Apakah Rafizi Ramli akan tarik diri dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden PKR, seterusnya bakal memberi laluan kepada Nurul Izzah Anwar mengambil alih jawatan tersebut tanpa bertanding?
Itulah pertanyaan dalam beberapa panggilan dan mesej yang saya terima sejak awal pagi hari ini.
Pertanyaan itu timbul berikutan ucapan Rafizi dalam Jelajah HIRUK di Kedah malam tadi yang antara intipati ucapannya menyebut – Sokonglah Nurul Izzah.
Bagi mereka yang menonton siaran langsung jelajah itu malam tadi sudah pasti telah pun mendengar apa yang Rafizi ucapkan itu.
Di platform media sosial, khususnya Tik Tok, keratan pendek ucapan Rafizi yang menyebut perkara itu turut tersebar dengan meluasnya.
Di bahagian penghujung ucapan Jelajah HIRUK Kedah, Timbalan Presiden PKR itu berkata, mesej yang salah akan diberikan kepada rakyat sekiranya pencabarnya Nurul Izzah tewas dalam persaingan bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.
Katanya, PKR bakal berdepan risiko jika Nurul Izzah tewas dalam pemilihan tersebut memandangkan beliau merupakan anak kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Menurutnya, kekalahan Nurul Izzah akan menyebabkan imej buruk kepada PKR, terutamanya menjelang PRU16 akan datang.
“Kalau contohnya Izzah kalah, apa mesejnya kepada rakyat? Mesejnya ialah anggota PKR menolak Anwar.
βJadi, sebab itu Nurul Izzah mesti menang. Dia mesti menang sebab kalau kalah, kita akan masuk PRU akan datang dalam keadaan yang kita tak boleh gambarkan untuk berdepan pembangkang dan berlakunya polemik politik dalam dan luar kerajaan.
“Kerana orang akan kata, Nurul Izzah kalah bermakna Anwar ditolak parti sendiri, jadi akhirnya apa pilihan yang saudara saudari ada?
βKempen saya mudah – undi Nurul Izzah.
βKita tidak boleh menerima keputusan lain kerana jika Nurul Izzah kalah, itu bermakna Anwar ditolak,β katanya.
Dalam ucapan seterusnya, Rafizi turut menyebut tentang beban besar yang bakal ditanggung Nuru Izzah setelah memegang jawatan nombor dua dalam PKR nanti.
βApa yang saya tak mahu, kita akhirnya kalah besar dalam PRU akan datang.
βOleh itu jika Nurul Izzah menang, sokong dan bantulah kerana beban yang dia tanggung nanti sangat besar dan berat,β tambah sebagai peringatan kepada penyokong Puteri Reformasi itu.
Sekali dengar memang kata-kata Rafizi itu mahu Nurul Izzah diberi sokongan dan dihadirkan kemenangan.
Tetapi, jika diulang berkali-kali dan menonton video penuh ucapannya, Rafizi sebenarnya sedang memain-mainkan emosi perwakilan sambil memberi peringatan kepada Nurul Izzah dan penyokong-penyokongnya tentang beban besar yang mesti dihadapi.
Dengan peringatan sedemikian, Rafizi dengan sendirinya dapat menggambarkan sebagai seorang yang βgentlemanβ dan tetap sayangkan parti.
Melalui sikap yang ditonjolkannya itu, di sebalik beliau makin sedar laluannya memang sukar kerana Nurul Izzah mendapat sokongan majoriti cabang dan negeri, namun harapan terakhirnya ialah limpahan undi simpati.
Tarik diri tidak mungkin sekali, cuma ini sebahagian strategi.
Kalau mahu tarik diri, Rafizi tak perlu terus menjelajah ke negeri-negeri, cukup dengan menulis surat, buat pemakluman ringkas di laman X (Twitter) atau tekan saja butang tarik diri dalam sistem ADIL – ShahbudinHusin 13Mei2025.
Leave a Reply