Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

PAS NAK AMBIL ALIH KERAJAAN, BUKAN NAK SERTAI KERAJAAN

Seorang pemimpin Pemuda PKR di sebuah negeri semalam  menyarankan agar PAS meninggalkan PN dan menyertai kerajaan perpaduan.

Pemimpin pemuda berkenaan melihat krisis yang berlaku dalam gabungan itu sekarang lebih menunjukkan Bersatu hanya mementingkan agenda kuasa semata-mata berbanding menjaga semangat setiakawan.

Dengan itu, bagi beliau, lebih baik jika PAS meninggalkan PN dan menyertai kerajaan perpaduan.

Saranan pemimpin Pemuda PKR itu secara tidak langsung menunjukkan kerajaan perpaduan sekarang sedang berada dalam keadaan tidak cukup kukuh kedudukannya.

Jika kerajaan perpaduan sudah cukup kukuh dan stabil dengan majoriti sedia yang dimilikinya, mereka tidak perlu melihat kepada parti lain untuk diajak bersama.

Apakah idea mempelawa PAS itu menunjukkan UMNO mungkin akan keluar daripada kerajaan perpaduan tidak lama lagi?

Selain itu, saranan tersebut turut membuktikan PAS adalah parti yang stabil dan kukuh yang ingin dissndarkan harapan bagi mengekalkan kekuasaan kerajaan perpaduan.

Kiranyq PAS bukan parti yang kukuh, tentulah mustahil saranan itu dimunculkan.

Kepada pemimpin Pemuda PKR berkenaan dan kepada sesiapa jua yang pernah terdetik hati untuk mengajak PAS menyertai kerajaan perpaduan, eloklah lupakan saja perkara itu.

Berdasarkan kedudukan, kekuatan dan harapan rakyat, PAS sebenarnya bukan mahu menyertai kerajaan, tapi dalam proses mengambil alih kerajaan.

Parti ini kini berada di laluan cerah bersama PN untuk menguasai lebih banyak kerusi Parlimen pada PRU akan datang.

Lagi pun, Bersatu melalui Muhyiddin Yassin telah memberi jaminan parti itu akan kekal dan setia bersama PN, meskipun setelah beliau tidak lagi mengetuai gabungan tersebut.

Paling penting,  dalam keadaan sokongan rakyat terhadap kerajaan makin menurun dan kepimpinan semasa kerajaan banyak dipertikaikan dalam pelbagai aspek, adalah suatu tindakan yang tidak munasabah untuk PAS berpaling ke arah keruntuhan.

PAS hanya perlu bersabar sedikit saja lagi menunggu detik PRU16 diadakan bagi merealiasikan perubahan dan dapat melihat detik kemenangan.

Tambahan lagi, dengan dalam kerajaan terdapat DAP yang bertentangan dengan jiwa perjuangan PAS mahu membina kerajaan Melayu/Islam selepas ini, terlebih mustahil untuk PAS sanggup mengorbankan prinsip perjuangannya.

Tiada apa-apa krisis besar berlaku dalam PN dan pergolakan yang berlaku dalam beberapa hari kebelakangan ini tidak ubah sekadar air berkocak dalam cawan semata-mata.

Harapan dan keyakinan rakyat untuk melihat wujudnya sebuah kerajaan Melayu/Islam terbentuk selepas PRU akan datang sama sekali tidak pernah berubah.

Sementara PN sudah sedia berada di landasan yang betul, adalah merugikan dan sepatutnya UMNO tidak perlu membuang banyak masa lagi untuk menyedari realiti. – ShahbudinHusin 03Januari2026.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

2 responses to “PAS NAK AMBIL ALIH KERAJAAN, BUKAN NAK SERTAI KERAJAAN”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Dalam Podcast Sinar minggu lepas, seorang Akademia PhD Penganalisis Politik merumuskan PAS sebagai Pakar Politik!

    Mat Sagon PAS Pasir Mas, Fadzli terus meloncat dgn alasan dungu PAS poligami dan cerai berai kerana sbg janda berhias yg disunting ramai, PAS pentingkan keserasian pasangan!

    Haha Yolo bokali, tapi Fadzli sengajo lupo sebab RM90 juto itu yg ramai dok leh lupo!

    REKOD BURUK SEBAGAI RAKAN SEPERJUANGAN

    “Suka saya ingatkan sejarah politik negara menunjukkan PAS sering menjadi punca ketegangan dan perpecahan dalam gabungan yang mereka sertai” – Exco Pemuda Amanah Fadhli Umar Aminolhuda

    Betul.

    Sejarah tetap sejarah, dan penelahan Fadhli adalah tepat.

    Pada saya, sejarah juga menunjukkan PAS lebih didorong keinginan mendapatkan kuasa dan kedudukan berbanding keperluan mengutamakan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

    PAS akan tukar kuda tengah jalan jika kuda yang ditunggangnya pada satu-satu masa tidak lagi berpotensi menjamin kuasa dan kedudukan dalam masa terdekat.

    Suka tak suka, itulah persepsinya, dan rekod PAS yang lampau dan juga terkini (bersama PN) seolah-olah menyokong persepsi ini.

    RJ Rithaudeen

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, January 02, 2026
    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      PAS Pakar Politik Poligami dan Cerai Berai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x