Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

KE MANA BERSATU SELEPAS INI – KEKAL BERSAMA PN ATAU SERTAI MADANI?

Selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Pengerusi PN, beberapa perletakan jawatan lain turut menyusul.

Antaranya setakat ini ialah Azmin Ali (letak jawatan Setiausaha Agung PN dan Pengerusi PN Selangor, Dr Sahrudin Jamal (letak jawatan Pengerusi PN Johor),  Ahmad Faizal Azumu atau Peja (letak jawatan Pengerusi PN Perak), Mohamad Hanifah Abu Baker (letak jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan) dan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (letak jawatan Pengerusi PN Sarawak).

Tidak mustahil selepas ada lagi beberapa pemimpin Bersatu akan turut meletak jawatan masing-masing dalam PN.

Namun begitu, semua yang meletakkan jawatan itu masih kekal dengan jawatan utama mereka di dalam Bersatu.

Sementara mungkin ramai yang bertanya apa jadi kepada PN selepas ini jika siri perletakan jawatan terus berlaku, tetapi yang paling menarik sebenarnya ialah ke mana hala tuju Bersatu selepas seorang demi seorang pemimpinnya berundur daripada PN?

Apakah Bersatu akan terus kekal bersama gabungan itu atau parti itu akan keluar daripada PN?

Jika keluar PN pula, ke mana arah Bersatu seterusnya – bergerak solo atau mula mendekati kerajaan madani?

Dalam beberapa perbualan dengan rakan-rakan, ramai yang tidak percaya Bersatu akan bersama kerajaan madani lantaran kerana ada DAP di dalamnya.

Kata mereka, Muhyiddin tidak mungkin sedia untuk bekerjasama dengan kerajaan yang ada DAP di dalamnya, bahkan pernah menolaknya sebaik keputusan PRU15 lalu.

Tetapi jika kita melihat bagaimana UMNO boleh berbaik dan bekerjasama dengan DAP, meski puluhan tahun bermusuh dan ada ketetapan menolak parti itu, maka tidak mustahil Bersatu juga mungkin melakukan hal yang sama.

Lagi pula, untuk kelangsungan hidupnya dalam politik negara ini, Bersatu tidak mampu bergerak bersendirian.

Selain ia bukan parti yang cukup besar seperti UMNO atau PAS, kedudukan Bersatu di peringkat akar umbi masih dikira lemah dengan jumlah cawangan yang terhad yang menyebabkannya sukar menyediakan jentera ketika ada pilihan raya.

PKR pula, selain ia turut mempunyai jentera akar umbi yang boleh dikira kuat juga, kelebihan parti itu kini ialah kerana mengetuai kerajaan madani ketika ini.

Untuk itu, Bersatu hampir mustahil akan bergerak solo dalam laluan masa depannya selepas Muhyiddin tidak lagi mengetuai PN.

Pilihannya sama ada terus kekal dalam PN, meskipun setelah gabungan itu selepas ini mungkin dketuai PAS atau Bersatu cuba mendekati PKR/PH dan kerajaan madani.

Tambahan ini, jika menjadi kenyataan UMNO keluar kerajaan selepas ini, kehadiran Bersatu untuk mendampingi PH dan madani tentu saja sesuatu yang amat dialu-alukan.

Ertinya jika PH dan madani kehilangan UMNO berikutan kemarahan dalam parti Melayu itu yang makin membuak terhadap DAP serta keinginannya untuk memperjuangkan pembebasan Najib Razak dengan lebih berkesan, Bersatu boleh menjadi pengganti kehilangan tersebut.

Bagi UMNO, apabila ia keluar kerajaan, pilihan yang menantinya tidak lain ialah berbaik semula dengan PAS melalui Muafakat Nasional.

Dalam hal mendekatkan Bersatu dengan PKR/PH, Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali yang diketahui semua pernah mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim tentu saja boleh berperanan untuk berbuat demikian?

Anda rasa mustahil? – ShahbudinHusin 31Disember2025.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

4 responses to “KE MANA BERSATU SELEPAS INI – KEKAL BERSAMA PN ATAU SERTAI MADANI?”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Hadi bersalah Krisis Perlis!

    Sayap PAS salahkan Hadi tak bijok tak reti başa berunding dgn Istana!

    Bab hina dan lecehkan PMX dan Madani kemain. Gagal sbg Ketua!!!!!!

    ‘Gagal laksana tanggungjawab dengan baik’ punca utama kemelut Perlis, kata ketua sayap PAS

    59 MINS AGO
    FMT Reporters
    Share
    Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ahmad Adnan Fadzil, berpendirian tiada unsur pengkhianatan dalam polemik melibatkan PAS Perlis, dan Bersatu tidak terlibat langsung.

    pas
    Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ahmad Adnan Fadzil, berkata jalan lebih matang susulan kemelut politik di Perlis adalah menilai kesilapan dan melakukan pembetulan. (Gambar Bernama)
    PETALING JAYA: Kegagalan melaksanakan tanggungjawab dengan baik dikatakan punca utama kemelut politik di Perlis, menurut ketua sayap PAS negeri, berhubung peristiwa yang menyaksikan jawatan menteri besar beralih kepada Bersatu.
    Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ahmad Adnan Fadzil, berkata ‘pihak yang sepatutnya berperanan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan baik’ gagal berunding secara berkesan dengan Istana Perlis bagi pihak PAS berhubung penukaran menteri besar.

    Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa “pada saat-saat terakhir sebelum pengisytiharan menteri besar baharu daripada Bersatu, Tuanku Raja masih membuka peluang untuk menteri besar tersebut datang daripada PAS.”

    “Namun, Adun-adun PAS gagal memainkan peranan sewajarnya apabila diajukan pilihan oleh Tuanku Raja,” katanya di Facebook.

    Ahmad Adnan Fadzil
    Ahmad Adnan Fadzil.
    Ahmad berkata beliau berpendirian bahawa tiada unsur pengkhianatan dalam polemik semasa yang melibatkan kepimpinan PAS Perlis, termasuk tiga orang Adun yang dihentikan keahlian.

    “Begitu juga Bersatu, yang pada hemat saya tidak terlibat langsung dalam kemelut ini,” katanya, yang menambah meletakkan keseluruhan kesalahan ke atas Bersatu adalah tidak adil.

  2.  Avatar
    Anonymous

    SALAM BG BUDIN,😊

    BERKAITAN ISU PERLETAKAN JAWATAN BEBERAPA ORG PENGERUSI PN DARI BERSATU ITU, KITA TAK HAIRAN SGT LAH..😄

    TAPI, APA CITER DGN YG INI PULAK👇:😆
    ____________________________________
    Ketua Dapsy Pulai letak jawatan, umum keluar DAP

    Diterbitkan:  Dec 30, 2025 9:20 PM
    Dikemaskini: 9:20 PM

    https://m.malaysiakini.com/news/764614#google_vignette
    ____________________________________

    HI HI HI.. MAMAT NI BKN JER LETAK JAWATAN KETUA DAPSY, MALAHAN TERUS KELUAR DARI DAP..😅

    HU HU HU.. ORG² CHINA, TERUTAMANYA DARI KALANGAN ANAK² MUDA MULA SEDAR AKAN KEPINCANGAN DAP APABILA MEREKA BERSAMA DGN PH.. LIHAT SAJALAH APA YG BERLAKU DI SABAH TU.. DAP DPT TELOQ AYAM🥚, PAN PUN TELOQ AYAM🥚 DAN PKR/PH NYARIS², SIPI² LAGI TELOQ AYAM🥚 SAMA..😂

    HE HE HE.. ANAK² MUDA CHINA KINI SEMAKIN CERDIK.. JOM KITA LIHAT SEORANG ANAK MUDA CHINA, BRO DANIEL LIM INI MEMBERI PENCERAHAN TENTANG PUNCA KEMELUT DLM POLITIK DI NEGERI PERLIS👇..🤣

    BROKER TENTUKAN HALA TUJU POLITIK NEGARA?😩
    https://vt.tiktok.com/ZS58oa1ya/

    JOM KITA DENGAR APA KATA ANAK MUDA BRO DANIEL LIM NI👇:😄
    ____________________________________
    “Jika seorang broker boleh menentukan sokongan terhadap seorang Menteri Besar, apa yg akan terjadi kpd politik negara ini?

    Pergolakan politik di Perlis sekali lagi mendedahkan permainan kuasa yg tidak berkesudahan.. Lebih membimbangkan pergolakan ini berlaku dlm gabungan yg sama.. Ia seolah-olah menjadi kunci utk menjatuhkan seorang Menteri Besar yg dilantik secara sah tanpa melalui proses demokrasi..

    Pendedahan mengenai kewujudan broker yg menjemput ahli² Dewan Undangan Negeri utk menandatangani akuan bersumpah bagi menarik sokongan terhadap Menteri Besar amat mengejutkan.. Ini bkn isu kecil!

    Jika seorang broker bebas mengatur jemputan dan mempengaruhi sokongan wakil rakyat maka asas demokrasi berada dlm bahaya.. Politik tidak lagi ditentukan oleh mandat rakyat tetapi oleh urusan belakang tabir..

    Persoalan utama kini ialah siapakah broker ini? Adakah mereka dtg dari dlm parti atau luar struktur politik rasmi? Jika benar broker spt ini wujud dan dibiarkan beroperasi, maka institusi politik hanya tinggal nama.. kuasa sebenar berpindah ke tangan individu yg tidak pernah dipilih oleh rakyat.. Keadaan ini menuntut jawapan yg tegas.. Rakyat berhak tahu siapa yg mengerakkan percaturan ini dan atas kepentingan siapa..?

    Tanpa ketelusan, kepercayaan terhadap sistem akan terus runtuh.. Politik tidak boleh terus dikawal oleh broker, demokrasi tidak boleh dijual beli.. Jika ini dibiarkan, kerosakan akan menjadi kekal..
    ____________________________________

    HI HI HI.. PERKARA INI BOLEH DICEGAH UTK MASA YG AKAN DTG JIKA PIHAK BERWAJIB MAHU BERTINDAK SKRG BRO DANIEL LIM OI.. AKAN TETAPI PIHAK BERWAJIB ENGGAN BERTINDAK KERANA KEWUJUDAN BROKER ITU MEMBERI KEUNTUNGAN POLITIK KPD MEREKA. KITA SEMUA TST (TAU SAMA TAU) DAN FAHAM² SAJA LAH, KAN!😂

    HA HA HA.. APA² PUN, MMG HEBAT DAN TERBAIKLAH ANAK MUDA CHINA YG MEMAHAMI SITUASI DAN DAPAT MEMBEZA ANTARA KACA DGN INTAN..👍🤣

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

  3.  Avatar
    Anonymous

    HABUAN SETELAH BERJAYA HUMBAN NAJIB RAZAK KE DALAM PENJARA😆

    https://vt.tiktok.com/ZS5jdQWD2/

    HI HI HI.. 150 HAKIM TERIMA KENAIKAN GAJI 30%..😅

    HU HU HU.. SEBELUM INI, TERRIRUDIN DILANTIK KE JAC.. TST DAN FAHAM² SAJA LAH, KAN!😂

    HA HA HA.. MALAYSIA BOLEH! KITA BOLEH! MADANI BOLEH!🤣

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

    P/S:

    PRU16: MADANI BOLEH BELAH!😂

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

  4.  Avatar
    Anonymous

    INI AYAT TERAKHIR DARI TULISAN BG BUDIN:😄
    ____________________________________
    Anda rasa mustahil?
    ____________________________________

    HI HI HI.. BAGI SAYA, IANYA TAK MUSTAHIL.. SBB, ORG DOK KATA, “DLM POLITIK TIADA KAWAN SETIA SELAMANYA DAN TIADA MUSUH KEKAL SELAMANYA..”😂

    HA HA HA.. IBARATNYA, “HANG AMIK RASA PUKI JANDA AKU, AKU PULA AMIK RASA PUKI JANDA HANG..”🤣

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x