Rafizi Ramli berkata, beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi jika kalah pada pemilihan PKR hujung bulan ini.
Mengakui beliau sebenarnya agak lega dengan kemungkinan itu, Rafizi menambah ia akan menjadikannya mempunyai lebih banyak masa dan lebih bebas bersuara dalam pelbagai isu.
“Kalau saya kalah saya letak jawatan dan jadi Ahli Parlimen biasa, saya tak dibebankan lagi dengan tugas sebagai menteri.
“Teruk tahu jadi menteri. Banyak tanggungjawab, tak terbuat.
βYang kedua, saya lagi gembira kerana mulut dan tangan saya tak lagi terikat,β katanya dalam siaran langsung podcast malam tadi.
Pada pertandingan jawatan Timbalan Presiden 23 Mei ini Rafizi akan dicabar oleh Nurul Izzah Anwar bagi jawatan tersebut.
Berbeza dengan Rafizi yang akan meletakkan jawatan jika beliau kalah, Nurul Izzah pula menyatakan beliau tidak berninat dengan jawatan menteri jika ditakdirkan beroleh kemenangan.
Katanya, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada parti dan agenda reformasi dasar.
βSekiranya memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR, saya tidak berminat untuk menyertai barisan kabinet.
βMisi utama saya adalah untuk saling berusaha dan bekerja bersama anggota, pendukung serta sukarelawan di peringkat cabang, khususnya di 50 kerusi marginal,β katanya dalam kenyataan pada Jumaat lalu.
Nampaknya ada perbezaan pendirian antara Rafizi dan Nurul Izzah dalam hal ini.
Perwakilan kini boleh memilih sama ada mahukan Rafizi yang masih sedia kekal lagi jadi menteri jika menang atau mahu Nurul Izzah yang tak berninat jadi menteri jika ditakdirkan menang.
Di sini terlihat Nurul Izzah cuba meletakkan dirinya lebih mengutamakan parti daripada jawatan dalam kerajaan untuk dirinya sendiri.
Apa pun, soal jawatan menteri adalah budi bicara Perdana Menteri menentukannya.
Cumanya, tindakan Rafizi itu dilihat lebih bertujuan untuk memberi laluan kepada Nurul Izzah dilantik menjadi menteri, meskipun mengatakan tidak berminat menyertai kabinet.
Rasa-rasanya bila dah menang nanti, minat Nurul Izzah untuk berada dalam kabinet perlahan-lahan akan berkembang dengan sendirinya.
Anwar pun tak mungkin mahu melihat timbalannya dalam PKR tiada jawatan dalam kabinet, sedangkan orang lain yang kalah bertanding dan hanya ada jawatan lantikan dalam parti pun diberi jawatan menteri.
Maka itu, melantik Nurul Izzah jika beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR adalah sesuatu yang kalau pun tidak wajib, ia boleh dikira sebagai sunat muakkad hukumnya.
Bagi Rafizi, sebelum beliau diminta berundur atau diberhentikan daripada kabinet berikutan kekalahannya nanti, kenyataannya mahu meletakkan jawatan itu boleh dikira seperti kata pepatah – menyediakan payung sebelum hujan turun.
Rafizi nampaknya memahami bahawa bukan perkara asing dalam politik – bila hilang jawatan dalam parti, akan hilang juga jawatan dalam kerajaan. – ShahbudinHusin 11Mei22025.
Leave a Reply