Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

ADAKAH IA BERERTI BILA ADA SERANGAN TERHADAP UMNO, ITU SUARA YANG DIRESTUI DAP?

Tersinggung benar Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke apabila Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungan PAU2025 baru-baru ini menyebut tentang kewujudan Team B dalam parti itu.

Sambil menyelar dakwaan yang dibuat Presiden UMNO itu, beliau berkata, tiada Team A atau Team B dalam DAP.

Sebaliknya, tegas beliau,  dalam parti itu hanya ada satu team iaitu Team DAP.

Berikutan itu, Zahid Hamidi segera menarik balik dakwaannya itu.

“Jika DAP tersinggung, saya tarik balik apa yang saya ucapkan itu,” katanya.

Apa yang cuba digambarkan oleh Anthony Loke melalui selarannya itu ialah DAP di bawah pimpinannya sama sekali tidak berpecah dan sentiasa bersatu padu.

Benarkah begitu?

Persoalannya, kenapa Anthony Loke begitu tersinggung dengan dakwaan Zahid Hamidi itu?

Bukankah perkara biasa dalam mana-mana parti politik wujud kem atau team tertentu?

Meskipun begitu, Anthony Loke tidak pula menafikan wujudnya pelbagai serangan atau suara yang berbeza daripada pemimpin tertentu dalam parti itu terhadap UMNO selama ini.

Dengan itu, adakah semua serangan atau suara yang berbeza itu dilakukan oleh Team DAP  yang memang dibawah kawalan dan pengetahuan Anthony Loke sendiri?

Itukah yang mahu diberitahu oleh Anthony Loke kepada Zahid Hamidi dan UMNO?

Adakah ia suatu pengakuan daripada DAP kepada UMNO?

Makna kata, apa juga serangan daripada pemimpin DAP terhadap UMNO berkaitan isu-isu tertentu, misalnya berkaitan titah adendum baru-baru ini, ia adalah serangan yang boleh diambil kira sebagai serangan daripada DAP?

Begitukah? – ShahbudinHusin 20Januari2026.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

2 responses to “ADAKAH IA BERERTI BILA ADA SERANGAN TERHADAP UMNO, ITU SUARA YANG DIRESTUI DAP?”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    BETUL CAKAP AKMAL. PAS CAKAP ELOK ELOK JA PADA UMNO. GAMAKNYA ZAMAN NI DIA BELUM LAHIR, DSN BELUM MATANG.

    SEBELUM SESIAPA MAHU BERSAMA DENGAN PAS
    PERLU INGAT

    1980-AN
    UMNO KAFIR

    1990-AN
    UMNO SEKULAR

    2000-AN
    UMNO MAHAZALIM

    2010-AN
    UMNO ASSOBIYAH

    2020
    PAS BERSAUDARA UMNO RM90 JUTO

    2024
    UMNO DAJJAL

    PARTI AJARAN SESAT INI SENTIASA BERUBAH DALIL
    IKUT SUKA DIA
    *PAS Bukan Islam, PAS Hanyalah Penunggang Agama

    Betul cakap Akmal. DAP mana pernah kata yang elok tentang UMNO. Ini contohnya. Guane boh?

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Beza antara pendokong Kerajaan Perpaduan dengan tukang jual ubat untuk PAS!

    Antara gagasan Melayu-Malaysia Zahid dan retorik Melayu-Melayu Akmal

    1 HOUR AGO
    Tajuddin Rasdi
    Share
    Akmal Saleh mungkin lebih popular berbanding Zahid Hamidi tetapi Akmal tidak memperlihatkan kenegarawanan bagi Melayu dan Malaysia.

    tajuddin rasdi
    Dalam artikel ini saya ingin membandingkan apa yang saya faham daripada perbincangan Umno Besar Zahid Hamidi dengan Umno Kecil Akmal Saleh. Saya tidak mahu menggunakan istilah Pemuda Umno sebab pandangan Akmal bukan mewakili semua kepimpinan sayap. Jelas bagi saya Akmal mencabar Zahid dan pemimpin-pemimpin tua seperti Tok Mat, Khaled Nordin dan Zambry Abdul Kadir dengan retorik beliau, di sebalik alasan ‘anak nakal’.

    Akmal banyak menyinggung DAP dan juga nak bantai-bantai orang. Akmal juga tukang jual ubat untuk PAS berhubung cadangan menghidupkan Muafakat Nasional. Akmal juga mengusulkan Umno keluar daripada kerajaan Madani dan menjadi pembangkang yang ‘bermaruah’. Mari kita analisis dulu cadangan Akmal ini sebagai seorang Melayu, Muslim dan rakyat Malaysia.

    Pertama, Akmal asyik menyebut-nyebut bahawa maruah Melayu dan Islam tercabar dengan isu-isu seperti KK Mart, bendera terbalik dan kerenah DAP dalam isu sijil halal serta Najib. Jelas bahawa Akmal hanya bermain politik perkauman sebab targetnya orang Cina dan DAP. Dalam permainan populis, memang mudah nak menang undi kalau meniup isu perkauman meskipun boleh memudaratkan hubungan antara Melayu dan bukan Melayu.

    Dalam hal mencari pasal dengan DAP, Akmal menunjukkan sifat tidak pragmatik sebagai ahli politik yang enggan bekerjasama dengan seteru politik. Dalam hal ini, sukar bagi demokrasi menghasilkan kerajaan campuran kalau ada satu ahli daripada satu kumpulan asyik menembak rakan sepasukan. Jarang sekali saya melihat Akmal menembak parti pembangkang seperti PAS dan Bersatu.

    Dalam hal menjadi pembangkang, Akmal mungkin fikir rakyat sebodoh pengikutnya. Kalau Umno keluar Madani dan bersekongkol dengan PN, hanya tak sampai 10 kerusi, kerajaan boleh bertukar tangan. Keadaan ini lah definisi ketidakstabilan politik yang menggusarkan pelabur-pelabur asing untuk bertandang. Saya rasa Akmal tidak berfikir sepanjang itu.

    Akhir sekali, soalan saya kepada Akmal, kalau sayang Melayu, kenapa tak ajak Amanah dan Bersatu sekali? Kenapa hanya eksklusif Melayu dalam MN saja? Terbukti bahawa Akmal tidak berminat dengan payung besar Melayu tetapi hanya kawan-kawan dia saja.

    Advertisement

    Advertisement
    Sekarang kita lihat bagaimana Zahid memberi gagasan beliau yang lebih terbuka, progresif dan pragmatik. Pertama, era satu parti memerintah sudah terkubur. Apa yang ada adalah kompromi parti campuran bersendikan kepercayaan sesama sendiri dan hormat sesama parti. Dalam jalinan baru ini cara Akmal mengecam-ngecam satu parti kawan sebagai sasaran eksklusif adalah tidak pragmatik dan tidak mempunyai professional respect langsung. Zahid berkata Umno pragmatik dan mahukan setiakawan dalam perjanjian kerjasama. Umno bukan parti yang akan mengkhianati janji, tidak seperti parti lain yang melaungkan Islam.

    Yang kedua, Zahid mencadangkan suatu gabungan besar Melayu yang boleh menerima sesiapa sahaja tanpa menggugat kestabilan kerajaan Madani. Zahid mengambil serius amanat Yang di-Pertuan Agong dalam mentadbir Malaysia bersama parti lawan, secara adil dan saksama. Sekali gus, Zahid telah merungkai cadangan Umno-PAS yang hanya untuk dua parti saja serta tidak pragmatik.

    Yang ketiga, Zahid berkali-kali mengulang bahawa PAS tidak boleh dipercayai. Kalau dahulu, walau ia mempunyai bilangan kerusi yang sedikit, ia mentalak Umno untuk menubuhkan Perikatan Nasional, apakah nasib Umno dalam gabungan yang mana PAS mempunyai kekuatan kerusi yang lebih banyak.

    Akhir sekali, Zahid mencadangkan jalan progresif dan lebih menyeluruh bagi Umno dan masa depan Malaysia. Umno perlu melawan sendiri perasaan benci kepada parti lain serta lebih melihat kepada kerjasama isu sosial serta ekonomi untuk masa depan bersama. DAP bukan musuh Umno tetapi korupsi, ekonomi, tidak toleransi dan benci-membenci merentas kaum serta agama.

    Akhir kata, Akmal mungkin lebih popular berbanding Zahid tetapi Akmal tidak memperlihatkan ‘statesmanship’ atau kenegarawanan bagi Melayu dan Malaysia. Di bawah kepimpinan Zahid, Umno kembali sebagai wadah orang Melayu yang membangkitkan semua rakyat manakala Akmal hanya suka minum kopi dengan kawan-kawan2 di Kota Bharu dan Alor Setar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x