Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada hari ini, membenarkan permohonan peguam Datoโ Seri Najib Razak agar beliau ๐ฑ๐ถ๐น๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ฝ๐ฎ ๐ฏ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ (๐ฅ๐ช๐ด๐ค๐ฉ๐ข๐ณ๐จ๐ฆ ๐ฏ๐ฐ๐ต ๐ข๐ฎ๐ฐ๐ถ๐ฏ๐ต๐ช๐ฏ๐จ ๐ต๐ฐ ๐ข๐ฏ ๐ข๐ค๐ฒ๐ถ๐ช๐ต๐ต๐ข๐ญ, atau DNAA) dalam kes salah guna wang rakyat berhubung syarikat milik kerajaan SRC International Sdn Bhd (โSRCโ).
Dalam tahun 2019, Datoโ Seri Najib didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) atas tuduhan menerima wang haram (dari aktiviti yang melanggar undang-undang) sebanyak RM27 juta berkaitan SRC.
Walaupun didakwa di mahkamah sejak 2019, sehingga kini perbicaraan masih belum boleh berjalan kerana pihak pendakwa raya tidak dapat menyiapkan dokumen-dokumen bukti untuk dikemukakan di mahkamah.
Saya menghormati hak Datoโ Seri Najib untuk membuat permohonan DNAA kerana beliau telah menunggu lama sejak 2019. Saya juga menghormati keputusan YA Hakim K Muniandy yang membenarkan permohonan DNAA itu.
Saya tidak faham kenapa pihak pendakwa raya mengambil masa yang begitu lama (sejak 2019) untuk menyiapkan dokumen seperti yang diperlukan untuk memulakan kes?
Apatah lagi, kes ini bersabit dengan SRC, yang mana Datoโ Seri Najib kini sedang menjalani hukuman atas sabitan bersalah dari kes pertama melibatkan SRC. Dari pengalaman saya mengkaji dan mendedahkan skandal 1MDB dan SRC sebelum ini, penyelewengan melibatkan SRClah yang mempunyai bukti aliran tunai (money trail) yang lebih jelas.
Kelemahan ini jelas perlu dijawab oleh pihak pendakwa raya. Ramai rakyat Malaysia tidak mahu melihat kes ini berlalu begitu sahaja atas kegagalan pendakwa (yang mewakili kerajaan) menyiapkan dokumen bukti ke mahkamah, berhubung satu skandal (iaitu SRC) yang telah pun dijatuhkan hukuman bersalah.
Oleh itu, saya menyeru supaya pihak pendakwa ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐ป bahawa Kamar Peguam Negara (AGC) akan memfailkan semula pertuduhan dengan secepat mungkin dan menyiapkan dokumen-dokumen dengan sewajarnya, agar kes ini dapat berjalan dengan segera.
Sebagai Ahli Parlimen, saya akan mengikuti perkembangan kes ini dengan dekat agar ia tidak tercicir dari pandangan awam.
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
20 Jun 2025
Leave a Reply