Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

TOLAK PILIHAN RAYA DATUK BANDAR KL DENGAN CARA TOLAK DAP DI PRU16 – TOK HIM

Sudah ramai yang bercakap mengenai rancangan untuk mengadakan pilihan raya bagi jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Yang menyokong ada hujah mereka.

Yang tidak setuju juga ada hujah mereka.

Pada ketika ini, cadangan itu masih di peringkat kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh nampaknya begitu teruja terhadap rancangan tersebut yang memang diketuai adalah merupakan idea DAP sejak dulu lagi.

Katanya, biarlah kajian dilakukan terlebih dahulu dan jangan takut dengan hasil sesuatu kajian.

Tetapi, dalam banyak hujah berkaitan isu Datuk Bandar Kuala Lumpur itu, saya paling tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh Ibrahim Ali, Presiden Parti Putra Malaysia.

Menurut beliau, sekarang ini cadangan tersebut masih di peringkat kajian dan ia akan mengambil masa yang lama lagi sebelum ia boleh dilaksanakan.

Antaranya, kata beliau, ia mesti dibawa kepada kerajaan untuk kelulusan sebelum boleh dilaksanakan.

Apa pun, tambahnya, cadangan itu tidak mungkin dilaksanakan sebelum PRU16 akan datang.

“Mesti PRU16 diadakan terlebih dahulu,” tegas Ibrahim Ali yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Him.

Untuk itu katanya, mereka yang tidak setuju dengan pilihan raya bagi memilih Datuk Bandar Kuala Lumpur, hanya perlu menggunakan PRU16 nanti bagi menolak cadangan tersebut.

“Pengundi, khususnya orang Melayu perlu menolak DAP dan tidak lagi meletakkannya sebagai sebahagian kerajaan selepas PRU16 akan datang.

“Dengan itu, secara automatik cadangan memilih Datuk Bandar Kuala Lumpur melalui proses pilihanraya nantinya akan terbatal dengan sendirinya,” ujar Tok Him dalam videonya di platform Tik Tok.

Kepada saya, hujah Tok Him adalah paling tepat untuk menangani isu tersebut.

Tak perlu kita bising-bising dan berbalas hujah kerana kedua-dua pihak akan tetap mempertahankan pendirian masing-masing.

Dengan adanya isu pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur ini, inilah masanya untuk rakyat negara ini, khususnya pengundi Melayu dan kakitangan kerajaan menolak DAP atau gabungan yang disertai parti itu pada PRU akan datang.

Tanpa adanya DAP lagi dalam kerajaan, maka tiada lagilah isu pilihan raya untuk Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Semua selepas itu nanti akan kembali kepada proses yang diamalkan sekarang ini.

Simple saja kan nak selesaikannya?. – ShahbudinHusin 06Februari2026.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

2 responses to “TOLAK PILIHAN RAYA DATUK BANDAR KL DENGAN CARA TOLAK DAP DI PRU16 – TOK HIM”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Pertama sekali saya nak tegur Budin……watpe la bawa masuk Braheng Katok sebagai bahan rujukan. Kou dah habis modal ka. Braheng katok tu diibaratkan kitab buruk la Budeeng. Nak dibaco dah tak boleh. Nak dibuang terasa sayang……siap dengan tulisan jawi kuno lagi Kah kah Kah. Braheng katok ni bukan pejuang Melayu. Dia pejuang hipokrit. Siang dia menyalak China, malam dia bersuka ria dengan cukong China. Bertahun2 Braheng ni dibela oleh Vincent Tan.

    Menyuruh pengundi supaya tidak memilih DAP adalah ibarat meminta supaya China jangan makan babi, mengharapkan UMNO jangan makan rasuah, atau meminta Cheplos dan Wartawan rasmi supaya jangan menjilat jubur Anwar la…….hmmmm MENGONG PUNYA OLANG.

    Perkara kedua ialah menyatakan kesyukuran kerana masih melanjutkan usia JORA. Semoga pantun-pantunnya terus menghiasi ruang ini. Mamat ni berbakat dalam pantun…..jangan-jangan anak murid Ahmad Maslan …KAH KAH KAH.

    Berbagai teka-teki timbul apabila Mamat Jora ini tidak muncul sekian lama. Mulanya terlintas difikiran mungkin dia dimasukkan ke ICU kerana dibelasah suami cikgu Zura sebab mengintai cikgu tu mandi.
    Atau mungkin dia mengalami kecederaan patah tangan bila motosikalnya masuk parit dekat pekan Tunjang.
    Dan yang paling membimbangkan ….adakah dia juga menuruti jejak Nenek Et Brut pergi menyahut seruan Ilahi…….

    Tapi rasa-rasanya, Si Jora ini menghilang kerana mengalami tekanan perasaan akibat pergolakan dalaman dalam PN, balun-membalun sesama Melayu PAS dan Melayu Bersatu, bahkan dalam PAS sendiri berlaku pertembungan di antara golongan professional dgn golongan ularmak yang diterajui oleh Din Ayam….Ini semua menyebabkan Jora tenggelam punca serta hilang ilham untuk berpantun….kah kah kah……

    Apa pun welcome back bro…

    buah telor buah pelir
    jika diramas senak rasanya
    terpekik terlolong lidah terjelir
    bercakap bohong munafik namanya

    Kah kah Kah…

  2.  Avatar
    Anonymous

    ALBERT TEI DEDAH DAN BONGKAR ISU “EPSTEIN FILE”🤔

    https://youtu.be/WTStGYi0O2g?si=NiHWii2kfyKtAL_X

    HI HI HI.. IBARATNYA TELOQ DAH KENA GENGGAM DGN US LER..🥴

    HA HA HA.. KAT DLM NEGARA PULAK TELOQ KENA CEKAK DGN PUAK ABG BESAR..😩

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x