Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang tawaran untuk memegang jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, pendirian tersebut memang diketahui umum dan beliau tidak berhasrat mengubahnya.
Rafizi mengaku Timbalan Presiden yang baharu, Nurul Izzah Anwar pernah membayangkan hasrat untuk βmembawanya masukβ jika ada pelantikan ke jawatan itu.
βMalah Nurul Izzah ketika jumpa saya hari itu, dia cuba nak bawa kalau ada Timbalan Presiden dilantik.
βKalau Timbalan Presiden pun, kalau (jawatan) Presiden dilantik sekalipun saya tak berminat, apatah lagi apa-apa jawatan lain,β ujarnya kepada pihak media ketika ditanya sama ada beliau menerima tawaran jawatan dalam parti.
Beliau berkata, isunya bukan soal jawatan sebaliknya ia berkenaan mesej dan perjuangan yang dibawa ketika dalam PKR.
Sewaktu ditanya sama ada beliau ada menerima sebarang tawaran dari parti lain, Rafizi berkata: βSaya tidak tahu, saya tidak check (periksa) WhatβsApp.
Menjawab soalan wartawan, beliau menyatakan akan kekal sebagai Ahli Parlimen kerana ia berkaitan dengan mandat kumpulan yang mengangkat beliau.
βJika orang tanya mengapa saya tidak letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, yang memilih saya adalah rakyat, jadi saya perlu menghormati keputusan rakyat,β ujarnya.
Ketika ditanya perancangannya selepas ini, Rafizi berkata: βKalau saya ada perancangan, takkan saya beritahu pada U? Kalau orang buat perancangan dan cakap pada media ni, kurang cerdik la,β.
Terdahulu, Rafizi hadir Karnival Belia Madani 2.0 Parlimen Pandan di Ampang, dekat sini.
Pada 28 Mei lalu, Rafizi yang gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti baru-baru ini, mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun ini.
Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau akan menghabiskan baki cuti tahunannya bermula hari itu sehingga 16 Jun ini. β MalaysiaGazette
Leave a Reply