Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

PKR TAK PATUT ADA MASALAH MENANG BERGAYA DI SEMUA 10 KERUSI DITANDINGINYA

Semalam, dua parti iaitu PKR dan UMNO/BN telah pun mengumumkan calon-calon yang bertanding bagi PRN Sabah, 29 November depan.

UMNO/BN mengumumkan bertanding di 41 kerusi, manakala PKR 10 kerusi.

Meskipun UMNO/BN bertanding lebih banyak kerusi, tetapi perbualan ramai nampaknya lebih tertumpu kepada PKR yang hanya bertanding sedikit kerusi.

Tidak banyak orang bercakap tentang calon-calon UMNO/BN, walaupun lebih 80 peratus adalah muka baru yang berpendidikan tinggi.

Apa yang menarik dalam PRN Sabah ini ialah berlakunya pertembungan cinta tiga segi antara PKR, UMNO/BN dan GRS.

PKR bekerjasama dengan UMNO/BN dan ia juga bekerjasama dengan GRS.

Ertinya, di mana PKR bertanding, UMNO dan GRS tidak meletakkan calon mereka di kerusi tersebut.

GRS belum lagi mengumumkan nama-nama calonnya dan ia dijangka dilakukan pada 13 November akan datang.

Tetapi, antara UMNO/BN dan GRS berlaku permusuhan yang nyata dan terbuka.

Disebabkan  GRS dan UMNO/BN saling bermusuhan, tidaklah sukar dijangka bahawa di mana UMNO/BN bertanding, di situ jugalah GRS akan meletakkan calonnya.

Ditolak PKR yang bertanding 10 kerusi dan ahli komponen PH yang lain iaitu DAP dijangka meletakkan calon di 7 kerusi, Upko 5 kerusi dan Amanah 1 kerusi, ini bermakna GRS akan bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi daripada 73 jumlah kerusi Dun Sabah keseluruhannya.

Warisan sudah mengumumkan sebelum ini akan bertanding di semua 73 kerusi, sementara PN masih belum memuktamadkan lagi jumlah kerusi yang akan mereka tandingi.

Berbalik kepada 10 calon PKR, tiga daripadanya paling menarik perhatian dan paling banyak diperbualkan oleh masyarakat, baik di Sabah mahu pun di Semenanjung.

Pertama ialah Yamani Hafez Musa, calon yang diletakkan di Dun Sindumin yang merupakan anak TYT Tun Musa Aman.

Beliau bermula daripada UMNO, kemudian menyertai Bersatu pada 2019, seterusnya berpindah ke GRS dan kini PKR

Kedua, Jamawi Jaafar, pemimpin yang sebelum ini berasal daripada UMNO, kemudian masuk Warisan, seterusnya masuk UMNO semula, kemudiannya menyertai PGRS dan kini dijadikan calon PKR di Dun Melalap.

Ketiga, Ruji Ubi iaitu seorang pendatamg baru dalam PKR di mana sebelum ini beliau adalah penjawat awam dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, kini dipertaruhkan sebagai calon di Dun Melalap.

Seorang lagi calon PKR adalah juga daripada PGRS iaitu George Hiew yang diletakkan di Dun Karamunting.

Makna kata, daripada 10 calon PKR, hanya 6 datang daripada ahli parti reformasi yang asli.

Begitu pun, oleh kerana PKR mendapat sokongan penuh daripada UMNO/BN dan GRS di semua 10 kerusi yang ditandinginya, tiada sebab untuk semua calon itu tidak mampu beroleh kemenangan yang bergaya.

Ibarat seorang lelaki yang disayangi oleh dua wanita sekaligus, kasih yang diterima tentunya melimpah-ruah, meski pun dua wanita berkenaan saling bermasam muka.

Apatah lagi, Anwar sendiri akan mengetuai jentera pilihan raya PKR di Sabah bagi menyelaras strategi kempen dan memperkukuh perpaduan di semua bahagian.

Keadaan itu berbeza dengan calon UMNO/BN yang mendapat tentangan daripada GRS, begitu juga GRS yang mendapat cabaran daripada UMNO di mana kedua-duanya saling mahu mengalahkan antara satu sama lain.

Cabaran PKR hanyalah datang daripada Warisan dan mungkin daripada PN yang setakat ini belum lagi mengumumkan berapa jumlah kerusi akan ditandingi.

Dengan itu, PKR sepatutnya tiada masalah untuk menang di semua 10 kerusi yang ditandinginya.

Kalau calon PKR kalah, ia tidak lain mungkin disebabkan sentimen “Sabah For Sabahan” dan “Sabah First” yang berjaya membuatkan naluri pengundi terlonjak untuk mengundi hanya parti-parti lokal saja, selain tiupan anti Anwar daripada Semenanjung yang mula menampakkan kesannya.

Jika itu berlaku selepas keputusan pada 29 November nanti, Anwar, PKR dan PH tidak lagi berada dalam kedudukan selesa menuju PRN Melaka, Johor dan seterusnya PRU16 mendatang. – ShahbudinHusin 10November2025.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

One response to “PKR TAK PATUT ADA MASALAH MENANG BERGAYA DI SEMUA 10 KERUSI DITANDINGINYA”

  1.  Avatar
    Anonymous

    PERMINTAAN PMX SUPAYA PEMERHATI GENCATAN SENJATA DITAMBAH DITOLAK THAILAND😆

    https://vt.tiktok.com/ZSyVcABt8/

    ____________________________________
    Phumtham rejects Anwar’s request to deploy more international observers to Thailand

    https://www.nationthailand.com/news/asean/40054269
    ____________________________________

    HI HI HI.. PHUMTAM WECHAYACHAI TU PEMANGKU PM THAILAND YER, KERAJAAN YG MEMERINTAH THAILAND MASA ITU.😅

    HA HA HA.. KLAU RANGSI KITTIYARNSUP TU PMX KAITKAN DGN PEMBANGKANG LER, PARTI PEJUANG LER, HILANG DEPOSIT LER.. KALI INI, PHUMTHAM TU, DIA NAK SPIN APA PULAK?😂
    ____________________________________

    HA HA..NI CAMNER DIA NAK MENGELAK?😆

    😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
    Masa Rangsi itu, dia marah rakyat melalak
    Konon tu, dikait dgn Pejuang, dia tempelak
    Tpi..dgn PM Phumtham pun dia kena tolak
    Yg ini, dia nak auta spin mcm mana pulak?
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

    🫵🫵🫵🫵🫵🫵🫵🫵🫵🫵🫵🫵🫵🫵
    Kah kaahh kaaahhh kaaahhhh kaaaahhhh
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    KAH KAH KAH
    ____________________________________

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

    P/S:

    KETUA PARTI EKONOMI THAILAND GENERAL RANGSI KITTIYARNSUP KATA ANWAR PENGINTIP, PENGKHIANAT DAN MUSUH DLM SELIMUT BAGI ASEAN.. DIA JUGA KATA ANWAR TERLIBAT DGN TRUMP MENIPU THAILAND DAN DIKATANYA ANWAR “CHAI MEI DHAI” YG BERMAKSUD TAK BOLEH PAKAI..🤣

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x