Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

JIKA UEC DIIKTIRAF, PKR BERPOTENSI DITOLAK PENGUNDI

Pada 9 Disember lalu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming berkata, kepimpinan partinya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk meminta agar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf untuk kemasukan ke pusat pengajian tinggi kerajaan.

Beliau mengulangi pendirian DAP dalam usaha tersebut dan meminta masyarakat Cina supaya bersabar dan jangan khuatir.

Semalam, 10 Disember pula, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memberi kata dua kepada Anwar agar melaksanakan reformasi yang bermakna dalam tempoh enam bulan akan datang.

Katanya, jika perkara itu gagal dilaksanakan, DAP akan memikirkan semula kedudukan parti itu dalam kerajaan madani.

Bagaimanapun, kata Menteri Pengangkutan itu, ia tidak bermakna DAP akan menarik sokongan dan menjatuhkan kerajaan.

Walaupun tidak menyatakan secara khusus, penilaian semula itu dilihat  termasuk  keluar dari kabinet dan DAP hanya menjadi penyokong kerajaan sahaja.

Jika ada yang tertanya-tanya apakah reformasi bermakna yang mungkin boleh dilaksanakan dalam tempoh enam bulan akan datang, ia tidak lain ialah mengiktiraf UEC.

Ini bermakna, kata dua DAP itu adalah suatu bentuk tekanan kepada Anwar.

Selepas keputusan PRN Sabah yang menyaksikan DAP beroleh “telur ayam”, adalah dirasakan parti itu melihat hanya dengan kerajaan memberi pengiktirafan kepada UEC saja yang mampu memulihkan sokongan pengundi Cina kepada mereka.

Jangkaan itu dikira munasabah kerana masyarakat Cina amat mementingkan bidang pendidikan.

Ertinya, meskipun ekonomi mengalami kemuraman berikutan perluasan skop SST dan pengenalan e-invois sehingga perniagaan mengalami kesukaran, hati pengundi Cina barangkali dapat dilembutkan dan akan terus menyokong DAP pada PRU16 akan datang jika usaha mereka memastikan UEC diberi pengiktirafan beroleh kejayaan.

Dalam hal ini, meskipun barangkali dengan mengiktiraf UEC itu akan memulihkan sokongan pengundi Cina kepada DAP selepas mereka menunjukkan penolakan pada PRN Sabah, tetapi keputusan itu, jika dilakukan, akan menyebabkan PKR pula semakin kehilangan sokongan pengundi Melayu.

Anwar dan PKR pasti akan berdepan penolakan yang sangat ketara daripada pengundi Melayu kerana beliau dirasakan telah tunduk kepada tuntutan DAP serta sanggup mengabaikan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Lagi pula, sejak tahun 1975, Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu Menteri Pelajaran telah pun membenarkan UEC dilaksanakan di sekolah swasta di negara ini.

Pada 2012 pula, ketika Najib Razak menjadi Menteri Pendidikan, UEC telah mendapat pengiktirafan separa/bersyarat bagi tujuan pengambilan guru pelatih ke institut pendidikan guru (IPG) bagi bidang bahasa Cina.

Cukupkah setakat itu kelonggaran diberi kepada UEC dan agak keterlaluan jika ia diberi pengiktirafan yang setara dengan Sijil SPM.

Untuk itu, jika Anwar tidak mahu PKR tumbang dan semua calon Melayunya berpotensi kalah pada PRU16 akan datang, beliau harus bertegas dan tidak melayan sama sekali tuntutan DAP berkaitan UEC itu.

Jika dengan tindakan itu, DAP mahu keluar daripada kabinet – biarkan saja.

Bahkan, kalau DAP mahu keluar daripada kerajaan sekali pun – biarkan juga dan jangan dihalang daripada berlaku.

Yang penting, jangan dengan memberi laluan kepada DAP untuk beroleh kemenangan melalui pengikrirafan UEC, ia dalam masa yang sama akan menjadikan PKR sengaja menempah tiket untuk tumbang. – ShahbudinHusin 11Disember2025.

4 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

5 responses to “JIKA UEC DIIKTIRAF, PKR BERPOTENSI DITOLAK PENGUNDI”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Perjanjian dagang dengan AS tak jejas kedaulatan negara, kata bekas panglima tentera

    12 MINS AGO
    FMT Reporters
    Share
    Zulkifeli Zin berkata perjanjian itu telah diteliti dengan ketat oleh MITI, Jabatan Peguam Negara dan Jemaah Menteri.

    Zulkifeli Zin berkata Perjanjian Perdagangan Timbal Balik Malaysia-AS menetapkan hubungan rundingan bersama antara Washington dan Putrajaya. (Gambar Bernama)
    KUALA LUMPUR: Bekas panglima angkatan tentera Zulkifeli Zin menegaskan Perjanjian Perdagangan Timbal Balik Malaysia-Amerika Syarikat (AS) telah melalui proses semakan ketat oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Jemaah Menteri sebelum ditandatangani.
    Beliau berkata perjanjian itu digerakkan oleh MITI dan diteliti secara mendalam oleh AGC sebelum dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan serta kelulusan.

    “Saya percaya semua prosedur telah dipatuhi sepenuhnya.

    “Saya yakin pegawai berpengalaman di AGC dan MITI tidak akan sekali-kali menggadaikan kedaulatan negara,” katanya seperti dipetik Bernama selepas taklimat khas MITI mengenai perjanjian itu.

    Kenyataan Zulkifeli menyusul tindakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid, yang mengancam mahu menyaman Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan berhubung perjanjian itu.

    ADVERTISEMENT
    Tech stock video 3 5Feb25Tech stock video 3 5Feb25

    Rosol dari Bersatu antara lain mempersoalkan sama ada perdana menteri telah mendapatkan kelulusan Kabinet, nasihat peguam negara serta perkenan Majlis Raja-Raja sebelum menandatangani perjanjian berkenaan.

    Menurut Zulkifeli, perjanjian itu tidak mengancam kedaulatan negara kerana menetapkan hubungan rundingan dua hala antara Washington dan Putrajaya yang tidak berat sebelah.

    “Ada yang anggap kita perlu minta kelulusan AS untuk membeli barangan, tetapi frasa ‘shall consult’ bermaksud kita berbincang, bukan memohon kebenaran.

    “Jika Malaysia atau AS tidak setuju atas kepentingan masing-masing, kedua-duanya berhak menghentikan perjanjian. Jadi bagaimana boleh ditafsirkan seolah-olah kedaulatan kita tergadai?” katanya.

    Taklimat itu turut dihadiri bekas ketua polis negara Razarudin Husain dan Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia Shah Yassin.

    Razarudin berkata penjelasan MITI menjawab dakwaan perjanjian itu menjejaskan kedaulatan Malaysia, sambil menambah mukadimah perjanjian menekankan situasi menang-menang untuk kedua-dua negara.

    Mukadimah perjanjian itu antara lain menegaskan bahawa Malaysia dan AS berkongsi nilai seperti komitmen kepada kedaulatan, kemakmuran ekonomi dan rantaian bekalan yang berdaya tahan, serta berhasrat memperkukuh hubungan perdagangan dengan menangani halangan tarif dan bukan tarif.

    Shah pula berkata perjanjian itu memberi manfaat kepada kedua-dua negara tanpa menjejaskan maruah Malaysia.

    “Sebagai bekas komander selama 22 tahun, saya tidak nampak kedaulatan negara tergugat,” katanya.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Barua2 Atok Saka tak puas menyalak lagi!

      Badut Hulu Terengganu masuk Dewan Rakyat bercakap pekat slang Ganu pun asyik kena tenyeh oleh PMX masa PMQT tak lepas naik Haji sokmo!

      Kalu masuk Mahkamah lagi lah parah kena tenyeh oleh AGC sebab dia tak baca dan tak faham Perjanjian ART kerana tak faham Bahasa Inggeris.

      Kalu ikut logik Badut ni, maka semua Perjanjian Dagang, Perjanjian WTO yg terma mcm ART dan Perjanjian Defense yg ditandatangani Atok Saka Kerala PM4 22 tahun mesti dibawa cabar dekat Mahkamah lah?

      Masa Badut ini jadi Tmbalan Menteri KPDN dan masa jadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu orang kanan Derih brp byk Perjanjian yg dia tandatangani? Boleh cabar diMahkamah jugak ko?

      Soal kedaulatan soal diMahkamah le biar AGC perjelaskan klausa2 dan semangat preamble Perjanjian!

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    PAS DAN BERSATU MAKIN PENING

    Che Ibrahim

    ADUN Karambunai

    Kelmarin Muhyidin umum kekal sebagai pembangkang.

    Hari ni Pas umum sokong Hajiji.

    PRK Kinabatangan/Lamag

    Kelmarin Pas umum tidak bertanding.

    Bekali esok Muhyidin umum akan bertanding…

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, December 11, 2025
    Share

  3.  Avatar
    Anonymous

    Madani tingkatkan penggunaan undang-undang drakonian 23% – CIJ

    Zarrah Morden
    Diterbitkan:  Dec 10, 2025 2:39 PM
    Dikemaskini: 5:08 PM

    Kerajaan Madani meningkatkan penggunaan undang-undang yang disifatkan drakonian (keras dan kejam) sebanyak 23.3 peratus sejak tahun lepas, menurut Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

    Dalam laporan ‘Freedom of Expression in Malaysia 2025’, ia mengatakan Putrajaya telah menggunakan undang-undang kawal selia sebanyak 233 kali tahun ini berbanding 189 kali pada 2024.

    https://m.malaysiakini.com/news/763086#google_vignette
    ____________________________________

    HU HU HU.. TIGA TAHUN MADANON PERINTAH, TAK ADA PENINGKATAN DLM PRESTASI EKONOMI.. PENINGKATAN PELABURAN PUN HANYA POTENSI..😂

    HI HI HI.. YG NAMPAK BANYAK MENINGKAT PUN HARGA MINYAK, TARIFF LETRIK DAN CUKAI..😥

    HE HE HE.. ADA JUGA PENINGKATAN DLM AKTIVITI SONGSANG LAWAN MEMUNGKOQ…🤣

    HA HA HA.. YG JELAS KETARA IALAH PENINGKATAN DLM KEKEJAMAN KERAJAAN MELAKSANAN UNDANG²…😩

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

    1.  Avatar
      Anonymous

      maaf🙏 ERRATA:😂

      MELAKSANAKAN UNDANG²

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x