Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

PKR AKUI SEDANG TELITI TINDAKAN DISIPLIN TERHADAP ‘KUMPULAN 9’

Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sedang meneliti gesaan untuk menyiasat sembilan Ahli Parlimennya secara tatatertib berikutan tindakan mereka mengadakan sidang media terbuka yang mendesak penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu badan kehakiman.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, berkata parti tersebut juga sedang mempertimbangkan gesaan daripada ahli parti agar sembilan ahli parlimen itu digantung keahlian sementara susulan insiden tersebut.

Beliau berkata laporan rasmi berhubung desakan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh dua minggu lagi.

“Gesaan tersebut sudah pun sampai kepada saya, dan saya telah dimaklumkan mengenainya.

“Kini, Pejabat Setiausaha Agung akan meneliti dan mengambil tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut Fuziah, laporan itu akan dikaji berdasarkan kod tata etika parti bagi menentukan sama ada tindakan mereka melanggar peraturan parti.

“Saya hanya menjalankan tugas. Yang akan berbincang dan membuat keputusan adalah MPP.

“Kami mempunyai kod tata etika, jadi perlulah dikaji sama ada tindakan itu melanggarnya atau tidak,” katanya.

Terdahulu, bekas Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli bersama lapan Ahli Parlimen lain dari parti itu tampil dalam satu sidang akhbar mendesak kerajaan menubuhkan RCI serta Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) berkaitan pelantikan kehakiman.

Semalam, 19 Ketua Cabang PKR Johor dan 11 Ketua Cabang PKR Kedah turut menggesa agar siasatan tatatertib dilakukan dan keahlian sembilan ahli parlimen itu digantung sementara.

Mengulas lanjut, Fuziah memaklumkan bahawa desakan tersebut telah diterima oleh pejabatnya lebih awal sebelum ia disebarkan kepada media.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/07/13/pkr-timbang-gesaan-gantung-keahlian-9-ahli-parlimen-desak-rci

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

6 responses to “PKR AKUI SEDANG TELITI TINDAKAN DISIPLIN TERHADAP ‘KUMPULAN 9’”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Dr M under observation at IJN after experiencing fatigue

    Dr M under observation at IJN after experiencing fatigue
    YESTERDAY
    FMT Reporters
    Share
    Dr Mahathir Mohamad was earlier seen cycling around Putrajaya Lake and needed to rest before joining the picnic attended by around 500 people.

    Dr Mahathir Mohamad was tired having attended another event the day before and did not get much sleep, according to his son, Mokhzani.
    PETALING JAYA: Former prime minister Dr Mahathir Mohamad is being treated at the National Heart Institute (IJN) after experiencing fatigue while attending a picnic event this morning.
    His aide said Mahathir, 100, is currently under observation for fatigue related issues.

    “He is resting but we expect him to be back home by this evening,” said Sufi Yusoff, a spokesman for Mahathir’s office.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Tak dang 26 Julai, SiMastermind dah down?

      Mintak Boboi nasihat lah Daddy enuf is enuf!

      Nak lawan hukum Allah ko, dah lebih 30 tahun tak berjaya, dulu usung Tilam terpaksa buang kes sekalang usung kes sivil pulak lepas kes jenayah NFA.

      Lain kali Atok Saka Kerala sendiri lah sign SD Liwat yang dia reka, tak le stress sangat keluar masuk IJN!

    2. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Alahai, dua ekoq duk bergilir keluar masuk IJN. Yg lain duk turun naik Mahkamah.

      Si penulis Buku Khas 80 ms Qazaf Fitnah Liwat Mahathir pun bila baru keluar IJN, terus Hadi bagi fatwa kekal dlm jawatan Presiden PAS sampai mati.

      Dua2 nak sangat turun Anwar kerana dendam kesumat lebih 30 tahun tak padam2 hingga sampai tahap bahaya kesihatan diri.

      Allah betul bagi turun yang lain pulak!

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Pas gagal sebagai pembangkang bertamadun

    TAK HABIH HABIH NAK TURUN KAN ANWAR- SIAPA CALON DARI PAS YANG LAYAK ? NAMAKAN LAH UNTUK RAKYAT MENILAI KEBOLEHAN BELIAU.

    DR SHAHNOR BASRI
    July 12, 2025
    Dalam landskap demokrasi moden, sebuah parti politik yang matang seharusnya berfungsi sebagai semak dan imbang yang bertanggungjawab.
    Ia bukan sekadar mencetuskan retorik kosong atau menjerumuskan negara ke kancah ketidakstabilan dengan menggunakan medan jalanan sebagai alat tekanan politik.

    Malangnya, Parti Islam Se-Malaysia (Pas) sekali lagi menunjukkan wajah sebenar mereka — bukan sebagai pembangkang yang membina.

    Pas kini pencetus kekacauan, dengan menguar-uarkan sokongan terhadap demonstrasi bertemakan “Turun Anwar” kononnya atas alasan kelemahan ekonomi dan kononnya campur tangan dalam pelantikan hakim utama negara.

    Demonstrasi jalanan bukan solusi: Bukti ketiadaan intelektual politik

    Apa yang diperlihatkan Pas bukanlah tanda keberanian politik, tetapi kegagalan mutlak mereka untuk berfungsi dalam kerangka demokrasi berparlimen.

    Jika benar mereka mewakili suara rakyat dan kononnya mempunyai idea bernas, kenapa tidak mengemukakan white paper, blueprint ekonomi, atau cadangan pindaan terhadap dasar-dasar kerajaan di Parlimen?
    Parlimen adalah medan yang sah dan bermaruah untuk mencabar dasar kerajaan.

    Namun Pas lebih gemar memilih jalan singkat: politik emosi dan provokasi jalanan — bukan penyelesaian berasaskan data, fakta, dan rasional.
    Bukankah ini penghinaan terhadap amanah rakyat yang memilih mereka sebagai wakil di Dewan Rakyat?

    Retorik tanpa hala tuju: Di mana blueprint ekonomi Pas?
    Pas dan rakan sekutunya dalam blok pembangkang sering melaung-laungkan bahawa kerajaan gagal memulihkan ekonomi.
    Namun, apakah mereka pernah membentangkan satu dokumen rasmi atau pelan alternatif yang realistik bagi membangunkan ekonomi negara? Jawapannya: Tidak pernah.
    Sehingga hari ini, tiada satu pelan strategik ekonomi jangka pendek atau jangka panjang dikemukakan oleh Pas.
    Mereka tidak pernah memperincikan langkah-langkah fiskal atau monetari, tidak pernah membentangkan reformasi struktur industri, tidak pernah menyentuh pelaburan digital atau ekonomi hijau.
    Sebaliknya, mereka hanya bijak mengulang frasa seperti “kerajaan gagal”, tanpa sebarang pelan tindakan yang munasabah.

    Gagal sebagai legislator: Diam dalam isu RUU dan reformasi perundangan

    Ketika kerajaan sedang giat memperkemas sistem keadilan dan undang-undang, termasuk memperkenalkan reformasi institusi kehakiman dan RUU berkaitan mahkamah syariah, di mana Pas?
    Mereka tidak membahaskan isu ini secara serius. Malah, mereka gagal membawa naratif penyelesaian atau cadangan konkrit bagi menambah baik struktur perundangan negara.
    Lebih memalukan, ketika Pas bersama Bersatu berada dalam kerajaan pintu belakang atau ‘tebuk atap’ selepas Langkah Sheraton, mereka juga gagal memanfaatkan kuasa yang mereka peroleh.

    Tiada satu pun dasar ekonomi besar yang dilaksanakan untuk merangsang pemulihan pasca-pandemik secara menyeluruh.
    Sebaliknya, ekonomi negara dibiarkan meleset tanpa arah, sementara rakyat bergelut dengan harga barang dan ketidakpastian pekerjaan.
    Lebih mengecewakan, Pas yang memegang portfolio berkaitan undang-undang melalui Datuk Takiyuddin Hassan ketika itu, langsung tidak membentangkan sebarang rang undang-undang berkaitan pemerkasaan mahkamah syariah yang mereka laungkan selama ini.
    Retorik RUU355 yang dijadikan modal politik sejak 2016 tidak pernah dibawa semula secara serius ketika mereka sendiri memegang kuasa.
    Program Jana Wibawa ketika zaman pemerintahan Mahiadin Yassin juga tidak menghasilkan apa-apa impak positif kepada negara ketika pendemik dan pasca-pandemik.
    Dalam isu kebebasan kehakiman, Pas juga gagal memperjuangkan dasar penting seperti pemisahan kuasa antara eksekutif dan badan kehakiman.
    Tiada satu pun usaha untuk menggubal dasar yang menjamin pelantikan Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim kanan bebas daripada campur tangan Perdana Menteri.
    Ini sangat bercanggah dengan prinsip keadilan Islam yang mereka dakwa sebagai asas perjuangan mereka.

    Negeri di bawah Pas/PN: Tiada yang membanggakan

    Jika benar Pas begitu yakin akan keupayaan mereka, maka wajar rakyat melihat semula prestasi sebenar empat negeri yang ditadbir mereka — Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
    Malangnya, tiada satu pun yang boleh dibanggakan atau menjadi model rujukan nasional:
    Kelantan, selama lebih tiga dekad ditadbir Pas, terus berhadapan dengan masalah infrastruktur asas seperti air bersih, pengurusan sampah, kesihatan awam, serta kemiskinan tegar yang masih tinggi. Tiada pelaburan besar masuk, tiada reformasi ekonomi. Negeri ini kekal antara yang paling mundur di Malaysia.
    Terengganu, walaupun kaya dengan hasil minyak dan gas, masih gagal memperlihatkan model pembangunan mampan. Perbelanjaan negeri lebih bersifat populis jangka pendek, bukan pelaburan jangka panjang yang boleh menjana peluang pekerjaan berkualiti. Perubahan yang dijanjikan hanya kosmetik.
    Kedah, di bawah Muhammad Sanusi Md Nor, mencetuskan lebih banyak kontroversi berbanding pencapaian. Projek Langkawi International Airport City, Kedah Aerotropolis, dan projek-projek mega lain masih belum menunjukkan hasil konkrit. Malah, hubungan dengan kerajaan Persekutuan diburukkan dengan sikap angkuh dan retorik keras.
    Perlis, negeri kecil yang juga di bawah PN, tidak pernah menonjol dalam sebarang sektor utama sejak pentadbiran mereka. Tiada inisiatif baharu, tiada daya saing dalam pelaburan atau inovasi. Negeri ini kekal sepi dalam radar pembangunan nasional.
    Apakah ini contoh “kepimpinan Islam” yang dibanggakan Pas?
    Bagaimana mereka mahu memimpin Malaysia jika negeri kecil pun tidak mampu ditadbir dengan cekap dan berwawasan?

    Ironi “Turun Anwar”: Fitnah jadi agenda politik

    Demonstrasi yang disasarkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah atas dasar fakta, tetapi atas manipulasi persepsi.
    Anwar telah pun berusaha keras untuk menarik pelaburan, menstabilkan ringgit, memperkukuh bantuan rakyat melalui STR, dan membawa Malaysia kembali ke pentas antarabangsa.

    Pas tidak pernah menghargai usaha ini kerana mereka tahu kestabilan dan kejayaan ekonomi negara akan menjadi ancaman kepada survival politik mereka yang bergantung kepada kemarahan, kebencian dan sentimen.
    Mereka hidup atas kegagalan, dan akan sentiasa menolak kejayaan kerana kejayaan tidak menyebelahi mereka.
    Islam bukan alat jalanan
    Pas harus sedar, memperalatkan imej Islam dalam demonstrasi jalanan yang penuh emosi, provokasi dan kadangkala caci maki bukanlah satu tindakan yang memperlihatkan akhlak Islam yang tinggi.
    Islam menekankan musyawarah, keilmuan dan hujah, bukan demonstrasi yang berpotensi menggugat keamanan dan mengheret rakyat ke kancah tidak menentu.
    Jika benar mereka membawa aspirasi Islam, maka medan yang sepatutnya mereka kuasai adalah Parlimen, institusi ilmiah dan pentas dasar — bukan jalan raya dan pentas provokatif.

    Kesimpulan: Pas tidak layak gantikan kerajaan

    Rakyat Malaysia harus menilai secara objektif. Pas bukan sahaja gagal sebagai pembangkang berkesan, tetapi mereka juga menunjukkan ketidakmatangan dalam berpolitik.
    Mereka menolak peranan institusi Parlimen, mereka menolak dialog intelektual, mereka menolak tanggungjawab legislatif. Mereka memilih demonstrasi kerana mereka tidak punya idea dan wibawa.
    Lebih malang, pentadbiran mereka di peringkat negeri bukan sahaja gagal menjadi teladan, bahkan menjadi beban kepada pembangunan negara. Negeri di bawah mereka tertinggal dari segi pelaburan, inovasi, infrastruktur dan daya saing.

    Dan lebih parah, sewaktu mereka diberi peluang memerintah negara, mereka tidak menggunakannya untuk membela syariah atau memperkukuh institusi keadilan.
    Mereka gagal mentadbir dan gagal memperjuangkan nilai-nilai yang mereka sendiri laungkan.
    Ini bukan tentang jatuhkan Anwar — ini tentang usaha menjatuhkan kestabilan negara dengan memperdagangkan emosi rakyat demi kepentingan politik sempit.

    Malaysia tidak boleh diserahkan kepada tangan-tangan yang hanya tahu meruntuhkan, tetapi tidak tahu membina. PAS bukan jawapan kepada masa depan negara — mereka adalah ancaman kepada kematangan demokrasi.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, July 13, 2025
    Share

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Fatigue forces Dr M to cut short Putrajaya picnic
    17 MINS AGO
    Share
    Dr Mahathir Mohamad was earlier seen cycling around Putrajaya Lake and needed to rest before joining the picnic attended by around 500 people.

    Read More:
    https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/07/13/fatigue-forces-dr-m-to-cut-short-putrajaya-picnic

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Allah Maha Perancang Terbaik. Atok Saka Kerala rebah!

      Kelmarin, Atok Saka dimeja bulat Turun Anwar dengan angkuh mengulangi ikrar akan bersama Himpunan 1 Juta Turun Anwar 26 Julai.

      Dulu sama diheret Chegu Bard dan Papagomo berhimpun diPintu Istana Negara utk Turun Anwar.

      Dang tu, Anwar tak turun tetapi Atok Saka admitted keIJN.

      Chegu Bard dan Papagomo tunggu nasib kes prima facie 3R hina YDPA dan PMX masuk dalam. Kalu, yg dimintak sangat2 HIV dan AIDS kepada PMX entah terbalik kat mereka bontot koyak rabak kena tala kat dalam!

      Hari ni berkelah diPutrajaya pun, Atok Saka dah rebah.

      Alahai, Atok Saka Kerala.

      Kang Doktor2 Pakar IJN dah bagi nasihat stress jantung Atok dan Hadi tak akan pergi selagi dendam berkarat ke dua2 nak sekat sekat rezeki PMX tak hilang padam.

      Talit nasib badan jika tak terkawal dendam dan kemarahan kepada PMX, apa2 boleh jadi.

      Hanya Allahlah maha perancang dan penentu rezeki hamba Allah.

      Dah terbukti 30 tahun Atok Saka Kerala reka SD2 Liwat tak berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x