Shahbudin…

Mencatat Hitam Putih Malaysia

ZAHID HAMIDI BOHONG, SAYA SUDAH LAMA BUAT SURAT AKUAN SETUJU PINDAH MILIK – TUN M

𝗣𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗨𝗠𝗡𝗢

  1. Saya terbaca beberapa laporan yang mengatakan bahawa saya enggan tandatangan surat perlepasan tanggungjawab sebagai pemegang amanah sebuah aset pemegang kepunyaaan UMNO.
  2. Yang tuduh saya ialah Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid dan selepas itu disambut pula oleh speaker DUN Johor Puad Zarkashi.
  3. Saya tak tahu apa nak kata pasal tahap pemikiran mereka ini.
  4. Pertamanya, mereka ni tak baca ke saman pemula yang UMNO failkan oleh Setiausaha Kerja nya Mohd Sumali. Saman itu namakan Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan sebagai defendan dan bukan saya.
  5. Keduanya, dalam afidavit sokongan kepada saman yang difailkan oleh UMNO dinyatakan bahawa permohonan kebenaran untuk pindah milik tanah bertarikh 27 Oktober 2015 telah ada surat akuan yang ditandatangani oleh keempat-empat pemegang amanah termasuklah saya.
  6. Kemudiannya, pada 28 Disember 2015, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa Jawatankuasa Kerja tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah meluluskan kebenaran pindah milik daripada pemegang-pemegang amanah tersebut kepada UMNO.
  7. Bagaimanapun proses pindah milik itu terbantut pada Mei 2017 kerana terdapat nama dalam geran hartanah tidak sama seperti dalam kad pengenalan.
  8. Jelas tidak timbul saya tidak mahu lepas harta UMNO. Saya telah buat akuan bersetuju pada tahun 2015 lagi.
  9. Selain itu saman ini terhadap Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan tiada kaitan dengan saya.
  10. Sebelum ini saya sudah buat saman fitnah terhadap Zahid kerana berbohong untuk nak burukkan nama saya. Sekarang Puad Zarkashi turut serta.
  11. Tak malukah berbohong dan fitnah tak berhenti-henti.
  12. Tapi kalau fitnah ini kerana tidak faham, mungkin ahli UMNO perlu fikir semula sama ada kaki bohong layak terus jadi Presiden ataupun Speaker DUN, Johor.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 April 2025

4.7 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini

17 responses to “ZAHID HAMIDI BOHONG, SAYA SUDAH LAMA BUAT SURAT AKUAN SETUJU PINDAH MILIK – TUN M”

  1. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Presiden Xi Selamat Pulang lawatan keMalaysia atas undangan YDPA.
    Tahniah PMX jadi tuanrumah yang mrnyerlah.

    Remuklah hati Chegu Bard, Gomo, Ratu Porno tengok PMX meraikan pemimpin besar dunia dengan berjaya dari lawatan Presiden Xi Xinping keMalaysia.
    Atok Saka mesti berkokok lagi dia dihalang PMX nak jumpa Presiden Xi, he he.

    Atok Saka, Abah dan Hadi elok lah dok kira hari nak masuk Kluster Penjara je!

    PRESIDEN CHINA BERLEPAS PULANG. 

     

    Mengiringi kepulangan Presiden China Xi Jinping dan delegasi usai lawatan negara yang bersejarah dan penuh makna ke Malaysia.

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhE_bLoIt_Il2bIhjtBl_f0RnQHNV0T86qMgjPzjUy4bSc_2blhkFr6AAqcl1vi9mcxwmiXvtE-WKsKOryFplUyOitN_oPVmZn96HZYu-WW3bN1R8WJ9IOrccp16Zf2W5JYchJnX8EbuJ8sHf_OnK7sWJhG3Oc4lAn9_BYqFtdFdSeYvtVPH_y2QJX57UQ/s280/FB_IMG_1744874498527.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh19ZnqoWUriJF4X6rNIET6j-cmuQxTGx9Zhbv5EeFrHhHBxui1eWL5r2-apA5NQjI8MAnjbu3tDoiO53w6mrOVA_ZCrh5LU-dDlPMDUyS9r9r7bJH6-hXeWtzbo568gWkqsov_AP-UkCh4MiwM8LPZXm1T_sDHK8ieCNUwlCbXLZY2DxYrDhiP63u2h_U/s280/FB_IMG_1744874504018.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGG7N718M8nqDYkUfMBsrw7-h0EsWFi0csRbNi6MtMZ6CJIpIny5aTz2sO8tdslziCf5EYwzQfBN1e19lIuIo9GMDoUxQ1rvkL2Mec82WuQLNe8IVkhHjSqS8yx30dXcyVdnGKfOpkGCyytpuDe6URcQthVcxbM-ikwQXQ0acVCZpTbxaQq29gECz16rE/s280/FB_IMG_1744874486008.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhp00MyJl38cqUpfabVPB0r-ndzULNjoqz_7tM6cSciCmyv97D_pGsr_U-P2B-k0tNS0gHdsECJ5T8O9IXynCBHSQ9tS8cddUrzhqa7MGoZtZXxiMfYIpdMJgDcLySCWopmO9NTBpZn4flffPtn6X3jV0G2RcoMhfl0vDc679ScWFeCliIStKlqDBhQQA8/s280/FB_IMG_1744874469898.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPxQSQRn6S_iC0wzlfzdIrmRLDN95VXx5eiTYcjVGNHJFhcnE2hyNByyDWPrvIH38JQuo-eOw4O7yuJECP56SxFWHzQGc3mY0ZLnMcEFcyKlSkW0ODlZMEjC0SugeY4flmmOBzUDPGrcnt_IMyo6Og8WwroRh3pT6ZJHGgja0nM0lE1Nx_wfcXKOMDymQ/s280/FB_IMG_1744874456470.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOs2d3v3HJ9d0Y-42xxdl4YbrkcewQ_ixc0OC2b_EC4AtXj6cGUOA-Ax5laKXzdrRsPge4xwUqDR7jLVN3l6juZqe2mdjhZvtsyNtQQwaoh_htAtosb6GA-uNRgzwbzr7xhU2Tu5Cv7fFzLOl8Zlagc_BcMcDS3-mT-wBF51m9XA_kqI2k8wqBdDUIwTk/s280/FB_IMG_1744874461225.jpg

    Lawatan ini mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama strategik Malaysia-China yang sekian lama terjalin, berasaskan saling percaya, saling menghormati dan semangat ke arah keamanan serta kemakmuran serantau.

    Malaysia berbesar hati menerima kunjungan ini, dan percaya hasil pertemuan serta pertukaran pandangan yang terbina akan membuka jalan kepada kerjasama yang lebih mendalam dan manfaat bersama untuk rakyat kedua-dua negara.

    Bak kata pepatah Melayu, bagai aur dengan tebing — saling menyokong, saling memperkuat. Dan dalam semangat persahabatan (友好), hubungan ini akan terus dipelihara dengan keikhlasan dan rasa hormat yang mendalam.

    Semoga hubungan Malaysia-China terus mekar dan teguh demi masa depan yang lebih cerah. Terima kasih atas kunjungan bersejarah ini. Sampai jumpa lagi! 再见 (zàijiàn).

    #MalaysiaMADANI 
    #MADANIBekerja

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, April 17, 2025

    Share

  2. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Celaka admin Friends of PAS ni !!!

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbPWDgmWwtADi6KWOSAWdVi3rxfIV-LPjOvi6xrE-30FS1BagQq-JFMqkrC9lgBNT2nnhvOFod1HuPQIJ-lsvfXlisn-z9KTItf-gZvhu9i2Y_aVP7a1RPfK6aUizMoykq1NElcPnbnsP27QGK2g3Iuy_JqCDsimT_LxtQJ7TJHiSKA7nyIPIw8Y2hf3k/w256-h400/FB_IMG_1744866490117.jpg

    U org tuduh mereka ini seolah mereka ini sudah tiada sama jati diri loh!!! Habistu balasubramaniam join PAS melalui DHPP oke pulak ????

    I nk cakap sama u admin walaun PAS yg kita DAP sentiasa junjung perlembagaan dan amat menyanjungi Islam sebagai agama rasmi persekutuan loh!!!

    I cadang MCMC perhati sikit fb walaun Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, April 17, 2025

    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Friends of PAS patut tanya Barua Atok Saka, Tamrin Ghaffar siapa Nika Gee Siew Yew?

      Dan sudah itu tanya balik masing2 adakah mereka bersubahat sama dalam PN?

      Nak berlagak suci tetapi ekoq berlumuran tahik Babi le!

  3. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Mat Jenin atau Sang Kancil?Mat Jenin atau Sang Kancil?

    8 HOURS AGO

    Mohsin Abdullah

    Share
    Taktik PAS Selangor bagus di atas kertas. Tetapi ia bukan semudah itu.https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F05%2Fa8fd859b-mohsin-abdullah-columnist-100524-1.webp&w=640&q=75
    Artikel ini ialah mengenai hasrat PAS Selangor yang dilontar beberapa minggu lalu. Rasanya umum sudah tahu dan para penganalisis pun sudah buat analisis namun saya tetap mahu menulis kerana hasrat itu menarik.
    Hasrat yang saya maksudkan ialah PAS Selangor mahu penyokong yang bermastautin di Selangor tetapi pulang mengundi ke negeri asal jangan lagi berbuat demikian. Sebaliknya PAS Selangor mahu mereka mendaftar sebagai pengundi di Selangor.

    Ertinya supaya boleh mengundi PAS di Selangor supaya PAS boleh tawan Selangor. Menarik bukan?
    Saranan PAS Selangor ditujukan kepada orang Kelantan. Logiknya menurut saya ialah oleh kerana PAS sudah cukup kuat di Kelantan, pengundi luar tidak diperlukan kerana PAS akan menang juga tanpa undi mereka. Sudah ada cukup jumlah di negeri itu. Oleh itu bagi PAS Selangor moleklah mereka kekal di Selangor. Saranan itu juga untuk orang Terengganu sebab PAS sudah cukup kuat di situ.
    Namun kenyataan susulan PAS Selangor berbunyi “kami tak fokus Kelantan, Terengganu sahaja, pengundi negeri lain pun boleh tukar alamat”. Ini dilapor portal Scoop awal bulan ini. Ertinya penyokong PAS yang bukan berasal dari Pantai Timur juga diminta mengundi di Selangor.
    Ini tidak akan disenangi oleh PAS di negeri yang bukan diperintah PAS, atau diperintahnya tetapi tidak sekuat di Kelantan dan Terengganu. Umpamanya Kedah dan Perlis. Perlu diakui PAS di situ tidak solid macam PAS Pantai Timur. Maksud saya peluang pembangkang di Kedah dan Perlis tidaklah boleh dikatakan hopeless, lantas PAS memerlukan setiap undi penyokong termasuk perantau.
    Hang nak menang hang susahkan kami, mungkin itu akan dikatakan mereka kepada PAS Selangor.
    Jadi berbalik kepada pengundi yang duduk di Selangor tetapi mengundi di Kelantan dan Terengganu. Rakyat Kelantan memang sejak dari dulu lagi akan pulang ke negeri kelahiran apabila PRU diadakan. Waktu Kelantan diperintah BN suatu masa dulu mereka pulang untuk bantu menangkan PAS. Amalan itu diteruskan oleh pengundi muda. Mereka pulang untuk memastikan PAS terus memerintah. Adakah kerana tidak yakin dengan kemampuan PAS mempertahankan Kelantan? Bukankah PAS cukup kuat di Negeri Cik Siti Wan Kembang?

    ADVERTISING

    “Saya berpendapat pengundi akan tetap balik mengundi di tempat asal terutama dengan sikap orang Kelantan,” kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan. Ketika ditanya kemungkinan cadangan PAS Selangor akan merampas pengundi dari negeri lain, kata Takiyuddin masing-masing ada kepentingan untuk mendapatkan lebih ramai penyokong.
    “Kita pun memerlukan penyokong namun terserah kepada individu itu sendiri tetapi saya rasa sudah berapa lama pengundi luar balik mengundi di Kelantan atas sebab mereka sendiri yang tahu,” kata beliau yang dilapor Sinar Harian.
    Bagi saya kata-kata itu membayangkan Takiyuddin tidak berkenan dengan cadangan atau hasrat PAS Selangor. Kata beliau PAS Selangor hanya boleh menyuarakan pendapat tetapi bergantung kepada pengundi.
    Saya ulangi. Strategi PAS Selangor amat menarik, walaupun Ketua Penerangan PAS Selangor Zurk Ahmad kata bukan strategi. “Kalau strategi kami tak umum ia lebih kepada beri kesedaran kepada pengundi.”

    Baiklah. Apa pun bagi seorang pemerhati politik, tukar alamat penyokong merupakan satu bentuk usaha dan taktik untuk menang. “Bagi kerusi-kerusi marginal terutama majoriti Melayu ini agak signifikan,” kata beliau. Kata ahli akademik, Rusdi Omar, pula PAS berisiko tinggi hilang tiga negeri yang menjadi kubu kuat parti itu.
    Sebelum ini kita ada dengar pendapat PAS masih menang di Kelantan kerana sumbangan pengundi luar yakni perantau pulang mengundi khususnya pada PRU lalu. Kata mereka penduduk Kelantan yang tidak pernah berhijrah ke negeri lain sudah bosan dengan pelbagai masalah terutama bekalan air) yang mereka kata tidak mampu diatasi oleh kerajaan negeri untuk sekian lama. Lalu sudah bersedia mengubah selera tetapi terbantut apabila perantau pulang mengundi. Diakui pendapat ini tidak dapat disahihkan.
    Saya tanya penulis politik veteran, Mohd Sayuti Omar, anak kelahiran Kelantan, pandangannya tentang strategi PAS Selangor itu. Jawapannya ringkas: “jangan cari menang di tempat lain kalah di tempat sendiri.”
    Taktik PAS Selangor bagus di atas kertas. Perkiraannya ialah setelah mendaftar sebagai pengundi di Selangor, mereka yang sekian lama undi PAS di Kelantan akan undi PAS di Selangor pula. PAS Selangor akan raih cukup undi untuk menang Selangor. Tetapi ia bukan semudah itu.
    Persoalan utama di mana mereka didaftar di Selangor? PAS tidak ada hak menentukan pendaftaran. Hak dipegang SPR. Pengundi didaftarkan di tempat mereka tinggal. Mengikut alamat di kad pengenalan. Ini peraturan.
    Secara am penyokong PAS orang Melayu dan hampir semua duduk di kawasan majoriti Melayu di Selangor. Oleh itu apa yang terjadi ialah jumlah pengundi Melayu di kawasan berkenaan bertambah. Kalau kawasan itu sememangnya milik Pakatan Harapan (atau Umno), langkah PAS akan menjejaskan kedudukan PH malah mungkin boleh mengalahkan PH. Ini akan mengubah pungutan kerusi di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
    Tetapi jika kawasan itu asal milik PAS, apa yang berlaku ialah PAS akan menang dengan kelebihan undi. Itu sahaja. Majoriti besar tetapi pungutan kerusi tidak berubah.
    Kalau penyokong PAS yang tidak pulang ke Kelantan (dan negeri lain yang diperintah PAS) tinggal di kawasan perumahan yang penduduknya terdiri pelbagai kaum, mereka akan didaftar di kawasan mixed seats. Saya kira sumbangan mereka di peti undi kawasan itu tidak cukup besar untuk beri manfaat kepada PAS. Atau mungkin PAS sendiri tidak bertanding di kawasan itu.

  4. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Mana nak lari sembunyi muka askar Upahan PN ni?
    Beruk Tamil Nadu Luar Kotak menganjing kata Ringgit Malaysia bakal kebumikan PMX!

    Wooitt, Beruk baik calur balik Tamil Nadu le biar BJP sembelih tengkuk lu, wat bikin sampah je diMalaysia Madani!

    Dah le bertanding PRU15 dengan Parti LGBT Siti Kassim GERAK pun mampus abis semua deposit 100 juta followers tak undi pung! Nak cakap gebeng lagi.

    Ringgit opens higher vs dollar as tariff uncertainties linger
    Ringgit opens higher vs dollar as tariff uncertainties linger

    1 HOUR AGO

    Bernama

    Share
    The local note edges up to 4.3960/4.4080, with trading remaining range-bound.https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F06%2F4caa7adb-ringgit-up-new-2024-02-fmt-260524.webp&w=1200&q=75
    KUALA LUMPUR: The ringgit opened higher against the US dollar on Thursday, but trading remained range-bound as traders continued to monitor uncertainties surrounding US tariff policies.Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Afzanizam Rashid highlighted that the US Dollar Index (DXY) had dropped 0.83% to 99.380 points.

    At 8am, the local currency rose 0.20% to 4.3960/4.4080 versus the greenback, compared to Wednesday’s close of 4.4085/4.4135.
    He said the decline in the DXY came after Federal Reserve (Fed) chairman Jerome Powell acknowledged significant uncertainties surrounding US tariff policies.
    Afzanizam pointed out that Powell had also cautioned that the ongoing policy flip-flops could threaten the Fed’s dual mandate of ensuring price stability and full employment.
    He added that US equity futures took a hit, reflecting market disappointment over indications that the Fed may adopt a cautious, wait-and-see approach, in contrast to expectations for a more decisive rate cut.
    “Yesterday, the ringgit strengthened by 0.34% against the US dollar to RM4.4110. Given the softer DXY, the US dollar-ringgit pair could trade within the RM4.4000 to RM4.4100 range today,” he noted.
    Meanwhile, the ringgit traded mostly lower against major currencies.

    It dropped against the euro to 5.0088/5.0225 from 5.0072/5.0129 on Wednesday, eased versus the Japanese yen to 3.0947/3.1036 from 3.0861/3.0898, but appreciated vis-à-vis the British pound to 5.8159/5.8318 from 5.8488/5.8554 previously.
    At the same time, the local note was traded mostly firmer against Asean currencies.
    It was marginally higher against the Indonesian rupiah at 261.0/261.9 from 261.8/262.2, rose versus the Philippine peso at 7.74/7.77 from 7.76/7.78 and improved against the Singapore dollar to 3.3527/3.3623 from 3.3537/3.3578.
    However, the ringgit was slightly lower vis-à-vis the Thai baht to 13.2810/13.3297 from 13.2547/13.2773.

  5. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Mesej kuat PN diPRK Ayer Kuning, kejayaaan Pentadbiran Kerajaan Perpaduan dan PMX berbanding angan2 Mat Jenin PN dan rekod gagal bendera putih 33 bulan jadi Kerajaan PN Tebuk Atap!
    PN dah hilang plot?
    PN dah hilang plot?

    13 MINS AGO

    Hishamuddin Aun

    Share
    Seorang pengamat politik dakwa gabungan itu duduk di alam khayalan dan percaya mereka sedang berjaya.https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F7094bfa6-hishamuddin-aun-columnist-220424-1.webp&w=640&q=75
    Momentumnya beransur-ansur meningkat selepas lima hari tempoh berkempen PRK Ayer Kuning pada 26 April. Sambil Perikatan Nasional (PN) mula melaungkan keyakinan mampu menarik pengundi bukan Melayu, Barisan Nasional (BN) pula dilihat lebih terkehadapan dalam meraih kepercayaan pemilih.
    Dalam pertembungan yang dilabel ‘ustaz lawan ustaz’ — Mohamad Yusri Bakir di pihak BN dan Abd Muhaimin Malek mewakili PN — selain calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS yang membuat penampilan semula selepas PRU15, seorang pengamat politik awal-awal lagi menelah kemenangan calon BN dengan majoriti sekurang-kurangnya empat kali lipat berbanding tiga tahun lalu.

    Sudah tentu Setiausaha Agung PN Mohamed Azmin Ali enggan memperakuinya dengan alasan pengundi kaum Cina (21.99%) dan India (14.3%) daripada 31,897 pengundi berdaftar memberikan respons yang positif sepanjang kempen gabungan parti itu setakat ini.
    “Pengundi bukan Melayu, kita tahu memberikan pertimbangan isu ekonomi dan peluang perniagaan. Mereka berasakan tiada peluang pekerjaan, tiada pertumbuhan dan peluang ekonomi yang baik di bawah kerajaan Madani,” katanya di Kampung Dato Seri Kamaruddin Tambahan, Bidor semalam.
    Sebaliknya, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia Mazlan Ali lebih cenderung melihat kepada kekuatan jentera pilihan raya BN yang membolehkan Yusri mudah dimobilisasikan kepada pengundi sebagai memberi kelebihan kepada calon kerajaan itu.
    “BN cuba memenangi hati pengundi melalui mesej kerajaan Madani mampu menawarkan kestabilan politik dan kemakmuran, bukan hanya di peringkat Persekutuan malah di Perak. Maka mesejnya adalah penting calon BN dikekalkan di kawasan ini.
    “Kita lihat di awal ini, mesej kejayaan pentadbiran Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ditonjolkan. Menyatakan keadaan pemulihan negara, ekonomi yang lebih baik, peluang pelaburan untuk Malaysia yang meningkat dan juga pengiktirafan antarabangsa terhadap Malaysia,” katanya.
    Lawan pula dilihatnya condong kepada isu bersifat peribadi dengan menyerang Anwar di samping memainkan isu 3R (kaum, agama dan raja), antaranya isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman dan pengusiran orang Melayu di Kampung Sungai Baru — kedua-duanya di Kuala Lumpur — yang tidak punya banyak kaitan dengan penduduk di Ayer Kuning.

    Pengamat politik Raggie Jessy Rithaudeen yang aktif dengan pandangan kritisnya di media sosial berpandangan bahawa PRK Ayer Kuning akan ditentukan oleh pengundi Cina dan pengundi atas pagar yang tidak akan tertarik jika PN terus mengulangi naratif yang sama.
    “Pengundi atas pagar ni, mereka mahu melihat apa yang pemimpin atau parti dapat bawa ke meja rundingan. Apakah kebaikan jika mereka mengundi parti berkenaan. Umno faham benda ni, sebab tu dia menunjukkan sikap ingin bertoleransi, ingin berbincang, sebab dia tahu targetnya adalah pengundi atas pagar yang akan lihat lebih daripada (isu) agama, bangsa dan negara tapi isu-isu lain yang dibawa.
    “Pengundi Melayu yang progresif, kalau dia lihat boleh bertolak-ansur dengan orang Cina, dia boleh harmoni dengan parti-parti lain, ini mendorong pengundi progresif menjurus kepada Umno. Maknanya kerajaan perpaduan ni dia tahu benar siapa yang menentukan keputusan pilihan raya,” katanya.
    Raggie tidak bersetuju dengan pandangan penganalisis yang berasakan BN letakkan seorang ustaz untuk kurangkan kebarangkalian hilang sebilangan undi Melayu.

    “Saya tidak lihat sepenuhnya begitu sebab pola pengundian dalam beberapa pilihan raya tunjukkan (pengundi) yang ada dalam Umno sekarang memang melekat dengan Umno dah. Yang pindah menyokong PN pun dah pindah dah. Maknanya pengagihan pengundi dah berlaku masa PRN sebelum ni lagi.
    “Kita ada lihat sedikit peralihan pengundi Melayu daripada PN kepada Umno dalam dua PRK (Nenggiri dan Mahkota). Di pihak PN pula, mereka (pengundi tegar Melayu) dah maksimum, soalnya adakah mereka mampu kekalkan jumlah yang ada atau kehilangan lebih ramai lagi,” katanya.
    Raggie meramalkan PN akan terus kerugian jika terus memainkan naratif yang sama — canangkan tujuan nak tukar kerajaan setiap kali PRK diadakan — sedangkan rakyat tidak boleh diperdohkan atas kesedaran kerajaan hanya boleh bertukar dalam PRU.
    “Belah pembangkang dia akan kutuk kerana itu modus operandi mereka kata Umno terlalu berlembut dan tunduk. Tapi itu hanya didengar penyokong mereka (yang taasub), bukannya pengundi progresif. PN khususnya PAS dia dalam keadaan mengalah, mereka tak lagi berusaha dapatkan pengundi Cina.
    “Dia seolah-olah dah mengalah tak dapat undi Cina, dia nak fokus kat Melayu. Tapi Melayu yang mendengar mereka adalah yang dah melekat dengan mereka, jadi tidak akan mengubah keputusan pilihan raya, malah merugikan kerana golongan muda Melayu yang progresif makin duduk di tengah, mereka nak tahu lebih daripada isu agama, bangsa dan negara tapi apa yang lebih daripada itu. Mereka juga mahu dengar apa lagi yang dapat ditawarkan PN berbanding retorik kosong,” katanya.
    Membandingkan kedua-duanya, Raggie menyimpulkan gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) tahu faktor penentu dalam PRK Ayer Kuning adalah pengundi atas pagar dan pengundi Cina. Dia tahu tumpuan harus diberi kat situ, jadi untuk pengundi Cina, dia hantar DAP dan MCA.
    “Kita lihat di Mahkota kalau DAP dan MCA berkempen bersama, orang Cina teruja dan sudah ada buat pertama kali kerelaan orang Cina yang keluar mengundi iaitu penyokong PH untuk sokong calon Umno. Di situ saja sudah jadi satu kemenangan besar buat Barisan dan dia akan menang berlipat ganda lebih besar jika dia dapat ulangi apa yang berlaku di Mahkota.
    “Tapi PAS tak nampak ni dan tak ada usaha dapatkan pengundi Cina dengan retorik yang dimainkan. Ia tidak akan didengar pengundi selain penyokong tegar mereka. Mereka tidak akan dapat lebih dari apa yg mereka capai pada PRU15. Malah, mereka mungkin terus keciciran kerana strategi BN dan PH adalah tepat.
    “Penyokong PAS yang duduk di alam khayalan dan percaya mereka sedang berjaya akan dorong pemimpin mereka kekalkan hala tuju yang sama kerana mereka tidak rasional, tidak objektif, tidak menilai perkara seperti siapa sasaran kita, siapa penentu pilihan raya, (sebaliknya) mereka hanya lebih beremosi.
    “Tapi apa yang dihasratkan (PN) memang dah tersasar kerana mereka dibuai kepercayaan (konon) orang sebenarnya dah muak dengan kerajaan. Itu satu retorik kosong sebenarnya.
    “Yang saya yakin BN akan dapat majoriti sekurang-kurangnya empat kali ganda apa yang mereka dapat dulu. Kejutan, jika berlaku di Ayer Kuning, ialah tiba-tiba majoriti pengundi Cina sokong PN sampai PN menang. Ketika itu saya akan buat ‘live’ dan mengaku saya hilang kata-kata,” tambahnya sebagai kesimpulan.
     

  6. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Faisal Tehrani menyelongkar kejayaan PMX.

    Bagaimana nak ajar Walaun2 jangan terbelit dengan panduan dan pemikiran dusta dan racun dari Papagomo dan Ratu Naga Porno, askar2 upahan PN?

    Natijah akhir, Aloha Bogel diGanu PAS pun sangat berharap kepada lambakan pelancong2 dari Cina.

    ———————————————

    Xi Jinping di Malaysia, meriah lain macam

    Xi Jinping di Malaysia, meriah lain macam
    1 HOUR AGO
    Faisal Tehrani
    Share
    Dari segi sejarah kita memang lebih rapat dengan China berbanding Amerika atau United Kingdom. Kalau ada yang mengacum-acum kita mesti berhati-hati.

    faisal tehrani
    Sebenarnya kalau kita membaca komentar umum netizen dari Malaysia mengenai kunjungan rasmi Presiden China, Xi Jinping selama tiga hari ke Malaysia, sesungguhnya kita akan berasa malu, bengang, dan terhibur sekaligus. Rata-rata mereka membingit hingar kerana kunjungan tersebut diterima meriah lain macam.

    Rasa malu yang menyengat sehingga memerahkan pipi muka kita yang kuning langsat ini tidak lain tidak bukan kerana membaca kejahilan (atau kebangangan sesetengah netizen) akan hal-hal pengetahuan am yang sepatutnya menjadi dasar hujah. Mungkin inilah petanda merosotnya kebijaksanaan sebahagian besar netizen di era Ratu Naga dan Papa Gomo menjadi panduan.

    Rasa bengang yang membuatkan dada kita dap-dap-dap pula mungkin lantaran sesetengah netizen mengaitkan kunjungan tersebut dengan masyarakat Cina tempatan seolah-olah rakyat Malaysia berketurunan Cina akan beralih kesetiaan mereka. Hati-hati meninggalkan komen kerana sebaran berbau perkauman boleh membawa kepada kehancuran.

    Rasa terhibur yang menggelikan hati pula barangkali kerana ada netizen yang bebal tidak kena tempat. Bebal dan bangang berbeza ya. Bebal ialah secara tulennya bodoh, dan ia membuatkan kita geli hati, tetapi juga kasihan serentak. Bebal selalunya tiada hulu tiada muara. Manakala bangang selalunya bertuan, yakni boleh kita jejaki dari mana punca kebodohan tersebut. Bila dilacak kita akan dapati mereka mengulang kembali kenyataan mengarut daripada kitab-kitab walid tertentu yang nanar.

    Sekiranya kita melayankan emosi bankrap netizen ini, kita akan terpaksa memadam beberapa bahagian dari sejarah Melayu. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, suka tidak suka; kepulauan Melayu (hari ini dapat disebutkan Malaysia yakni dengan mengambil kira juga Sabah dan Sarawak yang membentuk negara bersama-sama) memerlukan China untuk mengimbangi pembulian kuasa asing.

    Dalam sastera Melayu lama, gadis Cina (dari China) yang disebut-sebut sebagai berkulit kuning langsat dan berwajah jelita selalu timbul. Raja-raja Melayu memang mengidam-idamkan puteri dari China. Bahkan warna kulit puteri Cina dan mata sepet mereka itu menjadi semacam satu puncak kebahagiaan.

    Victor Purcell, dalam bukunya The Chinese in Malaya (1967) ada memetik catatan seorang soldadu Portugis yang menyerang dan menjajah Melaka pada tahun 1511 bahawa; Megat Iskandar Shah (1414-1424), iaitu Sultan Melaka yang kedua pernah memperisterikan anak perempuan seorang kapten China di Melaka. Dah Portugis itu nak berbohong kenapa?

    Barangkali kapten China tersebut menetap di Melaka sehingga berkahwin dengan wanita peribumi ekoran kepesatan pelabuhan Melaka tatkala itu.

    Selain itu, pada tahun 1407, Kesultanan Melayu Melaka pernah menghantar utusan negara ke China semata-mata untuk mengadukan perihal Siam yang mengancam untuk menghantar tentera. Bahkan terdapat dakwaan Siam berjaya merampas cap kempa raja Melaka, membuatkan Melaka susah hati. Tatkala inilah raja China dari Dinasti Ming menekan raja Siam untuk mengembalikan cap tera Kesultanan Melayu Melaka semula.

    Padahal kalau difikirkan boleh sahaja raja China dan raja Siam bersepakat untuk membuli Melaka. Maklumlah kedua-duanya bukankah makan sajian dari menu yang sama. Bukan itu sahaja, raja China nampaknya menghantar Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam ke Siam untuk menjadi orang tengah menyelesaikan perkelahian antara Siam dengan Melaka pada tahun 1408.

    Ekoran tekanan diplomatik itu, raja Siam akur dan menghantar diplomat ke China untuk mengaku bersalah, menyembah hormat dan mengucapkan penghargaan atas usaha China menjadi orang tengah menyelesaikan persengketaan tersebut. Saya tidak dapat membayangkan kalau China tidak menolong. Habislah keturunan kita belaka. Entah-entah nama saya hari ini Faisal Vachirawit.

    Laksamana Zheng He belayar ke Melaka sebanyak tiga kali. Sepanjang kunjungannya antara tahun 1409 hingga 1411, raja China mengisytiharkan kedaulatan kerajaan Melayu di Melaka tidak boleh diperkotak-katikkan. Tiada kuasa besar waktu itu sebesar China. Benua Amerika pula tatkala itu masih dipenuhi babi hutan, ular rattle dan mungkin binatang saki baki dunia Jurasik.

    Antara tahun 1411 hingga 1433 itu pula, tiga orang raja Melaka belayar ke China sebanyak lima kali. Perlu diingatkan kerja belayar ke China ketika itu bukanlah mudah. Harta dan tenaga yang perlu dikeluarkan besar. Masa yang digunakan juga banyak.

    Akan tetapi China tidak memperlekehkan Melayu. Setiap ziarah dari raja Melaka akan diberi sambutan yang tiada tolok banding di pihak raja Ming. Banyak jalan di Peking ditutup gamaknya untuk membolehkan raja Melaka dengan gajah dan sekian hulubalang menyeberang ke istana Maharaja China. Mana tidaknya, Parameswara pada tahun 1411 membawa sama rombongan sebanyak 540 orang. Rombongan Madani Anwar Ibrahim ke China tidak akan dapat menyaingi.

    Keazaman Melayu menggesel kepada China boleh difahami. Hari ini lawatan Xi ke rantau Asia Tenggara membawa makna besar. Ia bukan sahaja satu usaha strategik oleh China untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Asean, tetapi juga ia merupakan satu ‘pernyataan bergaya’ oleh China dan Asean di tengah kebobrokan Amerika Syarikat memperkenalkan tarif perdagangan. Malah sambutan meriah lain macam ini menyakitkan hati Amerika sang pembuli yang menjual senjata kepada Zionis.

    Harus diingatkan Amerika sebuah negara yang baru diasaskan. China, malah alam Melayu telah pun wujud ribuan tahun sebelumnya. Kalau tidak masakan USM menganjurkan Seminar Kedah Tua yang amat digeruni oleh secokol dua pak cik.

    China secara sedar sedang mempelbagaikan hubungan dagangan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pasaran Barat. Dan Asean, seperti dulu-dulu adalah rakan dagang, rakan politik, dan rakan budaya yang penting.

    Memang ada yang merungut mengenai China yang kadang-kala suka mengintai di perairan Sarawak. Memang juga ada yang merungut kadang-kala China menuntut-nuntut. Okaylah kita beringat. Terima kasih kerana mengingatkan. Kita percaya kepada askar Melayu sepercaya-percayanya sejak zaman Bukit Kepong lagi. Akan tetapi kita mesti beringat juga, alam Melayu sudah ada sejarah berbaik dan berhubungan dengan China sejak zaman lampau.

    Dari segi sejarah kita memang lebih rapat dengan China berbanding Amerika atau United Kingdom. Kita di Malaysia dan China bahkan boleh dikatakan serumpun. Kalau ada yang mengacum-acum kita mesti berhati-hati. Bawa beringat, demokrasi-demokrasi Amerika dan negara Barat pun bila tiba tentang Palestin semua macam haram jadah.

    Mungkin Barat yang ada agenda melaga-lagakan kita. Melayu dan China ini kemenakan. Teruk-teruk China pun, raja kita pernah mengahwini puteri-puteri mereka. Jadi kalau jalan macet sejam dua kerana Xi Jinping hendak melintas janganlah marah sangat.

    Ketika pegun trafik itu mungkin boleh beli seluar dalam transparen sehelai dua dari Shein. Dan bawa mengucap, kalau tiada pelancong China, siapa yang akan makan semua durian Musang King kita?

  7. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Bagus, Muallap PAS kesayangan Hadi, Nuaq Musa bakal kebuluran komisen le!
    Govt orders KL Tower’s temporary closure, says MKLSB operating illegally
    Govt orders KL Tower’s temporary closure, says MKLSB operating illegally

    YESTERDAY

    FMT Reporters

    Share
    The communications ministry says the reopening date will be announced in due course.

  8. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Sejarah Tikam Belakang Atok Kerala dan Abah Cirit, mungkin berakhir mereka masuk Kluster Penjara.

    Mohsin menyingkap sejarah bagaimana Atok Kerala dan Abah Cirit Birit berkoloborasi untuk tikam Arwah Pak Lah letak jawatan PM5.

    Encore berjaya diulang untuk tumbang Bossku PM5.

    Ziarah penghormatan terakhir mereka berdua terhadap Arwah Pak Lah kelihatan cukup dangkal dan palsu.

    Adakah karma terbalas Atok Saka terpaksa letak jawatan PM7 selepas 22 bulan dan Abah Cirit Birit pulak lepas jawatan PM8 selepas 18 bulan?

    Bertambah perit adalah encore nak ulang dari 2 ekoq pengkhianat ini masih terkial2 doh cukup jumeloh tetapi gagal untuk guling PMX selepas 24 bulan!

    Inilah sejarah Tikam Belakang Atok Kerala dan Abah Cirit Birit, mungkin berakhir mereka masuk Kluster Penjara.
    ———————————————

    Pemimpin yang ajak ‘kerja dengan saya bukan untuk saya’

    Pemimpin yang ajak ‘kerja dengan saya bukan untuk saya’
    YESTERDAY
    Mohsin Abdullah
    Share
    Abdullah Ahmad Badawi juga punya keberanian dan ketegasan. Tetapi ramai yang hanya melihat kelembutan lantas melempar pelbagai tohmahan.

    Mohsin Abdullah
    Kata mendiang Lee Kuan Yew: “Whoever governs Singapore must have that iron in him.” Betul peringatan itu. Sebenarnya untuk memimpin mana-mana negara pun pemimpin mesti ada keberanian dan ketegasan.

    Abdullah Ahmad Badawi juga punya keberanian dan ketegasan. Punya ‘iron in him‘ meskipun bersikap lemah lembut. Tetapi ramai yang hanya melihat kelembutan lantas melempar pelbagai tohmahan.

    Abdullah berani berdepan ketika cabaran yang dihadapi amat sengit. Lihat sahaja turun naiknya dalam politik. Abdullah bangkit semula daripada kegelapan dan kemurungan, ketika orang yang dianggap kawan menjauhkan diri.

    Imbau pemilihan Umno 1987. Abdullah bersama Team B pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, menentang Team A yang dipimpin Mahathir Mohamad. Apabila Team A menang, Abdullah dipecat daripada jawatan menteri pertahanan oleh Mahathir, perdana menteri waktu itu. Pada hal Abdullah menang jawatan naib presiden walaupun pasukannya kalah. Keperitan tidak menghalang perjuangan.

    ADVERTISEMENT
    Tech stock video 3 5Feb25Tech stock video 3 5Feb25

    Pada pemilihan Umno 1993 Abdullah tewas jawatan naib presiden tetapi terus setia kepada parti. Menempuh pelbagai ranjau dan duri beliau akhirnya mencapai tampuk kepimpinan tertinggi parti sekali gus kerajaan. Itu pada hemat saya daya tahan dan semangat kental.

    Sebagai perdana menteri banyak perubahan yang Abdullah bawa tetapi bak kata wartawan, Jahabar Sadiq: “He did well. But not enough for critics and detractors who thought his reach never went beyond his grasp.”

    Malah ada pada kalangan kita sendiri yang komplen reform yang Pak Lah bawa tidak cukup. Ini didorong mandat besar yang diberikan kepada beliau pada PRU 2004 — prestasi yang cukup hebat dan tidak pernah dicapai oleh perdana menteri lain.

    Jelas tuduhan bahawa Pak Lah tak berani bawa perubahan adalah tidak benar, malah Pak Lah membatalkan cadangan jambatan bengkok dengan Singapura kerana punyai perancangan sendiri. Umum tahu tindakan itu menimbulkan kemarahan Mahathir. Apa pun perubahan yang dibawa dan tidak sempat dilaksanakan tidak disenangi oleh apa yang disifatkan sebagai ‘deep state‘ dan juga dalam kalangan Umno sendiri.

    Wartawan veteran, Kadir Jasin, menyifatkan Pak Lah sebagai ‘orang baik’. Bagaimanapun, kata Kadir, malangnya dalam politik dan pemerintahan orang baik boleh dimanipulasikan oleh orang yang bercita-cita tinggi dan ada agenda peribadi.

    “Maka demikian pemerintahan Almarhum (Abdullah) dilarikan atau hijacked oleh operator Tingkat 4 dan akhirnya dihukum dengan berat oleh pengundi dalam PRU 2008,” kata Kadir.

    Sedikit sebanyak ada benarnya pandangan beliau. Pun begitu Kadir tidak menghurai lanjut dan tidak juga menamakan siapa ‘operator Tingkat 4’ yang dimaksudkan, walaupun ramai boleh mengagak.

    Manakala PRU 2008 pula umum tahu BN kekal memerintah tetapi hilang majoriti 2/3 di Parlimen, serta tewas di Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor di samping Kelantan yang ditadbir PAS sejak 1990.

    BN khususnya Umno menyalahkan Pak Lah. Antara yang paling lantang mengkritik ialah Mahathir. Tidak perlu saya mengulangi kata-kata kasar dan kesat yang dilemparkan semasa menyerang Pak Lah. Menyebelahi Mahathir ialah Muhyiddin Yassin dalam gerakan singkir Pak Lah.

    Kata Kalimullah Hassan, kawan baik Pak Lah: “Saya masih ingat Pak Lah yang sememangnya suka Muhyiddin beritahu saya perkara ini. Pak Lah kata ‘saya tak sangka Muhyiddin boleh buat semua ini. I am crushed‘.”

    Bagi Pak Lah apa yang ditunjukkan Muhyiddin ialah ‘disloyalty‘. The gentleman that he is Pak Lah tidak menggunakan istilah ‘khianat’ mahupun ‘tikam belakang’. Kekecewaan Pak Lah diluahkan juga dalam biography “Being Abdullah Ahmad Badawi”.

    Ditekan oleh Mahathir, Muhyiddin dan juga Umno sendiri, Pak Lah tenang. Timbul ungkapan yang dicipta bekas timbalan presiden Umno, Musa Hitam, demi mempertahankan Pak Lah — elegant silence. Maksudnya Pak Lah cukup berhemat dalam tidak memberi respon.

    Bagaimanapun Pak Lah berundur juga pada 2 April 2009. Kata Zaid Ibrahim, yang pernah menjadi menteri dalam pentadibran Abdullah: “Pak Lah was pushed out of power because he wanted to drain the swamp and weaken the deep state. But he was kind and gentle. Had he been more combative things could have turned out differently.”

    Benar Pak Lah ditolak, dipaksa lepaskan kuasa, dan bukan combative — tidak mahu berperang. “Saya tidak mahu melihat Umno dan BN berpecah belah”. Itu sebabnya seperti yang dihuraikan semasa berucap selepas mesyuarat khas BN pada 8 Oktober 2008 berhubung peletakan jawatan sebagai presiden Umno dan perdana menteri.

    Kata Pak Lah lagi: “Saya ingin menyerahkan kepada bakal pengganti saya Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu untuk berhadapan dengan sebarang cabaran ekonomi global; Malaysia yang tidak mengira atau memandang miskin atau kaya, tua atau muda, di bandar atau di desa, utara atau selatan apatah lagi kaum atau agama; melainkan perpaduan dan keharmonian.”

    Sedih dikatakan saya tidak menyertai ratusan rakyat Malaysia pada pengebumian Pak Lah semalam. Saya panjatkan doa memohon Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Abdullah Ahmad Badawi dan menempatkannya dalam kalangan solihin.

    Al-Fatihah.

  9. Anonymous Avatar
    Anonymous

    PMX tetap steady dan bersahaja tidak melatah walaupun difitnah, hina, maki hamun, menganjing oleh kombo PN dan Atok, Mail Bera, H2O.
    Misi PN dan seangkatan nak guling PMX utk selamatkan dari Kluster Penjara.

    Misi PMX amanah tadbir negara.

    GAMBAR MAHAL DS BERSALAMAN YIDDIN & MIN! KELUARGA PAK LAH TERSENTUH KEMU…

    Rakaman video Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan salam kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi sorotan ramai.

    Momen yang dianggap paling mahal itu buat pertama kali memperlihatkan Anwar berada dalam satu ‘frame’ dengan dua pemimpin yang pernah menjadi rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan sewaktu ketika dahulu.

    Perdana Menteri kelihatan ramah menyapa Mahiaddin dan sempat mengusik kecil melihat kehadiran Azmin.

    Tingkah laku dan akhlak ditonjolkan beliau menjadi bualan ramai pelayar internet.

    Mereka menyifatkan ia momen paling mahal kerana keterbukaan PMX terhadap individu yang pernah mengkhianatinya dan parti.

    Momen tersebut memcerminkan kematangan politik, perpaduan serta penghormatan terhadap tokoh negara tanpa mengira parti.

    Satu lagi foto yang menjadi sorotan adalah ketika Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyapa bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

    Turut menjadi bualan, momen ketika Datin Seri Rosmah Mansor berpelukan dengan Tun Hasmah.

    Jenazah bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada jam 2.26 petang semalam

    Lebih 3,000 hadirin termasuk pemimpin negara, orang kenamaan, serta orang awam menyertai solat jenazah untuk negarawan itu yang disempurnakan di Dewan Solat Utama selepas zohor.

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 16, 2025

    Share

  10. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Bekas Setiausaha Sulit Kanan Mail Bera PM9 bocor rahsia skim cepat kaya Keluarga Malaysia RM170 juta.

    Pecah belon Presiden Tepi UMNO dan PM Tepi PN!

    DIA DI KATAKAN BERPALING TADAH DAN MEMBOCORKAN RAHSIA.

     
    https://wrlr.blogspot.com/2025/04/dia-di-katakan-berpaling-tadah-dan.html

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 16, 2025
    Share

  11. Anonymous Avatar
    Anonymous

    PAS kata mohon maaf bukan lepas hukuman bagi kes blunder Bendera Galur Gemilang oleh suratkhabar Cina Sin Jiew Jit Poh.

    Ironik dan munafik PAS kerana:

    a. Bagi kes tauliah agama Calon, PAS kata tak lagi bagi ceramah. Ha Ha, hukuman setaro adalah jangan undi PAS kerana tipu kelayakan.

    b. Terbalik lah pulak laungan, undi PAS dapat penipu kelayakan

    c. Akhbar ni adalah pro-MCA, Agen PN BFF PAS jugak daging babi dalam gulai kawah Hadi

    d. Tersepit lagi PAS!

  12. Anonymous Avatar
    Anonymous

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjW-NdiDJp5AE1hxTk8dHNPpnuFPHdDSCg5d8VjYmzn8AWNjRwooSj7lIj1flDbwDG0CYRoh3p7kPSnZ9gklPzyxeS50bemuXt7jyJDovpJWlRz2BEimkn5PkG4GCpPueMIQz65PbCr8IJU/s400/bebaskan+media5.jpg

    MENIPU DAPAT TAULIAH

     
    Ya Allah dia bukan isu ada tauliah atau tiada tauliah tapi isu menipu untuk dapat tauliah ..

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1tUaooocGmz29fyaeIxuRjtaYVtrKuGT_H2qslgtZgMKAPFGkRZ8L5ofitkZTxjACcl8EN0sN-suSxycqQtiQNygx2_PflEL80oIrm7G34XR14Q-HItNufTKCTG1SZkfZZc4qCEEi0hLKFmy7Xh0eik2HC6ML0MWEUY-tiCgR4ezzWRoV4c98m_Sz6So/s320/1000017646.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4TvObO_8IrRunC-skm3cdo0MZklCGTPJ2V8-ZtOOb74hbr5_jjbPzgnyIYjmZG5tLboCTK2VkW7FnBGkW64ePgUz3VHUybH1_8xInk50tx2tAupXFwP4UqGiC7IXaJdYTm0VmTXyvS8-mJewoiijBGjHy2lMbhGTh_XZVn7Vi1hk9TTGSjDuh4ZyIS6k/s320/1000017645.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcwsms34QxawcOPtMuJYu-Vxf5IfAwms8NqpHzvtgrBAojArbZrm-a1Qu3BTJGBxQhu64K0TgpvML2sUAn1qQhlK3p4h5tGGCii9eos5BYrsq9GKNv6cLlppxSHUx0dzFoLD8gFuwCkE-cry3c6_Wy5_Md9UVMuI8XEbocDK27UjoBc6Ozs350EgJV6vg/s320/1000017647.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_uySdH4-n_k19kmENnAfysoEr0_PMiqffHL9jz6gTHKs2JOZvYFNnMcMOhE-ekzvW5mqIujJJdR12E6WoxAH2BbPle9MuiDiccooPbkUoT2tjz6i2jfNCp5EFCdreoq7csltfPhFpBLeRWZ7otqqtHRSFA46PWswSMxBWFLkcfXieog8BmNbuMbjwGpI/s280/1000017644.jpg

    Sini Pak Ya cerita ..

    Pertama kita persoalkan kenapa calon PAS mendapat tauliah sedangkan beliau adalah ahli politik ..

    Perhatikan dalam borang permohonan untuk mendapat tauliah perlu dinyatakan dan ditanda apakah status politik pemohon ..

    Adakah calon PAS menipu tidak istihar status politik semasa dalam borang permohonan ?? ini pertanyaan netizen ..

    Kedua adalah beliau memegang jawatan politik sejak 2015 hingga kini dan aktif dalam parti politik PAS ..

    Tetapi masalahnya beliau adalah guru tauliah sejak 2012 hinggalah kini,sini jelas adakah beliau tidak istihar status politik beliau ??

    Bukan isu calon PAS ada tauliah atau tak,tapi isu menyorok dan menipu status politik untuk mendapat tauliah dari jabatan agama islam Negeri Perak ..

    Cc credit Ikhwan Razak budak ni yang dapat maklumat dari penyokong PAS sendiri ..

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 16, 2025

    Share

    1. Anonymous Avatar
      Anonymous

      Ahmad Fadzli fatwa jangan undi Calon PAS kerana menipu tauliah agama!

      Mat Sagon Darat PAS Pasir Mas, Ahmad Fadzli terperangkap dengan permainan persepsi ciptaan sendiri!

      Ahmad Fadzli mula persoalkan kelayakan Calon BN aktif politik sedangkan Penjawat Awam kerana Fadzli buta huruf mengenai Perkeliling Kerajaan mengenai Gred Jawatan Penjawat Awam yang dibenarkan aktif politik.

      Ropanya terbalik pulak hasilnya, kerana menipu tidak istihar aktif politik PAS, Calon PAS telah langgar syarat tauliah agama oleh AsSultan Perak.

      Cara sendiri, Ahmad Fadzli telah beri fatwa kerana menipu, jangan undi Calon PAS PRK Ayer Kuning!

      Isunya bukan soal ada tauliah atau tidak tetapi soal menipu utk dapat tauliah dari PAS Parti Tunggang Agama.

      PAS dan Taki Black Friday Loyar Lebong PAS patut terima kaseh kepada Ahmad Fadzli kerana mulut murai dan tempayan lebih derah daripada otak dia yang kecik, jika ada.

  13. Anonymous Avatar
    Anonymous

    Beza darah Arab Badawi tinggi darjat dari India Kerala!

    KENANGAN PAK LAH KETIKA MEMERINTAH

    Ariff Jamil

     

    Gambar lama ini bukan sekadar nostalgia tetapi lambang sebuah persahabatan yang jujur, tulus dan penuh keikhlasan. 

    Antara Dato Seri Diraja Anwar Ibrahim dan Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi ada satu ikatan luar biasa umpama abang dan adik dlm sebuah perjuangan besar yang sama meskipun kemudian mereka mengambil laluan yg berbeza.

    Pak Lah seorang negarawan yg tenang, berjiwa lembut dan mendalam dalam pemikiran.

    Anwar Ibrahim , pejuang muda yg lantang dan penuh tenaga.

    Mereka mungkin berbeza dari satu sudut namun mereka berkongsi nadi perjuangan yg sama iaitu reformasi nilai, keadilan sosial dan membina Malaysia yg lebih bermaruah.

    Anwar Ibrahim membawa semangat reformasi ke seluruh pelosok rakyat dgn keberanian yg luar biasa.

    Pak Lah pula memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari, membina dasar² lunak untuk pentadbiran yg lebih beretika. 

    Mereka pernah seiring melangkah dalam UMNO, bahu-membahu menjulang reformasi dari dalam. 

    Anwar Ibrahim sebagai ikon gerakan reformis dalam pentadbiran, Pak Lah pula sebagai suara Islam Hadhari yg menekankan integriti dan tamadun.

    Namun ketika fitnah menghancurkan Anwar Ibrahim pada 1998, Pak Lah tidak menyertai gelombang kebencian itu. 

    Beliau bahkan memilih untuk berdiam penuh hormat, tetap mengekalkan maruah dan tidak mencerca sahabatnya. 

    Di saat Anwar Ibrahim dizalimi dan ditahan, Pak Lah tidak pernah menghina. Malah beliau sering menasihati dgn cara yg paling beradab dan manusiawi. 

    Ketika Pak Lah menjadi PM, ramai menyangka beliau akan menyerang Anwar Ibrahim seperti pendahulunya, namun tetapi beliau memilih jalan yang lebih berakhlak.

    Dalam dunia politik yg kejam, itu sudah cukup membuktikan jati diri sebenar Pak Lah.

    Itulah keistimewaan hubungan mereka. 

    Politik tidak pernah membunuh hormat, dan perbezaan tidak pernah memadamkan kasih…

    Pak Lah pergi disaat sahabatnya kini memimpin negara dgn berjaya… 

    Mereka dua wajah dalam satu cermin perjuangan. Satu menabur benih harapan, satu menyiram dgn kesabaran. 

    Dan keduanya menyatu dalam impian yang sama..

    Malaysia yang adil, berakhlak dan berdaya saing.

    Yang pergi tidak dilupa. 

    Yang tinggal terus menyala.. 

    Semoga Pak Lah tenang dan aman dialam sana..

    Dan semoga Anwar Ibrahim diberi kekuatan untuk menyempurnakan perjuangan yang mereka mulakan dahulu..

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 16, 2025
    Share
    KENANGAN PAK LAH KETIKA MEMERINTAH

    Ariff Jamil

     

    Gambar lama ini bukan sekadar nostalgia tetapi lambang sebuah persahabatan yang jujur, tulus dan penuh keikhlasan. 

    Antara Dato Seri Diraja Anwar Ibrahim dan Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi ada satu ikatan luar biasa umpama abang dan adik dlm sebuah perjuangan besar yang sama meskipun kemudian mereka mengambil laluan yg berbeza.

    Pak Lah seorang negarawan yg tenang, berjiwa lembut dan mendalam dalam pemikiran.

    Anwar Ibrahim , pejuang muda yg lantang dan penuh tenaga.

    Mereka mungkin berbeza dari satu sudut namun mereka berkongsi nadi perjuangan yg sama iaitu reformasi nilai, keadilan sosial dan membina Malaysia yg lebih bermaruah.

    Anwar Ibrahim membawa semangat reformasi ke seluruh pelosok rakyat dgn keberanian yg luar biasa.

    Pak Lah pula memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari, membina dasar² lunak untuk pentadbiran yg lebih beretika. 

    Mereka pernah seiring melangkah dalam UMNO, bahu-membahu menjulang reformasi dari dalam. 

    Anwar Ibrahim sebagai ikon gerakan reformis dalam pentadbiran, Pak Lah pula sebagai suara Islam Hadhari yg menekankan integriti dan tamadun.

    Namun ketika fitnah menghancurkan Anwar Ibrahim pada 1998, Pak Lah tidak menyertai gelombang kebencian itu. 

    Beliau bahkan memilih untuk berdiam penuh hormat, tetap mengekalkan maruah dan tidak mencerca sahabatnya. 

    Di saat Anwar Ibrahim dizalimi dan ditahan, Pak Lah tidak pernah menghina. Malah beliau sering menasihati dgn cara yg paling beradab dan manusiawi. 

    Ketika Pak Lah menjadi PM, ramai menyangka beliau akan menyerang Anwar Ibrahim seperti pendahulunya, namun tetapi beliau memilih jalan yang lebih berakhlak.

    Dalam dunia politik yg kejam, itu sudah cukup membuktikan jati diri sebenar Pak Lah.

    Itulah keistimewaan hubungan mereka. 

    Politik tidak pernah membunuh hormat, dan perbezaan tidak pernah memadamkan kasih…

    Pak Lah pergi disaat sahabatnya kini memimpin negara dgn berjaya… 

    Mereka dua wajah dalam satu cermin perjuangan. Satu menabur benih harapan, satu menyiram dgn kesabaran. 

    Dan keduanya menyatu dalam impian yang sama..

    Malaysia yang adil, berakhlak dan berdaya saing.

    Yang pergi tidak dilupa. 

    Yang tinggal terus menyala.. 

    Semoga Pak Lah tenang dan aman dialam sana..

    Dan semoga Anwar Ibrahim diberi kekuatan untuk menyempurnakan perjuangan yang mereka mulakan dahulu..

    AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, April 16, 2025
    Share

    1. kri Avatar
      kri

      Anwar Ibrahim campuran mamak, KJ campuran mamak, P. Ramleee CAmpuran mamak banyak lagi campuran mamak, jangan hina mamak, India kerala, Apa yang beza kepala otak hang, Semua Allah yang ujud, keturunan mamak, arab melayu, cina semua Allah yang ujud. Yang paling banyak rasuah curi duit rakya bangsa apa, hang bagi tau, bangsa apa yang curi duit rakyat ,dalam tV hang tengok muka bangsa apa yang haram jadadh curi duit rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x