Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

UMNO SEPATUTNYA SUDAH LAMA TINGGALKAN KERAJAAN – MIC

Umno sepatutnya perlu memberi tekanan kepada pucuk pimpinan sama ada melaksanakan titah addendum itu atau tarik ”handbrake.

“Saya bercakap seperti ini kerana mereka perlu ada pendirian kukuh kalau betul mahu mengenang jasa Bossku”, kata Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.

“Tetapi yang paling penting, kalau ada titah addendum dikeluarkan oleh Tuanku dalam keadaan beliau sebagai Yang di-Pertuan Agong dan diterima oleh Jabatan Peguam Negara (AG), siapa suruh diamkan dan siapa sorokkan?

“Dua ayat ini penting masyarakat Malaysia kena tanya sebab hari ini bukan lagi isu titah addendum.

“Kalau saya Presiden Umno, saya sudah keluarkan lencana dengan slogan ‘siapa suruh, siapa sorok’,” katanya memetik Utusan.

Saravanan mengakui beliau kurang senang dengan apa yang telah berlaku.

Hal ini kerana katanya, titah addendum itu dikeluarkan semasa Sultan Pahang menjadi Yang di-Pertuan Agong, sama ada melaksanakan atau tidak, itu isu perundangan.

Tetapi ujar beliau sepatutnya kerajaan perlu mengumumkan sama ada addendum itu ada atau tidak. Bukan selepas 500 lebih hari.

“Perkara kedua, BN dengan PKR dulu adalah musuh. Kita memang bukan musuh sebab landskap politik, tetapi dari sikit ideologi. PKR telah menang sebab dia kata BN ini perompak.

“Perompak dengan bukan perompak akhirnya menubuhkan kerajaan dengan alasan titah Tuanku.

“Tuanku cadangkan sahaja demi kestabilan negara, tubuhkanlah Kerajaan Perpaduan, bukan bagi arahan. Tanpa fikir dua kali, tanpa berbincang dengan komponen dalam BN, lajunya Umno pergi tubuhkan kerajaan dengan alasan titah Tuanku.

“Dulu sewaktu keadaan tidak memihak kepada Umno dan saya menjadi menteri, saya sentiasa dengar ayat mahu tarik handbrake, sekarang sudah ada addendum depan mata kita.

“Kalau betul mereka sayang kepada Bosku, gunakanlah ayat mahu tarik handbrake,” gesa Saravanan.

Sumber – https://suara.tv/29/07/2025/umno-sepatutnya-tarik-handbrake-apabila-titah-addendum-didiamkan-disorok-saravanan/

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

4 responses to “UMNO SEPATUTNYA SUDAH LAMA TINGGALKAN KERAJAAN – MIC”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Cadangan kepada Menteri KPKT.

    Hantar sahaja bil bersih sampah 20 tan termasuk hati perut busuk dan bernanah yang ditinggal berlambak diKL selepas Himpunan Qazaf kepada Penganjur, PAS Pusat U/P Duto Khas Gaji Buto Hadi.

    Biar Parti Tunggang Agama ni masuk bil ini dalam senarai hutang2 yang tertunggak tak bayar termasuk hutang percetakan HARAKAH bertahun2 berjuta2 kepada Printer2 Bumiputera.

    Kalu ikut teori tukang angkat bag Hadi, sihidung berhingus Syahirnomic hutang kena bawak mati kalu dok bayor.

    Tapi tu teori Syahirnomic tetapi amalan Parti Tunggang Agama adalah kencingkan seme hutang2.

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    WALAUN TAK KENANG BUDI.

    Sham Ghaz

    Abdul Razak Ab Halim, AJK Pemuda Pas Kelantan kena faham maksud peribahasa “orang berbudi, kita berbahasa”.

    Anwar Ibrahim bagi sumbangan RM7.76 juta untuk baiki Masjid dekat rumah Dato Ahmad Yaakob.

    Posting saya tegur bekas MB Kelantan Dato’ Ahmad Yakob, Persuruhjaya Pas Kelantan dan Timbalan Mursyidul Am Pusat menyebabkan kamu melenting dan menyamakan tindakan Anwar itu seperti “membeli” bekas MB?

    Murah sangat ayat kamu tu, kena respect sikit orang yang bantu kita. W/pun ia seorang lawan politik je pun.

    Amat tidak patut bekas MB Kelantan pergi program Turun Anwar yang membantu dia menyiapkan rumah Allah

    Jika itulah perangai Walaun, elok bagi duit tu pada Masjid yang pro Pakatan Harapan/Kerajaan Perpaduan.

    Tapi Anwar bukan berfikiran sempit macam Sanusi Md Nor, isu dunia seperti perang Kemboja – Thailand dan Ambalat Indonesia – Malaysia dia boleh selesaikan dengan damai , malah dengan Dr. Mahathir bin Mohamad pun dia boleh maafkan, inikan pula dengan pemimpin Pas yang pernah tidur sebantal dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

    Fikirkan lah elok-elok siapa lawan dan kawan kamu. Mahathir dan Muhyiddin adalah pemecah belah.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, July 29, 2025
    Share

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Terciduk nampaknya, Siap limit komen , lepas termalu sendiri.
    MMS

    Terciduk nampaknya, Siap limit komen , lepas termalu sendiri.

    Itulah orang kata, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak di duga.

    Nilah kut tamsilan yang Hadi kata kerengga banyak mengacau.

    Bayangkan kalau Din Pdf yang jadi PM, jangan kata nak jadi pendamai, soalan live wartawan pun takut nak jawab.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Tuesday, July 29, 2025
    Share

  4.  Avatar
    Anonymous

    INI PETIKAN SATU PERENGGAN DARI TULISAN BG BUDIN:😂
    ____________________________________
    “Tetapi yang paling penting, kalau ada titah addendum dikeluarkan oleh Tuanku dalam keadaan beliau sebagai Yang di-Pertuan Agong dan diterima oleh Jabatan Peguam Negara (AG), siapa suruh diamkan dan siapa sorokkan?
    ____________________________________

    HA HA YES SARAVANAN CILI KASI TARUK🤣

    😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
    Saravanon kata, Madanon tu dah sgt teruk
    Sampai titah addendum pun depa tu sorok
    Dia tahu, yg puak² itu mmg perangai buruk
    Cuma dia tak kata, ‘puak² ini serupa beruk’
    🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒🐒
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

    👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌👌
    Kah kaahh kaaahhh kaaahhhh kaaaahhhh
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    KAH KAH KAH

    ____________________________________

    🤣😂😅😆😄😃😀🤣😂😅😆😄😃😀
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x