Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

PRESIDEN MIC HENTAM PRESIDEN UMNO, TUDUH ZAHID HAMIDI PENIPU

Presiden MIC SA Vigneswaran hari ini mendakwa pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menipu dalam kenyataannya berkenaan MIC.

Vigneswaran merujuk dakwaan Zahid bahawa kajian yang dibuat mendapati ahli MIC dan MCA tidak mahu parti mereka meninggalkan BN.

“…Kenapa dia ingin tahu pandangan akar umbi MIC?

“Kami tiada masalah dia jumpa akar umbi, tapi statistik (kenyataan) itu tak betul. Apa yang saya boleh kata, ia bukan satu kesilapan, tapi dia menipu (mengenai kajian terhadap ahli akar umbi),” katanya kepada pemberita di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur, hari ini.

Vigneswaran malah berkata presiden Umno itu sepatutnya mendapatkan pandangan akar umbi parti itu mengenai hilangnya sokongan orang Melayu, terutama di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

“Jika dia buat kajian dengan akar umbi Umno, maka dia akan tahu kenapa dan kerana siapa Umno hilang sokongan orang Melayu. Tetapi dia tak melakukannya,” katanya lagi.

Zahid membuat kenyataan itu dalam wawancaranya bersama Mingguan Malaysia semalam.

Dalam wawancara itu, dia juga berkata terdapat di kalangan pemimpin parti itu yang “merajuk” apabila tidak diberikan “mainan”, namun suara mereka tidak mencerminkan sentimen sebenar akar umbi.

Zahid  turut menggambarkan MIC dan MCA ibarat “kanak-kanak yang kehilangan mainan dan berharap untuk mendapatkannya semula” – kenyataan yang ditolak Vigneswaran dan Presiden MCA Wee Ka Siong.

MIC dan MCA kini sedang menilai kemungkinan keluar daripada BN berikutan rasa tidak puas hati terhadap kedudukan mereka dalam politik nasional, khususnya selepas Umno di bawah pimpinan Zahid menjalin kerjasama dengan PH.

Antara kebimbangan utama mereka ialah pembahagian kerusi pilihan raya yang memihak kepada parti penyandang. Berdasarkan formula perkongsian kerusi antara BN dan PH, MCA dan MIC dijangka hanya akan mendapat sebilangan kecil kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketika ini, MCA hanya memiliki dua kerusi Parlimen, manakala MIC satu.

Usul keluar BN

Mesyuarat agung tahunan MIC di beberapa negeri baru-baru ini telah meluluskan usul agar parti itu keluar BN.

Negeri tersebut adalah KedahPulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Mengulas lanjut, Vigneswaran berkata MIC hanya mempunyai masalah dengan Zahid, bukannya dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Kami tak ada masalah dengan perdana menteri, isu kami dengan pengerusi BN sahaja. Ini satu rahsia terbuka. 

“Siapa yang sepatutnya dalam kerajaan yang mempertahankan MIC? itu adalah tugas BN. Tetapi hari ini BN gagal mempertahankan MIC,” katanya.

‘Hilang keyakinan pada Zahid’

Ditanya jika MIC akan menimbang untuk terus kekal bersama BN jika gabungan itu sedia mendengar keluhan mereka, Vigneswaran menjawab: “Saya telah hilang keyakinan dengan Zahid.”

“Sebab itu saya minta pandangan cawangan, bahagian dan badan perhubungan negeri MIC untuk menentukan masa depan parti,” katanya, tanpa mengulas lanjut berhubung sebab dia hilang keyakinan terhadap pengerusi BN itu.

Sementara itu, Vigneswaran menjelaskan jika MIC keluar daripada BN, penyertaan ke dalam PN bukanlah satu-satunya pilihan buat parti itu.

“Kami tak pernah kata MIC akan kerjasama dengan PN. Itu cuma satu pilihan. 

“Kami juga boleh kerjasama dengan PH atau bertanding gunakan logo sendiri. Ada banyak pilihan.

“Segalanya akan dijawab dalam Mesyuarat Agung Tahunan parti bulan depan,” katanya lagi.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/757943

3 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

2 responses to “PRESIDEN MIC HENTAM PRESIDEN UMNO, TUDUH ZAHID HAMIDI PENIPU”

  1.  Avatar
    Anonymous

    WIGNESWARAN TAK PAYAH TERKEJUT LAH KLAU WAK SAKAU TU MENIPU..MMG KERJA KEPALA PENYAKAU ITU MENIPU..😄

    HI HI HI BAK KATA ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE👇:😆
    ____________________________________
    “Kamu pun tahu yg dia tu penipu.. muka dia tu pun muka penipu! Yg kamu bijak pandai boleh kena tipu dgn dia tu, pasal apa? Kamu mmg bodoh!”😅
    ____________________________________

    HE HE HE.. DULU WAK TIPU ORG² MELAYU, DIAJAKNYA SOKONG UMNO, KONON KATANYA👇:😂
    ____________________________________
    “Umno tidak akan bekerjasama atau bersekongkol dgn mana² parti yg bekerjasama atau berkongsi kuasa dgn DAP.. Full stop.🛑”🤣
    ____________________________________

    BKN SETAKAT ORG² INDIA DAN ORG² MELAYU JER WAK TIPU, TUHAN DIA, YAKNI ALLAH TAALA PUN DIA CUBA TIPU! DIA SANGGUP BERSUMPAH TIPU DGN NAMA ALLAH KONON KATANYA UMNO MENOLAK SAMASEKALI ‘ANWAR MENJADI PERDANA MENTERI ATAU BERKONGSI KUASA DGN DAP’👇:😄
    ____________________________________
    “Wallahi wabillahhi watallahi.. No Anwar, No DAP!”😆
    ____________________________________

    HA HA HA.. MAT MASLAN MASIH HIDUP LAGI SBG SAKSI👇 WAK CUBA NAK TIPU ALLAH TU..😅

    https://vt.tiktok.com/ZSUfm61qD/
    https://vt.tiktok.com/ZSUfmfabc/
    https://vt.tiktok.com/ZSUfmvgDq/

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Spt Syahirnomic kupas, PN sudah tempang. Masaalah dah abis modal dan defisit ide.

    Tukar Tiub aka Isham Rais, barua Atok dan PN mengaku pemimpin2 PN alami sindrom kronik 3B Bebal, Bahalol, Bengong!

    Masing2 perlu berubat kat dalam dulu Kajang atau Sg. Buloh baru jadi cerdik politik.

    Politik pembangkang miskin kosa kata

    1 HOUR AGO
    Mohamed Nasser Mohamed
    Share
    Mereka tidak kekurangan mikrofon tetapi kekurangan buku. Mereka lantang berbicara tentang moral tetapi jarang berbicara tentang strategi. Bila bahasa menjadi sempit visi juga mengecil.

    dewan rakyat
    Bahasa politik yang mandul

    Ada waktu, kita tidak lagi marah mendengar jeritan pembangkang di gelanggang politik; kita cuma letih. Letih bukan kerana perbezaan pendapat, tetapi kerana kata-katanya sudah tidak berkembang. Setiap kali muncul isu baharu, kosa katanya tetap sama — ‘undur’, ‘letak jawatan’, ‘gagal’, ‘tipu rakyat’, ‘penyangak’, ‘pengkhianat’.

    Ulang-ulang seperti penjual tilam atas lori yang berpusing di taman perumahan — “Tilam, tilam, tilam lama tukar baru!” Suaranya kuat, bergaung setiap kali, tetapi pesannya sama setiap kali. Bezanya, penjual tilam sekurang-kurangnya menjual sesuatu yang boleh digunakan; politik jenis ini cuma menjual gema kosong yang tak pernah menambah nilai.

    Bahasa mencerminkan pemikiran. Bila kosa kata sempit, tanda pemikiran pun tumpul. Politik yang miskin bahasa adalah politik yang kehilangan daya fikir, kerana bahasa bukan sekadar alat; ia cermin kedalaman. Pemimpin yang hanya tahu menjerit “undur!” sebenarnya menjerit kelemahan dirinya sendiri — ketandusan hujah, kemandulan alternatif, dan ketagihan pada sorakan.

    ADVERTISEMENT
    Tech stock video 3 5Feb25Tech stock video 3 5Feb25

    Politik suara, bukan idea

    Parlimen sepatutnya tempat bertarung gagasan, tempat bahasa menjadi jambatan kepada dasar dan penyelesaian. Tetapi dalam suasana kini, ia lebih mirip gelanggang sorak. Satu pihak melaung ‘undur!’, satu pihak membalas ‘fitnah!’. Tiada ruang untuk perbahasan yang matang. Dalam budaya politik begini, mikrofon menjadi senjata, bukan wadah ilmu.

    Rakyat yang mendengar di luar menjadi mangsa gema. Mereka disuap dengan drama, bukan data. Isu rumit seperti pendidikan, inflasi, dan ekonomi dipermudah dengan tiga perkataan ajaib: “kerajaan gagal total.” Sedangkan di luar dewan, rakyat menunggu solusi, bukan slogan.

    Politik suara tanpa idea ini bukan hanya mencemarkan mutu wacana, tetapi menular ke budaya awam. Di media sosial, wacana berubah menjadi perlumbaan ejek-mengejek. Apa sahaja isu, jawapannya tetap sama — “undur.” Seolah-olah semua masalah dunia boleh diselesaikan dengan satu kata kerja.

    Apabila wacana mati, retorik jadi raja

    Kosa kata politik yang sempit menunjukkan wacana kita sudah mati. Tiada bahasa tentang reformasi dasar yang bernas, tiada cadangan berasaskan fakta, tiada keberanian mencipta naratif ekonomi yang baharu. Yang tinggal hanyalah retorik kering — diulang atas nama kebebasan bersuara, tetapi sebenarnya cerminan ketidakupayaan berfikir secara strategik.

    Menjadi pembangkang bukan bermaksud menjadi gema kemarahan abadi. Ia menuntut kemampuan untuk berbicara dengan bukti, merancang dengan rasional, dan mengkritik dengan niat memperbaiki, bukan menjatuhkan. Bila pembangkang kehilangan bahasa pembangunan, mereka juga kehilangan hak moral untuk menegur.

    Bahasa yang terhad melahirkan politik yang cetek. Semakin miskin kosa kata, semakin miskin visi. Kita tidak akan menemui wawasan dalam lidah yang hanya tahu menuduh. Politik bukan tentang siapa paling lantang, tetapi siapa paling mampu mengemukakan makna baharu kepada perjuangan.

    Politik yang tidak belajar

    Masalah sebenar bukanlah kurang ruang bersuara, tetapi kurang kemahuan untuk belajar. Di negara-negara maju, parti pembangkang berlumba menyiapkan laporan alternatif, pelan ekonomi bayangan, dan kertas cadangan dasar. Mereka berdebat dengan angka, bukan hanya dengan nada. Tetapi di sini, budaya politik masih berlegar di sekitar reaksi segera dan sindiran harian.

    Bila politik tidak belajar, rakyat pun tidak diajar. Generasi muda yang memerhati politik meniru gaya yang sama — mengulang kata kasar, bukan membina idea besar. Maka lahirlah kitaran baharu politik picisan: bising tapi kosong, lantang tapi dangkal.

    Lebih malang, selepas sekian lama bersidang dan bersuara, nak menamakan calon perdana menteri pun masih gagal. Bayangkan, bukan saja kehabisan hujah, tetapi juga kehabisan sosok yang diyakini. Bila arah pun kabur, kata-kata pun akan terus berpusing di tempat sama — ‘undur’, ‘letak jawatan’, ‘gagal’.

    Selepas hampir tiga tahun menjadi pembangkang dalam era kerajaan Madani, masih tiada sumbangan konkrit dan bermakna yang mampu diangkat sebagai bukti kematangan politik. Tiada pelan alternatif yang meyakinkan, tiada dasar bayangan yang kukuh, tiada usaha membentuk hala tuju baharu untuk rakyat. Yang wujud hanyalah gema lama dalam wajah baharu — menuduh tanpa menawarkan jalan keluar.

    Dalam keadaan begitu, rakyat semakin skeptikal terhadap suara yang hanya tahu mempersoalkan tetapi tidak pernah menyelesaikan. Bila pembangkang gagal menjadi cermin yang jujur, demokrasi pun kehilangan maknanya.

    Bahasa politik yang kering juga melahirkan pemimpin yang lupa nilai kesantunan. Dalam debat awam, kata-kata kasar dianggap keberanian, bukan kebiadaban. Dalam media sosial, fitnah disamakan dengan fakta. Akhirnya, politik kehilangan nilai kerana bahasanya sudah kehilangan adab.

    Kosa kata dan wawasan

    Setiap bangsa yang besar bermula dengan bahasa yang besar. Ketika Soekarno berbicara tentang ‘marhaenisme’, Gandhi mengangkat ‘satyagraha’, dan Mandela menulis tentang ‘reconciliation’ — semuanya bermula daripada kosa kata yang memperluas makna perjuangan. Bahasa membuka ruang untuk visi, dan visi menuntut keberanian berbahasa di luar kebiasaan.

    Tetapi bila bahasa politik kita hanya tahu ‘undur’ dan ‘letak jawatan’, apa visi yang tinggal? Negara tidak boleh dibina atas gema kata yang sama setiap minggu. Ia mesti digerakkan dengan imaginasi dan keberanian intelektual. Kosa kata yang kaya akan melahirkan politik yang cerdas, kerana setiap kata yang berbeza membuka pintu kepada pemikiran baharu.

    Politik bukan sekadar bertahan dalam kuasa, tetapi menghidupkan makna baharu kepada demokrasi. Bahasa adalah permulaannya. Tanpa bahasa yang bernas, perjuangan akan kehilangan akar dan hala.

    Advertisement

    Advertisement
    Politik yang lupa membaca

    Politik pembangkang di negara ini bukan kurang semangat, tetapi kurang kosa kata. Mereka tidak kekurangan mikrofon, tetapi kekurangan buku. Mereka lantang berbicara tentang moral, tetapi jarang berbicara tentang strategi. Bila bahasa menjadi sempit, visi juga mengecil.

    Politik yang matang bukan menuntut semua orang bersetuju, tetapi menuntut semua pihak tahu berkata sesuatu yang bermakna. Rakyat tidak perlukan lagi gema kemarahan, tetapi hujah bernas yang mampu memperbaiki hidup.

    Kerana akhirnya, politik bukan tentang siapa yang menjerit paling kuat, tetapi siapa yang mampu memperkayakan makna ‘berjuang’. Jika kosa kata masih di situ — ‘undur’, ‘letak jawatan’, ‘gagal’ — maka mungkin bukan kerajaan yang gagal, tetapi bahasa politik kita sendiri yang sudah lumpuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x