Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

YANG PENTING, ISMAIL SABRI KENA BERSEDIA UNTUK DIDAKWA

Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dijangka mengadap SPRM esok (Jumaat) untuk diambil keterangan berhubung penemuan wang tunai dan jongkong emas berjumlah RM177 juta yang dikaitkan dengannya.

Wang tunai dan jongkong emas itu ditemui hasil penahanan reman empat bekas pegawainya baru-baru ini.

Ismail Sabri sepatutnya dipanggil memberi keterangan pada Rabu (semalam) tetapi beliau memohon ditangguhkan kepada Jumaat atas faktor kesihatan.

Ini bermakna kehadiran beliau ke SPRM pada Jumaat ini adalah sesi mengambil keterangan kali kedua dengan sesi kali pertama telah berlangsung pada 19 Februari lalu.

Lalu, ramai yang bertanya, apakah selepas memberi keterangan esok, Ismail Sabri akan terus didakwa ke mahkamah?

Dalam hal ini,  harus disedari bahawa siasatan SPRM pada ketika ini masih lagi di peringkat awal dan dengan itu,  tidak mungkin beliau  terus dibawa ke mahkamah untuk didakwa selepas keterangannya diambil esok.

Beberapa siasatan dan tangkapan lain tidak mustahil akan menyusul dalam waktu terdekat ini.

Hanya selepas siasatan selesai, barulah proses pendakwaan akan mengambil tempatnya dan Ismail Sabri dalam hal ini, harus redha dan berserah saja kepada Allah apa yang bakal berlaku kepadanya.

Apatah lagi dengan respon Perdana Menteri semalam mengenai isu tersebut adalah gambaran jelas bahawa siasatan yang dilakukan terhadap Ismail Sabri adalah disebabkan bukti penemuan wang tunai dan dan emas yang dikaitkan dengannya.

“Kalau jumpa beberapa ratus juta ringgit di rumah kamu, tak boleh siasat? 

“Itu yang cuba kamu katakan? Kalau macam itu kamu tak boleh urus kerajaan, kamu urus kongsi gelap.

“Prinsip dia (tata kelola pentadbiran yang baik), siasat tanpa kira (siapa). 

“Kalau kata, kenapa tak ada menteri, bagitahu nama, bagitahu mana rumah dia simpan duit, saya tidak halang tindakan (diambil),” demikian Anwar dipetik sebagai berkata.

Meskipun Anwar cuba melunakkan persepsi dengan mengatakan siasatan terhadap Ismail Sabri bukan bermotif politik dan semua pihak harus menunggu sehingga siasatan selesai sepenuhnya terlebih dahulu, hakikat yang tidak dapat dielakkan daripada kenyataan Perdana Menteri itu ialah  penemuan wang tunai dan emas itu adalah perkara yang memerlukan jawapan yang meyakinkan.

Jika tidak mampu memberi jawapan meyakinkan daripada datangnya wang sebanyak itu, kenapa ia disimpan dalam “safe house” dan untuk apa pula jongkong emas seberat 17 kilogram turut disimpan, proses seterusnya yang harus diterima tentunya ialah pendakwaan di mahkamah.

Walau bukan esok pendakwaan itu akan dilakukan, tetapi Ismail Sabri  sudah boleh bersedia mulai sekarang, khususnya daripada segi mental bahawa pendakwaan mahkamah adalah sesuatu yang kena dihadapinya dengan penuh kesabaran serta kecekalan.

Semua itu hanya boleh terelak daripada berlaku kiranya Ismail Sabri dapat memberi jawapan yang cukup meyakinkan kepada SPRM. – ShahbudinHusin 06Mac2025.

3.5 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

8 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
7 March 2025 10:06 am

Pengsan lagi la Pak Aji tu…..

Anonymous
Anonymous
7 March 2025 9:21 am

Mezoh Minyak Masak terganggu Malaysia Reset kena reset dgn RM170 juto?

Hamzah Disahkan Bodoh

comment image

comment image

comment image

comment image

comment image

Syed saddiq bagi undi untuk kerajaan 148..ok pa… Ko tak leh curi pun undi kerajaan. 

Hamzah koyak rabak sebab kerajaan MADANI dapat 148.Katanya cukup makan jer.Kalau 147 tak lulus.Betul laa jugak puaka minyak ni cakap.Kalo 147 memang tak lulus.

Tapi sebelum ko nak gelakkan orang.Kamu nak curi SATU undi tu pun GAGAL lagi mau sembang suruh PMX letak jawatan 🤣 Betul la tu Mezah.148 memang cukup2 makan jer.

Sepatutnya kena 57 sebab 57 lagi besar dari 148.Nampak tak betapa tertekan dan tersakitinya Mezah bila hidup sebagai Pembangkang.🤣🤣

🤣 Ramai akan jadi gila dan sawan babi di pihak PN bila MADANI kekal lagi jadi kerajaan selepas berakhir PRU16 2026 nanti.

Cukup Makan pun Cukup Makanlah janji bukan DAH CUKOP JUMLOH,MELEBIHI DARIPADA CUKOP,kahkahkah.Ini link di X https://x.com/md_zuwairi/status/1897771401458643186

AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, March 07, 2025

Share

Anonymous
Anonymous
6 March 2025 5:11 pm

BOCOR!! APA KAITAN PAS DAN WANG RASUAH LIBATKAN ISMAIL SABRI!

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/bocor-apa-kaitan-pas-dan-wang-rasuah.html

AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, March 06, 2025
Share

Anonymous
Anonymous
6 March 2025 5:28 pm
Reply to  Anonymous

Dah pecah buih imej populis Pak Long yang naif dan bergaya kampung joging diTasek Titiwangsa.

Mail Blur, H2O, Nuaq Musa, KJ, Bg Dang semua satu kapal dlm UMNO yang nak PN terus berkuasa masa kes ini Mail Blur PM9.

Yg material untuk siasatan SPRM bukan duit kongsi gelap atau duit along tapi duit titik peluh Rakyat dari Khazanah Negara yang diSakaw oleh mereka Pemimpin Politik untuk kekal berkuasa dan berjoli.

Maka pecah lah buih imej populis kampung dan naif Pak Long berjoging diTasek Titiwangsa!

Anonymous
Anonymous
7 March 2025 10:05 am
Reply to  Anonymous

Who is Pak Long and apa kena mengena dia joging di Tasek Titiwangsa dengan kes Ismael Bera sakaw duit? Tulis la dengan jelas …kau ingat semua orang biol mcm kau ka ….cakap macam orang mabok todi…!

Tiada name
Tiada name
7 March 2025 5:02 pm
Reply to  Anonymous

Imej ore kampung berjoging kat tepi tasik menunjukkkan seolah olah dia hidup sederhana tak banyak harta dan duit ringgit tapi banyak usd sgd pound sterling dll tersimpan selamat kat rumah pak selamat bersama jongkong2 emasnya sekali…hohoho..hohohoi..

Anonymous
Anonymous
7 March 2025 10:14 pm
Reply to  Anonymous

Yg biol dan mabok todi adalah Walaun2 PN spt kau yg maseh mengidam doh cukup jumeloh nak tebuk atap.

Spt Pengarah Komunikasi UMNO, Lokman Adam rumuskan bila dah kena sita RM170 juto duit Sakaw itu, ranap lah lagi impian PN nak beli MP2 sebelum akhir 2025!

Anonymous
Anonymous
6 March 2025 5:46 pm
Reply to  Anonymous

Samurai pun dalam Geng ini ada peruntukan gok RM10 juta.

Padan tak bagi muka langsung kat PMX!

8
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x