Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

BERUSIA LEBIH 100 TAHUN, MASIH BERDAYAKAH TUN MAHATHIR MENGGUGAT ANWAR?

Antara soalan yang kerap ditanyakan kepada saya sejak kebelakangan ini ialah – masih mampukah Tun Mahathir Mohamad menggugat atau menjatuhkan Anwar Ibrahim daripada kerusi Perdana Menteri pada PRU16 akan datang?

Tun Mahathir ketika ini sudah berusia lebih 99 tahun dan pada Julai depan, usianya akan mencecah usia 100 tahun.

Melihat keadaan beliau ketika ini, amat menakjubkan sebenarnya menyaksikan seseorang yang telah berusia hampir 100 tahun, namun masih memiliki kesihatan yang baik.

Selain masih sihat, Tun Mahathir juga masih boleh memberi ucapan, berfikir dengan baik, menulis, ditemubual wartawan, berjumpa orang setiap hari, bahkan minggu lepas menaiki kapal terbang ke Indonesia untuk bertemu bekas Presiden, Joko Widodo.

Ketika mengadakan pertemuan dengan Joko Widodo atau Jokowi, jelas terlihat beliau masih mempunyai kesihatan yang terjaga.

Secara umumnya hanya pergerakan fizikalnya saja yang agak perlahan, tetapi daya berfikirnya masih lagi sempurna.

Dengan keadaan kesihatan beliau itu, tidak memeranjatkan jika Tun Mahathir masih dianugerahkan Tuhan untuk menikmati kehidupan di dunia ini untuk beberapa tahun lagi.

Tun Mahathir bukan saja dilihat mampu melepasi angka 100 tahun menikmati kehidupan di dunia ini, bahkan tidak mengejutkan kiranya beliau juga masih berdaya untuk berkempen seadanya dan sesuai dengan kemampuan usianya pada PRU16 akan datang.

Tun Mahathir kini adalah merupakan penasihat SG4 iaitu negeri-negeri yang dikuasai oleh Pas – Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Walaupun Tun Mahathir bersama Pejuang kalah teruk pada PRU15 lalu, tetapi pengaruhnya di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini masih lagi besar.

Kekalahan teruk Pejuang pada PRU15 lepas lebih disebabkan pengundi tidak mahu lagi beliau diberi laluan mendaki kerusi Perdana Menteri buat kali ketiga.

Ramai pengundi merasakan cukuplah dua kali saja beliau memegang jawatan tersebut.

Sebab itu, pilihan pengundi pada PRU15 lalu ialah antara PH dan PN di mana pengundi bukan Melayu secara majoritinya memilih PH, manakala pengundi Melayu/Islam pula memilih PN.

Berlakunya limpahan sokongan pengundi Melayu itulah yang menyebabkan PN mampu memenangi 74 kerusi Parlimen di mana 43 daripada kerusi itu dimenangi oleh Pas.

PH menang 82 kerusi, tetapi hampir separuhnya daripada iaitu 40 kerusi dimenangi oleh DAP dan selebihnya oleh PKR, Amanah, Upko dan satu kerusi oleh Muda melalui Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Berdasarkan hakikat itu, Pas sebenarnya memiliki jumlah kerusi Parlimen terbesar sekali, mengatasi semua parti-parti lain.

Untuk PRU16 akan datang di mana kedudukan serta sentimen Melayu/Islam masih hangat diperkatakan, di samping DAP pula seringkali melakukan tindakan atau mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti orang Melayu, adalah diyakini bahawa Pas masih mampu memenangi jumlah kerusi Parlimen terbanyak sekali lagi.

Jika sebelum ini jumlah kerusi Parlimen dimenangi Pas adalah 43, prospeknya untuk meraih melebihi 50 kerusi pada PRU16 akan datang adalah cerah sekali.

Dengan UMNO kini berada bersama kerajaan dan ungkapan UMDAP sudah jadi bualan seharian di kampung-kampung, potensi parti itu berangkali lebih merosot daripada 26 kerusi Parlimen yang dimenanginya pada PRU lalu.

Potensi Pas memenangi lebih banyak kerusi tentu saja bertambah cerah lantaran Tun Mahathir kini bersama parti itu.

Berikutan UMNO dan DAP sudah jadi macam adik abang dalam kerajaan, pengundi Melayu kini merasakan hanya Pas dan PN mampu memperjuangkan kepentingan mereka.

Tanpa Tun Mahathir pun Pas mampu memenangi 43 kerusi, bayangkan jika bekas Perdana Menteri itu masih sihat dan boleh turun berkempen untuk membantu parti Islam itu pada PRU16 akan datang?

Apakah dengan itu Tun Mahathir berdaya lagi untuk menjatuhkan Anwar?

Memang atau kalah adalah urusan Tuhan, tetapi dengan adanya Tun Mahathir bersama Pas, selain lebih banyak kerusi dapat digenggam, laluan Anwar untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri pasti akan bertambah sukar. – ShahbudinHusin 01Mac2025.

4 4 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
2 March 2025 10:50 am

Nak mundur pilih PAS. Nak ke depan pilih PH/DSAI

Anonymous
Anonymous
2 March 2025 5:20 am

Kalau bukan Anwar lagi yang PMFaisal Tehrani – 27 Feb 2025, 09:00 AM Suka atau tidak Anwar Ibrahim sudah berumur. Maka pencarian perdana menteri seterusnya mesti dilakukan.18 SHARES 3 4 11 0 Total Views: 3,713 https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F07%2F468bac2e-faisal-tehrani-columnist-new-160724-1.webp&w=640&q=75 Suka atau tidak, Anwar Ibrahim sudah berusia 77 tahun. Maka pencarian perdana menteri seterusnya mesti dilakukan. Yang pasti ia bukan Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman. Secara peribadi saya tidak nampak ada tokoh meyakinkan dari Perikatan Nasional untuk tugas penting ini. Melihat kepada suara muda Umno, membayangkan orang seperti Muhamad Akmal Saleh di peringkat persekutuan serasa geli geleman pula. Padahal saya orang Melaka.… Read more »

Anonymous
Anonymous
2 March 2025 12:39 am

Outsyedbox punya paid blogger dah meroyan sebab cendol dah tak laku….

Anonymous
Anonymous
1 March 2025 8:37 pm

Dividen KWSP 6.3 Peratus Cerminkan Keyakinan Pelabur Terhadap Dasar Kerajaan MADANI – PM Anwar   ?fit=1500%2C1000&ssl=1 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI adalah faktor dividen KWSP lebih tinggi pada 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR, 1 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pencapaian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI. Ini sekali gus memberi manfaat kepada rakyat untuk pertumbuhan sejagat dan… Read more »

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x