Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendoakan Pengerusi Mara, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menang pada PRU16 akan datang agar dapat menjadi Menteri Pendidikan menggantikan Fadzlina Sidek.
Katanya, Dr Asyraf adalah calon yang sesuai menduduki jawatan berkenaan kerana dilihat lebih berkemampuan membanteras kes buli di sekolah.
β(Asyraf) kata enam pelajar (yang terlibat dalam kes buli di Maktab Rendah Sains Mara – MRSM) telah dibuang sekolah serta-merta.
βSaya rasa dia patut jadi Menteri Pendidikan.
βSatu-satunya masalah ialah dia belum menang (kerusi Parlimen).
“Saya berdoa supaya dia menang dalam pilihan raya akan datang supaya dapat menggantikan Menteri Pendidikan sedia ada,β kata Afnan Hamimi yang juga Ahli Parlimen Alor Setar.
Apa yang diperkatakan Afnan Hamimi tentang kemampuan Dr Asyraf Wajdi memang tepat sekali kerana berdasarkan prestasinya sebagai Pengerusi Mara dalam menangani pelbagai isu berkaitan MRSM, kemampuan beliau memang tidak diragukan lagi.
Lagi pun, Dr Asyraf dikira pemimpin berpengalaman kerana sebelum ini (di era Najib Razak), beliau pernah memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Menteri.
Ertinya, untuk dinaikkan pangkat sebagai menteri selepas ini tidak perlu dipertikaikan sama sekali.
Cuma, seperti kata Afnan Hamimi, Dr Asyraf tidak pernah menang sebagai Ahli Parlimen.
Sebelum ini pun beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri melalui kouta Senator yang sudah dua penggal dipegangnya.
Beberapa kali beliau bertanding di Kelantan dan pada PRU lalu di Gerik, tetapi semuanya berakhir dengan kekalahan.
Dengan itu, tindakan Afnan Hamimi mendoakan kemenangan Dr Asyraf pada PRU akan datang agar dapat dilantik sebagai menteri penuh boleh dikira sebagai pengharapan yang tulus daripada hatinya demi melihat dunia pendidikan negara ditadbir oleh menteri yang berkelayakan.
Meskipun berbeza fahaman politik, tetapi Afnan Hamimi tetap menunjukkan keikhlasan mendoakan kemenangan buat Dr Asyraf.
Namun begitu, kalau pun doa menang pilihanraya itu dimakbulkan Tuhan, ia juga belum dapat menjamin Dr Asyraf dapat merasa jadi menteri selepas PRU16 akan datang.
Ini kerana, berdasarkan kedudukan semasa, gabungan yang paling berpeluang memenangi lebih banyak kerusi dan menubuhkan kerajaan ialah PN, bukannya PH/BN.
UMNO pula, selain terpalit dengan isu UMDAP dan dibelenggu dengan prestasi kerajaan yang dipertikaikan rakyat berikutan banyak isu yang gagal diselesaikan, juga dijangka akan menang kurang daripada 26 kerusi yang dimilikinya sekarang.
Keadaan itu hanya boleh diubah jika UMNO sedia bekerjasama dengan PN dan meninggalkan PH yang ada DAP di dalamnya.
Ketika itu barulah ada cerah sikit peluang Dr Asyraf dapat merasa jadi menteri.
Jika tidak, silap-silap yang jadi Menteri Pendidikan nanti ialah Afnan Hamimi sendiri. – ShahbudinHusin 12Ogos2025.
Leave a Reply