Dasar yang baik, cakap terus terang. Kalau nak buat BUDI95 masa pilihan raya, sebut saja. Jangan depan cakap lain, belakang buat lain, umum pun lain.
Perdana Menteri sendiri pernah puji penyasaran subsidi elektrik sebagai contoh terbaik, yang kaya bayar lebih, yang susah dilindungi.
Tapi bila kena kecam, tiba-tiba kata “kita belajar dari kesilapan elektrik”.
Jadi adakah penyasaran subsidi elektrik satu kesilapan dan segala tindakan susulan selepas itu perlu ditukar sekarang?
Dari sudut ekonomi, BUDI95 bukan penyasaran semula, tapi had harga menyeluruh. Bunyi dia lebih kepada pendekatan populis.
Pasaran dan penganalisis nampak ini sebagai tanda flip-flop. Dulu janji nak teruskan reformasi walau pahit, sekarang ubah bila hampir PRU.
Konsistensi dasar itu yang bina kepercayaan. Kalau kerajaan serius, teruskan prinsip.
Kalau nak ambil jalan populis, sebut saja dengan jujur, biar rakyat nilai sendiri.
Tonton kupasan penuh isu ini di Episod 18 Podcast Yang Berhenti Menteri di sini:
https://www.youtube.com/live/KbbtwFgvTmw?si=zpGmTZji0m7qEGfY
Sumber – https://www.facebook.com/share/v/1RN5mbKAmy/?mibextid=wwXIfr
RAFIZI RAMLI
Leave a Reply