Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

JASA PAS YANG RAMAI TAK TAHU – MENGHENTIKAN AMALAN HIDANG ARAK DI JAMUAN RASMI

Kisah Arak Dalam Majlis Jamuan Negara

Dato’ Mustapha Ali, Mantan Setiausaha Agung PAS yang mesra disapa Cikgu Pa pernah mengisahkan…

Tradisi menghidangkan arak dalam majlis Jamuan Negara/State Banquet dihentikan pada tahun 1974 ketika PAS berada dalam Kerajaan BN dan Dato’ Mustapha Ali sendiri menjawat jawatan Timbalan Menteri.

Jamuan negara ialah jamuan paling tinggi yang dianjurkan atas nama ketua negara iaitu KDYMM YDPA sebagai hos atau paling kurang ialah ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri sebagai hos bersempena dengan sesuatu peristiwa penting di dalam negara.

Para jemputan terdiri dari pembesar negara, wakil-wakil kedutaan asing dan orang-orang kenamaan dalam masyarakat.

Tradisi menghidangkan arak dalam majlis jamuan negara ini tidak pernah ditinggalkan semenjak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Ia adalah warisan budaya penjajah British.

Satu ketika, pada penghujung tahun 1974 jemputan untuk satu majlis jamuan negara sudah dikeluarkan. PAS pada masa itu berada dalam kerajaan BN dan ada diantara pimpinannya yang menjadi menteri, timbalan menteri dan ahli parlimen selepas PRU 1974. Semua mereka adalah dijemput.

Pemimpin PAS sangat tahu tentang tradisi ini.
Bagaimana nak menghadapi situasi berada di dalam majlis rasmi negara dengan elemen mungkar berada di hadapan mata.

Pimpinan tertinggi PAS berbincang secara senyap-senyap di kalangan mereka dan mengambil keputusan untuk bertemu dengan Tun Razak sebagai Perdana Menteri merangkap hos majlis ini.

Dato’ Asri, Yang Dipertua Agung PAS juga salah seorang Menteri Kabinet telah ditugaskan untuk mengadakan 𝒔𝒍𝒐𝒘𝒕𝒂𝒍𝒌 dengan Tun Razak.

Dato Asri memberitahu Tun Razak perihal keberatan pimpinan PAS untuk hadir ke majlis ini kerana suasana majlis yang bercanggah dengan nilai murni Islam.

Tun Razak mengatakan kepada Dato’ Asri, tak moleklah kalau pemimpin PAS tak hadir kerana PAS sudah menjadi sebahagian daripada kerajaan. Dato’ Asri secara lembut dan berhikmah menegaskan, itulah sikap PAS.

Ringkas cerita, Tun Razak memberitahu Dato’ Asri dia akan meneliti balik perkara ini.

Selang beberapa hari Tun Razak memaklumkan kepada Dato’ Asri bahawa dia telah membuat keputusan arak tidak akan dihidangkan, ini bermaksud pemimpin PAS boleh hadir ke majlis tersebut.

Cikgu Pa cerita, dia salah seorang pemimpin PAS yang hadir. Beliau seorang Timbalan Menteri.

Jamuan di adakan di Dewan Banquet Bangunan Parlimen.

Cikgu Pa diletakkan di meja bersama-sama beberapa orang jemputan termasuk tetamu bukan Islam.

Majlis berjalan seperti yang lazimnya.
Memang benar bahawa arak tidak di hidangkan di atas meja sebagaimana yang diberitahu oleh Tun Razak kepada Dato’ Asri.

Dato’ Mustapha cerita, dalam perbualan sambil makan dengan kawan-kawan yang bukan Islam, mereka memberitahu bahawa mereka sudah dimaklumkan bahawa tiada hidangan arak atas meja tapi jika perlu juga, minuman ini boleh disediakan ‘on request’ dengan permintaan melalui budak pelayan yang melayani tetamu.

Rupanya di suatu sudut dewan jamuan, memang ada satu meja disediakan bagi mengurus permintaan tetamu tetapi alhamdulillah, tak ramai yang bertandang ke meja arak tersebut.

Di meja Cikgu Pa sendiri walaupun ada bukan Islam tapi tak seorang pun minta arak.

Di kalangan pemimpin politik Melayu pada masa itu ada beberapa orang dikenali umum sukar meninggalkan arak tetapi tak seorang pun daripada mereka meminta arak pada malam itu. Ertinya seluruh pemimpin Melayu malam itu telah diselamatkan dari arak.

Inilah jamuan negara yang terakhir masih ada sedikit sebanyak saki baki kesan arak.

Jamuan negara yang diadakan selepas malam itu tidak lagi dihidangkan arak sehiggalah hari ini.

Berakhirlah sudah satu episod..

Tapi kini nampaknya ada episod yang cuba dibuka semula.

DR AZMAN IBRAHIM

AJK PAS Pusat merangkap EXCO Kerajaan Negeri Terengganu.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

One response to “JASA PAS YANG RAMAI TAK TAHU – MENGHENTIKAN AMALAN HIDANG ARAK DI JAMUAN RASMI”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    POK TEH AJAK TU….KO SEMBANG KENCANG KEMAIN…

    Alif Jamil..

    BRIGED 8200
    SIAPA LEBIH DIPERCAYAI?

    Mr.Nazril

    Briged 8200 ini ialah skuad
    media Israel dibawah IDF.

    Mereka boleh menyerap masuk ke Malaysia dan mereka boleh mengupah
    orang-orang tempatan

    Ikut Papagomo, Briged 8200 adalah Propaganda rekaan Kerajaan Madani. Propaganda itu sengaja direka bagi melagakan rakyat Malaysia
    dan mengangkat PMX sebagai wira!!

    ZAINAL RASHID AHMAD (ZRA)

    Wartawan dan penulis sastera Malaysia.
    ZRA menerima
    Hadiah Kewartawanan
    dan 46 anugerah
    sastera dan terkenal sebagai wartawan
    Malaysia yang pertama berjaya
    menyelinap masuk dan merakamkan
    keadaan umat Islam di negara Israel dan
    Palestin melalui sebuah dokumentari
    Majalah Tiga pada tahun 2005 Menyertai Misi Global Sumud Frotilla ke Gaza 2025

    WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS (PAPAGOMO)

    Seorang bekas anggota polis trafik yang telah dijatuhkan
    hukuman penjara Kerana bersalah memeras ugut seorang yang, disyaki
    penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah. Dibuang kerja
    daripada polis sejak September 2012 Kalah saman fitnah dan membayar ganti rugi
    berjumlah RM951,260.30 kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

    Dijatuhi hukuman penjara 30 hari oleh Mahkamah
    Tinggi, selepas didapati
    bersalah menghina mahkamah kes KPN.

    Bakal dibicarakan atas
    tuduhan menghasut
    terhadap YDPA.

    Mendatang bakal berentap kes saman fitnah dgn
    Fahmi Salleh dan
    Dr. Asyraff Wajidi kerana
    menfitnah.

    Tentuan tengok Zainal Rashid dan Papagomo ni tentuan dah boleh tahu Zainal Rashid jauh lebih kredibel.

    Si Gomo ni bukan setakat takde kreadibiliti, dgn Salim Parpu pon dia tak berani lawan.

    Salim Parpu tenyeh dia selamba badak je.

    Dengan Meong Kapla pon dia tak berani nak lawan padahal Meong Kapla tu satu team walabot dgn dia dulu.

    Kau jangan macam² Gomo..

    Telor kau tu bila² masa je Meong boleh picit 😂

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, October 06, 2025
    Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x