Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

BERSUKAN BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MENANG, JANGAN MENANG DENGAN KEPALSUAN

Pendedahan FIFA mengenai pemalsuan dokumen asal usul datuk nenek tujuh pemain warisan yang mewakili Harinau Malaya adalah sesuatu yang amat memalukan kita semua.

Perkara itu tidak sepatutnya berlaku dalam usaha kita cuba mengejar kemenangan bermain bola sepak  di peringkat antarabangsa.

Memang dalam pertandingan sukan, apa jenis sekali pun, semua orang inginkan kemenangan, tetapi itu bukanlah satu-satunya matlamat yang wajib disasarkan.

Menyertai pertandingan sukan turut bermatlamat untuk bersahabat, mengukuhkan hubungan, menjalin keharmonian, memahami erti kemenangan serta kekalahan dan pelbagai nilai-nilai baik yang lain.

Kalau kita benar-benar berkemampuan untuk memang, ia memanglah berhak dikejar.

Namun, melakukan sesuatu pemalsuan semata-mata untuk beroleh kemenangan adalah menyedihkan.

Kemenangan itu, jika dicapai, walau secemerlang mana sekali pun, ia hanyalah kemenangan palsu.

Ia sama macam tindakan sesetengah pihak membeli “like” atau mengupah cytro berbayar untuk menampakkan sesebuah laman atau “page” itu kononnya disukai rakyat.

Tindakan tersebut tidak ubah seperti  membeli sokongan palsu yang mana ia akhirnya tidak mampu pun diubah menjadi sokongan sebenar ketika pilihan raya diadakan.

Dalam sukan, harus kita sedar bahawa Tuhan menganugerahkan kelebihan yang berbeza kepada negara dan bangsa tertentu di dunia ini.

Negara Brazil dan Argentina misalnya diberi kelebihan dalam bola sepak, India dan Pakistan dalam hoki, Jamaica dalam lari pecut, Kenya dalam lari jarak jauh, China dalam badminton dan begitulah seterusnya bagi negara-negara lain.

Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang cemerlang dalam semua jenis sukan.

Di sinilah terletaknya nilai keharmonian dan mengukuhkan hubungan dalam perbezaan melalui pertandingan sukan yang diadakan.

Negara kita misalnya, kalau kita tidak berapa kuat dan berupaya bersaing di tahap yang lebih tinggi dalam sukan bola sepak, kita harus akui itulah kemampuan kita.

Bolehlah kalau mahu dilakukan perancangan, misalnya mencungkil bakat daripada akar umbi dengan lebih agresif, menyediakan prasarana lebih baik, mengambil jurulatih asing dan sebagainya, tetapi tak usahnya berlebih-lebihan sampai mengambil pemain luar yang dikatakan ada aliran darah datuk nenek warga Malaysia sehingga tujuh orang ramainya.

Untuk mewakili negara, pemainnya haruslah berimej Malaysia – faham budaya  Malaysia, berwajah Malaysia dan boleh bertutur dalam bahasa yang biasa dituturkan oleh rakyat negara ini.

Kalau yang bermain itu berwajah Melayu, Cina dan India yang tulen, kalah selalu pun tidak mengapa kerana ia tetap sesuatu yang membanggakan daripada sudut yang lain.

Meski kita akur kita kurang berupaya dalam bola sepak, kita  sebaliknya boleh menumpukan kepada jenis sukan yang kita memang berkemampuan dan boleh menang di peringkat antarabangsa, seperti badminton misalnya.

Sukan badminton inilah yang seharusnya kita beri lebih penumpuan supaya terus dan terus cemerlang kerana permainan  itulah antara jenis sukan yang Tuhan beri kelebihan kepada kita.

Sebab itulah Jamaica hanya menumpukan kepada lari pecat dan Kenya kepada lari jarak jauh kerana di situlah Tuhan menganugerahkan kelebihan buat mereka.

Pernah kita dengar Kenya dan Jamaica berlebih-lebihan dalam sukan bolasepak atau tenis?

Kita juga patut berbuat begitu dan jangan cuba mencipta kemenangan palsu dengan mereka-reka dokumen palsu. – ShahbudinHusin 07Okt2025.

5 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

7 responses to “BERSUKAN BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MENANG, JANGAN MENANG DENGAN KEPALSUAN”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Terbaik Budin, Ini contoh dari Mahkamah sekarang bagaimana skim nak cepat kaya melalui Sakaw Berjemaah PN 33 bulan!

    Sama mcm kes FAM nak cepat menang.

    Jenama Sakaw diterapkan oleh Abah PM8.
    PN sambung legasi dia MB Johor dulu kaya raya.

    Kes ini projek KDN dibawah Jajahan Abg Long Mejoh yg sakaw komisen utk projek Radio Polis.

    Meme ini lubok kerana kementerian2 dibawah KDN ada bajet perolehan besar sebab itu Mejoh pasang Cukong2 jadi Broker dia kaut komisen.

    Ada cukng sedang hadapi kes Mahkamah dok collect komisen bagi pihak Mejoh.

    Semua Menteri2 PN termasuk PAS join skim cepat kaya 33 bulan ini!

    Padanlah beria sangat nak Turun Anwar!
    ———————————————————

    Bekas setpol Hamzah sain surat iringan sokong Nexuscorp dapat kontrak, kata saksi

    18 MINS AGO
    Bernama
    Share
    Saksi turut sahkan terdapat arahan dan tandatangan Hamzah Zainudin ketika itu menteri KDN kepada KSU KDN untuk pertimbangan kontrak.

    Pada Mei 2024, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad didakwa atas dua pertuduhan menerima suapan RM350,000 daripada Wan Azhar Mohamed Yusof selaku pengarah urusan Nexuscorp Group Sdn Bhd. (Gambar Bernama)
    KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen diberitahu Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad menandatangani surat iringan menyokong syarikat Nexuscorp Group Sdn Bhd agar dianugerahkan kontrak membekalkan Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembekalan Alat Ganti bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian dan Radio Pengguna Sistem RMPNET untuk polis.
    Bekas ketua penolong setiausaha Seksyen Teknikal Bahagian Perolehan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Esther Douglas Udam, berkata surat iringan tersebut daripada Sayed Amir Muzzakkir kepada ketua setiausaha (KSU) KDN Jamil Rakon ketika itu, bertarikh 29 April 2020.

    “Merujuk kepada surat iringan ini, ia ditandatangani oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri iaitu Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad ketika itu.

    “Tujuan surat itu adalah untuk menyampaikan surat Nexuscorp Group Sdn Bhd yang memohon pertimbangan daripada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin (ketika itu) bagi memberi sokongan agar syarikat terbabit diberi kepercayaan untuk dianugerahkan kontrak pembekalan terbabit melalui kaedah tender terbuka yang disertai,” katanya.

    Saksi pendakwaan keenam itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Sayed Amir Muzzakkir, 42, yang berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan jumlah RM350,000.

    Esther, yang kini bertugas sebagai ketua penolong setiausaha kanan Bahagian Perolehan Kementerian Pendidikan, berkata surat iringan Sayed Amir Muzzakkir bertarikh 29 April 2020 dan surat Nexuscorp Group bagi tender terbuka prakelayakan kontrak tersebut bertarikh 23 April 2020, juga ditandatangani Pengarah Nexuscorp Group iaitu Wan Azhar Mohamed Yusof.

    “Tujuan surat itu adalah untuk memohon pertimbangan daripada Hamzah bagi memberi sokongan agar Nexuscorp Group diberi kepercayaan untuk dianugerahkan kontrak ini melalui kaedah tender terbuka yang disertai. Saya mengesahkan bahawa terdapat arahan dan tandatangan daripada Hamzah kepada KSU (Jamil) untuk pertimbangan,” katanya.

    Advertisement

    Advertisement
    Esther berkata, semasa Mesyuarat Lembaga Perolehan pada 17 Sept 2020, Lembaga Perolehan KDN bersetuju memperakukan tawaran daripada syarikat Nexuscorp Group bagi kontrak pembekalan tersebut dengan jumlah tawaran RM381,112,042.44 dan perakuan tersebut akan dikemukakan untuk dimuktamad di peringkat Kementerian Kewangan.

    Sementara itu, Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) R Harshini, 35, yang merupakan saksi pendakwaan ketujuh, berkata merujuk kepada profil semasa perniagaan syarikat Nexuscorp Group, Wan Azhar dan Ismuni Johari adalah pengarah syarikat terbabit.

    “Pemegang saham dalam syarikat Nexuscorp Group adalah Ismuni Johari sebanyak RM4,025,000 dan Wan Azhar Mohamed Yusof juga sebanyak RM4,025,000,” katanya.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hazel Tan Jia Qi, Fatin Farhana Ismail, dan Atirah Mohd Azuarizanuddin, manakala tertuduh diwakili peguam Md Yunos Shariff dan Asmadi Hussin.

    Pada 23 Mei 2024, Sayed Amir Muzzakkir didakwa atas dua pertuduhan menerima suapan RM350,000 daripada Wan Azhar selaku pengarah urusan Nexuscorp Group Sdn Bhd.

    Wang itu didakwa sebagai upah membantu syarikat berkenaan mendapatkan tender Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembekalan Alat Ganti Bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian dan Radio Pengguna Sistem RMPNet untuk polis bernilai RM381,112,042.44.

    Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Yayasan Tanah Aku, Solaris Dutamas, pada 4 petang, 4 Dis 2020 dan 3.30 petang, 16 Dis 2020.

    Sayed Amir Muzzakkir juga menghadapi pertuduhan meminta suapan wang tunai RM350,000 daripada individu sama untuk tujuan serupa di pejabat Nexuscorp Group Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Seksyen 7, Shah Alam pada 4 petang awal Disember 2020.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

    Perbicaraan di hadapan Hakim Rosli Ahmad bersambung 10 Nov.

  2.  Avatar
    Anonymous

    MAAF🙏.. SAYA INGIN MERUJUK BALIK KPD KOMEN SAYA YG DI BAWAH TADI:
    ____________________________________
    Anonymous
    7 October 2025

    MP DAP PERTAHAN TIONG, BALAS “POLITIK SEMPIT” KRITIK MALAM GALA..😡

    https://youtu.be/l8-4fJfoImQ?si=vCI3q08Tqcn9onrl
    ………………………….
    …………………………………………………
    PM beri amaran keras kepada King Sing, MOTAC isu arak

    Oleh BERNAMA
    Oktober 7, 2025 @ 12:24pm

    https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/10/1455266/pm-beri-amaran-keras-kepada-king-sing-motac-isu-arak
    ………………………….
    …………………………………………………
    HU HU HU.. MMG BUANG MASA JER LAH DR AKMAL, KETUA PEMUDA UMNO DAN RAMAI LAGI YG MENDESAK SI PEMABOK TU DIPECAT.. BAHKAN TERJAHAN DARI MAJLIS ULAMA UMNO DAN KRITIKAN DARI PRESIDEN UMNO JUGA TAK AKAN MEMBAWA APA² KESAN KPD SI PEMABOK TUH..
    (TAPI KITA TAHU LAH, KTIRIKAN DARI WAK SAKAU TU HANYA SATU LAKONAN WAYANG JER UTK DITAYANGKAN KPD ORG² MELAYU/ ISLAM..)😂
    ………………………….
    …………………………………………………
    ____________________________________

    KITA SEMUA TAHU YG ABG BESAR LIM ENG TU MMG SGT POWER.. MASA ISU RUMAH² SETINGGAN DI JINJANG SELATAN NAK DIROBOHKAN ATAS PERINTAH MAHKAMAH TU, SEKALI LIM LIP ENG BATUK BERDEHEM, TERUS BATAL ARAHAN MAHKAMAH..😆

    HU HU HU.. SBB ITU LAH ANAK MURID DGN CIKGU TAK BERANI USIK KING SING PEMABOK TAIK ARAK TUH..😅

    HI HI HI.. TAK MUSTAHIL ADA SENARIO YG BEGINI ANTARA CIKGU DGN ANAK MURID👇:😅
    ____________________________________
    ONCE UPON A TIME..😂

    ANAK MURID:
    “Hello.. salam cikgu.. sihat ker cikgu?”

    CIKGU:
    “Wa’alaikum salam.. haa..I ok ja Yid.. Awat Yid? Apa hal you call ni Yid?”

    ANAK MURID:
    “Budak Akmal tu cikgu, dia buat hal lagi.. dia terjah MOTAC dan desak you buang King Sing abg besar kita tu dari Kabinet.. saya nak buat mcm mana ni cikgu? Tak kan nak tibai Akmal tu kot?”

    CIKGU:
    “Oppss.. jgn terjah Akmal la Yid.. you kena tunjuk yg you pun sokong Akmal dan juga Majlis Ulama Umno tu.. kena lah bagi impression kpd rakyat yg Umno akan sentiasa tampil utk membela org² Melayu dan agama Islam.. Ini politik Yid!”

    ANAK MURID:
    “Owhh.. tak terfikir pulak saya mcm cara yg cikgu saya ni fikir.. Mmg hebatlah otak cikgu ni.. otak pembelit dan penipu nombor satu!”

    CIKGU:
    “Huiihhh.. dajai.. hang tibai aku no, Yid?
    Lagu tu la Yid oi cara berpolitik.. You tengok lah I ni.. la ni I tgh dok top sbg hero adiwira yg berjaya menyelamatkan rakyat kita dlm misi Sumud Flotilla yg kena tahan askar Israel tu.. Bkn kaleng² org lah yg boleh buat deal dgn begitu mudah dan cepat dgn puak² Zionist tu Yid oi..”

    ANAK MURID:
    “Cikgu mmg terbaik lah.. I really salute and respect lah cikgu saya nih.. Ok lah cikgu, nanti I akan buat press statement utk kecam MOTAC dan King mabok taik arak tuh..”

    CIKGU:
    “Ok².. tak pa lah Yid.. I pun nak buat press statemet jugalah nanti lps you terjah MOTAC tu.. I nak bagi tau yg I dah bagi satu amaran keras kat King Sing tuh.. TST lah, kan!”
    ____________________________________
    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣

    ON THE NEXT DAY..🤣
    ____________________________________
    UMNO tolak tindakan hidang arak dalam majlis kerajaan

    Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
    5 Oktober 2025, 4:19 pm

    JOHOR BAHRU – Pengerusi UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak sekeras-kerasnya tindakan menghidangkan minuman beralkohol pada Majlis Makan Malam Gala Global Travel Meet 2025, 1 Oktober lalu.

    https://www.kosmo.com.my/2025/10/05/umno-tolak-tindakan-hidang-arak-dalam-majlis-kerajaan/#google_vignette
    ____________________________________

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

  3.  Avatar
    Anonymous

    MP DAP PERTAHAN TIONG, BALAS “POLITIK SEMPIT” KRITIK MALAM GALA..😡

    https://youtu.be/l8-4fJfoImQ?si=vCI3q08Tqcn9onrl

    HI HI HI.. LIM LIP ENG MEWAKILI SINGA² ABG BESAR BAK KUT TEH TAMPIL MENYERANG PUAK² LALAT UMNO..😆

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣

    INI PULA TINDAKAN MUSANG YG TERSEPIT DGN TELUR YG KENA GENGGAM👇..😆
    ____________________________________
    PM beri amaran keras kepada King Sing, MOTAC isu arak

    Oleh BERNAMA
    Oktober 7, 2025 @ 12:24pm

    https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/10/1455266/pm-beri-amaran-keras-kepada-king-sing-motac-isu-arak
    ____________________________________

    HI HI HI.. SAYA DAH CAKAP DAH DLM POSTING BG BUDIN YG LEPAS BAHAWA SAYA BERANI BERTARUH KERAT BTG PELIAQ NI LAH KLAU PMX BERANI BUANG KING SING KAKI MABOK TAIK ARAK TU DARI KABINET..😅

    HU HU HU.. MMG BUANG MASA JER LAH DR AKMAL, KETUA PEMUDA UMNO DAN RAMAI LAGI YG MENDESAK SI PEMABOK TU DIPECAT.. BAHKAN TERJAHAN DARI MAJLIS ULAMA UMNO DAN KRITIKAN DARI PRESIDEN UMNO JUGA TAK AKAN MEMBAWA APA² KESAN KPD SI PEMABOK TUH..
    (TAPI KITA TAHU LAH, KTIRIKAN DARI WAK SAKAU TU HANYA SATU LAKONAN WAYANG JER UTK DITAYANGKAN KPD ORG² MELAYU/ ISLAM..)😂

    HE HE HE.. LAST², TINDAKAN DARI PAPA YG TELOQ KENA CEKAK TU HANYALAH “AMARAN KERAS”.. 🤔

    IA SEKADAR MELEPAS BATUK DI TANGGA.. LBIH KURANG SAMA TARAF MCM KENYATAAN AZAM BAKI YG DOK KATA, “SIASATAN SELESAI, TIADA BUKTI RASUAH..”😥

    TAK MUSTAHIL ADA SENARIO BEGINI KOT, ANTARA BOSS DGN KING MABOK TU👇:🤣
    ____________________________________
    BOSS:
    “Apa citer ni King Sing? You punya pasal, I pun tumpang teruk kena rakyat kenen nih..”

    KING MABOK:
    “Alaaahhh boss.. minum² sikit², layan² mabok nipis² jer boss..”

    BOSS:
    “Ya laa, klau nak buat pun, arrange ler kemas sikit nak cover line tu.. jgn bagi nampak sgt yg pihak kerajaan ada terlibat, ok! I faham lah, nak high ringan² tu biasa lah..”

    KING MABOK:
    “Ok² boss.. I’m sorry, I apologize for what had happened and the trouble you have to face.. I promise and ensure you, this won’t happen again in my ministry.. Nasib baik saya tak jemput boss masa pelacuran program tu..”

    BOSS:
    “Peluncuran lah King Sing oi, bkn pelacuran.. Aisey man.. hang punya BM tak improve² juga, King Sing no!
    Takpa lah, benda dah jadi.. Anyway, I’ll tell the press that I had warn you and make sure that the people know that I had given you a very harsh warning.. TST lah, kan..”

    KING MABOK:
    “Ok² boss, sorry again boss.. thank you very much, boss..”
    ____________________________________

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

  4.  Avatar
    Anonymous

    INI SEBAHAGIAN DARI KOMEN SORANG PESERTA BLOG, BRO Anonymous, DIPETIK DARI BAWAH:😄
    ____________________________________
    Anonymous
    7 October 2025
    ………………………….
    …………………………………………………
    Kita simpang sikit dari isu bola dan beralih kepada isu panas sekarang…PERLUKAH PMX TERUSKAN JEMPUTAN KEPADA SI SEWEL TRUMP KE ASEAN COFERENCE ATAU BATALKAN SAJA.
    ………………………….
    …………………………………………………
    Jika PMX ingin menggunakan kehadiran Trump setakat untuk meraih populariti, maka dia tersilap besar. Mungkin tindakan ini akan “backfire” dan meruntuhkan kerajaan PH selepas PRU 16.
    ………………………….
    …………………………………………………
    ____________________________________

    SALAM BRO ANON, 😊

    PMX DAH TAK BOLEH MENOLEH KE BELAKANG LAGI.. DIA DAH TERJERAT DAN TERMAKAN BUDI DGN TRUMP TU.. KLAU BUDI DARI SEGI FIZIKAL ATAU MATERIAL (DANA) TU KITA TAK PASTI LAH.. TAPI BUDI SPIRITUAL MMG ADA.. IA DICERITAKAN SENDIRI OLEH PMX..🤣

    SPT MANA YG KITA SEMUA TAHU, PMX TU JENIS YG SUKA DIPUJI.. KLAU TAK ADA ORG PUJI, DIA AKAN TAMPIL PUJI DIRINYA SENDIRI.. MMG DIA JENIS GILA POPULARITI DAN PUJI-PUJIAN…😄

    KLAU RAKYAT BIASA JER PUJI DIA TU, PMX TAK KESAH SGT LAH, SBB DIA TAHU BANYAK PUJIAN² TU PALSU, IA DTG DARI TENTERA SIBER UPAHAN NYA SENDIRI, YAKNI PARA “CYTRONON” PENDEDAK.. TAPI KLAU PUJIAN DARI TRUMP, MCM SELORI EMAS TURUN DARI LANGIT LER…😆

    MENGIKUT CERITA PMX, TRUMP TELEFON DIA PUKUL 5:00 PAGI HANYA UTK NAK PUJI, “MR ANWAR, FANTASTIC WORK..” BKN SEKALI, TAPI 3 KALI TRUMP CALL UTK PUJI DIA TU…😅

    HI HI HI.. MENDAPAT PUJIAN SECARA LANGSUNG DAN PERSONAL DARI SEORANG KETUA NEGARA TERKUAT DI DUNIA, SIAPA LAH YG TAK BANGGA DAN TAK JADI TERHUTANG BUDI.. TIDAK DPT TIDAK, PMX TERPAKSA MENERIMA KUNJUNGAN TRUMP.. BKN APA, TAKUT NANTI TRUMP CALL PULAK DAN CAKAP, “MR ANWAR, BULL SHIT WORK..”😂

    HA HA HA.. APA² PUN, KAMI GOLONGAN PEMBANGKANG @ WALAUN TETAP MENGHARAPKAN KEHADIRAN TRUMP ITU UTK KAMI JADIKAN SATU SENJATA BERKEMPEN MENGHADAPI PRU16 NANTI..🤣

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
    ____________________________________

    P/S:

    KLAU DIBATAL KEHADIRAN TRUMP TU, DAH PASTI PARA CYTRONON PENDEDAK AKAN KECEWA BESAR.. MAU TIDAKNYA, DEPA DAH KARANG SIAP MCM² PUJIAN UTK NAK DIBAWA MASUK KE FACEBOOK PMX TUH.. BAHKAN ADA YG DAH TUKAR PHONE BARU DGN “PIXEL” YG LEBIH TINGGI UTK TANGKAP GAMBAR DAN AMIK VIDEO PMX BERSAMA TRUMP TU NANTI..🤣

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

  5.  Avatar
    Anonymous

    INI PETIKAN DUA PERENGGAN DARI POSTING BG BUDIN:😄
    ____________________________________
    Namun, melakukan sesuatu pemalsuan semata-mata untuk beroleh kemenangan adalah menyedihkan.

    Kemenangan itu, jika dicapai, walau secemerlang mana sekali pun, ia hanyalah kemenangan palsu.
    ____________________________________

    HA HA…RAKYAT SEMAKIN KELUH KESAH😥

    😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
    Madanon terus kena Bg Budin taji belasah
    Cgu Pas ini pula mari tumpang tibai sesah
    Cai² pulak dah tentu terkedu resah gelisah
    Tak tau lagi cara, nak tegak benang basah
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

    👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎
    Kah kaahh kaaahhh kaaahhhh kaaaahhhh
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    KAH KAH KAH
    ____________________________________

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

  6. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Sokong Abam Budin dalam hal ini. Tak masuk akal dan susah nak hadam bila depa kata atok kepada pemain yang berasal dari Brazil ini pernah datang dan tinggal di Johor, dan ada yang dari Argentina pernah tinggal di Penang suatu masa dulu.

    Lain la kalau depa ambil pemain Portugal contohnya bernama Alfonso d lbujari dan claimed kononnya dia cicit piut kepada Alfonso d Ibukarque yang mengetuai armada Portugis semasa menakluk Melaka tahun 1511 dulu….mungkin ada sedikit logik walau masih boleh diperbahaskan.

    Kita simpang sikit dari isu bola dan beralih kepada isu panas sekarang…PERLUKAH PMX TERUSKAN JEMPUTAN KEPADA SI SEWEL TRUMP KE ASEAN COFERENCE ATAU BATALKAN SAJA.

    Saya harap PMX atau mana-mana balachi dia baca blog Budin ini walaupun keberangkaliannya amat tipis. Kalau depa baca tentu depa sudah mencadangkan agar Budin dilantik menjadi salah seorang cyber warrior kpd PMX berdasarkan sokongan padu serta bodekan terlajak yang pernah Budin berikan kpd sosok bernama DSAI sebelum PRU 15 dulu.

    Pada pendapatan saya, PMX pertama sekali perlu meminta pandangan kepala2 negara anggota ASEAN berhubung isu nak teruskan jemput Trump atau batalkan. Jika majoriti bersetuju supaya Trump dijemput datang, mohon siarkan alasan mereka…samada pemimpin2 ASEAN nak tunggu peluang ketuk kepala Trump ramai2 secara berdepan, atau mereka sebenarnya takut Si Sewel tu naik marah dan menaikkan tarif lagi.

    PMX kena jelaskan kepada rakyat samada jemputan ke atas Trump akan diteruskan atau pun dibatalkan. Dalam membuat keputusan PMX perlu mempertimbangkan perkembangan persekitaran politik dunia di saat ini. Adakah hagemoni serta penguasaan Amerika Syarikat masih kukuh dan mampu mencaturkan hidup mati sesebuah negara? Atau Amerika sudah hilang taring dan semakin lemah. Seekor singa tua yang kehilangan taring tidak lagi ditakuti oleh sekumpulan hyena.

    Sila fikirkan masak2….perbuatan Amerika ketika ini yang memveto usaha menjadikan Palestine sebagai ahli PBB. Cuba perhatikan kebisuan Amerika apabila Global Sumud Flotila ditawan Israel dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza dirampas. Bolehkah kita berharap kepada Si Sewel Amerika ini? Mampukah ASEAN meyakinkan Trump agar lebih bersimpati kepada nasib Palestine? Do you think this Psychopath really care about the fate of Palestinian people? Hoiii! Menantu dia yahudi la…. Kepada saya usaha ini semua hanya membuang masa saja.

    Jika PMX ingin menggunakan kehadiran Trump setakat untuk meraih populariti, maka dia tersilap besar. Mungkin tindakan ini akan “backfire” dan meruntuhkan kerajaan PH selepas PRU 16.

    YAB PMX,
    Jika jemputan ke atas Trump mahu diteruskan juga, sila jelaskan rasionalnya kepada rakyat.

  7.  Avatar
    Anonymous

    INI PETIKAN BEBERAPA PERENGGAN UTAMA DARI POSTING BG BUDIN KALI INI:😄
    ____________________________________
    BERSUKAN BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MENANG, JANGAN MENANG DENGAN KEPALSUAN
    7 October 2025
    ………………………….
    …………………………………………………
    Ia sama macam tindakan sesetengah pihak membeli “like” atau mengupah cytro berbayar untuk menampakkan sesebuah laman atau “page” itu kononnya disukai rakyat.

    Tindakan tersebut tidak ubah seperti membeli sokongan palsu yang mana ia akhirnya tidak mampu pun diubah menjadi sokongan sebenar ketika pilihan raya diadakan.
    ………………………….
    …………………………………………………
    Kita juga patut berbuat begitu dan jangan cuba mencipta kemenangan palsu dengan mereka-reka dokumen palsu.
    ____________________________________

    HA HA HA REJIM YG PENUH KEPALSUAN😥

    😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
    Nampak spt, Madanon hilang arah haluan!
    Tindak tanduk pula, penuh dgn kecelaruan
    Mmg Madanon menimbul bnyak keraguan
    Itu le jadi, bila ketua k’jaan bekas banduan
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

    👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎
    Kah kaahh kaaahhh kaaahhhh kaaaahhhh
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    KAH KAH KAH
    ____________________________________

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x