negeri yang mencanangkan MB mereka Dr, samsuri Mokhtar sebagai calon Perdana Menteri.
Apa kata Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh. Kenapa tidak lantang bila Presiden kamu dilayan sebini rupa oleh Naib Presiden PAS ini?
AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, March 09, 2025
Share
Syed Saddiq yang ‘street smart’Hishamuddin Aun – 09 Mar 2025, 09:00 AM Kesediaan tampil berbincang wakil kerajaan Fadillah Yusof dan hampir dapat peruntukan bezakan Ahli Parlimen Muar dengan yang lain.8 SHARES 2 2 4 0 Total Views:1,446 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F7094bfa6-hishamuddin-aun-columnist-220424-1.webp&w=640&q=75 Ada perbezaan sangat ketara di antara ‘smart’ (pintar) dan ‘street smart’ (pintar jalanan) atau pandai bawa diri. Sambil orang yang dikatakan pintar itu tidak semestinya pandai bawa diri, orang yang pintar jalanan pula lazimnya cerdik dalam serba-serbi. Enjin carian di atas talian akan memberikan banyak tafsiran mengenai mereka yang pintar jalanan, antaranya seorang yang memiliki keupayaan untuk mengurus atau menangani situasi sukar… Read more »
Syed Saddiq bikin Mezoh Minyak Masak meroyan sakan tergigit jari bila Syed Saddiq undi sokong Kerajaan Perpaduan untuk usul RUU Reformasi Perkhidmatan Parlimen.
Ini contoh perangai yang patut dicontohi MP2 hidung berhingus PN supaya gertak kasi ultimatum kepada Pemimpin2 Top PN spt Abah, Hadi, Mezoh dan Taki.
Samaada mereka Pemimpin2 Top PN korbankan duit sakaw mereka utk bantu dana peruntukan MP2 PN atau MP 2 PN herpaling tadah lawan arus sokong Kerajaan Perpaduan sambil peroleh peruntukan terus dari PMX!
Baru terkangkang PN.
Boring nak mampus propaganda PN nak guling Kerajaan Perpaduan dan PMX!
Sempat tengok Podcast Zaid Ibrahim bersama Budin selasa lepas, tajuk Banyaknya Duit Ismail Bera.
Memang 2 ekoq ni tadak kredibiliti politik. Zaid dah jadi kaki bodek Bossku perlu dibebaskan kerana tak bersalah mencuri duit Rakyat, manakala Budin maseh mengejar habuan politik dari sesiapa!
Dua2 kelihatan frust menongeng apabila sumber terbaru Dana untuk Sheraton Move 2.0 PN beli MP2 terpancit lagi.
Maka Podcast jadi propaganda boring nak mampus PN yang maseh tak berjaya nak guling Kerajaan Perpaduan dan PMX!