Atas permintaan ramai, YBM yang seterusnya (hari Jumaat, 27 Jun ini) akan menampilkan Saudara Iswardy Morni.
Kepada yang tidak berpuas hati dengan moderator, kami hargai komen-komen. Saya ada sedikit perangai yang mungkin tidak disenangi orang – saya gemar memberi peluang kepada yang muda-muda untuk tampil.
Lebih banyak kena kecam, lebih bagus kerana lebih mudah untuk mereka belajar.
YBM yang pertama mungkin dirasakan kurang panas kerana matlamat podcast YBM mungkin berbeza dengan kandungan-kandungan lain yang sedia ada.
Selain mengkritik, saya mahu mencari peluang untuk berkongsi fakta dan perspektif mengenai sesuatu perkara.
Dalam menguruskan masyarakat dan negara, setiap keputusan ada โtrade offโ (atau timbal balik) yang perlu berlaku.
Contoh yang baik: menurunkan harga kereta bermakna tidak lagi mengutip cukai eksais ke atas kereta, tetapi adakah itu bermakna cukai lain pula akan naik?
YBM yang pertama perlu menjawab soalan-soalan politik, supaya kita boleh tinggalkan polemik itu dan bergerak ke hadapan.
YBM seterusnya, saya berharap Saudara Iswardy boleh juga tumpukan kepada soalan-soalan mengenai dasar dan permasalahan masyarakat.
Sebaiknya penonton mendapat manfaat dan sedikit ilmu dari setiap sesi mingguan seperti ini.
Jangan lupa menonton YBM #27-06 Jumaat ini.
RAFIZI RAMLI
25 JUN 2025.
Leave a Reply