Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

SEKALI LAGI RAFIZI CUBA MEMBUAI EMOSI DENGAN STRATEGI ‘REVERSE PSYCHOLOGY’

Seperti sudah pudar harapan untuk menang, Rafizi Ramli mendakwa pertembungan antaranya dengan Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR berlaku di atas padang yang tidak sama rata.

Rafizi mendakwa, beliau sebenarnya bertembung dengan Nurul Izzah dalam keadaan segalanya telah disusun bagi memenangkan anak kepada Perdana Menteri itu.

Katanya, titik persamaan antaranya dengan PKR Sarawak ketika ini ialah masuk pertanding hanya untuk kalah.

“Saya tahu masuk pertandingan ini seperti aksi berani mati, tak ubah macam saudara-saudari dekat Sarawak.

“Masuk bertanding dalam pilihan raya menang belum tentu, kalah confirm,” katanya.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi menambah, meskipun isyarat itu telah jelas di mana keseluruhan parti telah digerakkan agar beliau kalah kepada Nurul Izzah, tapi ia tidak mendatangkan masalah kepadanya.

“Saya datang (Sarawak) bukan nak kata tolonglah bagi saya menang, itu hak masing-masing.

“Saya masuk (pemilihan) dengan menerima hakikat kalau saya menang, dunia akan kiamat.

“Gila ke apa kau menang…dalam keadaan segala-galanya telah disusun, ini sebenarnya pertandingan atas padang tak sama rata,” katanya dalam ceramah siri jelajah Hiruk di Sarawak, malam tadi.

Menyifatkan keputusannya bertanding dalam pemilihan kali ini adalah tindakan “berani mati” kerana tahu akan kalah, namun kata Rafizi, beliau juga adalah seorang yang keras kepala dan tidak akan memberi kemenangan percuma kepada lawannya.

Nampaknya sekali lagi Rafizi menggunakan strategi “reverse psychology” atau psikologi terbalik dalam berkempen.

Sebelum ini, ketika Jelajah HIRUK di Kedah, beliau meminta perwakilan agar mengundi Nurul Izzah, bukan dirinya kerana katanya, jika Puteri Reformasi itu kalah, ia akan memberi gambaran Anwar ditolak oleh parti.

Kemudian Rafizi menjelaskan, ucapannya yang meminta perwakilan mengundi Nurul Izzah itu hanyalah sekadar kiasan semata-mata.

“Orang Melayu takkan tak faham kiasan,” katanya sambil mengakui beliau dihujani banyak pertanyaan berikutan ucapannya yang meminta perwakilan mengundi Nurul Izzah itu.

Yang nyata, Rafizi secara tidak langsung mengakui beliau sedang menggunakan strategi “reverse psychology” untuk mendapat undi simpati.

Bermakna setakat ini sudah dua kali Rafizi menggunakan taktik tersebut bagi membuai emosi perwakilan – pertama, ketika meminta perwakilan mengundi Nurul Izzah dan kedua, di mana senalam beliau mengatakan dirinya pasti akan kalah kerana bertanding di atas tanah yang tidak sama rata.

Apakah perwakilan akan termakan dengan strategi Rafizi itu? – ShahbudinHusin 18Mei2025.

5 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini

3 responses to “SEKALI LAGI RAFIZI CUBA MEMBUAI EMOSI DENGAN STRATEGI ‘REVERSE PSYCHOLOGY’”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Arwah Ustaz Fadhil Nor dah lama berpesan bila musuh puji kamu, maka ada udang disebalik batu.

    Agenda besar Budin sbg Walaun PN sekarang pra-pemilihan jawatan TP PKR adalah serang RR kerana RR adalah pakar strategi PKR mesti dibunuh.

    Jika NI menang, maka serangan besar-besaran kepada NI dan PMX pulak kerana nepotisma.

    Misi akhir Budin dan PN adalah kehancuran PKR sekaligus gagalkan UMDAP kerana semua Langkah nak guling PMX dan Kerajaan Perpaduan selepas 30 bulan temui jalan buntu. PMX bertambah steady dan UMDAP bertambah steady dengan rekod 5-0.

    Jadi jangka pendek Budin terpaksa puji NI demi nak bunuh RR.

    Bukan roket sains pun faham game Budin dan PN kerana tiada pujian musuh yang percuma FOC.

    Budin dan Zaid Ibrahim dah desperado lama dapur tak berasap selagi kombo PMX-RR yg kawal keadaan politik PH dan Kerajaan Perpaduan dan strategi UMDAP terus mantap berterusan jangkau PRU16 abih ranap PN!

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Budin adalah Walaun PN jadi batu api Ronson konon sokong NI tetapi agenda sebenar nak pecah belah hancurkan PKR.

    Setelah semua langkah mampus nak guling PMX, pemilihan PKR seolah rezeki tercampak turun dari langit dengan agenda serang Rafizi.

    Budin patut belajar dari sejarah Atok Saka dah lebih 40 tahun nak sekat PMX gagal.

    Allah tidak berkati usaha manusia nak sekat rezeki hamba Allah lain. Malah COD rezeki sendiri yang tersekat!

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      SUARA-SUARA KETIMBANG MUNAFIQ PENIPU RAKYAT:😅

      SUARA MUNAFIQ 1:

      “SAYA SEBENARNYA TAK BERSETUJU DGN PERLANTIKAN SEMULA AZAM BAKI TAPI SAYA TAK BOLEH BUAT APA SBB SAYA DLM KERAJAAN..”😂

      KOMEN:
      BUKAN KER DULU HANG KATA, KLAU HANGPA MENANG JADI KERAJAAN, HANG NAK CARI AZAM BAKI? NAK CARI AZAM BAKI UTK DIJADIKAN KUDA TUNGGANGAN KER??🤣

      🤣😂😅😆😄😃😀
      KAH KAH KAH KAH

      SUARA MUNAFIQ 2:

      “KLAU SAYA DILANTIK JADI TIMBALAN PRESIDEN, SAYA AKAN PANJANGKAN BANTAHAN AKAR UMBI DAN RAKYAT TERHADAP PERLANTIKAN SEMULA AZAM BAKI…”😅

      KOMEN:
      LA NI, HANG SBG NAIB PRESIDEN, TAK BOLEH KER PANJANGKAN BANTAHAN TERHADAP PERLANTIKAN SEMULA AZAM BAKI TU? ATAU HANG PANJANGKAN WAKTU DOK MINUM KOPI DGN PAK HANG KAT RUMAH TU..😂

      HA HA HA.. KLAU TAK MUNAFIQ DAN PENIPU RAKYAT, BKN PKR LAH NAMANYA…🤣

      🤣😂😅😆😄😃😀
      KAH KAH KAH KAH

      DUA EKOR MUNAFIQ PENIPU RAKYAT NI CUBA JADIKAN AZAM BAKI PERASUAH TU PULA SBG MODAL KEMPEN POLITIK DEPA…😂

      HA HA HA.. MMG LAWAK GILER LAH DUA EKOR BADUT RAKYAT INI…🤣

      🤣😂😅😆😄😃😀
      KAH KAH KAH KAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x