Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

SIAPA PM11, MASIHKAH PEMIMPIN ‘BERDNA’ UMNO JADI PILIHAN?

Siapa PM11?

Inilah soalan yang sejak akhir-akhir ini membuatkan ramai orang begitu  ghairah ingin tahu jawapannya?

Meskipun PMX masih berkuasa dan mungkin juga boleh kekal kerkuasa lagi selepas PRU16 akan datang, namun keghairahan terhadap kemungkinan itu seolah-olah bukan lagi sesuatu yang menggiurkan.

Yang lebih menggiur dan memberahikan untuk diketahui ramai sekarang ialah siapakah sosok PM11 itu?

Adakah ia Muhyiddin Yassin sebagaimana yang dipersetujui oleh Bersatu, tetapi tidak berapa diterima oleh PAS?

Adakah ia Hamzah Zainuddin yang dikehendaki oleh sekelompok lain dalam Bersatu dan dikatakan lebih direstui PAS?

Atau adakah calon PM11 nanti daripada kalangan pemimpin PAS sendiri yang disebutkan oleh Mursyidul Amnya bahawa jumlah yang layak daripada parti itu untuk menjadi Perdana Menteri ada “tiga empat lori” ramainya?

Atau mungkinkah jika UMNO tiba-tiba mufarakah daripada kerajaan madani, pemimpin parti itu juga ada peluang menjadi PM11?

Walaupun ramai orang berhajat ingin jadi Perdana Menteri, tetapi jika tiada parti yang yang disertai atau partinya terlalu kecil, mereka barangkali sekadar boleh bermimpi sajalah untuk duduk di kerusi itu.

Realitinya untuk jadi Perdana Menteri, ia sama ada daripada parti yang dominan atau pemimpin yang ditonjolkan itu terlalu dominan seperti Tun Mahathir Mohamad pada 2018, meski ketika itu Bersatu hanya menang 13 kerusi Parlimen saja.

Dalam memperkatakan calon PM11, kriteria lain yang menjadi persoalan ialah apakah selepas PRU16 nanti, sosok yang dipilih itu masih juga “berDNA UMNO” atau akan terpisah daripadanya?

Sejak merdeka, semua sepuluh Perdana Menteri adalah sama ada daripada UMNO atau daripada kalangan yang “berDNA” UMNO.

Tujuh Perdana Menteri memegang jawatan itu atas tiket UMNO, manakala tiga lagi – Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin dan Anwar Ibrahim, walaupun tidak memegang kuasa atas tiket UMNO, namun mereka pekat “berDNA” UMNO kerana pernah memegang jawatan tinggi dalam parti Melayu itu.

Ertinya, selama ini UMNO dan kerusi Perdana Menteri  tidak pernah terpisah.

Sebab itu, PRU16 dan siapa bakal berpeluang jadi PM11 amat menarik sekali untuk dinantikan.

Jika PN ditakdirkan menang dan calon yang akhirnya dipersetujui untuk dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong sebagai PM11 ialah antara Muhyiddin dan Hamzah, bermakna DNA UMNO masih lagi melekat di kerusi Perdana Menteri negara ini.

Begitu juga jika semua parti tidak cukup kerusi dan UMNO menjadi “king maker” untuk mencukupkan jumlah, tidak mustahil ketika itu kerusi Perdana Menteri jatuh kembali kepada UMNO.

Pun begitu, jika PN cukup jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan dan PAS, katalah boleh menang antara 60 hingga 80 kerusi Parlimen, sudah tentu parti itu tidak melepaskan peluang untuk meletakkan pemimpinnya sendiri sebagai Perdana Menteri.

Jika PAS berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri, ini sekaligus bermakna DNA UMNO akan terputus terus daripada kerusi Perdana Menteri.

Meskipun dalam PAS pun ada pemimpin yang berasal daripada UMNO – misalnya Annuar Musa dan Shahidan Kassim – parti itu pasti lebih ghairah untuk meletakkan pemimpin kelahiran tarbiah mereka sendiri untuk mencipta sejarah sebagai PM11.

Kiranya itu berlaku, maka menjadi kenyataanlah akhirnya slogan – PAS ganti UMNO.

Malah, ia turut menjadikan PAS berjaya meletakkan ke tepi mereka yang “berDNA” UMNO. – ShahbudinHusin 25Sept2025.

3 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

3 responses to “SIAPA PM11, MASIHKAH PEMIMPIN ‘BERDNA’ UMNO JADI PILIHAN?”

  1.  Avatar
    Anonymous

    MAAF..🙏SAYA INGIN MERUJUK BALIK KPD KOMEN SAYA YG DI BAWAH TADI:😄
    ____________________________________
    Anonymous
    25 September 2025

    BILA MINYAK RON95 DITURUNKAN HARGA 6 SEN SELITER, TAK ADA PULA SI KETIMBANG TU NAK BUAT KALUT KECOH PASAL GOLONGAN MAHAKAYA TURUT NIKMATI SUBSIDI?😆
    ……………………….
    ………………………………………………
    HA HA HA.. MMG SI JAMIL TU DLM HIDUPNYA SETIAP MASA ASYIK MENIPU DAN BERDUSTA.. TIPU RAKAN, TIPU ISTERI², TIPU PAK MERTUA.. PENDEK KATA, ASAL BUKA MULUT SAJA, MUHONG…🤣
    ……………………….
    ………………………………………………
    ____________________________________

    DULU, PEKEBUN YG PAKAI KERETA 4X4 DIESEL UTK ANGKUT BAJA ATAU BAWA PAM AIR ATAU MUAT BUAH²AN PUN DIKATA SI KETIMBANG TU SBG ORG² KAYA YG TAK LAYAK NIKMATI SUBSIDI KERAJAAN..😥

    KONON KATANYA, “APA SALAH KITA AMBIK SEDIKIT BAHAGIAN DARI YG MAHAKAYA DAN GUNAKAN UTK MEMBANTU RAKYAT GOLONGAN YG SUSAH..”😅

    TAPI KINI, TOKEY² BESAR, TAIKUN², PENGARAH², PENGURUS², MP², MENTERI², KERABAT² DIRAJA DSB YG PAKAI KERETA MEWAH SPT HONDA ACCORD, TOYOTA CAMRY, ALPHARD, VOLVO, VOLKSWAGEN, PUEGEOT, BMW, AUDI, MUSTANG, JAGUAR, MERCEDES, NISSAN SKYLINE, FERRARI, DSB.. LAYAK PULA NIKMATI SUBSIDI RON95?😂

    HA HA HA.. KLAU TAK MENIPU & MUNAFIQ BKN TOK KETIMBANG LAH NAMANYA…🤣

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

  2.  Avatar
    Anonymous

    MAAF..🙏SAYA INGIN MERUJUK BALIK KPD KOMEN SAYA YG DI BAWAH TADI:😄
    ____________________________________
    Anonymous
    25 September 2025

    BILA MINYAK RON95 DITURUNKAN HARGA 6 SEN SELITER, TAK ADA PULA SI KETIMBANG TU NAK BUAT KALUT KECOH PASAL GOLONGAN MAHAKAYA TURUT NIKMATI SUBSIDI?😆
    ……………………….
    ………………………………………………
    Jamil tak mampoih mampoih lagi.. Jamil mampoih kaluu.. assalaamu’alaikum…”😂
    ……………………….
    ………………………………………………
    ____________________________________

    AYAT TERAKHIR AKAK NI MMG POWER GILERR.. MAKSUD AYAT AKAK TU IALAH BEGINI:😅
    ____________________________________
    “Jamil belum lagi nak mampos.. klau Jamil mampos, selamat sejahtera lah ke atas kamu semua..”
    ____________________________________

    HI HI HI.. JAMIL TU MERUJUK KPD WATAK HERO CITER P.RAMLEE FILEM “MADU TIGA”…😂

    HA HA HA.. MMG SI JAMIL TU DLM HIDUPNYA SETIAP MASA ASYIK MENIPU DAN BERDUSTA.. TIPU RAKAN, TIPU ISTERI², TIPU PAK MERTUA.. PENDEK KATA, ASAL BUKA MULUT SAJA, MUHONG…🤣

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

  3.  Avatar
    Anonymous

    BILA MINYAK RON95 DITURUNKAN HARGA 6 SEN SELITER, TAK ADA PULA SI KETIMBANG TU NAK BUAT KALUT KECOH PASAL GOLONGAN MAHAKAYA TURUT NIKMATI SUBSIDI?😆

    TAPI TAHUN LEPAS MASA DIA TARIK SUBSIDI DIESEL HINGGA DIESEL NAIK HARGA DARI RM2.15 KPD RM3.35, BKN MAIN LAGI DIA BUAT ALASAN NAK TARIK SUBSIDI DARI ORG² KAYA..😅

    JOM TENGOK VIDEO INI👇:😂
    ____________________________________

    https://vt.tiktok.com/ZSD4oD8Qt/

    SI KETIMBANG:
    “Klau belum dpt bantuan, saya boleh arah bantu skrg.. Tapi dia jawab.. saya kata utk apa? Utk saya pakai.. You pakai kereta apa? Hilux!
    Saya ingat 120 ribu kereta tu.. Hang pakai kereta mahai tu, hang bayaq la (harga minyak diesel mahal)…”😅

    INI RESPON SORANG AKAK PENJUAL BUAH:
    “Ooooo.. awak pakai kereta Hilux, awak org kaya lah? 120 ribu kepala hotak pak hang! Aku beli kereta ni (Mitsubishi Storm) baru 40 ribu ringgit..
    40 ribu ringgit ni aku beli kereta ni! 120 ribu tu hak baru koyak plastik! Hak ni aku beli kat tangan org 40 ribu ringgit nih..
    Hang nak buat dekat org luaq, sekali² dgn rakyat sekali habis kena.. Hey, hang tengok.. hang tengok.. aku pengguna diesel.. Ni penggunaan diesel ni.. I don’t understand! Bagi alasan yg tak munasabah! Hang dok kata kami pakai kereta ni hang kata org kaya? Kepala hotak pak hang!

    Jamil tak mampoih mampoih lagi.. Jamil mampoih kaluu.. assalaamu’alaikum…”😂
    ____________________________________

    HI HI HI.. MMG TERBAIKLAH AKAK NI TIBAI “kepala hotak pak hang”.. TERDUDUK LE SI TUA TU KENA HENTAK DGN AKAK NIH.. 😂

    HA HA HA.. JAMIL TAK MAMPOIH MAMPOIH LAGI.. 🤣

    😀😃😄😆😅😂🤣😀😃😄😆😅😂🤣
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x