Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

DATA RAFIZI MENIKAM DIRI?

Bermula dengan Jelajah HIRUK di Seremban dan seterusnya di Kedah, fokus kempen Rafizi Ramli ialah mendedahkan kelemahan PKR dan bagaimana semakin merosotnya sokongan rakyat terhadap kerajaan.

Walaupun hanya kempen merebut jawatan dalam parti, tetapi cara Rafizi berkempen ternampak luar biasa kerana segala kelemahan itu didedahkan dengan data dan angka yang dipamerkan melalui monitor televisyen sambil beliau menghuraikannya.

Tidak pernah pemimpin daripada mana-mana parti, waima UMNO yang brkuasa selama lebih 60 tahun sekali pun, berbuat seperti apa yang dilakukan Rafizi ketika berkempen jawatan dalam parti sebelum ini.

Hakikatnya ini adalah pemilihan parti, biasanya mereka yang bertanding hanya memberi ucapan, memohon sokongan dan menawarkan apa yang mahu dilakukannya jika diberi kemenangan.

Mendedahkan segala macam data dan angka seperti apa yang dilakukan Rafizi itu sebenarnya hanya sesuai untuk pembentangan ketika mesyuarat tertutup parti dan bagaimana mancari penyelesaian untuk mengatasinya.

Meskipun barangkali kebanyakan orang masih ingat berkenaan data dan angka yang didedahkan Rafizi dalam dua kempen HIRUK setakat ini, tetapi elok juga diulang kembali di sini apa yang didedahkannya itu.

Menurut Rafizi, dalam tempoh dua tahun iaitu antara 2023 hingga 2025, PH masih gagal mencapai tahap sokongan pengundi Melayu melebihi 30% kecuali pada tempoh “honeymoon” ketika awal mengambil alih kerajaan. 

“Sokongan pengundi Melayu terhadap PKR kini hanya berada pada paras 27%, jauh daripada paras 35% iaitu kadar minimum yang diperlukan untuk mempertahankan 30–40 kerusi Parlimen pada PRU akan datang,” ujarnya.

Bagi pengundi Cina, Rafizi berkata, sokongan mereka kepada PH telah jatuh daripada 63% (Mac 2023) kepada hanya 31% (April 2025).

Bagi pengundi India, Menteri Ekonomi itu menjelaskan,  sokongan mereka terhadap PH menjunam daripada 69% pada Mac 2023 kepada 31% pada April 2025.

“Mereka kini tidak lagi sekadar bosan, malah rasa marah dan terpinggir,” tambahnya lagi.

Dapatan paling mengejutkan didedahkan Rafizi ialah berkenaan pengundi muda, iaitu Gen Z (18–27 tahun) dan Gen Millennial (28–44 tahun) yang didapati melalui kajiannya lebih mempercayai Pas berbanding PKR dalam menangani isu rasuah dengan angka kepercayaannya – Gen Z: Pas 29% vs PKR 8% – Millennial: Pas 26% vs PKR 21%

Begitulah data dan angka yang dibentangkan Rafizi.

Berikutan Rafizi sedang berkempen mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR dan dicabar okeh Nurul Izzah Anwar, tindakannya mendedahkan data dan angka suram itu tidaklah sukar difahami maksud serta tujuannya.

Beliau sebenarnya sedang mengajak perwakilan PKR yang akan mengundi pada 23 Mei ini untuk berfikir – mampukah Nurul Izzah, jika memenangi jawatan nombor dua dalam parti nanti, memperbaiki data dan angka suram itu?

Dalam pengharapannya yang tinggi menggunung, sudah tentu beliau berharap para perwakilan secara majoritinya meragui kemampuan Nurul Izzah berbanding dirinya.

Tetapi, jika kita sedar dan mahu berfikir, dalam semua data dan angka suram yang didedahkan itu, ia berlaku ketika beliau sendiri memegang jawatan Timbalan Presiden PKR dan Menteri Ekonomi.

Kenapa kemerosotan sokongan pengundi terhadap PKR dan kerajaan masih berlaku?

Bukankah semua data dan angka suram yang didedahkan itu dengan sendirinya ibarat menikam diri dan menunjukkan kelemahan serta kegagalan Rafizi sebagai orang nombor  dua dalam parti dan selaku salah seorang anggota kabinet kerajaan di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim?

Jika selama dua tahun ini Rafizi turut dilihatgagal melonjakkan sokongan pengundi kepada PKR dan kerajaan sebagaimana didedahkannya itu, apa relevannya lagi untuk beliau terus dkekalkan bagi memperbaiki kemerosotan tersebut?

Tidakkah di sini menunjukkan PKR sebenarnya memerlukan pemimpin baru untuk meniup angin segar bagi memulihkan kemerosotan yang sudah berlarutan sejak dua tahun lalu itu?

Mampu atau tidak Nurul Izzah melakukannya – kenalah dicuba dulu. – ShahbudinHusin 14Mei2025.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
14 May 2025 8:48 am

Kalu Din Bapok Tua menyorok dalam poket tebal Atok Saka, yg betina hasut isu Kg Baru ini menyorok kat mana?
Bawah jubah Lobai2 ko yg nak berarak himpunan SOGO bantah URA?

KEMANA MENGHILANG? 

 KEMANA MENGHILANG? 

comment image

Berdegar degar buat content hentam kononnya kerajaan zalim. Rupa2nya kejadian menteri zaman PN. Fitnah Khalid Samad sampai ramai org Melayu meroyan Menteri PH tak jaga org Melayu.

Bila x Menteri Khalid Samad mahu buktikan di mahkamah mencabar dgn menyaman Rafidah… dia menghilang entah ke mana. Jika berani kerana benar… kenapa perlu menghilangkan diri?

Hadir atau beritahu peguam saya nantikan surat saman tersebut. Org Melayu yg hanya dpt info dari Tik Tok percaya fitnah2 tersebut dan siang malam kutuk kerajaan abaikan org Melayu.

Sebab itu saya sering katakan saman adalah cara terbaik utk menginsafkan, menghentikan normalisasi budaya fitnah dan menyelamatkan bangsa Melayu.

Sb itu bila berlaku fitnah segera ambil tindakan fitnah.  Tak mau duit sedekah sahaja menang saman dkt Sekolah2 Tahfiz.

AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, May 14, 2025

Share

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x