Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

PELUANG TIDAK DATANG DUA KALI, PRU16 MASA TERBAIK PAS PIMPIN NEGARA

Selepas beberapa pemimpin PAS menyuarakan perlunya parti itu mengetuai PN dan menamakan calon Perdana Menteri, perkara itu hari ini disambut positif oleh Haji Hadi Awang sendiri.

Ketika berucap merasmikan Muktamar Agung PAS di Kedah, Haji Hadi berkata, sudah tiba masanya parti Islam itu memimpin PN dan negara.

Beliau berkata, PAS sudah bersedia memimpin masyarakat majmuk Malaysia dan menegaskan bahawa Islam adalah penyelesaian kepada masalah negara.

“PAS bersedia memimpin Malaysia yang bermasyarakat majmuk, berpegang pada keluhuran Perlembagaan Persekutuan dengan pentafsiran Islam yang sebenar (al-din) tanpa meminggirkan hak dan kepentingan kaum lain.

“Percayalah bahawa hanya Islam yang sempurna, adil, dan rahmat dapat menyatukan masyarakat majmuk dengan harmoni dan selamat,” katanya di hadapan para perwakilan serta hadirin di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar.

Presiden PAS itu berikrar pihaknya akan terus mempertahankan hak bukan Islam di negara ini sekiranya diberi peluang untuk memerintah negara.

Beliau berkata, PAS berpegang pada prinsip Islam bahawa tiada paksaan dalam beragama serta mengutamakan keamanan dan persaudaraan.

“Islam mewajibkan pemerintah untuk bersikap adil kepada semua. Islam mengizinkan penganut agama lain melaksanakan apa-apa yang diizinkan oleh agama mereka, dengan sempadan menjaga sensitiviti umat Islam; dan Islam menyuruh umatnya menjaga sensitiviti penganut bukan Islam, sehingga termasuk dalam perkara akidah ketuhanan,” katanya lagi.

Selain yakin PAS bersama PN dapat mengambil alih pentadbiran negara selepas PRU16 akan datang, Haji Hadi turut berkeyakinan dapat menawan tiga lagi negeri iaitu Selangor, Perak dan juga Pahang.

“Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis yang dikuasai PAS dan PN adalah ‘Negeri Pangkalan’ yang wajib dipertahankan dan dilaksanakan agenda Islam mengikut bidang kuasa negeri.

“Kemenangan seterusnya akan disumbangkan di Pahang, Perak, dan Selangor, sekali gus memperkukuh kerusi PAS dan PN di peringkat Parlimen,” tegas Haji Hadi lagi.

Dalam menuju PRU16 akan datang, keyakinan seperti yang ditunjukkan Haji Hadi inilah yang diperlukan dalam perjuangan untuk menggapai kemenangan.

Dipercayai selepas ini, ahli dan penyokong PAS akan lebih bersemangat lagi sehinggalah tibanya tarikh PRU16 diadakan.

PRU16 sesungguhnya adalah peluang terbaik untuk PAS membuktikan kemampuannya mentadbir Malaysia dan menyelesaikan masalah negara berpandukan ajaran serta pedoman Islam.

Setelah berjaya mentadbir empat negeri, PAS tidak harus melepaskan peluangnya untuk memimpin Malaysia pula.

Bersama ketegasan mahu memimpin PN dan meletakkan calon Perdana Menteri, diharapkan PAS kekal konsisten dan tidak berganjak walau seinci pun daripada pendirian tersebut.

Jika sebelum ini semua parti utama telah berpeluang menduduki kerusi Perdana Menteri, PRU16 adalah masa terbaik untuk PAS mengambil gilirannya.

Peluang ini tidak harus dilepaskan kerana ia tidak datang dua kali ke ribaan PAS.

Lagi pula, sepertimana ditegaskan Mursyidul Am Pas, Haji Hashim Jasin, parti itu “ada tiga empat lori” pemimpin yang layak untuk diketengah sebagai calon Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 15Sept2025.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

10 responses to “PELUANG TIDAK DATANG DUA KALI, PRU16 MASA TERBAIK PAS PIMPIN NEGARA”

  1. Mohd Zain Bin Omar Avatar
    Mohd Zain Bin Omar

    Masalah Hadi yang utama ialah dia perasan dia serba tahu dan serba pandai. Apa yang dia cakap tu semua orang tahu dan semua orang faham.

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    KENAPA RAFIDAH MEROYAN.
    Adlina.

    Ni tanah aku di Gombak yang terkena dalam senarai ambilan untuk projek ECRL. Aku beli tanah ni pada tahun 2009. FREEHOLD & MALAY RESERVE. Jadi kata-kata “kerajaan hanya akan ambil tanah leasehold sahaja” adalah mitos.

    .

    Tahun 2016 aku mulakan projek pembinaan banglo atas tanah ni.

    .

    Kontraktor dah dilantik, soil test dah dibuat malah retaining wall pun dah buat. Aku pernan tanya rakan valuer, berapa anggaran pampasan yang aku boleh tuntut untuk tanah ni.

    .

    “Paling sikit pun tak kurang 1juta”.

    Nilai tanah tu waktu tu hanyalah sekitar 480K (lebih kurang RM68/sqft).

    .

    Kenapa pampasan akan dapat lebih banyak? Sebab dalam APT 1960 tu sendiri dah ditetapkan apa jenis pampasan yang boleh dituntut dan prinsipnya adalah pampasan mesti adil dan mencukupi.

    .

    Aku ringkaskan pampasan yang boleh dituntut mengikut S.2, S.35-36 APT 1960 ;

    1. Nilai pasaran pada tarikh pengisytiharan(S.4) pengambilan. Berapa nilai masa tu, itulah jumlah yang boleh dituntut.

    2. Kos berpindah (removal expenses) termasuk kos memindahkan perabot, barangan atau kos mencari rumah baru.

    3. Kehilangan sumber pendapatan atau perniagaan contoh kau ada hasil sewa dari tanah/rumah/kedai, ada hasil jualan dari tanaman dan lain-lain.

    4. Kos ganti bangunan atau struktur contoh macam aku dah buat retaining wall, dah bayar pelukis pelan, itu pun ada nilai yang boleh dituntut.

    5. Penurunan nilai baki tanah contoh macam tanah aku tu laluan rail lalu tengah-tengah tanah menyebabkan baki kiri dan kanan tanah tu dah tak boleh guna. Ini pun kena bagi pampasan kerugian.

    6. Kalau bayaran pampasan lewat dibayar, pemilik berhak menuntut faedah pada kadar tertentu yang ditetapkan oleh kerajaan.

    7. Kos guaman dan pentaksiran. Kerajaan akan guna penilai JPPH untuk proses siasatan dan tentukan nilai pampasan yang layak diberi (S.12) tapi kalau tak setuju dengan nilai tu kita boleh rujuk ke mahkamah tinggi dan lantik penilai professional, juruukur serta peguam sendiri untuk mewakili kita (S.37-49).

    8. Special damages (ganti rugi khas) yang wajar contoh hak nak membina kediaman sendiri yang terganggu, hak lalulintas terganggu dan lain-lain.

    .

    APT 1960 ni kerajaan tak memerlukan % persetujuan pemilik untuk ambil sesuatu kawasan tu. Pemilik boleh membantah nilai pampasan tetapi tak boleh menolak pengambilan tu sendiri. Kg Sg Baru tu diambil menggunakan APT 1960. Bermaksud % persetujuan sebenarnya tidak relevan pun.

    .

    Dalam APT 1960 ada 2 tujuan pengambilan ;

    1 – Tujuan awam contoh untuk bina stesen ECRL, jalan raya, hospital dan lain-lain.

    2 – Pembangunan ekonomi contoh projek pembinaan perumahan baru, pusat komersial dan lain-lain.

    .

    Yang pertama tu pemiliknya adalah kerajaan. Tapi yang kedua (pembangunan ekonomi), kerajaan boleh menyerahkan pada pihak swasta untuk dibangunkan (S.3(1)(b)). Ini seperti situasi di Kg Sg Baru.

    .

    Aku marah tak bila tanah nak diambil?

    Tak marah. Sebab nilai pampasan tu bukan setakat boleh beli tanah lain yang lebih baik malah ada lebihan tunai yang boleh aku guna untuk invest atau cover kos pembinaan banglo atas tanah baru tu nanti.

    .

    Kes Sg Baru majoriti nak projek diteruskan, apa yang mereka akan dapat bukan sikit dan sekarang pun mereka ditempatkan di rumah transit secara percuma sahaja.

    .

    Mereka ditawarkan unit-unit condo atau duit (sekiranya tak nak unit) mengikut nilai semasa bukan mengikut nilai rumah buruk lama yang dirobohkan.

    .

    Aku tak tau kenapa Rafidah terlalu beriya sedangkan beliau hanya menyewa. Rumah beliau di blok N sudah pun dirobohkan dan pampasan dah pun diberi. Bermaksud beliau antara yang setuju pada waktu tu.

    .

    Orang yang tinggal di kawasan yang nak diambil tetapi tak dapat pampasan hanya 3 golongan ;

    1. penyewa

    2. pemilik lot lidi

    3. pendudukan haram

    Pampasan hanya diberi kepada pemilik sah hartanah sahaja.

    APT 1960 – tak memerlukan peratusan persetujuan pemilik untuk diambil. Akta ini wujud sejak zaman tok nyang atau great great tok nyang

    .

    RUU URA – ada peratusan persetujuan pemilik diperlukan sebelum boleh diambil. Bangunan kurang 30 tahun – 80%, lebih 30 tahun – 75%, terbengkalai – 51%. Baru dibentang.

    .

    Nanti aku share dari pengalaman aku sebagai perunding harta pusaka dan penjual rumah-rumah busuk serta bangunan-bangunan terbengkalai.

    Adius!

    #ladybossproperty

    #AMN

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, September 16, 2025
    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Ropanya Rafidah ni propa tunggang isu je.

      Jadi ayam sabung PAS.

      Status dia hanya penyewa!

      Memang cilaka berlakon.

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Monday, September 15, 2025
    Hadi’s son-in-law assisting in probe on assault of govt servant

    FMT:

    Hadi’s son-in-law assisting in probe on assault of govt servant

    Investigations being conducted for use of criminal force in obstructing a public servant in carrying out his duties and voluntarily causing hurt with a dangerous weapon

    Sungai Buloh PAS chief Zaharuddin Muhammad was arrested at his home around 1.30am today, according to Selangor PAS.

    PETALING JAYA: Sungai Buloh PAS chief Zaharuddin Muhammad has been arrested to assist in investigations into the assault of a public servant during the Kampung Sungai Baru commotion, say police.

    Dang Wangi police chief Sulizmie Affendy Sulaiman confirmed the arrest of Zaharuddin, son-in-law of PAS president Abdul Hadi Awang, when contacted.

    He said investigations were being held under Sections 186, 324 and 353 of the Penal Code.

    Section 186 deals with obstructing a public servant in the discharge of his duties, while Section 324 involves voluntarily causing hurt with a dangerous weapon.

    Section 353 covers the use of criminal force to deter a public servant from carrying out his duties.

    According to Selangor PAS, Zaharuddin was arrested at his home around 1.30am today. It claimed he was detained for speaking out on the evictions of several residents in Kampung Sungai Baru.

    A commotion erupted in Kampung Sungai Baru on Thursday when the authorities evicted residents from 37 houses, with 14 homeowners refusing to vacate their homes.

    During a standoff between the authorities and residents, Sulizmie was struck on the head by an object flung by one of the protesters. Eleven people, including Zaharuddin, have been arrested in connection with the incident.

    Police had said seven of the suspects were not residents but leaders and members of an “organisation”.

    KTemoc at 2:21 pm
    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Bapak Mertua dok sibuk doh cukup jumeloh nak kuasa politik dapat gaji, elaun dan pencen buto.

      Menantu pulak maseh nak perang lawan Penjajah Kafir reenaksi Memali diKg. Sg. Baru sampai tercedera Ketua Polis Dang Wangi.

      Menantu tertinggal bas yg Amanat Hadi dah jadi alas kaki!

      Elok Menantu rehat 3 tahun dibawah CPC Jenayah Berat sengaja provokasi nak cederakan Penjawat Awam laksanakan tugas dan tanggungjawab bailiff Mahkamah!

      Jangan bagi peluang berlaku Memali!

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    AH 99 TAHUN

    Tanah di Kampung Sungai Baru memang bukan tanah MAS (Malay Agricultural Settlement) seperti di Kampung Baru, yg berstatus pegangan kekal (freehold). Sebaliknya ialah tanah pajakan (leasehold) yg ada tempoh tertentu.. biasanya 99 tahun.

    Bila tempoh leasehold hampir tamat, nilainya memang akan jatuh kalau takda usaha sambungan pajakan. sebab tu ramai pemilik asal memilih bekerjasama dengan pemaju supaya nilai hartanah naik semula (dengan syarat rundingan adil).

    Jadi bila ada pihak sebut “mahu tanah warisan kekal”, ia mungkin lebih kepada sentimen atau maksudnya mereka mahu kampung itu dikekalkan sebagai penempatan turun-temurun, bukan semata-mata soal undang2 pegangan tanah. Dari segi perundangan, memang benar tanah leasehold tidak boleh dianggap kekal kecuali kerajaan negeri memperbaharui atau menukar statusnya.

    Leasehold: hak milik sementara, mesti diperbaharui bila tamat tempoh.

    Freehold (pegangan kekal): hak milik mutlak, lebih sesuai dianggap “warisan kekal”.

    Isu “warisan” yang dibangkitkan Rafidah mungkin lebih kepada emosi & identiti kampung, bukannya status sebenar tanah di pejabat tanah.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, September 15, 2025
    Share

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Cari calon luar lori

    12 HOURS AGO
    Mohsin Abdullah
    Share
    Rakyat mahu tahu siapa calon PM dari PN tetapi PAS terus mengelak meskipun usul Pemudanya sudah mendesak pimpinan.

    Mohsin Abdullah
    Kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man partinya mengambil pendirian bersabar dalam isu calon perdana menteri untuk Perikatan Nasional (PN) menghadapi PRU16.

    Oleh itu kata beliau PAS beri tumpu menang pilihan raya bukan calon PM. Bagus keutamaan itu .

    Cuma ingin saya katakan apabila parti politik menamakan calon perdana menterinya bagi pilihan raya ia membukti atau tunjuk kepada khalayak, parti itu sepakat dalam mencapai keputusan. Ia united.

    Lazimnya parti buat keputusan awal untuk menunjuk kepada rakyat inilah orangnya yang akan mengetuai pentadbiran negara kelak.

    Maka dipaparkan poster boy. Jadi rakyat tahu what to expect. Itu sebab majoriti rakyat mahu tahu siapa calon PM parti parti yang bertanding. It’s a big deal untuk rakyat.

    Tuan Ibrahim sendiri mengaku “hari ini orang mula bincang siapa bakal PM, Kenapa ramai tanya siapa akan jadi PM? Ramai yang tanya PAS siapa tokoh PM?”.

    Kerana menurut beliau “mereka hilang kepercayaan dengan menteri yang ada – kerana mereka tak yakin dengan PM”.

    Kalau itu yang rakyat nak tahu bagi tahulah. Mengapa nak sorok-sorok? Nak lengah-lengah? Tak kan nak kecewakan rakyat?

    Apa lagi Muktamar Pemuda PAS tempoh hari lulus resolusi supaya PAS ambil alih tampuk kepimpinan PN.

    Lalu dicadang Tuan Ibrahim sebagai pilihan utama calon PM. Sanusi Nor pun boleh kata Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden. So what’s the problem? Pilih sajalah.

    Berkata pula Mursyidul Am Hashim Jasin: “Sehari dua ini ada yang dok kacau pimpinan PAS, Siapa nak jadi PM PAS ini. Siapa dia calon. (Bila PAS ) dok senyap dia kata PAS ni tepulah, dia tak ada pemimpin layak jadi perdana menteri.

    Kalau kita tanya balik, hang nak cari PM mana-mana , aik yang naik kapal terbang pi mesyuarat sana sini, ( Mereka kata ) kami nak macam itu la.

    Maknanya kata beliau ramai rakyat yang mahu perdana menteri naik kapal terbang pergi mesyuarat sana sini. Begitu?

    Apa pun kata Hashim “Berlambak dalam PAS pun, tapi kami tak bagi. Bukan jenis itu yang kita cari. Nak letak seorang perdana menteri memimpin, bukan jenis itu, jenis tu 3 – 4 lori kami boleh cari.”

    Ertinya beliau akui dalam PAS ada ramai yang boleh ‘naik kapal terbang dan pergi mesyuarat’.

    Advertisement

    Advertisement
    Jadi yang ‘jenis’ demikian yang berlambak berlori-lori dalam PAS jangan mimpi nak dipilih jadi calon PM. Sebab kata Hashim “kami nak letak seorang perdana menteri yang memimpin.”

    Berdasarkan kata-kata beliau sendiri ye. Jadi bolehkah ditanya dilihat pada sisi lain beliau bayangkan pemimpin yang boleh memimpin susah dicari?

    Tapi tak apa lah. Sekarang PAS boleh ketepikan tiga empat lori pemimpin ‘jenis’ naik kapal terbang pergi meeting carilah calon PM yang boleh memimpin. Cari di luar lori. Sudah dilakukan ke?

    Mungkinkah terlalu ramai pemimpin yang hebat dan layak jadi PM sehingga buat PAS tak tahu nak pilih siapa?

    Atau mugkinkah sebab – kalau dinamakan calon daripada geng ustaz, geng teknokrat tidak senang.

    Pilih calon geng teknokrat geng ustaz tak setuju lalu naik angin. Boleh dikata begitu?

    Realitinya belum ada calon PAS diumum. Bagi saya jika PAS mahu lead PN (sebenarnya memang PAS yang memimpin PN selama ini

    Walaupun Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin izin mereka jadi pengerusi gabungan) kenalah terus kali ini bagitahu secara terbuka. Dan umumlah calon pilihan di kalangan PAS.

    Sayangnya itu tidak atau belum dilakukan sehingga artikel ini ditulis. Bagaimanapun apabila Bersatu ‘sebulat suara’ pilih presiden mereka Muhyiddin sebagai calon PM untuk PN, PAS bengang .

    Kamu tak namakan calon kamu tapi bila orang lain namakan calon mereka kamu tak terima. Boleh disimpulkan begitu secara ringkas

    Macam inilah. Kalau susah-susah apa kata kalau namakan beberapa calon serentak dan sebaris.

    Macam dulu poster pilihan raya PAS memaparkan gambar Allahyarham Nik Aziz Nik Mat, Allahyarham Fadzil Noor dan Abdul Hadi Awang.

    Kali ini letak gambar Hadi. Tuan Ibrahim, Mohd Amar Abdullah (yang dikatakan menawar diri sebagai calon), Idris Ahmad, Sanusi Nor, Ahmad Samsuri Mokhar dalam satu poster utama.

    Kalau parti lain ada poster boy PAS ada poster boys. Lagi power.. Tapi kalau menang PRU takkan negara ni ada enam PM pula!

  6. Anonymous Avatar
    Anonymous

    PELUANG TIDAK DATANG DUA KALI, PRU16 MASA TERBAIK PAS PIMPIN NEGARA
    15 September 2025

    Budin, kau pun dah sah terlena penyakit 3B PN jugak Bebal, Bengong dan Bahalol.

    Allah sudah bagi peluang kepada PAS sudah lama terhidang le, solo jaga 4 negeri SG hampir 3 penggal!

    Hadi sendiri pernah jadi MB Terengganu satu penggal!

    Apa hasilnya? Paling hampeh.

    Kalu sudah cfm gagal dengan 4 SG, apa harapan PAS akan berjaya dengan Putrajaya?

  7. Anonymous Avatar
    Anonymous

    PAUK LEBAI PAS ANGGAP JUAL BELI TANAH DI KAMPUNG BARU MACAM NIKAH CERAI
    Che Ibrahim

    Puak ni dia ingat apa yang mereka lakukan tahun 2021 dulu (rampas tanah Kg Sungai Baru) serupa nikah jah la, tak setuju boleh cerai… Peduli apa kepada kesannya.

    malaysiakini
    terkini untuk anda
    DEWAN
    シDEMIINADAC
    YB DATO’ SRI USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
    Timbalan Presiden PAS
    DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA KALS KE-66
    m<
    BERITA Kg Sg Baru: 'Kalaupun kerajaan dulu luluskan, kerajaan sekarang boleh batalkan'
    Pasukan Malaysiakini Diterbitkan: Sep 13, 2025 6:13 PM •
    Dikemaskini: 9:24 PM

    APA AKAN BERLAKU JIKA KERAJAAN MADANI
    BATALKAN WARTA MBILAN
    ?
    KG SUNGAI BARU (2021)? Penduduk asal tidak akan dapat
    rumah baru selama-lamanya. Penduduk asal akan dihalau
    dari rumah transit Penduduk asal kena pulangkan semula wang pampasan oleh
    pemaju Kerajaan terpaksa habiskan beratus juta wang rakyat untuk
    bayar ganti rugi kepada pemaju Keyakinan pelabur terhadap
    negara akan jatuh INIKAH YANG BAKAL
    PM PAS MAHU?

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, September 15, 2025
    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Apa nak harap dari PM PAS ini?

      Nak kupas isu kompleks Kg. Sg. Baru jika boleh cite Pak Cik naik motor tak larat beli nak tampung minyak disel!

      Ha Ha, bila PM PAS cakap motor pakai disel maka dia penuhi kriteria Mat Doraemon PAS Kelate Amar yg bagi fatwa syarat PM PAS hanya satu, tidak gila.

      PM PAS yg kata motor paka disel cfm gagal syarat Mat Doraemon itu.

      Jadi bila dia cadang PMX dan Kerajaan Perpaduan tolong cuci taik PN batalkan sahaja Warta Tanah Kg. Sg. Baru hasil kerja PN, dia lupa makan ubat lah!

      Gayanya semua 3, 4 lori calon2 PM PAS cadangan dari Mat Porche PAS semua ada masaalah serupa atau yg lebih berat lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x