Susulan amaran keras yang diberikan Perdana Menteri berhubung hidangan arak dalam majlis gala yang dikaitkan dengan Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) beberapa ketika selepas itu segera tampil dengan pernohonan maaf atas apa yang telah berlaku.
Motac dalam kenyataannya menagaskan amat menyesali dan menerima teguran Anwar Ibrahim itu dengan hati terbuka.
Kementerian itu berkata, pihaknya menerima teguran Perdana Menteri itu dengan penuh tanggungjawab dan rendah hati, sambil memohon maaf atas sebarang “kekeliruan atau salah faham” yang mungkin menimbulkan ketidakselesaan di kalangan rakyat.
Motac juga memaklumkan mereka akan mengambil iktibar daripada insiden tersebut dan akan memastikan setiap pelaksanaan program di bawah seliannya mematuhi garis panduan serta etika yang telah ditetapkan.
“Kementerian mengambil iktibar daripada perkara ini dan akan memastikan agar perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi,” tambah kenyataan itu.
Sebelum ini, dalam mempertahankan majlis tersebut, Tiong King Sing berkata, malam gala itu bukan dianjurkan oleh Tourism Malaysia, sebaliknya oleh pihak industri berkaitan sektor pelancongan.
Katanya, majlis itu diambil alih pada saat-saat akhir oleh pihak industri dan beliau menyetujuinya kerana merasakan ia dapat menjimatkan wang kerajaan.
Tambah beliau, Tourism Malaysia hanya menumpang majlis tersebut ketika mengadakan pelancaran kalendar Tahun Melaydia 2026.
Lantaran itu, bagi Tiong, hidangan arak dalam majlis makan malam itu juga bukan sesuatu yang salah kerana ia dianjurkan oleh pihak swasta.
Tetapi, jika benar jamuan gala itu telah diambil alih oleh pihak swasta, kenapa pula Motac yang perlu meminta maaf dan berasa kesal?
Bukankah pihak industri yang sepatutnya respon kepada amaran keras Perdana Menteri itu?
Mengapa dalam hal ini pihak industri tidak beruara apa-apa?
Hakikatnya, tidakkah dengan respon Motac terhadap amaran keras Perdana Menteri itu menunjukkan majlis makan malam itu memang dianjurkan oleh Tourism Malaysia sebagaimana telah tersebar surat jemputannya?
Sebagaimana ramai yang tidak percaya dan beranggapan tidak masuk akal majlis makan malam itu diambil alih oleh pihak industri pada saat-saat akhir, permohonan maaf Motac ini juga menunjukkan Tiong sebenarnya telah “terciduk” sekali lagi.
Awal-awal mengaku ia memang dianjurkan Tourism Malaysia kan senang?
Kepada Tiong yang asyik “terkantoi” saja, elok berhentilah cepat-cepat. – ShahbudinHusin 08Okt2025.
Leave a Reply