Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

ADAKAH RAFIZI, NIK NAZMI JENIS MUDAH MAKAN PUJUK?

Teka-teka mengapa setakat ini hanya cuti Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad saja yang diluluskan oleh Perdana Menteri, manakala perletakan jawatan mereka masih lagi tergantung dan akan diputuskan kemudian, akhirnya terjawab berdasarkan laporan yang disiarkan Malaysiakini.

Laporan  yang berdasarkan sumber dalaman PMO itu menyebut, perletakan jawatan tidak diputuskan kerana ketika ini usaha masih dijalankan untuk memujuk Rafizi dan Nik Nazmi agar terus kekal berada dalam kabinet.

“Jika mereka sedia kembali, maka tiada keperluan untuk Anwar Ibrahim melakukan rombakan kabinet,” kata sumber dalaman PMO itu.

Laporan Malaysiakini berkata, perletakan jawatan dua menteri kanan PKR — Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad — menyaksikan gabungan kerajaan Madani yang dipimpin  Anwar kini berdepan saat kritikal.

Ia antara menjaga kestabilan kabinet dan menangani dakwaan pembangkang bahawa kerajaan perpaduan semakin hilang arah serta kohesi politik.

Untuk itu, sumber dalaman Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang ditemui Malaysiakini menyatakan bahawa masa depan Rafizi dan Nik Nazmi masih dalam peringkat perbincangan, dengan usaha sedang dijalankan untuk memujuk kedua-dua mereka supaya terus kekal dalam kabinet.

“Kita kena lihat semula kenyataan PMO (Pejabat Perdana Menteri). Perdana Menteri hanya meluluskan permohonan cuti Rafizi dan Nik Nazmi. 

“Surat letak jawatan belum diluluskan. Malah, masih dalam perbincangan.

“Apa yang saya boleh pastikan, masih terdapat usaha memujuk Rafizi dan Nik Nazmi untuk kekal dalam jemaah menteri. Seperti saya kata, Rafizi dan Nik sekarang sedang bercuti.

“Maka, ada peluang untuk mereka kembali. Jika kembali, maka tiada keperluan untuk rombakan kabinet.

“Saya jangka, Disember ini akan ada rombakan kabinet secara kecil-kecilan. Maka, Perdana Menteri mungkin tidak minat membuat dua rombakan dalam setahun. 

“Jadi, yang terbaik kepadanya adalah cuba mengekalkan Rafizi dan Nik Nazmi,” kata sumber itu lagi.

Persoalannya, apakah Rafizi dan Nik Nazmi jenis yang mudah makan pujuk setelah menghantar surat perletakan jawatan?

Apa tanggapan penyokong mereka dan rakyat biasa jika akhirnya Rafizi dan Nik Nazmi tidak jadi meletakkan jawatan dan kembali berada di dalam kabinet setelah dipujuk oleh Perdana Menteri?

Mahu tidak mahu, jika itu berlaku, sudah tentu kewibawaan dan keteguhan pendirian mereka akan tercalar dengan sendirinya.

Selepas ini, sukar untuk kata-kata mereka dipercayai lagi.

Realitinya, jika dilihat respon yang bertebaran di media sosial, secara majoritinya mahu Rafizi dan Nik Nazmi kekal dengan keputusan meletakkan jawatan dan berada di luar kerajaan.

Bahkan, melalui plan baru yang ikut perancangannya akan diumumkan Rafizi selepas ini, ia dijangka akan melonjakkan lagi nama mereka dalam persada politik negara.

Rakyat sebenarnya merindui Rafizi yang bebas bersuara, berani menegur dan lancar berbicara mengikut apa yang ada dalam fikirannya.

Berbanding jika kembali menyertai kabinet, silap-silap nama mereka lebih tidak dipedulikan lagi.

Sebagaimana sumber PMO itu kemudian mengakui kemungkinan Rafizi dan Nik Nazmi untuk terus kekal dalam barisan kabinet Madani adalah amat tipis, sebenarnya itulah juga harapan para penyokongnya serta rakyat biasa. – ShahbudinHusin 08Jun2025.

5 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

6 responses to “ADAKAH RAFIZI, NIK NAZMI JENIS MUDAH MAKAN PUJUK?”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Mintak PKR berpecah sebaliknya terkena batang hidung PAS sendiri!

    Doa PAS makbul gamaknya

    Doa PAS makbul gamaknya
    8 HOURS AGO
    Mohsin Abdullah
    Share
    Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah nampaknya kena doa pula untuk parti sendiri yang dikatakan akan ‘berkocak’ menjelang pemilihan nanti.

    Mohsin Abdullah
    Pada satu sesi wawancara bersama Malaysiakini di Kota Bharu 3 Jun lalu, Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah berkongsi pandangan peribadinya mengenai pemilihan parti pada muktamar PAS September ini. Panjang lebar hujah beliau.

    Kesimpulannya beliau mahu PAS mengelakkan sebarang pertembungan tajam pada peringkat tertinggi yang berisiko memberi kesan negatif kepada parti. “Yang pimpinan atas biarlah kekal. Itu pandangan saya. Dan kalaulah Tok Guru (Abdul Hadi Awang) kata nak berundur bagi saya timbalan kena naik. Jangan ada orang lain nak pintas sebab struktur parti kita dah begitu”.

    Ertinya beliau mahu jawatan itu mesti diisi ulama. Mengimbau artikel saya semalam, nama Mohd Amar antara yang dicadangkan penyokong parti seandainya Hadi melepaskan jawatan. Kalau ada pertembungan di peringkat tertinggi kata Mohd Amar, akan ada kesan kepada PAS ‘kerana setiap orang ada pengikut tersendiri’. Kumpulan yang kalah akan berasa tidak puas hati dan mungkin ada ‘macam-macam cerita yang keluar’.

    Umpamanya seperti apa yang berlaku dengan PKR berikutan pertandingan timbalan presiden parti antara Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli 23 Jun lalu. Malah Mohd Amar mengakui “sebelum pertandingan saya doakan Nurul Izzah menang sebab ia bagi kesan perpecahan besar”. Dan kata beliau lagi: “Rafizi seorang yang loose cannon ( apabila kalah ) takkan duduk diam, dia akan terus membedil hingga PRU akan datang.Ini satu kelebihan kepada kita sebagai pembangkang”.

    Suasana dalam PKR masih panas walaupun lebih dua minggu berlalu sejak pemilihan parti diadakan. ‘Macam-macam cerita’ keluar. Tak perlu dihuraikan kerana semua sudah maklum. Dan saya kira Rafizi sendiri pun terperanjat beliau ada begitu ramai penyokong yang ‘prihatin’ PKR kerugian besar akibat kehilangan Rafizi.

    Lihat sahaja rungutan, keluhan, rintihan di platform media sosial. Ramai yang mengaku pejuang atau penyokong Gerakan Reformasi 1998 dan golongan yang mengundi Pakatan Harapan pada PRU 2018 kini mengecam dan melemparkan kata-kata kesat dan kasar ke atas Presiden PKR Anwar Ibrahim. Suatu tindakan yang tidak pernah terfikir akan terjadi sejak PKR ditubuhkan 22 tahun lalu.

    Advertisement

    Advertisement
    Sememangnya golongan yang marah dengan PKR sekarang terdiri penyokong tegar. Tetapi saya kata Rafizi sendiri tidak nafikan ada juga orang menyamar sebagai penyokong hanya untuk menangguk air yang keruh. Apa pun saya tidak tahu sama ada pihak yang mengilhamkan perebutan jawatan timbalan presiden parti tempoh hari sedang tepuk dahi menyesal. Waullaualam.

    Nampaknya doa Mohd Amar mahu timbul kesan besar perpecahan PKR sudah termakbul. Namun dalam pada itu, keadaan dalam partiya sendiri dewasa ini tidak tenang. Menjelang pemilihan parti September ini, sekarang ‘suasana perang’ sudah kelihatan membabitkan dua kumpulan utama.

    Wujud kumpulan berlainan dalam PAS bukan sesuatu yang baru. Sekarang timbul lagi. Ada Geng Ustaz dan ada Geng Publika (saya tidak tahu mengapa dinamakan begitu. Mungkin anggota geng suka bermesyuarat di Publika Shopping Mall Kuala Lumpur?). Si Geng Ustaz baru baru ini mendakwa ada cubaan ‘melanggar presiden’ dan menganggap itu ‘kudis lama dalam parti’.

    Malah ketua Geng Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani dilapor mencemuh pihak yang mengganggu kepimpinan ulama sebagai ‘syaitan-syaitan dalam kalangan manusia dan jin’. Pada pandagan saya itu kata kata keterlaluan. Apa tah lagi diluahkan oleh seorang yang digelar ustaz dalam parti yang mengakui Islamis. Tetapi begitulah keadaannya.

    Kata Yusri Ibrahim, ketua penyelidik Ilham Centre, kali ini Ahmad Samsuri Mokhtar, Takiyuddin Hassan, Sanusi Md Noh – semua nama besar dalam PAS – dan ‘clique’ mereka kini ‘diserang dengan dakwaan ingin melanggar kepimpinan ulama’. “Label label baru seperti HooSAM 2.0, Jebon 2.0.Taksubiyyun Dr Sam dan sebagainya mula keluar, bahkan ada label label lain lebih teruk yang kurang sesuai ditulis di sini”, kata Yusri di laman Facebook beliau.

    Menurut beliau, “jika sebelum ini Sanusi dianggap wira menentang PH namun dalam ‘plot’ ini beliau dilihat sebagai pembawa angkara.“Kalau sebelum ini hobi menyanyi beliau dipuji dan dipertahan sekarang beliau mula dilabel sebagai orang ‘besaq’ yang suka berkaraoke dengan konotasi mengejek dan menganjing”, menurut Yusri.

    Samsuri atau Dr Sam sekarang dijadikan sasaran fokus kemarahan kelompok jalur agama dalam PAS. Takiyuddin pula didakwa individu yang memainkan peranan untuk mengangkat figura professional sebagai kepimpinan tertinggi PAS.

    “Saya jangkakan suhu panas ini tidak mudah untuk sejuk kecuali dengan satu cara sahaja iaitu kumpulan professional mengendur, beralah dan memberi laluan kepada jalur agama. Jika tidak, kehangatannya akan memuncak dan terus memuncak kerana sudah tentu Geng Ustaz sekali-kali tidak akan beundur dan beralah”, kata Yusri.

    Yusri mengingatkan kita semua bahawa sepanjang keberadaan dalam politik tanah air, PAS telah melalui beberapa siri pepecahan yang melahirkan parti baru. Antaranya lahir Berjasa pada 1977, Hamim pada 1983 , Akim pada 1995 dan 2015 krisis besar yang melahirkan Amanah.

    Setelah 10 tahun agak tenang kata Yusri, politik dalaman PAS kembali berkocak menjelang pemilihan September ini. Lantas penyelidik dan penganalisis terus memberi perhatian terhadap apa yang berlaku dalam PAS sekarang.

    Termasuk kata Yusri, adakah PAS akan berpecah lagi pasca muktamar September 2025 ini? Nampaknya setelah berdoa untuk parti orang lain, Mohd Amar kenalah doa untuk parti sendiri.

    Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Orang Melayu mahu kestabilan politik, bukan lagi sentimen kaum, kata penganalisis

    Orang Melayu mahu kestabilan politik, bukan lagi sentimen kaum, kata penganalisis
    1 HOUR AGO
    Minderjeet Kaur
    Share
    Ketua Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata, pakatan baharu Dr Mahathir Mohamad perlu bukti lebih daripada sekadar perpaduan.

    Hisomuddin Bakar berkata, pakatan baharu terbentuk sebagai reaksi terhadap landskap selepas PRU15, dengan kerajaan PH-BN dilihat kekurangan majoriti sokongan orang Melayu.
    PETALING JAYA: Perpaduan berdasarkan sentimen Melayu semata-mata bukan lagi satu-satunya faktor penentu dalam meraih sokongan politik Melayu, kata penganalisis politik Hisomuddin Bakar.
    Beliau berkata, orang Melayu juga melihat kepada tadbir urus, termasuk pengurusan ekonomi yang berkesan, integriti pentadbiran dan dasar yang memberikan kesan langsung terhadap kehidupan seharian rakyat.

    Hisomuddin Bakar.
    Hisomuddin Bakar.
    “Ia lebih berkisarkan tentang realiti kehidupan seharian berbanding retorik nasionalis. Kestabilan politik telah menjadi suatu keutamaan.

    “Para pengundi semakin lesu akibat konflik dalaman parti, isu lompat parti, dan kekerapan pertukaran kerajaan,” kata pengarah eksekutif Ilham Centre itu kepada FMT.

    Hisomuddin berkata, pengundi mahukan pentadbiran yang stabil, hala tuju dasar yang konsisten, keupayaan mengekalkan keyakinan pelabur dan jaminan kemakmuran jangka panjang.

    Parti politik zaman sekarang, katanya, bukan lagi dinilai atas dasar perjuangan lampau atau landasan kaum semata-mata, sebaliknya betapa meyakinkan tawaran realistik masa depan yang progresif dan inklusif.

    Beliau berkata demikian susulan pelancaran pakatan perpaduan Melayu baharu oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, yang diwujudkan sebagai satu perikatan longgar untuk menghimpunkan kuasa-kuasa politik Melayu yang berpecah-belah di bawah satu ‘payung besar’.

    Advertisement

    Advertisement
    Hisomuddin berkata, pakatan itu terbentuk sebagai reaksi terhadap landskap selepas PRU15, dengan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional dilihat kekurangan majoriti sokongan orang Melayu.

    “Pada PRU15, Perikatan Nasional (PN) muncul sebagai blok paling dominan dalam kalangan pengundi Melayu, walaupun dalam pertembungan pelbagai penjuru dengan parti-parti Melayu seperti Pejuang,” katanya.

    Hisomuddin berkata, pakatan itu dijangka mampu memperoleh lebih banyak undi Melayu berbanding PN pada PRU15 – hampir 70% undi Melayu – tetapi hanya jika ia berjaya menyatukan semua kumpulan serpihan.

    Bukan sekadar perpaduan hendak dibuktikan

    Bagaimanapun, Hisomuddin berkata, PRK baru-baru ini menunjukkan realiti berbeza, apabila BN menang selesa di Nenggiri, Mahkota dan Ayer Kuning, hasil undi daripada penyokong PH, termasuk golongan bukan Melayu.

    “Walaupun Umno belum pulih sepenuhnya pengaruhnya dalam kalangan pengundi Melayu, kerjasama strategiknya dengan PH membolehkan parti itu terus bertahan, memenangi kerusi melalui mobilisasi undi secara bersama,” katanya.

    Hisomuddin berkata, pakatan Melayu itu perlu membuktikan lebih daripada sekadar keupayaannya untuk bersatu, dan ia berdepan cabaran yang jauh lebih besar daripada hanya menghimpunkan entiti-entiti Melayu yang berpecah-belah.

    Syaza Shukri
    Syaza Shukri.
    “Ia mesti menunjukkan bahawa ia mampu mengganggu corak sokongan pengundi semasa, yang diwujudkan oleh pakatan PH-BN,” katanya.

    Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, pakatan itu tiada matlamat jelas, malah masih belum menjelaskan tujuannya.

    “Saya tidak tahu sama ada (pakatan itu) akan berkesan, kerana saya tidak tahu bagaimana atau apa yang harus diukur. Apa yang mereka rancangkan? Apa yang mereka mahu ubah?” soalnya.

    Azmi Hassan
    Azmi Hassan.
    Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara turut menjangkakan pakatan itu sukar membina momentum kerana tidak seperti zaman kerajaan PH sebelum ini, tiada isu pendorong menyatukan parti-parti berasaskan Melayu.

    “Pada masa itu, Statut Rom menjadi faktor utama, tetapi kini tidak lagi. (Sekarang) tiada isu. Umno cukup selesa dalam kerajaan,” katanya kepada FMT.

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Gara2 terkena kejutan PRK2 5-0 kepada UMDAP!

      Adakah Atok Kerala akan sama ikut jejak Mezoh Minyak Masak dan Fadzli Pengerusi Lajnah Khinzir PAS atas arahan Hadi sama2 turun padang nak kira brp ekoq BABI dan hidu taik BABI?

      Ironinya, Kerajaan Negeri Perak PN bawah Peja MB BERSATU dan Exco Pertanian Man Kastam PAS yang paling banyak lulus kandang BABI. Man Kastam boleh bagi justifikasi peladang2 telah byk keluar pelaburan.

      İni lah satu contoh, Kerajaan PN lah sebenar ancaman sebenar kepada Melayu dan Islam.

      Belum kira lah Sakaw Berjemaah Anak Beranak diPutrajaya 33 bulan jadi Kerajaan istihar Darurat, sampai Menantu PM8 boleh lari keluar negara bawa billion ringgit dikejar Interpol.

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Sunday, June 08, 2025
    Dr M In Hot Soup…?!! – Reports Confirm Pardons Board “Met” To Discuss Anwar’s Release!!!

    Dr M In Hot Soup…?!! – Reports Confirm Pardons Board “Met” To Discuss Anwar’s Release!!!

    8 Jun 2025 • 1:00 PM MYT

    JK Joseph
    Repentant ex-banker who believes in truth, compassion and some humour

    Credit Image: The Straits Times / REUTERS

    Is it really amnesia… or another cynical jibe knowing that under Madani rule the long arms of the law may never reach him?

    It looks like the irrepressible 99-year-old Dr Mahathir Mohamad is back among the headlines again; this time it was after a controversial video had emerged recently where he had allegedly claimed that no Pardons Board meeting was held over the pardon granted to Anwar Ibrahim in 2018!

    However, in response to that, the Attorney-General’s Chambers (AGC) had pointed out that Dr Mahathir, in his capacity as prime minister, was actually present during a Pardons Board meeting that same year to decide on the current prime minister’s fate.

    Anwar’s pardon invalid…?!

    In a statement issued by the AGC it was reported that the meeting on 16 May 2018 was chaired by His Majesty the 15th Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, and that it was also attended, among others, by Tun Dr Mahathir, who was the then-PM.

    The statement also confirmed that based on the advice of the Pardons Board, Sultan Muhammad V consented to pardon and release Anwar, with effect from the date of the board’s meeting.

    Moreover, it added that for the purpose of the meeting, the Attorney General had also provided a written opinion on the matter in accordance with Clause (9), Article 42 of the Federal Constitution for the Pardons Board’s consideration.

    In fact, the AGC further rebutted the outspoken two-time prime minister’s claim that the pardon granted to Anwar was invalid as it did not go through a proper Pardons Board process; it went on to caution that any statement that could mislead the public regarding the decision of the Pardons Board is completely inappropriate.

    But what does history say…?

    For the record, based on credible reports carried by several newspapers at both local and international level back then, it would appear that the vocal former statesman’s recent “exposure” is not true at all.

    Image and excepts from newspaper report published by Daily Express dated 4 June, 2018.

    In fact, another news portal had quoted Wan Ahman Dahlan Abdul Aziz, the Comptroller of the Royal Household, of having said that “His Majesty the King, Sultan Muhammad V, under the advice of the Pardons Board… has declared that the appeal for full pardon and immediate release of Anwar Ibrahim is approved.”

    More significantly, the well-respected Al-Jazeera news website had also reported that Dr Mahathir was actually present at the palace for the royal pardon’s “board meeting” to discuss Anwar’s release!
    Excerpts from Al Jazeera news report dated 16 May 2018

    So weren’t the Comptroller of Malaysia’s Royal House himself and reputable international news agencies such as Al Jazeera reporting the truth?

    Even if it’s untrue, Dr Mahathir’s sensational recent allegation is sure to have raised several disturbing questions; among them why is he (only now) stirring the hornet’s nest in a matter that has serious constitutional implications…?

    Furthermore, is it a coincidence that his latest salvo aimed at his nemesis Anwar comes hot on the heels of the Malaysian Anti-Corruption Commission’s report on seizing assets worth RM2bil linked to his close comrade the late Daim Zainuddin?

    Returning fire on behalf of Daim…?

    If anything, won’t Dr Mahathir’s claim also reflect poorly on his own stature as a seasoned prime minister for more than twenty years and a renowned international figure – surely he would have been familiar with the pardon process?

    Ironically, even if the pardon process itself had been flawed, wouldn’t the former UMNO Baru strongman been guilty of committing a colossal constitutional gaffe by being a key party to it?

    Interestingly, could it even be like what some “conspiracy theorists” may allege, that it may have been done on purpose so that it can be raised and “weaponised” against the enemies at a future time?

    The bottom line though is, as what the concerned public may ask: isn’t spewing “untruths” and bringing the royal institution into disrepute a grave abomination that calls for the sternest legal response?

    ***

    Recommended punishment:

    (i) revocation of citizenship, and
    (ii) immediate deportation to Kerala

    😂😁😀😅😆😉😊😝😎😈

    KTemoc at 2:37 pm
    Share

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    NEGARA INI AKAN LEBIH AMAN JIKA MEREKA INI TIDAK LAGI DALAM POLITIK NEGARA

    Hamdan Taha

    Sementara saya tunggu giliran jumpa Dr sempat saya membaca kenyatan Tun Dr M bersama Muhidden, Tuan Ibrahim, Hamzah dan Geng Parti Putra tentang Payung Besar… Nak ajak orang melayu bersatu dan kembalikan kuasa Melayu dan mengajak semua pihak berpayung bersama…

    Tetapi Umno, PKR, Amanah tidak di bawa bersama untuk bernaung di bawah Payung Besar… Apa yang nak di perjuangkan ialah melayu melayu melayu…

    Menariknya semua mereka ni dah semua Allah swt berikan kesempatan menjadi Pemimpin melayu dan kerajaan, bukan tak pernah jadi Kerajaan tetapi lama jadi Kerajaan… Tun Dr M dua kali jadi Perdana Menteri di keadaan yang berbeza, Muhidden juga di berikan Allah swt peluang menjadi Kerajaan di dua platform yang berbeza, Hamzah Zainudin juga dua kali jadi Menteri di dua Platform…. Apa yang mereka buat semasa itu…. Kemana pergi slogan Melayu Melayu Melayu…

    Bagi saya Negara ni akan aman setelah Mereka ni, Tun Dr M, Muhidden, Anwar Ibrahim, Hamzah Zainudin, Haji Hadi Awang, Zahid Hamidi, Najib Razak dah tak ada lagi di dunia politik dan di dunia ini, mereka ni lah yang menyebabkan rakyat bergaduh sesama rakyat, melayu berpecah belah, parti jadi banyak semua kerana nama nama tersebut, dan agenda masing masing ialah berebut nak Jadi Perdana Menteri dan berdendam sesama mereka dari muda, dan pergaduhan mereka ni bukan setahun dua tapi puluhan tahun… Selagi mereka ni hidup tak mati siapa pun jadi Perdana Menteri akan di serang…

    Sekarang Anwar jadi Pm mereka serang dan ujudkan Payung Besar nak jatuhkan Kerajaan sekarang, jika Tun Dr M pulak jadi PM kali ke 3,Anwar pula buat Rumah Besar, jika Zahid jadi PM pula, dah kita tengok Tun Dr M, Anwar, Muhidden duduk bersama ajak duduk di bawah Payung besar yang baru…

    Saya suka ayat Sarimah dalam Madu 3

    Abg jamil tak boleh cerai dulu, kami benarkan hari ni rumah kak Latifah, besok rumah kak Hasnah dan hari ke 3 rumah Ani sampai lah abang Jamil Mampusss…..

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, June 08, 2025
    Share

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Skrip Fitnah Seks Mahathir: Siapa Pelakon Utama?
    Kenapa semua Barua2 WalaAtok yang berkerja keras?

    Soffcn Mohd

    Sudah terang lagi bersuluh — saka tua (Mahathir) kembali guna skrip lama fitnah gangguan seksual untuk jatuhkan PMX.

    Tapi kali ini kita nampak jelas siapa pelakon-pelakon utama di belakang tabir:

    🎬 Barisan Pelakon Fitnah Seksual 2025:

    1. SD Liwat 4: Yusof Rawther, Tukang Reka Liwat Dalam Poket Atok Khairuddin Abu Hassan aka Din Bapok Tua dan Loyar Barua Atok Haniff Khatri

    – Tiba-tiba ‘muncul semula’ bila politik panas. Bukti tak pernah kukuh. Kes tak ke mana, NFA oleh PDRM dan AGC. Tapi masih dipentaskan semula.

    – BERSATU enggan bayar tuntutan RM12.5 juta dari Haniff Khatri, tengah bicara kes Mahkamah. Duit upah kerja kotor SD Liwat 4.

    2. Peguam Barua Atok, Rafique Rashid

    – Seolah-olah jurucakap tidak rasmi Mahathir. Buka sidang media lebih dari buka kes sebenar. Skrip ulang tayang.

    3. Cikgu Bard (Badrul Hisham)

    – Dulu reformis, kini jadi ‘reformer’ skrip Mahathir. Gagal tanding pilihan raya, kini hidup dengan politik cari perhatian.

    4. Papagomo

    – Bekas penjenayah fitnah, kini diangkat semula sebagai hero lebai digital. Persembahan low class, tapi ada penonton juga.

    5. Sanusi (MB Kedah)

    – Lebih banyak buat lawak kasar dari tadbir negeri. Tak mampu selesai masalah air, tapi galak sebar tuduhan tanpa asas.

    6. Walaun PAS

    – Golongan paling senang percaya. Kalau pemimpin kata A, mereka ikut walau Quran dan fakta kata B.

    🧠 Soalan Untuk Rakyat Berfikir:

    Kenapa kes ini hanya muncul bila PRU atau rating Mahathir jatuh?

    Kenapa anak Mahathir yang pegang NGO LGBT tak pernah disentuh PAS?

    Dan kenapa fitnah seksual dijadikan senjata utama, bukan isu rakyat?

    📢 Cukup-cukuplah. Kami tak lupa 1998.

    Rakyat bukan bodoh. Skrip lama tak laku. Saka tua, pelakon baru – filem tetap gagal.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, June 08, 2025
    Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x